Rss Feed
Tweeter button
Facebook button
Technorati button
Nov 30

Live Update: 30 Nov ‘09, 10.53am MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Alahai… Tajuk macam novel kelapa nan sebatang la plak. Hari ni, macam biasa. Hari permulaan kerja… Tersangat-sangatlah bosan. Ditambah pulak baru sangat habis cuti. Letih bawak kereta pun tak abes lagi. Lemak ketupat, rendang dan lemang amat sayang untuk dimetabolisma. Kepala kusut memikirkan banyak perkara.

Aiiihhh… Mujurlah ada Si Dia penenang hati. Pengubat segala masalah… Tempat bercerita, tempat meluahkan perasaan. Dah besar panjang, takkan dok nak harap mak ayah kan? Mane ada feel…

Bidang kerjaya pulak buat masa ni masih belum menampakkan masalah selepas bos lama bertukar keluar. Besok lusa sapa tahu. Manusia ni bukan boleh tengok orang senang. Ada je yang nak dengki. Kalau cakap depa ni bodoh, depa marah. Tapi belajar tak pandai, lepas tu nak iri hati dengan jawatan orang…. "Hell with them" Sampai bila pun manusia suka berdengki. Pergilah kerja kat mana pun. Sama je… Cuma "enviroment" mungkin sedikit berbeza.

P/S One: Semalam hosting down lagi.

P/S2: Rasa-rasa ada debaran menanti. Betoi ke? Tapi tak pergi buat checkup lg. Baru sangat kot~

P/S3: Kalau betul firasat aku…. Kene perbanyakkan bersabor… Insyaallah… Ada la rezeki nanti tu…

X-BOX: Tak sabaqnye…

Nov 26

Live Update: 26 Nov ‘09, 10.28pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Jalan jem teruk. Kenderaan semua memang bergerak terkemut-kemut. Ni kalau aku nak buat karangan sambil memandu pun insyaallah selamat. Jalan line lorong sebelah kanan dibuka untuk kenderaan bergerak dari Kuala Lumpur menghala ke destinasi Pantai Timur.

P/S: Serik balik malam raya. Sekarang nak masuk terowong Sempah dah. Ok doakan keselamatan kami. Amin~

Nov 26

Live Update: 26 Nov ‘09, 7.10pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Lambat la pulak menunggu menu sampai ni. Dah masuk azan maghrib dah pun. Cadangnya lepas servis motor tadi terus nak balik rumah. Tapi, Si Dia plak lapar. Tak sampai hati… Terus singgah kedai makan. Aku pun bleh tahan jugak lapaq~

P/S: Malam ni pekena siakap stim. Alhamdulillah. Rezeki…

Nov 26

Live Update: 26 Nov ‘09, 1.22pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Semalam kan dah masuk dua hari aku bergelap. Mane tahan. Bukan tak bayar… Menda dah setel, jadi untuk kepentingan pengguna, aku yakin betoi… "saya kunci lirik ini" *tetibe. Kepala hotak dia… Hahaha… Tindakan semalam mendapat perhatian dari rakan internet.

Sejurus selepas entri Khidmad Pelanggan TNB dilepaskan di blog, dalam masa yang sama, twitter dan facebook juga turut dikemaskini. Syukur ada rakan tampil membantu dengan saluran yang betul. Jangkamasa antara komplain dan penyambungan semula memakan masa dua jam untuk pengesahan alamat dan pelbagai.

Terima kasih aku ucapkan untuk saudara Mohd Amin Yuddin yang sudi berkongsi maklumat. Jadi dibawah ni adalah kiriman maklum balas Facebook daripada beliau:

-original message-
Subject: Fwd: Mohd Amin Yuddin memberi komen pada status anda.

Nov 25

Live Update: 25 Nov ‘09, 10.42pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Mujur kat kawasan perumahan aku ni boleh la tahan kedai makan pun banyak. Cuma pastikan poket penuh berisi dengan wang ringgit. Pilihan? Tak menjadi masalah. Hanya mengikut selera tekak je…

P/S: Mesti ada yang nak komplen pasai tadak gambar char kuew tiaw. Hahaha… Menu tak sampai lagi da~

P/S2: Baru dapat hadiah periuk nasi. Tapi jadah nak masak kalau tadak karen kat rumah. Tunggu TNB tak mai-mai. Lapaq sangat aih… Dari bergelap kat umah tak nampak apa, baik ngeteh dgn mem. Sapa nak join neh?



preload preload preload