Tips: Meriahkan Blog Anda Dengan Twitter

Tutorial
26/01/2009 | Tiada komen »

Salam Bahagia Semua,

Suatu ketika dahulu, semasa aku bersama Blogger.Com, aku kurang mengambil kesah tentang perkembangan TWITTER. Meskipon pada masa tersebut, aku sudahpon memiliki akaun untuk perkhidmatan ini.

Ketika di Blogger.Com, aku lebih selesa mengikuti perkembangan blog rakan-rakan semua melaui RSS Feed yang disediakan sebagai Gadget/Tools Blog yang pada aku ianya amat mudah dan tidak merumitkan. Dalam masa yang sama, susun aturnya agak kemas.

Malangnya, apabila aku bertukar ke WordPress Self Hosting, widget RSS Feed yang disediakan teramat-amatlah mengecewakan aku. Disebabkan tekanan sedemikian, pada masa kini aku mula menggunakan semula perkhidmatan TWITTER sebagai alternatif lain kepada RSS Feed. Lagipon ianya adalah percuma, realtime update dan mesra pengguna dengan adenya TwitterFOX.

*** Aku ni seorang yang malas untuk download WordPress Plugin. Jadi malas nak carik Widget untuk RSS Feed. Dalam mase yang same, aku tak berapa suke nak pakai Google Read sebab ianya kurang mesra alam dengan paparan antaramuka yang serabut.

Tanpa membuang masa, di sini aku akan tunjukkan macam mana untuk menjadikan TWITTER ni sebagai salah satu widget yang mesti ade pada blog anda semua.

1. Perkara pertama ialah anda perlu mendaftar dahulu sebelum anda dapat menggunakan perhidmatan ini. Sila log masuk ke:- http://twitter.com dan daftar akaun anda disana.

2. Setelah pendaftaran selesai, maka anda hanya perlu memasukkan code HTML kedalam blog anda. Untuk mendapatkan kod HTML ini, and perlu ke:- http://twitter.com/widgets

3. Daripada sini, sila klik pada [Blogger] untuk mendapatkan fungsi widget secara automatik terus ke blog anda (Blogger.Com sahaja) manakala WordPress dan sebagainya sila klik pada pilihan [Others]. Kemudian, sila tekan butang [Continue].

4. Untuk pengguna Blogger.Com, widget akan terpasang secara automatik sekiranya anda memilih seperti arahan pada no.3 diatas. Anda hanya perlu memilih tetapan yang diperlukan, dan tekan butang [Add to Blogger]. (Rajah di atas)

5. Untuk pengguna WordPress dan hosting yang lain, *daripada no.3 [Others], aku sarankan supaya anda semua hanya memilih HTML Widget berbanding Flash Widget yang berat dan membosankan pembaca blog anda dengan proses loading yang lembap.

6. Setelah butang [Continue] ditekan, anda akan dibawa ke papatan tetapan Widget HTML. Buatlah tetapan yang anda suka dan salin code html yang telah diberikan pada anda.

7. Setelah itu, letakkan la code HTML yang anda dapat tadi pada blog anda, bahagian Widget –> Text/HTML (WordPress) dan Gadget –> HTML (Blogger).

8. Seterusnya untuk proses kemasini, anda cume perlu mendownload TwitterFOX (pengguna Firefox). Proses mengemas-kini TWITTER anda akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan aplikasi ini.

Cubelah… anda akan merasakan perbezaan menggunakan perkhidmatan ini berbanding dengan aplikasi sembang maya yang lain. Ianya telah membantu aku menyelesaikan masalah RSS Feed yang serabut dari WordPress.

Selamat Maju Jaya~




Related posts

Tentang Penulis: Azman Ishak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

0 Maklumbalas kepada: Tips: Meriahkan Blog Anda Dengan Twitter

  • erroxembarD berkata:

    In the dispute over healthcare reform, references to outcomes mostly be suffering with to do with patients. But the to come renovation of the condition cover group may bring on to very separate outcomes in employment.

    order cialis

  • kfadzli berkata:

    Bagus tutorial nie….sekali cuba dah jadi…
    Tq Bro
    Nanti kalau ader ilmu lagi,ajarlah lagi hehehee

  • loque berkata:

    plurk lagi best la…
    twitter boring….
    lalalala~~

  • Anysz berkata:

    aku dah penah buat
    pastu macam malas
    hahaha xD

  • hydir berkata:

    heh… aku guna twitter gak…
    twitter kan microblogging…. wajib ada …

    anyway … SELAMAT berTWITTER …

    twitt…twiitt…ttwwiitttt….

  • Chempaka berkata:

    Dulu aku pun pakai gak twitterfox 2… Mmg best giler…

  • Nazz berkata:

    Bagus bro dgn info nih… tapi buat masa nih blum minat lg …. anyway gud info…

  • KampungBoy berkata:

    Aku belom terbuka ati nak mencuba twitter nie..dah ada panduan cmni sng r nanti bila aq nak start guna.

  • xillix axillixa berkata:

    ops.. kita salah org lh pulak

  • menteil berkata:

    hehe… aku pon pengguna twitterfox.. best..
    tapi aku tak jadikan widget di blog..
    ntahla.. cam tak lawa plak..
    follow my twitter http://twitter.com/menteil

    pasal commnet di blog aku,
    mungkin email @ url blog ko dah dikesan akismet..
    try pegi kat page dorang dan report..
    aku dulu kena jugak macam tu. terus setel..

