Kalau tahu, dari dulu aku kawin.

Live Update: 12 Nov ’09, 10.36am MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Hari ni merupakan hari permulaan aku kerja setelah bercuti hampir seminggu. Rasa masih tak puas lagi menikmati cuti untuk majlis perkahwinan. Meskipun sebok membuat persiapan sebelumnya, tapi bila dah selesai… rasa amat lapang sekali kepala hotak aku ni. Dalam pada tu, beduyun-duyun ucapan tahniah daripada rakan-rakan sekerja. Sampai tak larat nak bersalam plak~

Aku yakin ramai memang dah terbiasa dengan tajuk kat atas. Menjadi bahan usikan rakan-rakan sekerja adalah lumrah untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Pantang terdapat ‘marking’ pelik-pelik sikit, pasti jadi bahan gurauan. Takpa la, asalkan masing-masing bergurau tak melebihi batas, aku memang tak kesah.

Bercakap pasal seronok berkahwin… Ramai akan setuju dan berkata seronok. Dan aku juga tidak terkecuali untuk memperakui perkara sedemikian. Seronok sebab segala perkara yang menjadi larangan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim satu ketika dulu, kini menjadi halal dan sah untuk agama.

Dibaca, setiap kemanisan tutur kata antara suami isteri adalah satu ibadah. Begitu juga sentuhan mesra. Oh ok… Tak boleh cerita panjang… Nanti ada yang salah paham dengan catatan aku pagi ni. Tapi secara terangnya, perkahwinan ni memang memerlukan komitmen dari kedua-dua belah pihak. Persefahaman, saling memerlukan, tolak ansur, sabar… Bla… Bla… Bla… Walaupun dah berpuluh orang ulang perkara ni, tapi itu lah perkara asas utama dalam perkahwinan.

Sesampainya seawal pagi di pejabat, nasihat pertama aku terima dari "orang lama" tempat kija aku dimulakan dengan soalan "Amacam? Ok?" Dalam giler soalan. Tambah la pulak hari ni kan hari aku mula bekerja. Nak ok dari mana dulu agaknya? Ok dari segi mental dan fizikal. Begitu juga dengan tanggung jawab terasa bebanan yang dipikul sebagai seorang lelaki yang bergelar suami semakin bertambah berat dari sebelumnya.

Kalau dok pikirkan seronok, sampai bila pun tak pernah habis. Ada lebih baik berseronok ke jalan yang halal dan diredoi-NYA. Teringat akan kata-kata daddycool.blogspot.com secara ringkas aku rumuskan ayatnya: "Kalau ditanya yang mane sedap, makan pelam atau berkahwin? Dah tentu sekarang ni aku akan kata kawin lagi sedap dari makan pelam" hahaha…

Meskipun ianya sekadar gurauan, tapi sudah berkahwin ni, semua kena "fast learning" Bukan apa, nanti orang kata pengantin baru yang blur-blur… Kekeke… Ini lah yang dikatakan "Rahsia Alam Perkahwinan" Tapi, ada banyak lagi perkara yang harus aku pelajari. Catatan pagi ini, sekadar untuk berkongsi pandangan dan pengalaman dengan kamu. Cube memberi inspirasi kepada rakan-rakan yang bujang. "Orang lama kata, kalau kamu nak tau apa rahsia dia, kamu kena kawin la dulu" hehehe…

P/S: Pagi ni bos bagi hadiah. Sangat teruja. Rasa semangat plak nak kerja hari ni. Tapi, short and sharp, mesti balik bila sampai waktu. Sekarang ni, bertambah tanggung jawab untuk ambil yang tersayang pulak selepas pulang dari kerja… *just a little bit additional task from now on*




Anda mungkin meminati:

Cerita bertajuk: Kalau tahu, dari dulu aku kawin.
Ditulis dibawah kategori: Live Posting

55 Responses to “Kalau tahu, dari dulu aku kawin.”

  1. chokilala 12. Nov, 2009 at 9:37 am #

    mendalam sungguh maksudnya. aku yang xkahwin ni agak blur pula rasanya dengan ayat orang2 dah kahwin ni. hoho :hehe:

    [Reply]

  2. Anarm 12. Nov, 2009 at 9:37 am #

    aku yg x kawin ni pn ari2 jemput awek aku lepas abih keje.. :bongkak:

    [Reply]

