Muahahaha… salam ceria dan salam bahagia semua. Kalau diperamati dari pada tajuk, nampak macam agak sedikit gerun kan.. Oh jangan la kamu semua mengganggap TAG adalah sebagai satu hukuman ataupun satu deraan. TAG ini juga boleh menaikkan SEO (bak kate TOPOTATO). Seperti biasa.. aku memang tak suka TAG dari kategori soalan.. maka sempena bulan baik…(Sya`aban) dan jugak bulan Kemerdekaan (Ogos) kat sini aku ada sedikit ole-ole untuk kamu yang bertuah..
Pada kali ni aku nak bawak minda kamu semua keluar dari kongkongan TAG jenis soalan yang amat-amatlah perit kalau terkena. Secara terang aku katakan.. TAG jenis tersebut memang konfem nak mendera.. meskipon isi kandungannya dan SEO-nye amatlah pawer sekali. TAG aku pula adalah dari jenis EXCERSISE atau dalam Bahasa Ibunda kita adalah LATIH TUBI.
TAG-nya berbunyi macam ni.
1. Sempena kempen Twitter Merdeka 2009 ini, Ciptakan satu GRAFITI pada dinding yang kamu suka menggunakan perisian Photoshop. Daripada sini, apa yang kamu perlu ada:-
- Gambar dinding
- Sebuah LOGO bertemakan Blogger ataupon Twitter + Kemerdekaan
- Gambar kamu (nak kaver pon tak pe.. asalkan Kreatif)
- Kata-kata peransang… sempena menaikkan semangat kemerdekaan.
2. Ok sudah.. kemudian.. ikut aku, mohdismail, en. megat, justkhai, menteil, topotato, dan yang lain-lain di Twitter. Sila TWEET sekiranya kamu telah melangsaikan TAG ini dengan jayanya.. mudah bukan? Cuma dua arahan? Tak pernah ade TAG sependek ni…
3. Kemudian TAG cuma 5 orang sahaja. Jangan lebih-lebih… wokeh? Jadi siapakah yang bertuah pada kali ni? Muahaha.. dah tentula kamu yang aku promotekan kat atas… bukan promote saje.. Sila la ber-Photoshop ye.. Kreatifkan grafiti kamu…
MANGSA:-
- Mohd Ismail - Sebab Bro Mail yang mulakan agenda Twitter Merdeka.
- En. Megat - Ni dia taiko… jadi setakat Photoshop bergrafiti tu.. aku yakin tadek masalah.
- JustKhai - Ini lagi pakar.. tak perlu diperkenalkan lagi.. awek-awek mesti kenal kan. (*muntah~)
- Menteil - Dah lame menteil ni tak menulis. Rindu nak bace dia membebel kat blog.
- Topotato – Pelukis kartun kecik-kecik yang kiut. Seorang yang amat pakar dalam Adobe Illustrator.
P/S: Sebenarnya semalam sebelum aku tidok, aku sempat alter sikit-sikit pasal tag ni.. periksa ejaan.. tiba pagi ni.. Topo bagi tau aku nama dia tadak dalam senarai.. maklum la.. internet sungguh puaker malam tadi… se-suku daripada teks aku telah hilang tak tau pergi mane… adoi ai~
P/S2: Malam ni aku akan bergerak ke Kedah Darul Aman dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awan. Harap dengan berkat doa kalian semua… selamat la pergi dan balik. Tak lupe juga doa untuk kesejahteraan bonda si dia.. semoga cepat sembuh.
P/S3: Perut rasa lapar la pulak… apa kata kita pergi sarapan???










hohoho
aku tak kene
[Reply]
mane aku nak carik gamba dinding ni.. hohoh kat pintu boleh tak?
[Reply]
jangan suruh aku buat photoshop sebab aku kayu
[Reply]
erm aku fail tol babphotoshop.. hurm sape la leh ajar! sian tol.. #merdeka
[Reply]
ho… suker nko ye.. aku dah terpikir
nak TAG nko.. tapi bleh lupe plak..
[Reply]
hahaha… alahai.. google image sudeh~
[Reply]
eleh ye laa tuh.. tunggu laa tak lame..
mungkin ade yang tag hang nanti..
[Reply]
ni lagi sorang tipu… tak caye aku.
mustahil mamat xpert macam hang ni tak tau.
aku pon tak reti gak.. main bubuh jer beb~
[Reply]
erk…cam menarik jerk…haha…
[Reply]
hoh .. aku photoshop malas tul nk guna..
pakai powerpoint jer bleh tak? .. #merdeka
[Reply]
huhu. kena wat grafiti tue. dasat giler. hehe.
[Reply]
Pastinya yg terhebat yg kena tag!
[Reply]
biasalah
nama gua
nama invisible dari tag2 ni..hohoho
[Reply]
siyes beb aku tak reti.. guna photoscape ngan photomatix hdr taw la.. hehehe
[Reply]
mau muntah darah aku kalo bab photoshop ni
[Reply]