Rss Feed
Tweeter button
Facebook button
Technorati button
Dec 31

Pelempang @ Penampar

Ditulis dibawah kategori:Motivated 23 Comments »
Copyright from:- www.neurodiversity.com

Copyright® from:- www.neurodiversity.com

Bukan nak marah bukan nak menghina, Tapi perkara ni mesti nkorang akan terasa bile nasihat nkorang tak diambik peduli. Semua orang pon rase tention… bukan nak kate kite ni dari jenis yang bagus… tapi bile dah kite bagi nasihat… dengar ar~

Lagi-lagi tention kalau perkara berlaku dalam persekitaran masyarakat sekarang. Nak ditegur… diaorang menjawab. Bile dah kene pelempang sekali, baru nak ingat. Buat muke Ronald McDonald.. sememeh tak tentu pasal.

Tapi masalahnye… bile dah balik ke rumah… lain plak yang dicerita kat mak bapak… mula la mak bapak melenting.. kalau boleh, anak depa semua betoi. Tadek cacat cela dari segi perlakuan. Abis macam mana? Kalau dah sampai pukui 2 3 pagi pon dok sebok menyanyi kat tepi corner simpang kawasan perumahan… mentel aku tengok gelagat depa. Baru tingkatan 3 & 4 dah mula nak tunjuk samseng. Bila ditegur…. fuuuiii… melawan. GILERRR~

Penyudahnye… aku call polis. Berterabor kene angkot… sampai terbalik-terbalik motor. Yang jadi peliknye, mak ayah depa ni tak larang ke anak-anak tak balik umah sampai dah lewat malam… tak tau laa kan…

Sememangnya kehidupan kat bandar ni memang mencabar, tak kira la untuk golongan berumur tak pon yang muda. Tak pandai bawak diri… alamatnya, hanyut ler nkorang. Seriesly aku mengaku… perkara ni macam jadi kejutan budaya bagi aku yang sememangnya kuno dengan adat bandar.

Eloknya sistem sekolah skang ni buat style Millitary. Baru nak berkesan kot. Kadang-kala manusia ni kene diajar dengan maki hamun, ugutan, penampar-tempeleng baru nak dengar kate. Dalam Al-Quran sekalipon ada ugutan untuk manusia. Itu adalah ugutan dari Tuhan untuk manusia yang ingkar.

Teringat aku kata-kata sorang ustaz mase pergi ke Kursus Pra-Perkahwinan Islam:-
“Perkahwinan Pada Hari Ini Untuk Melahirkan Pemimpin Pada Masa Akan Datang.”

 

Tagged with:
Dec 30

Hijrah Bagiku….

Ditulis dibawah kategori:Motivated 16 Comments »

1 Muharam 1430H – Alhamdulillah… tahun ni beerti betoi Hijrah dalam hidup aku. Erm… dalam konteks ni untuk diri aku laa dulu kan… baru le aku leh mengajak kengkawan lain berhijrah. Kekeke…. Erm.. tahun ni aku nak tambah lagi ilmu yang aku rase makin hari makin kurang…. puas mencari… tapi semakin berkurang…

Ok ar, sebelum aku merepek dan melalut panjang, citernye macam ni. Nkorang ade rase macam pening-pening lalat mase masuk kesini? Rase macam was-was… oh tidak… ini adalah kenyataan.

Untuk pengetahuan semua, ni special entri untuk sahabat Kreuger yang telah mengsponser Hosting + Domain untuk Kreuger… huhuhu.. jangan tanya kenapa. Beliau adalah Saudara Setiawangsa a.k.a Mr. Roszizul.

Bercerita skit pasal blog beliau…. Blog die ni kire berkisar pasal LATEST IT, GADGET, TECT Info dan memacam lagik ar~ Tapi biase la dalam Bahase Inggeris. Tak pe… sape yang nak masuk ke blog die tuh.. bleh bawak kamus kalau tak paham.

Wokeh… sekiranya anda semua berminat pasal Hosting Mosting…ataupon Torrent Fulx… anda boleh merujuk kepada Otaimer sorang ni (Mr. Roszizul) la…. insyaallah die dapat membantu. Worait…

Salam Maal Hijrah.

Tagged with:
Dec 28

maal-hijrahAssalamualaikum semua tak kira kat mane nkorang berada.

Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan Salam Maal Hijrah untuk tahun ke 1430H.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ni aku akan menjadi seorang lebih berusaha, kuat bekerja, jadi orang kaya raya, dan jadi manusia yang lebih penyabar dari tahun lepas… Amin Ya Rabbal A’lamin~

Tagged with:
Dec 26

sorry1Memang berat… sape kate tak berat.. lagi lagi kalau kesilapan tuh bukan berpunca dari diri kita. Tadek kerja kan, nak say sorry tak tentu pasal kat orang yang carik pasal dengan kite…. huhu… Ternayatalah mintak maaf tuh satu perkara yang lebih berat dari memberi duit kat kengkawan.

