
23 Oktober 2009 – Fuh…. mungkin ade yang kata, aku sebelum ni kalau maki hamun pasal ISP memang tak hengat la kan.. tapi aku pon manusia jugak kawan. Marah pon ade tahap, sabar pon ade tahap, berterima kasih pon ade tahap. Kalau orang buat baik dengan kita, maka layanan yang baik lah wajar kita berikan.. ok? Tutup citer pasal gagoh-gadoh dengan ISP.
Sebenarnya dalam lewat beberapa hari ni, internet aku sekali lagi mengalami masalah gangguan penerimaan signal. Jadi, nak tak nak, terpaksa juga aku luahkan rasa ketidakpuasan hati aku dalam Twitter. Sebelum ni aku juga ade menjadi pengguna kepada beberapa ISP di Malaysia ni. Dan rata-rata boleh aku samakan mereka semua.
Dalam menyuarakan rasa ketiadakpuasan hati macam orang gila kat Twitter, aku disapa oleh @IdhamNawawi. Agak terkejut dengan sapaan sedemikian:- “@azmanishak if you DM me ur contact, I’ll get someone to call you. Idham” Macam tuh la citernye… kalau orang berbudi, maka pandai-pandailah kita berbahasa. Aku yang pada mulanya tengah marah, terus jadi COOL~
Sinopsis yang berlaku seterusnya:-
1. Berlaku adengan berbaik-baik antara aku, @P1Media, @P1W1max dan juga En. @IdhamNawawi
2. Mereka menguruskan segala permasalahan aku menggunakan Twitter sebagai medium perantaraan. Ini patut diberi tepukan. Aku yang panas baran boleh jadi cool. (nkorang semua kenai aku kan??? Cepat marah dan cepat cool)
3. Laporan terus dihantar kepada pihak pengurusan mereka untuk tindakan lanjut.
4. Aku menerima panggilan daripada pihak Wimax mengenai permasalahan aku. Oh… mereka yang talipon ye. Ianya sejurus selepas aku berinteraksi dengan pihak Wimax melalui Twitter. Hebat bukan?
5. Pada pengamatan aku, ini adalah pertama kali aku menerima layanan sebegini bagus dari pihak pembekal internet. Meskipon tiada wajah yang dilihat, hanya tulisan yang tercatat. Tapi ianya dah cukup meredakan kemarahan aku disebabkan kekerapan terputus dari talian

6. Temujanji telah dibuat pada hari ini (22/10/2009) oleh Pihak Wimax untuk membuat tinjauan (turun padang) mengenai masalah aku. Dan memang ternyata lah ada base station yang mengalami masalah kesesakan pengguna.
7. Untuk permasalahan tersebut, aku tidak berani untuk membuat kenyataan rasmi. Tapi, ini berdasarkan daripada apa yang aku faham semasa aku berbual-bual dengan teknisyen yang datang. Terima kasih aku ucapkan kepada beliau kerana turun padang untuk pihak Wimax. Psstt… dia pon bakal pengantin baru. Hehehe.. Selamat pengantin baru in advance ye. *lupe nak tanye name hang tadi.
8. Difahamkan juga, pada masa sekarang ni, modem aku dihubungkan kepada base station yang letaknya lebih kurang 2Km dari rumah aku. Jadi apabila hujan.. sedikit sebanyak mempengaruhi faktor kualiti penerimaan. Untuk base station depan tingkap ruang tamu pula, terlampau ramai pengguna. Oh tidak.. ini pula punca utama kekerapan putus talian sekiranya modem dipindahkan ke ruang tamu.
9. Laporan telah pon disiapkan oleh teknisyen tersebut dan akan dihantar kepada pihak pengurusan Wimax. Harap tindakan susulan segera di ambil.