  3. Eriyza 12. Nov, 2009 at 9:39 am #

    Hohoho! Tingin plak nak kawen
    pas menjamu entri ni. Hehehe!!! :gile:

    [Reply]

  4. Azman Ishak 12. Nov, 2009 at 11:56 am #

    ok ok.. nanti hang paham la apa yang
    aku dok membebel kat sini. tunggu la
    sampai seru hang nanti.. hehehe :sengeh:

    [Reply]

  5. Azman Ishak 12. Nov, 2009 at 11:57 am #

    ape best.. jemput pas tuh tak bleh bawak balik umah.
    huhuhuhu… orang lepas bawak balik… wife sediakan
    air plak.. ade makan-makan.. pergh.. lovely-nye~ :gersang:

    [Reply]

  6. Azman Ishak 12. Nov, 2009 at 11:58 am #

    haip… dah cukup umur ke blom ni?
    umur berapa? meh sini nak tengok IC tuh.
    cukup ker idak? hahaha… dah ade calon la
    ni??? perghh…. peeewwwwiiiieeeettt~ :sengeh:

    [Reply]

  7. Kujie 12. Nov, 2009 at 1:19 pm #

    Sebenarnya…. tak boleh juga nak cakap, kalau aku tau dah lama aku kawen sebab, kalau ikutkan semua orang nak kawen awal…. tapi soal kawen ni cuma usaha kita, ketentuannya datang dari Allah.

    Dia macam kita bertemu dengan orang yang TEPAT pada MASA yang TEPAT. Kalau berbuih mulut pun cakap, aku nak kawen..aku nak kawen…macam si Syam dgn NH tu dok cari doktor tak jumpa-jumpa :lawak-gile: :lawak-gile:

    [Reply]

  8. Roslan Nazri 12. Nov, 2009 at 1:48 pm #

    aku semakin pelik dengan org yang dah kawin..semakin panjang live blognya.. :wek: thanx 4 da wish..wish u hepi n ever after… :cinta:

    [Reply]

  9. hajarDK 12. Nov, 2009 at 2:18 pm #

    laki best ar kalau dah kawin, makan pakai sume ade orang sediakan…
    senang hati, balik umah rilek je, jadi raje.. uhuhuhu…
    pompuan lak camane?
    Cam jadi lagi susah je.. huhu…

    [Reply]

  10. Daddy Cool 12. Nov, 2009 at 2:23 pm #

    Selamat Pengantin Baru…

    Jangan ko pegi tebang pokok pelam belakang rumah opah ko sudah!

    [Reply]

  11. julietANNA 12. Nov, 2009 at 3:03 pm #

    agak2 kalau mintak ngan mak nak kawen skrg lepas x eyh? :kompius:
    baru je 18 ni.ngeheheheheh :lawak: :lawak:
    btw,selamat pengantin baru! :cinta:

    [Reply]

  12. NoktahHitam 12. Nov, 2009 at 3:12 pm #

    Kawan aku pon mcm ko ckp dalam title tu. Bunyi menarik.. tetapi.. oh well..

    [Reply]

  13. Ryehanna 12. Nov, 2009 at 3:33 pm #

    :lawak-gile:

    tu je aku le wat bile bc entry ni :hehe:

    [Reply]

  14. hanc 12. Nov, 2009 at 5:07 pm #

    :sengeh:

    [Reply]

  15. Kill-Vearn 12. Nov, 2009 at 7:04 pm #

    pas baca ni aku nak umumkan, esok aku kawen.. hahaha… selambe kawen ari jumaat.. ekeke.. :sengeh:

    [Reply]

  16. Jaws 12. Nov, 2009 at 7:52 pm #

    best ker kawin?
    aku nak kawin cepat2 gak ler..
    nk tgk aper yg best…
    :roll: :roll: :roll: :roll:

    [Reply]

  17. zaryl 12. Nov, 2009 at 8:02 pm #

    salam bro.
    artikel yg panjang selepas ko kawen.
    lebih tersusun dan lebih ‘skema’ dari kebiasaan :kenyit:
    dari situ aku yg x penah jumpa dan even bercakap dgn ko,
    dapat kesan perubahan. semoga lebih banyak yg ko dpt dari
    perkahwinan selain dari nikmat suami isteri :sengeh:

    [Reply]

  18. Azman Ishak 12. Nov, 2009 at 8:11 pm #

    hehe.. apa yang kak jie cakap aku tak berani nak komen. sebab kak jie lagi expert. banyak mende aku belajar dari penulisan kak jie. walaupon tak pernah nak komen. tapi selalu jer bace. even wife aku pon suke dok blog hop kat blog kak jie. saje ajar dia it. tak mau la dia ketinggalan plak.

