Eh eh eh.. ni bukan entri untuk promote SUGUS. Aku cume menggambarkan jer ape yang aku nak citer
Entah la.. hari ni aku rase macam kureng skit. Tak tau le pasai ape. Tengok langit kat KL ni ok lagi… tapi aku still clowdy.
Sambil-sambil keluar makan dengan member sekerja aku tadi, terbukak la al-kesah politik pejabat… Tah macam mane plak boleh terkeluar balik kesah ni. Padahal dah setel beberapa minggu lepas. Tapi kes ni dah berbangkit semula. Kes-kes tak puas hati laa ni…biaser la~
Kesah-1
Oh… kalau nak diikutkan sangat pasal politik pejabat ni, memang la skit kepala dibuatnya. Tapi bile tak ikut… silap hari bulan kau pulak jadi mangsa keadaan. Apa yang aku boleh buat, cume kene alert jer la pasal perkembangan semasa sekeliling aku.
Aku… kalau boleh tak mau la sangat nak bersembang pasal kesah pejabat terutamanya waktu makan. Kalau bercerita jugak.. aku mule la cepat nak naik hangin… Penin beb, sana nko nak jage.. sini nko nak kaver. Bile nko tak tolong, diaorang kate nko berkira… tapi wajar kah aku tolong mereka dikale kerja aku sendiri terkapai-kapai tak siap???
Kesah-2
Itu satu hal la kan… satu hal lagi yang meng-serabutkan aku hari ni, apabila kerja yang nko buat diperlekeh-lekehkan orang lain. Bagi aku la kan… sekiranya aku rase sesuatu pekerjaan tuh merupakan tanggung jawab aku untuk membantu, aku akan cube setakat mane yang aku mampu. Walaupon pada tanggapan umum aku ni macam kera yang menunjuk-nunjuk. Aku tadek mintak duit nko…. ade??? Aku tadek suruh nko tolong aku… ade???
Aku pon heran kenapa ade orang rase sakit hati? (…masuk kesah lain…) Kononnya cakap aku nak tunjuk pandai… WTH??? Bukan nak tunjuk pandai cek~ Selalunya kalau marah sekalipon aku suke menggunakan double meaning words. Tak kire dimane… aku kerap pakai bahase berkias. Kekadang tuh nampak sangat macam aku ni cakap kat somebody, malangnya orang tuh tak pon membaca apa yang aku tulis kat sini… (…mungkin…)
Aku tak bermaksud nak marah orang yang sedang berhadapan dengan aku, tapi orang lain yang sedang memerhatikan aku. Bukan perli… tapi SOUND Tepet~
Kenapa kau pulak yan rase nak marah kat aku sedangkan aku merujuk kepada individu lain??? Memang ketika dan waktu itu aku sedang berhadapan dengan nko. Tapi aku tetap akui, semua orang akan marah dan bercakap perkara yang sama kalau mereka berada pada situasi nko. Bagi aku, itu adalah hak nko untuk marah aku balik.
Aku mintak maaf bebanyak kat nko. Aku tadek niat untuk sindir nko, mahupon memperlekehkan kemahiran dan ilmu yang nko ade. Tapi apa yang aku banggakan, aku tidak pernah mempertikai dan mempersoalkan latar belakang pendidikan seseorang individu.
Fuh… bukan senang nak muhasabah diri ketika kau sedang marah… aku dah mengaku mane silap aku… nkorang pulak macam mane?







kekeke… wah wah wah… ingat aku tokeh sugus???
erk.. nanti check ade lagi tak F.O.C miahaha~
[Reply]