Kawan ditinggalkan sesudah berkahwin

Live Posting
13/11/2009 | 24 komen »

Live Update: 13 Nov ’09, 10.14am MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Erm… Mungkin pada masa sekarang ni ada yang merasakan aku sedikit sebanyak berubah. Mungkin juga dari segi pergaulan dengan kawan-kawan. Tidak hairan mana-mana lelaki atau perempuan yang sudah berkahwin, cube menjauhkan diri dari rakan mereka. Jauhkan bukan bererti memutuskan persahabatan, tapi atas beberapa alasan yang sememangnya kamu tidak mampu untuk menyangkal.

Perkara yang agak sinonim ini juga berlaku ke atas diri aku pada satu ketika dulu. Pada permulaan, aku menjangkakan kawan tersebut telah berubah. Tidak seperti dulu, gembira bersama, enjoy besama dan macam-macam lagi perkara. Tapi setelah mereka berumah tangga, rakan-rakan lain seolah-olah dipinggirkan. Memang terasa kesombongan mereka sesudah bekeluarga. Tapi silap aku adalah disitu. Cepat membuat andaian tanpa memahami perkara ini adalah lumrah.

Rakan sudah mulai mengurangkan pergaulannya dengan kawan-kawan yang lain. Sekarang ni dah tak sama lagi macam dahulu. Baginya, keluarga adalah keutamaan terlebih dahulu. Suatu ketika dulu aku pernah kata kawan aku dah sombong semenjak berumah tangga, tapi kali ini baru aku paham kenapa.

Kawan… Masih lagi kawan. Kita masih juga berkawan sama macam satu ketika dulu. Tapi untuk luangan masa, ianya adalah menjadi keutamaan untuk diperuntukkan kepada kepentingan keluarga terlebih dahulu. Atas sebab musabab sedemikian… beberapa kali ajakan kawan untuk keluar bersosial seperti dulu terpaksa ditolak.

Tolak dalam keadaan hormat dan sopan agar sahabat mahupun kawan memahami situasi sekarang sudah pun berubah. Dalam masa yang sama, rakan, kawan ataupun sahabat akan mula terasa kesunyian yang datang dalam dirinya. Hilang teman bergelak ketawa, hilang kawan untuk menceritakan masalah peribadi, mungkin juga hilang kawan yang sangat dihormati untuk menyimpan segala permasalahan yang ditanggung selama ni.

Terasa dirinya teramat la sunyi. Perlukan sekurang-kurangnya ada teman untuk berbicara. Teman untuk menggantikan apa yang telah menjadi rutin ketika berkawan. Mengadu masalah… Tapi kat sapa? Timbul pula rasa ingin mencari pengganti kepada kawan kepada teman. Atau boleh aku katakan pasangan hidup.

Bila kekosongan dari ketiadaan ataupun berkurangnya aktiviti berkawan…. Diri mula merasakan kesunyian. Ah… Harus dicari segera teman hidup agar dapat membina masa depan yang bahagia. Punya teman berkongsi suka duka dan pelbagai. Dari sini sebenarnya… Tercetus lah "seruan" itu untuk kamu.

Mungkin sekarang kamu tidak merasakan sangat perkara tersebut. Apa kata tunggu saja lagi setahun atau dua. Tempoh yang agak lama menjadikan kamu bosan hidup tanpa berteman…. Malu eh? Ini adalah perkara realiti yang berlaku atas diri aku.

P/S: Mintak maaf untuk Eddie, Roslan, Fiona dan juga rakan-rakan yang hadir semalam. Aku tak dapat nak join kamu semua. *seperti yang dinyatakan*

P/S2: Special wish for qiilans87.com yang menyambut hari lahir semalam. Selamat hari lahir. Semoga panjang umur, murah rezeki, berjaya dalam pelajaran, cepat dapat kerja dan cepat berkahwin. Hehehe… Happy birthday friend~

Tentang Penulis: Azman Ishak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

24 Maklumbalas kepada: Kawan ditinggalkan sesudah berkahwin

  • Kill-Vearn berkata:

    man sumbunk ngan aku :tention: taknak bawak bini jumpa aku :kompius:

  • samanosuke_04 berkata:

    hoho aku ingat pompuan jerr yang lost connection ngan kengkawan lepas kawen…laki pun jadik gak camtue yerr… hoho, first2 jer camtue kot, pasnie ble kengkawan kite dah kawen, mungkin pergaulan tue kembali semula, tapi dalam cara yang berbeza sket… haha

  • IcedNyior berkata:

    Aku pon tak lepak dengan derang mlm tu :P

    Alar, biasa la org dah kawin. Family penting kan.