NOTA: Teruskan bersama aku untuk laporan P1W1max secara pro dan kontra. Tiada perasaan marah dan dendam mahupon unsur bodekan di sini. Bagi aku.. kalau ianya servis yang bagus, aku tiada masalah untuk mempromosikan mereka secara percuma di sini. Tapi perkara sebaliknya juga mungkin berlaku… Harap segala permasalahan akan selesai selepas ini.
TEKANAN: Untuk menghasilkan entri ni bersama dua keping gambar, memakan masa hampir dua jam. Sebabnya, internet aku gagal untuk muat-naik fail gambar kepada pembekal perkhidmatan. Tension kan???






camni la aku nak..sama la masalah yg dihadapi abg aku kat klang tu..meksis punye prob die turun camni..tapi 2 3 kali la sampai solve..lagi satu
stokin mamat tu bape lame tak basuh tah..huhu
[Reply]
hehehe… off topic – umah aku lame tak mop dowh.
maklum la nak pindah dah akak aku. so rumah
aku penyebab stokin die bertukar warna.
P/S: tak baik ar nko ni. lain kali tanye la aku dulu
baru mention.
[Reply]
sekali aku baca mcm aku baca berita kat Metro online pun ada
ko ayat power bro. nasib ko tak ayat aku, kalu tak aku sendiri dtg umah ko
pekena milo tarikcheck apa tak kena.. hehe[Reply]
haha jahat giler ko menyebab aku tuduh dia..
silap dia gak kot pki stokin sekolah..
[Reply]
nko la tuh.. cepat sangat nak buat
kenyataan rasmi. ish ish ish… kan dah
malu sendiri.. muahaha~
[Reply]
hahaha.. lepas ni nak mintak apply
kat harian mertro la sebagai penulis
havoc-havoc. boleh ker?
*bile nak perkene melo tariknye??
[Reply]
hang man…
memang pengkomplen tegar.. teruskan perjuangan!
[Reply]
aku tadek niat nak malukan sesapa. tujuan aku supaya
aku dapat menggunakan perkhidmatan yang aku sewa
selayaknya dengan bayaran yang aku keluarkan.
jadi merepa tatut peka la pasal kehendak pelanggan kan?
[Reply]
cun! mmg cun! teruskan usaha mereka jika hendak perkhidmatan mereka menjadi pilihan.
kadang-kadang kita sebagai pengguna memang faham. klu barang tak bagus pun tapi servis bagus, orang boleh terpikat juga kan?
ps – dah nampak kematangan ko menulis man, keep it up
[Reply]
kan ke bagus kalau kebanyakkan ISP kita
ambik langkah drastik macam Wimax ni.
bukan nak puji lebeh-lebih.. bagi aku sebagai pengguna
yang kadang-kala bermasalah.. hanya inginkan perhatian
bila dah dapat perhatian.. so dah boleh cool down sebab
dah dapat maklum balas.. meskipon maslah sebenarnya
tak siapa pon yang tahu.. hehe
P/S: penulisan? aku blajaq dengan hang la en. megat. hehehe *tapi masih lagi bercampor adok. sikit sikit la ubah. tak mampu buat drastik.
[Reply]
Setakat ni Wimax aku mcm “raja’ terlalu laju untuk harga nya yang cuma RM49 tu hehe. Mana taknya menara Wimax sebelah rumah
Nasib aku mungkin baik kot
kalau jauh skit mungkin timbul masalah yang sama mcm kau Man. Bravi Wimax
[Reply]
macam raja??? pergh.. bile aku nak merasa jadi raja dengan P1 neh. harap-harap selepas issues ni.. P1 wimax akan menjadi keutamaan bile berada di dalam talian.
[Reply]
aku dah kate.. p1 mmg teruk.. potong potong potong… kasi potong itu p1 wimax la, kasi pasang streamyx kat umah baru pas nikah.. hoho..
[Reply]
kekeke… aku lebih suke jenis mobiliti. sebab senang nak usung merata. kalau siputmix susah skit.
[Reply]