    P/S: Sham dengan Eddie? muahahaha…. ate nak ke dokter jer memanjang. tak pe la.. kite sesame doakan depa dapat doktor. bleh la rawat sokmo jiwa kalau sakit-sakit tuh. hehehe~

    [Reply]

  19. Anarm 12. Nov, 2009 at 8:15 pm #

    kadang2 ade gak bwk balik.. :wek:

    [Reply]

  20. mohdisa 12. Nov, 2009 at 11:40 pm #

    first sekali aku nak ucapkan tahniah, sorry lambat memberikan ucapan. 2ndly sudah menjadi lumrah kehidupan, setiap insan mempunyai tanggungjawab. apa2 pun, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. :bagus:

    [Reply]

  21. Azman Ishak 13. Nov, 2009 at 12:36 am #

    owh ini strategi blogging aku yang baru beb.
    hehehe.. jangan marah ye. pukui 1 pagi baru reply comments

    [Reply]

  22. Azman Ishak 13. Nov, 2009 at 12:38 am #

    pompuan pon best ape. mase nak kawin
    duit semua laki sediakan. dah kawin pon macam tuh jugak.
    give and take la. baru nama perkahwinan

    [Reply]

  23. Azman Ishak 13. Nov, 2009 at 12:38 am #

    kekeke… owh daddy ade ye. mengusha.
    ingat kan tadek.. kekekeke… malu plak aku
    memang nanti raya haji nak balik tebang pokok la ni :lawak-gile:

    [Reply]

  24. Azman Ishak 13. Nov, 2009 at 12:41 am #

    hahaha.. ade jer orang nikah umur 18.
    tapi kasik la cita-cita tercapai dulu.
    mude lagi tuh. kang tak puas nak joli
    orang kate. kasi la peluang utk diri
    dulu… jangan pikir seronok jer~ :hehe:

    [Reply]

  25. Azman Ishak 13. Nov, 2009 at 12:41 am #

    heheehe.. nanti sampai turn hang, baru
    hang tau le eddie oit. so macam mane
    dengan sushi tadi ok ke?

    [Reply]

  26. Azman Ishak 13. Nov, 2009 at 12:43 am #

    gelak la plak. cheh~ :hehe:

    [Reply]

  27. Azman Ishak 13. Nov, 2009 at 12:43 am #

    ni sorang lagi dok sengeh jer. :hehe:

    [Reply]

  28. Azman Ishak 13. Nov, 2009 at 12:45 am #

    kompom tak tahan laa tuh :lawak-gile:

    [Reply]

  29. Azman Ishak 13. Nov, 2009 at 12:46 am #

    best ke idak ke itu adalah tuntutan bagi yang normal.
    so kalau rasa diri tuh normal, kene la kumpui duit
    untuk penuhi tuntutan alam tuh.

    [Reply]

  30. Azman Ishak 13. Nov, 2009 at 12:47 am #

    ehehehe… segan plak aku bile taiko cakap
    macam tuh. nak bukak pc just utk reply
    comments. nak buat entri, taip kat handpone jer.
    tadek mase dah macam dulu. ni teknik blogging yang
    baru,

    thanks for the wish. amin~

    [Reply]

  31. Azman Ishak 13. Nov, 2009 at 12:51 am #

    uih.. bahaya ni. ni orang kate tahap wajib kawin le ni. elakkan le perkara tak diingini beb. doser~ :hehe:

    [Reply]

  32. Azman Ishak 13. Nov, 2009 at 12:53 am #

    hehe.. timer kasih beb atas ucapan tersebut.
    amin.. semoga doa kalian memberi inspirasi kepada hidup
    aku dan tersayang dan jugak keturunan yang bakal
    dilahirkan. amin~

    [Reply]

  33. mohdisa 13. Nov, 2009 at 2:06 am #

    wah, keturunan yang bakal dilahirkan? macam dah tak sabar nak anak ni, bagus2. wat banyak2 tau bro, klu haji sidek boleh berbangga dengan team badminton, bro wat la team bola pulak. mana tahu, boleh naikkan nama malaysia. amin

    [Reply]

