Kalau tahu, dari dulu aku kawin.

Live Update: 12 Nov ’09, 10.36am MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Hari ni merupakan hari permulaan aku kerja setelah bercuti hampir seminggu. Rasa masih tak puas lagi menikmati cuti untuk majlis perkahwinan. Meskipun sebok membuat persiapan sebelumnya, tapi bila dah selesai… rasa amat lapang sekali kepala hotak aku ni. Dalam pada tu, beduyun-duyun ucapan tahniah daripada rakan-rakan sekerja. Sampai tak larat nak bersalam plak~

Aku yakin ramai memang dah terbiasa dengan tajuk kat atas. Menjadi bahan usikan rakan-rakan sekerja adalah lumrah untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Pantang terdapat ‘marking’ pelik-pelik sikit, pasti jadi bahan gurauan. Takpa la, asalkan masing-masing bergurau tak melebihi batas, aku memang tak kesah.

Bercakap pasal seronok berkahwin… Ramai akan setuju dan berkata seronok. Dan aku juga tidak terkecuali untuk memperakui perkara sedemikian. Seronok sebab segala perkara yang menjadi larangan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim satu ketika dulu, kini menjadi halal dan sah untuk agama.

Dibaca, setiap kemanisan tutur kata antara suami isteri adalah satu ibadah. Begitu juga sentuhan mesra. Oh ok… Tak boleh cerita panjang… Nanti ada yang salah paham dengan catatan aku pagi ni. Tapi secara terangnya, perkahwinan ni memang memerlukan komitmen dari kedua-dua belah pihak. Persefahaman, saling memerlukan, tolak ansur, sabar… Bla… Bla… Bla… Walaupun dah berpuluh orang ulang perkara ni, tapi itu lah perkara asas utama dalam perkahwinan.

Sesampainya seawal pagi di pejabat, nasihat pertama aku terima dari "orang lama" tempat kija aku dimulakan dengan soalan "Amacam? Ok?" Dalam giler soalan. Tambah la pulak hari ni kan hari aku mula bekerja. Nak ok dari mana dulu agaknya? Ok dari segi mental dan fizikal. Begitu juga dengan tanggung jawab terasa bebanan yang dipikul sebagai seorang lelaki yang bergelar suami semakin bertambah berat dari sebelumnya.

Kalau dok pikirkan seronok, sampai bila pun tak pernah habis. Ada lebih baik berseronok ke jalan yang halal dan diredoi-NYA. Teringat akan kata-kata daddycool.blogspot.com secara ringkas aku rumuskan ayatnya: "Kalau ditanya yang mane sedap, makan pelam atau berkahwin? Dah tentu sekarang ni aku akan kata kawin lagi sedap dari makan pelam" hahaha…

Meskipun ianya sekadar gurauan, tapi sudah berkahwin ni, semua kena "fast learning" Bukan apa, nanti orang kata pengantin baru yang blur-blur… Kekeke… Ini lah yang dikatakan "Rahsia Alam Perkahwinan" Tapi, ada banyak lagi perkara yang harus aku pelajari. Catatan pagi ini, sekadar untuk berkongsi pandangan dan pengalaman dengan kamu. Cube memberi inspirasi kepada rakan-rakan yang bujang. "Orang lama kata, kalau kamu nak tau apa rahsia dia, kamu kena kawin la dulu" hehehe…

P/S: Pagi ni bos bagi hadiah. Sangat teruja. Rasa semangat plak nak kerja hari ni. Tapi, short and sharp, mesti balik bila sampai waktu. Sekarang ni, bertambah tanggung jawab untuk ambil yang tersayang pulak selepas pulang dari kerja… *just a little bit additional task from now on*




Anda mungkin meminati:

Cerita bertajuk: Kalau tahu, dari dulu aku kawin.
Ditulis dibawah kategori: Live Posting

55 Responses to “Kalau tahu, dari dulu aku kawin.”

  1. Azman Ishak 15. Nov, 2009 at 5:45 pm #

    tahun depan nak kawin? hang biaq betoi hanc?
    mak ayah dah tau ker? or ni cadangan dari mak ayah?
    ape pon… kalau betoi syukur la~ :sengeh:

    [Reply]

  2. Azman Ishak 15. Nov, 2009 at 5:46 pm #

    betoi tu. nak mencipta suasana cinta lepas kawin memang nak kene pandai. give an take. mujur la dulu sempat bercinta cume 3 bulan jer. selebihnya sambung selepas kawin. hehehe…

    insyaallah.. yang mana baik nasihat dari kawan-kawan dan jugak orang lama akan diguna pakai.. semoga johoh kekal ke akhir hayat. amin~

    [Reply]

  3. hydir 15. Nov, 2009 at 6:28 pm #

    banyak buat benda bersama2
    e.g. solat berjemaah, mandi bersama2, masak2, shopping barang dapur, tengok tv
    :)

    [Reply]

  4. Azman Ishak 15. Nov, 2009 at 6:33 pm #

    betoi..betoi betoi… perkara ni dah lama di idamkan untuk mereka yang dah baya macam aku ni tapi still tak kawin. bile tengok kengkawan lain bemesra dengan anak bini time memalam.. mule la rase jeles jer.

    P/S: mandi sesame… hik hik hik~ :sengeh:

    [Reply]

  5. hanc 18. Nov, 2009 at 1:48 pm #

    perrhh~~ dalam mimpi jer bro.. nnti law entry hanc dah siap bro baca na~~ skrg tak siap ag jan lu~~ nnti kang salah faham~~

    [Reply]

Leave a Reply

Nota: Ini adalah IP-Address anda: 38.107.191.103

CommentLuv Diaktifkan