Xceli ni bukan kesah nak mengunkit ke ape ke… just nak sharing moring kesah resah kehidupan Pemuda Terlampau yang kekadang tuh bleh membawa stress kat diri sendiri kalau tak diluahkan kene pada tempat.

Ok la… stop pasal salah paham kat pejabat… berkalih kepada realiti plak. Soalan:- “Ada orang bercinta tak bergadoh?” huhu… pelik kan? Susah a nak jumpe cam citer Romeo & Juliet. Kalau nkorang gadoh (laki bini @ pakwe makwe) sape dulu akan mintak maaf? Sure laki kan… hahaha… Tapi susah tak nak cakap sorry? Memula susah gak~

Tapi…. nkorang tengok kalau orang pompuan… kalau laki tak mula mintak maap… tadek laa depa nak mintak maap dulu.. meskipon kesalahan tuh berpunca dari depa.

Sebabnya? Sebabnya… kite back to basic balik la. Lelaki ni kan berfikiran menggunakan IQ berbanding wanita yang menggunakan EQ untuk membuat penilaian. So… the fact is:-

  • 9 IQ + 1 EQ = Men
  • 9 EQ + 1 IQ = Women

Itu sebab la kalau nkorang mintak maaf kat orang pompuan ni… die susah nak terima. Sebab die membuat penilaian menggunakan Emosi berbanding Interlektual. Hahaha… kepada kaum lelaki tuh harap harap la bersabar kalau kemaafan nkorang tuh DI-REJECT secara direct oleh mereka. Apa depa kate??? Tu la awak.. skit skit mintak maap…itu jer yang awak tau” Keh keh keh…. Jangan kecik hati… Teruskan berusaha…. *ni adalah fakta. Tak caye???

Tagged with:
Dec 19

evil-anakinSemenjak dua menjak ni aku macam dah tadeke mood nak kijer. Tadek mood nak bertenet… Ye ar kan.. sejak insiden lepas tuh. Macam pobia tak abis-abis lagi…. sampai skang ni.. masih ade saki baki~

Xceli bile aku peratikan balik, mende ni semua datangnya berpunca dari aku jugak. Yup, biaser ar aku ni kan panas baran.

Sempat gak aku sembang-sembang dengan Boss aku pasal mende yang berlaku. So aku pon luahkan ar ape yang terpendam kat hati aku selame ni. Boss aku tadek la nak sebelahkan sesape, sebab dalam perkara ni, bleh dikatekan… kire kedua-dua belah pihak salah la. Tapi keras kepala…

Aku, Panas Baran. Dia, Darah TinggiAku macam API, die macam minyakyang mintak tuh gatai pergi terjun dalam api tuh buat ape??? Tak ke bute perot namenye… *still geram~

Aku ni tadek la berniat nak berdendam kesumat sampai kemati… Mase tengah marah je ar… aku merepek bukan-bukan, bile dah release cam ni… aku rase menyesal gak sebab buat perangai macam tuh~

Tapi skang ni… boleh dikatekan enviroment tempat kijer aku tuh.. kire nampak la situasi persekitaran Mulot Longkang dan rakan sedaerahnye berbanding dengan persekitaran masyarakat lain yang tak berapa nak amik port atas mende yang berlaku.

Bagi aku, dan nasihat untuk diri aku yang Panas Baran:-
1. Bila aku hangin, habis semua aku hamok~
2. Then, bila orang tadek kene mengena pon bleh kene marah, aku pulak yang kene pulau.
3. Bila dah kene pulau… aku mula nak terasa hati.
4. Pantang orang berbisik… dah mula kate orang mengumpat kat aku.
5. Kendian… mula la nak menyisihkan diri…
6. Bila dah mengasingkan diri… time ni la datangnye Syaton Nirrojim menjadi kawan baik sepanjang mase… datang dengan 1001 nasihat kononnya.
7. Kemudian… bermula la era kegelapan akan dilalui… bertambah EGO dan BONGKAK… mula tak mau nak mengaku salah… semua buat rase betoi~

*Nauzubillah…. perkara ni hampir berlaku kat aku. Mujur le cepat ditegah dek kengkawan yang still support aku. Terima kasih gak untuk yang membace entri aku lepas dan berkomentor. Kalau tak… mesti ade sambungan untuk no.8 plak kat atas tuh. Ini kesah benar… :D

Like my boss said:- “Your temper will kill you!!!

Master Yoda said:- “Anger and Hate will fall you to the dark side

Azam aku tahun 2009:- “Jadi orang yang lebih penyabar

Tagged with:


preload preload preload