Live Update: 1 Nov ‘09, 12.34am MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95
Ngantok sementara nak menunggu mamat ni mai. Hahaha. Sebenarnya malam ni kebetulan je keluar ngeteh sebab aku kene kerja malam.
Ok… Ok… Dia dah mai. Haha…
Live Update: 1 Nov ‘09, 12.34am MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95
Ngantok sementara nak menunggu mamat ni mai. Hahaha. Sebenarnya malam ni kebetulan je keluar ngeteh sebab aku kene kerja malam.
Ok… Ok… Dia dah mai. Haha…
Live Update: 30 Oct ‘09, 4.59pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95
Entah betoi ke idak apa yang aku tulis kat tajuk ni. Kalau tersalah eja, maafkan le aku. Dalam mood sekarang ni, emosi aku memang kerap kali terganggu. Aku cuba jugak untuk berlagak ala-ala macho dan rileks, tapi masih tak bleh blah la…
Ada juga antara rakan-rakan memang memperakui, sekiranya berada dalam situasi aku sekarang ni… perubahan tingkah laku memang jelas ketara. Perkara remeh temeh boleh menyebabkan pergaduhan. Sekiranya “mereka itu” tahu hakikatnya, mungkin mereka akan ambik sambil lewa. Tapi macam mana pulak yang belum alami. Aku yakin ramai antara mereka cakap aku dah berubah.
Ye lah… Memang dah berubah dari beberapa faktor psikologi, pemikiran dan juga pergaulan. Tertekan dengan keadaan? Mane mungkin… Ia sebenarnya satu persoalan permasalahan yang aku sendiri pun tak terpikir akan jawapannya.
Keserabutan dan jiwa kacau sering berlaku. Antara sedar ataupun tidak. Peperangan dah lama tercetus. Aku harap mereka datang untuk tampil membantu, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Memangla pada dasarnya kesilapan juga berpunca daripada aku. Memang aku pun akuinya.
Kalau nak dipikirkan balik, kita semua pun ada buat salah kan? Tak boleh ke berbincang cara elok dan matang? Tambahan pulak beza usia antara aku dan kamu jelas ketara jurangnya.
P/S: Persoalannya… Kenapa mesti sekarang? Kenapa tak timbulkan dari dulu…? Ah pening la dengan nkorang ni….

Aduhai… zaman dah nak hujung-hujung ni. Macam-macam cerita dah kita dengar tentang perkara-perkara yang cuba dilakukan untuk mengelirukan umat Islam. Tak kira dari segi apa sekalipon. Perkara ini berlaku disekeliling kita, tanpa kita sedari. Ok, ini satu lagi kiriman email daripada sahabat aku dan minta untuk diperhebahkan kepada rakan-rakan sekalian. Harap tolong sampaikan kepada yang lain ye~ Continue reading »
Live Update: 28 Oct ‘09, 5.49pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95
Nak tak nak, mesti jugak dapatkan nombor supplementary line yang ketiga hari. Tadi tengah hari Maxis Customer Service telefon berkaitan dengan masalah semalam. Ok, fine… Case closed!
P/S : Aku difahamkan Maxis Center di KLCC tutup pada pukul 9.00mlm. Waa… Bagusnye kalau tahu dari awal semalam. Tadak la terkejar-kejar kan?
Live Update: 27 Oct ‘09, 2.57pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95
Apa bikin lame-lame kan? Sebenarnya aku dah mula rasa terbakar dah ni. Kaunter untuk menguruskan masalah sub-line cuma dikhaskan kaunter dua. Jadi ‘demm’ lambat gila. Ok ok, kenyataan rasmi: "Ini adalah satu komplain."
P/S : Ada sorang akak siap mengamuk cakap sorang-sorang marah sebab lambat sangat. Oh Maxis please la. Cube tengok sela masa entri sebelum dan sekarang. Dah pukul berapa ni?
Komen Terkini