  • Anarm berkata:

    ramai2 lepak rumah man plk laa.. soh wife die wat air sirap limau :gersang:

  • Azman Ishak berkata:

    hehehhehe.. per plak takutnye.. itu lumrah la
    kalau orang nak bekeluarga. mesti lah rase sunyi.

  • Azman Ishak berkata:

    hehehe… nanti kawan tu paham la bila dia dah berkahwin kan?

  • hanc berkata:

    Salam bro~ :takut: “Apa kata tunggu saja lagi setahun atau dua.” takut lak bacenyerrr~~

  • Kujie berkata:

    Ini normal..seorg kawan yg memahami akan mendoakan kawan dia walaupun dr kejauhan.

    itu tuntutan hidup dan kita kena terima perubahan setiap tahap kehidupan…tak boleh nak sama dgn semalam, setahun dulu.

    tak perlu rasa bersalah kerana tiada siap yang bersalah. Bila dah berkahwin, kita akan ada lingkungan keluarga yang lebih besar yang perlu lebih utama diberi perhatian.

  • denaihati berkata:

    Gitu lah hijrah hidup yang pasti berlaku kepada semua manusia. Sekarang wife mesti no 1 dan kawan-kawan no 2. Sapa tak sayang bini wooo!!!

  • Roslan Nazri berkata:

    huhu terharu gak beb :kelip:
    tak dela ilang kawan ke ape..bese la tu..mmg paham pun..hehe..kiteorang lak duk nyakat ko jer..huhu..ok man..moga terus maju kehadapan..nice entri..nak komen pjg lebor pun tak pandai lagi..hehe..thanx!

  • denaihati berkata:

    kak jie betul lah tu ..bila kawan2 kawin esok lusa akan buat benda yg sama… tak gitu

  • Azman Ishak berkata:

    tapi ade jugak kengkawan yang tak berapa nak paham.
    lagi lagi satu ketika dulu kite pernah bersusah
    sama-sama.. senang sama-sama.. tup tup bila dah kawin
    kawan cakap kite dah berubah… kekadang tersentap jugak kan? :sengeh:

  • Azman Ishak berkata:

    hehe.. ni just kesah aku satu ketika dulu beb.
    so sekarang ni hang kat KL ker? nak jemput
    datang rumah pon segan beb. rumah still berterabor.
    apa pon tadek lagi. nak datang bleh jer. tapi aku
    jamu dengan air mineral la.. :lawak-gile:

  • Azman Ishak berkata:

    tau tak pe. wife is no1. sekarang ni baru nak
    belajar bercinta semula. :sengeh:

  • hanc berkata:

    tau wa bro itu lumrah~~ Hanc bukan tkut yang itu bha….

  • Azman Ishak berkata:

    teh lemon pon sodap. hehehe.. nanti la dah lapang
    lapang bleh la gath kat umah aku nanti. insyaallah…
    kalau ade rezeki aku buat jamuan makan-makan utk kawan
    blogger. :wek:

  • Azman Ishak berkata:

    la ye ke? ingah hang join sekali. erm.. macam aku
    cakap kat anarm.. teringin gak nak buat makan-makan
    nak panggil kengkawan blogger. insyaallah, nanti dah lapang
    ade rezeki bleh la buat. :sengeh:

  • Anarm berkata:

    orait~ ko memang best la man.. huhuu.. ade buat nnt jgn lupe jmput aku.. insyaallah aku dtg.. teh lemon punye pasal :gersang:

  • Azman Ishak berkata:

    insyaallah… aku jemput. tapi biar la ekonomi aku maintain dulu. buat mase sekarang ni rumah pon still berterabur lagi. hehehe~ :wek:

  • Azman Ishak berkata:

    dalam situasi macam ni same jer beb. laki ngan pompuan. kekadang kengkawan rapat rasa terpinggir gak la. tapi lame-kelamaan baru la kawan tu pahan pasal perkara macam ni. famaly is the first

  • Azman Ishak berkata:

    banyak la nko shah. nanti kenduru hang jangan tak jemput aku plak. disertakan bersama 2 tiket penerbangan ke sarawak. hahaha… ok! :sengeh:

  • Azman Ishak berkata:

    coming soon turn hang la.
    so bile mai KL? bleh singgah datang umah.

  • hanc berkata:

    bulan depan insyaallah~~ Tak janji ok datang umah~~ :D segan~~

  • Azman Ishak berkata:

    segan la plak.. insyaallah… ade rezeki bleh
    la jumpe dengan akak hang nanti.