Tutorial Photoshop: Iklan Beranimasi

Seni Rekaan & Grafik» Tutorial
01/06/2009 | 88 komen »

Salam ceria semua. Dah lama aku tak berkongsi tips dah tutorial kat sini. Tutorial pada kali ni, aku akan menerangkan cara-cara untuk membuat Iklan beranimasi. Seperti biasa dalam tutorial-tutorial yang lepas, aku menggunakan Adobe Photoshop CS 3 sebagai alatan/tools untuk penerangan. Sekiranya terdapat berlainan penerangan dan pendapat, anda dialu-alukan untuk berkomen di sini.

Untuk menjayakan tutorial ini apa yang anda perlukan:-
1. Adobe Photoshop CS3 – sekurang-kurangnya yang terkini.
2. Gambar – sebagai iklan
3. Ikut langkah satu-persatu:sengeh:

Seperti biasa, jalankan aplikasi Adobe Photoshop yang tersimpan dalam komputer kamu. Seterusnya pergi ke menu File –> New. Kebiasaannya aku akan memilih tetapan:- Preset = Custom dan menggunakan skala pada ukuran yang besar. Ini amat penting supaya imej pada skala besar akan nampak lebih realistik apabila dikecilkan. Tambahan, kamu lebih mudah untuk membuat pembetulan pada sudut yang sukar apabila imej dibesarkan menggunakan Zoom Tool.

Kemudian, dapatkan sebarang imej berkaitan dengan iklan kamu untuk dijadikan ikon iklan atau maskot atau apa saja yang kamu kehendaki. Caranya mudah sahaja kalau malas… Jalankan browser kamu, kemudian pergi ke Google Image. Daripada hasil carian kamu, sila Right Click –> Copy Image. Senang bukan?

Daripada sini, dapatkan arahan Paste daripada menu Edit (menu Photoshop). Kemudian, imej yang kamu salin tadi akan secara automatiknya berada pada layer yang baru.

Seterusnya, masukkan teks yang kamu suka dengan menekan butan Tool – Text. Masukkan teks iklan kamu.

Perlu di ingat, aku menggunakan 3 layer untuk teks termasuk simbol tanda seruan.

Apabila sudah mendapat tetapan teks dan anda berpuas hati dari segi kedudukan, maka tiba masa untuk mengecilkan baner tersebut dengan membuang kawasan yang tidak digunakan. Sila gunakan Tool –> Crop untuk langkah ini. Kemudian apabila pilihan saiz CROP telah ditetapkan, kamu hanya perlu dwi-klik pada ruangan yang tidak menjadi kelabu (grey).

Imej sudah dikecilkan, sekarang tibalah mase untuk membuat animasi. Pergi ke menu –> Window –> Animation. Kemudian, kamu dapat perhatikan Frame Animation Editor akan muncul.

Berikut adalah cara yang mudah dan cepat untuk membuat salinan frame imej yang asal. kamu cume perlu menekan butan duplicate frame yang terdapat pada Frame Animation Editor tersebut.

Tentang Penulis: Azman Ishak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

88 Maklumbalas kepada: Tutorial Photoshop: Iklan Beranimasi