Rss Feed
Tweeter button
Facebook button
Technorati button
Dec 31

Kalau pergi mana-mana blog, kesemuanya dah pon menulis pasal rentetan peristiwa sepanjang pambabitan mereka sebagai penulis blog untuk sepanjang tahun. Jadi aku rasa agak rugi juga melepaskan peluang yang datang hanya setahun sekali. Untuk aku, pada tahun ni memang dah macam-macam berlaku mujur juga aku catatkan di sini sebagai kenang-kenangan.

Tahun ni merupakan tahun yang bersejarah untuk aku dimana perkara yang penting dalam hidup telah pon aku lalui. Genggaman tangan kanan bersama tok kadi di sambut dengan tugas dan bebanan yang dipikul adalah bukan satu perkara yang mudah sekiranya meteliti tidak disiap sedia dari awal. Kesah yang lepas pada blog ini ade aku catatkan mengenai pelbagai kesah suka duka dalam hidup. Terima kasih yang tak terhigga aku ucapkan kepada kamu yang tak putus-putus memberi semangat.

Setinggi ucapan terima kasih kepada Bro KNizam sebagai tutor aku yang telah memberi tunjuk ajar teknik-teknik live blogging. Bagi aku dia adalah seorang pelopor Live Blogging dalam Malaysia ni. “betoi ke nko yakin aku sorang jer yang mulakan live blogging ni?” hehehe… Dia seorang yang sangat merendah diri. “Aku rase,aku cume kenai hang sorang jer yang memulakan aktiviti live blogging kat Malaysia ni bro”

Terima kasih juga tak lupa kepada: Noktahhitam yang telah memberi Lite Themes – Live Blogger sebagai percuma kepada rakan-rakan yang ingin menjadi live blogger. Di kesempatan ini beberapa kredit khas sebagai tanda ucapan terima kasih dari aku untuk:-

  1. Roszizul - Sponser AzmanIshak.Com selama setahun.
  2. Qiilans87 - Install GARMIN dalam N95 aku secara percuma.
  3. Bro KNizam - Sifu Live blogger dan juga Sponser FLICKR-Pro selama setahun
  4. Jerung Perkasa - beria-ria belanja Burger King + Hadiah kawin. Terharu beb~
  5. Kak Jie, Akak Azie, Akak Azah, Akak IdaLara - Ibu-ibu yang merangkap pangkat akak yang aku respek yang banyak bagi tunjuk ajar supaya aku boleh jadi seorang suami yang prihatin kepada isteri.
  6. En. Megat & En. Sukhairi - Otaimer yang paling di hormati.
  7. Amanz.My, Khairul, Bat, Anarm, Topotato, Ryehanna, Kruel74, Chokilala, IcedNyior, Tekong, MrKay2911, EjamOthman, Hurul_Aini, ShamHardy, menteil dan juga geng #sembangLebat yang yang lain… nkorang semua memang best.
  8. Noktahhitam, Aeropama & Life4Hire - Kawan yang aku paling rapat seterjebaknya aku menjadi seorang blogger dan menetap di Kuala Lumpur. Jasa baik kamu memang takkan aku lupakan SAHABAT!
  9. LuthTEXTILE - Satu-satunya blogger yang hadir masa Majlis Perkahwinan aku. Siap dengan berbaju-T bloger lagi. Terharu gilerrrr~
  10. Tak lupa juga kepada kamu yang berada di sini. Aku ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan kamu semua. Tampa kamu.. mungkin aku tidak sanggup untuk memperbaharui kos blog ini yang agak mahal pada zaman ekoNOmoney haha..

Ok ok… bila dah nama live blogger.. apa kata kita tengok sedutan-sedutan sepanjang pembabitan aku dalam Dunia Blog khususnya Live Blogger.