  34. haritz 13. Nov, 2009 at 7:38 am #

    Alhamdullilah akhir kau faham apa makna kahwin sebenarnya. Kadang kala kita selalu bergelak ketawa dan buat lawak bodoh orang kata kita tak matang tp bila dah berumah tangga benda2 bodah yang kita laku kan menjadi madu yang manis bagi isteri kita. Percayalah hal rumah tangga ni terlalu manis dan pahit. So jadilah kita yang sebenar tanpa cuba menjadi org lain.

    ps:lain pula komen aku kali ni mcm Dr Fadilah Kamsah :lawak: Bukan apa seronok tengok kawan2 kawin. Bg yang belum kawin sekarang ada ayat baru “cuba tanya Azman” miahahaha :lawak-gile:

    [Reply]

  35. Azman Ishak 13. Nov, 2009 at 7:44 am #

    aku ingat nak buat team futsal sudah la.
    kire kalau futsal tuh 5 sebelah.. kalau dua team
    ade la sepuluh.. +2 reserved simpanan… kire semua
    sekali dalam 12 la.. hehehe… :lawak-gile:

    [Reply]

  36. Azman Ishak 13. Nov, 2009 at 7:45 am #

    hehehe… komen yang best.. tapi ayant last tak bleh tahan dowh.
    kenapa mesti tanye aku??? ooo… maksudnye kalau tak caya, sila lah tanye aku eh? muahahaha :gersang:

    [Reply]

  37. Anarm 13. Nov, 2009 at 10:30 am #

    aku ckp bwk balik je.. xde buat pn bende yg x sepatutnye.. ko ni~

    *ko kawen guna berape duit man?

    [Reply]

  38. denaihati 13. Nov, 2009 at 10:55 am #

    Hidup lebih bermakan dan lebih penting sebagai orang Islam apabila sudah berkawin maka ibadah kita akan sempurna 100%

    [Reply]

  39. denaihati 13. Nov, 2009 at 10:56 am #

    sorry : hidup lebih bermakna

    [Reply]

  40. hanc 13. Nov, 2009 at 1:40 pm #

    Ape nie bro~~ Salah ke sengeh jah~~ Kang kuar ayat kang~ haa~~ :wek:

    [Reply]

  41. Azman Ishak 13. Nov, 2009 at 7:44 pm #

    ekeke…. tak cakap pon hang buat mende

    [Reply]

  42. Azman Ishak 13. Nov, 2009 at 7:45 pm #

    tak salah pon. saje je nak ngusik hang :sengeh:

    [Reply]

  43. Azman Ishak 13. Nov, 2009 at 7:45 pm #

    betoi betoi… sangat setuju,

    [Reply]

  44. Azman Ishak 13. Nov, 2009 at 7:46 pm #

    typo? hehehe… aku pon selalu jer typo.
    tadek hal nye~ :wek:

    [Reply]

  45. hanc 13. Nov, 2009 at 9:05 pm #

    Hahahaha~~ hanc pun gurau2 na bro~~ haizz~~ tak da tempat hanc nak luah~~ kuang kuang kuang~~ cian den~~ tahun depan nak kawen la~~ :sengeh:

    [Reply]

  46. Anarm 14. Nov, 2009 at 12:53 am #

    yelaa.. nk kumpul la ni.. aku rasa tanak tunang2, nk kawin terus.. sangap do~ :lawak-gile:

    [Reply]

  47. mohdisa 14. Nov, 2009 at 6:18 pm #

    haha, bagus2. cita2 murni tu. train elok2 nanti. klu nak aku train kan pun boleh. :)

    [Reply]

  48. Azman Ishak 15. Nov, 2009 at 11:52 am #

    gelojoh seh.. hahaha… tunang le dulu. baru nampak ade step. ni macam tak sempat-sempat nampak. kompom tak tahan. hahaha :lawak-gile:

    [Reply]

  49. Azman Ishak 15. Nov, 2009 at 11:53 am #

    keh keh keh… hang trainer futsal ker?
    macam tak caye… bile bleh nak match?
    nanti bleh deal dengan team aku. kami
    just main suke-suki jer~

    [Reply]

  50. hydir 15. Nov, 2009 at 4:45 pm #

    kahwin itu mudah
    tapi hidup lepas kahwin tu yang payah ..

    komitmen amat penting ..

    [Reply]

Leave a Reply

Nota: Ini adalah IP-Address anda: 38.107.191.102

CommentLuv Diaktifkan