Apa yang terindah waktu zaman sekolah dulu? Hahaha.. apa yang aku ingat cuma pada zaman sekolah menengah. Mana taknya, aku adalah pelajar ter-”FAMES” lemak berkrim dan disukai ramai. Awek-awek? Tak payah cerita lah. Senang sangat nak tersangkut kalau abang macho ni berkata-kata.. hahaha.. Sebenarnya aku agak tertarik dengan kontest yang sedang berlangsung kat blog kawan kita ni iaitu Saudara Abrar. Kamu semua dah tau ke belum???
Kenangan yang aku tak boleh lupakan waktu zaman sekolah rendah ialah waktu duit syiling RM1.00 syiling mula diperkenalkan. Waktu tu memang jakun habis. Aku dah lupa pada tahun berapa duit tu diperkenalkan. Duit syiling warna emas.. dah tentu la jadi batak. Hahaha… sanggup aku simpan duit belanja sekolah kemudian tukar dengan kawan aku. Maklum la.. pada zaman aku tu, RM1.00 memang tersangat besar.
Kemudian, tak sampai darjah 3, aku ditukarkan ke sekolah Selangor. Sebab utamanya adalah ianya kampung halaman sebelah Emak aku. Kat sini ada sekolah rendah agama. Dah keputusan keluarga, aku yang tak tau apa-apa ni ikut jer la. Bersekolah di Sekolah Parit 1, Sungai Besar, Selangor memang cukup best. Santapan suasana pagi dengan sawah bendang yang terbentang luas.. perghhh.. cukup syahdu kalau di kenang.
Dengan perjalanan ke sekolah menaiki basikal, aku melalui liku-liku yang amat kurang selesa. Kawasan Sungai Besar satu ketika dahulu penuh dengan anjing gila yang berkeliaran pada waktu pagi… Ooohhh… sungguh tak menahan.. aku kene kejar sampai rantai basikal aku putus. Haram sungguh hanjing ni… nak selamatkan diri punya pasal daripada kene gigit.. aku tolak terus basikal, sampai la ke kawasan lapang yang selamat.
Hahahah… itu citer zaman sekolah rendah. Untuk sekolah menengah.. sekali lagi aku bertukar sekolah. Kali ni aku pulang bersekolah di tempat lahir aku iaitu, Pahang. Erm.. seperti yang aku nyatakan di atas, aku adalah pelajar yang selalu mejadi tumpuan awek-awek cun.. hahaha… Bukan apa beb.. aku ni terlampau aktif dalam persatuan. Semua persatuan aku nak jadi President.
Waktu tingkatan 5 pula, aku bertanding jawatan untuk mejadi Ketua Pengawas Sekolah. Perghhh.. jangan tak caya kalau aku katakan.. semua yang mengundi aku adalah golongan awek-awek pengawas perempuan.. hehehe.. “Well… what can I say, I’m too famous” hahaha… tapi kalah.. sebab cikgu aku tak adil. Dia suruh aku lepaskan jawatan bertanding untuk menghormati Senior Upper Six. Sebenarnya Senior Upper Six dah kalah bertanding dengan aku.






haha..thanks join ye..yg pasti wordpress..tengah tunggu duit gaji masuk baru nak pindah..
[Reply]
sekolah tabestt…
[Reply]
apsal banyak cite ko puji diri sendiri jer?
hahaha…
aku segan nak jumpe ko sebb ko kacak sangat..
giler laa..
banyak giler awek minat ko erk?
hehe…
aku macam nak join je contest ni..
tapi aku tak semacho azman..
sekolah aku semua laki dulu…
takde awek pun,…
huhu…
[Reply]
selamat pagi..hari ini saya bangun awal..baikkan saya…hua hua…saje je nak ngomen…bosan sebab bangun awal sangat..kol 5 tadi da bangun, men game pastu tak tau nak buat ape dah…
orang pahang eh, dok mane kat pahang?
[Reply]
salam bro~~ huh banyak da entry bro~~
ape ke crite nie?
[Reply]
hamboi2..hebat gak ko ni man..tp nsb bek ko cepat sedor..kalau tak ada yg ternuntah darah mcm ko kata tadi..ko ni kategori hensem ke man..tak pasan lak akak..hehehe..
[Reply]
keh keh keh… no problem.
nanti dah pindah bagi tau jer..
[Reply]
skolah laa best.. ramai awek..
sampai tak tau mane satu nak pilih… hahaha
semua awek suka padaku.. ngiahahaha
[Reply]
biaser la.. dah tadek orang nak puji.. hahha
aku kacak? wak lu.. muahaha…
erk.. banyak la nak join tapi tak macho.
ape mende tah.. join sudah.. support member-member~
[Reply]
hahaha… bro awat la awal sangat tuh..
mesti bangun awal pasal tukar cadar kan.. hahaha
[Reply]
wsalam hanc. hang per cer?
dah balik kuching ke? atau stay kat KL lagi?
[Reply]
kekeke… nak buat macam mane.. memang kenyataan
masa skolah dulu aku seorang yang lemak berkrim
[Reply]
aku dr dulu (sek rend) skola laki lepastu baru masuk alam zaman skola campur.. perak gak gak mula2, tapi lepastu best.. hihihi
[Reply]