  • ChekguBH berkata:

    erm…
    nnti ak try kut…
    ade dah akuan twitter ni, pnh masukkan widget dan segala bagai…
    tp rase cm kureng kut fungsinye….
    maybe later…

  • Azman Ishak berkata:

    Terima kasih Chekgu BH,

    keh keh keh… aku dulu pon rase macam tuh jugak,
    tapi semenjak aku menggunakan TwitterFOX, aku rasekan
    penggunaan Twitter ni betoi-betoi penting untuk aku
    mengetahui perkembangan rakan-rakan penulis yang lain :D

  • Azman Ishak berkata:

    cam tak lawa??? kekeke… jangan letak banyak baris lo…. letak
    1 barus cukup… contoh cam lattest news laa gitu-gitu… cam aku
    buat kat atas blog aku tuh…

    wtf??? askimet dengki laa ni… keh keh keh.. mane aci cam ni.
    penat taw aku komen panjang-panjang… huhuhuhu…

    *nanti ade mase aku p la report kat die… huhuhuh.. ade org pakai
    url aku p buat spam ker??? kompius gak ni. ni satu penzaliman yahudi~
    tak boleh dibiarkan ni… aku nak kene check nanti :D

  • xillix axillixa berkata:

    uit menteil…lama beno teman tak ke menteil.net

  • Azman Ishak berkata:

    hi…. eh macam mane nak eje nickname ni ek?
    keh keh keh… *bersape kat orang lain, aku yang jawab :)

  • Azman Ishak berkata:

    tak pe… buat macam tak bersalah jer~
    miahahaha…. tak salah pon bertegur sape
    kat sini… kite masyarakat blogger majmuk ma~

  • Azman Ishak berkata:

    Aku rase orang yang ingin menceburkan diri dalam bidang internet marketer
    amat bagus untuk meletakkan Twitter ni dalam blog depa. setiap
    product atau perkembangan terkini boleh dimuatkan
    kat Twitter. Lagipon konsep follower Twitter ni aku cukup suker ar~

  • Azman Ishak berkata:

    yup.. thanks.. semua orang belum berminat…
    tapi mungkin sampai masa nanti.. contoh nye macam aku
    dulu la… pakai blog spot, ade RSS Feed.. tapi bile dah ke wordpress
    RSS Feed die cam tak best… so aku lebih prefer twitter kalau nak
    tau blog member dah update… itupon kalau diaorang pakai twitter la…
    kalau tak.. terpaksa la aku tunggu depa inform.. tak pon blog hop… :D

  • Azman Ishak berkata:

    :D so skang ni still pakai kan… best kan?? macam aku, tak berapa
    nak suke sembang sorang-sorang… aku suke lagi style sembang
    dalam net ni secara berkumpulan… macam conference la…
    best ape~ orang lain sembang… then org lain pon bleh menyampok…
    miahahaha…

  • Azman Ishak berkata:

    keh keh keh en. hydir… so selalu laa ni
    usha line pakai twitter untuk tahu pasal kesah bola???
    patut laa up to date maa… no wonder laa kan~ :D

    *ade twitter untuk npone tak? kalau ade lagi syok~

  • Azman Ishak berkata:

    arh.. maybe sebab nko reply n taip twitter tak pakai
    twitter fox… cube la install… kasik tempek jer twitter fox
    tuh kat Browser Musang Berapi ni… sure rase cam gempak…
    mesti selalu nko nak berkicau pakai twitter… cam aku dengan
    kengkawan yang lain la….

  • Chempaka berkata:

    Nak pakai mcm mana, aku kan on9 pki hp…

  • Azman Ishak berkata:

    oh ye laa aku lupe laa…
    weh chempaka… tak mahai ker hang pakai
    npone… parak prepaid ma… ke hang pakai wifi?
    betapa hang ni kreatif sungguh menggunakan
    media yang ade… keh keh keh… terharu aku
    ade orang macam nko ni~

  • Chempaka berkata:

    Lepas ni kena la aku hadkan penggunaan internet sbb sumber kewangan dah terbatas… Aku pki celcom berokband tu la… Benci btl aku!

  • Azman Ishak berkata:

    wahh… ye ke… nko amik data pakage ke atau
    ke 2 2 nye sekali??? mau tak parak… surely parak
    beb… aku pon tak sanggup bil bebanyak tetiap bulan
    ni… bleh sakit kepala loooo~

  • Azman Ishak berkata:

    Plurk??? miahaha.. bunyi macam plug peti ais jer
    huhuhuhu *sorry aku pernah tengok, tapi pengaruh plurk ni
    tak berapa nak ramai berbanding twitter :D

  • Azman Ishak berkata:

    ramai jugak user ek?? wah… cam syok…
    tapi kalau semua sumbat kat blog.. nanti berat la plak.

    *awek indon??? hahahaha tak bleh blah betoi laa taste :D

  • loque berkata:

    ramai ouh….

    cun taw…tak caye ushar la friends sy tuh..hehe
    cun !!!!
    perghhh!!

  • Azman Ishak berkata:

    ape nko pikir uncle nko ni kemarok sangat
    ke?? miahaha… statement kejiiiiiiii :D

  • Azman Ishak berkata:

    Terima kasih juga untuk anda kerana
    verkomen kat sini.. hehehe

    *insyaallah, kalau ade apa yang boleh dikongsi,
    aku akan cube paparkan kat sini.