Pertama kali jumpa NoktaHitam ditemani Life4Hire dan Callister

Pertama kali jumpa NoktaHitam ditemani Life4Hire dan Callister

Gathering pertama aku sebagai blogger - Negaraku.Net
Gathering pertama aku sebagai blogger – Negaraku.Net

#RayaTWEETup - Kelolaan ShamHARDY dan & IcedNyior

#RayaTWEETup - Kelolaan ShamHARDY dan & IcedNyior

Detik debaran sebelum Majlis Akad Nikah 7/11/2009 (7E2009)
“Detik debaran sebelum Majlis Akad Nikah 7/11/2009 (7E2009)

Luth Textile - Hadir masa Majlis Makan Beradap masa 7E2009. Blogger paling sporting

Luth Textile - Hadir masa Majlis Makan Beradap masa 7E2009. Blogger paling sporting

Alhamdulillah rezeki. Aku sayangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. *series aku nanges~*

Alhamdulillah rezeki. Aku sayangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. *series aku nanges~*

Bertemu dengan Akak Kujie dan anak-anak. Terima kasih ye Kak Jie

Bertemu dengan Akak Kujie dan anak-anak. Terima kasih ye Kak Jie

Bertekad untuk berhenti merokok. Bermula pada hari esok dan seterusnya. Mampukah???

Bertekad untuk berhenti merokok. Bermula pada hari esok dan seterusnya. Mampukah???

Apa yang pastinya pada tahun 2009 telah banyak mengubah aku dari segi pemikiran dan penampilan. Sepanjang pembabitan dengan blog, ramai kenalan yang aku dah jumpa. Satu pencapaian yang boleh aku banggakan. Terpikir jugak aku bila nak jumpa KNizam dan En. Megat. Hehehe… nama sebenar pon aku tak pasti. Tapi aku menanam cita-cita agar dipanjangkan umur untuk bertemu dengan kalian pulak.

Secara keseluruhan banyak yang aku idamkan pada tahun lepas telahpon tertunai. Maka untuk cabaran pada tahun baru pula aku menetapkan matlamat:-

  1. Tahun berhenti merokok – bertekad
  2. Menimang cahaya mata – insyaallah~
  3. Mendapatkan pekerjaan lebih baik – amin
  4. Memiliki kenderaan yang cukup menampung keluarga – alhamdulillah
  5. Memiliki rumah sendiri – amin
  6. Membeli sebiji dSLR sebagai hobi baru – amin
  7. Selebihnya akan ditambah dari masa ke masa. Memandangkan tanggung jawab sekarang ni semakin bertambah.

Dengan ini AzmanIshak.Com (Muhamad Azman B. Ishak dan isteri) mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pembaca blog ini. Semoga apa yang diimpikan dan apa yang kita usahakan selama ini diberkati Allah. Kami berdua mendoakan kalian agar sentiasa berada di dalam peliharaan Ilahi. Sama-sama kita doakan kejayaan sahabat kita yang lain. Amin.

Tagged with:
Dec 31

Live Update: 31 Dec ‘09, 9.24am MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Sepatutnya aku dah tak membeli rokok dalam bentuk kotak. Tapi disebabkan untuk menuang minyak motor sebanyak RM3.00, aku terpaksa juga membeli sekotak. Ini gara-gara se-awal pagi di stesen minyak tempatan hanya mempunyai RM50.00 sebagai "floating money" atau nama lainnya modal.

Dengan harapan ini adalah rokok terakhir yang aku isap pada tahun ni. Dan untuk tahun hadapan, iaitu bermula besok hari, aku tidak lagi menjadi seorang perokok. Hari ni adalah percubaan aku melawan ketagihan rokok. Bukan senang untuk berhenti. Aku cuba sebaik mungkin. Beberapa aspek kesihatan selepas berhenti merokok perlu diambil kira. Seperti pengambilan gula dalam makanan, kadar kolestrol, aktiviti sukan dan riadah. Perkara-perkara sebegini kalau tak dititikberatkan, boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lain.

Azam tahun baru untuk berhenti merokok memang tak pernah padam. Menjelang tahun depan, insyaallah aku akan bergelar seorang abah. Jadi, aku tak mau rokok mempengaruhi perkembangan persekitaran yang tersayang. Begitu juga dengan si kecik yang bakal dilahirkan.

Orang selalu cakap, perokok ni memang selalu berazam hangat-hangat tahi ayam kalau nak berhenti merokok. Nkorang tak pernah rasa, boleh la cakap macam tu. Patutnya bagi semangat dowh… Bukan memperlekeh usaha kawan-kawan… Perancangan aku untuk berhenti merokok bukan sebab harga rokok naik. Apa yang penting bagi aku sekarang ni adalah keperluan keluarga. Lebih baik duit yang dibazirkan untuk membeli rokok diagihkan kepada keperluan harian keluarga.

Aku cukup bangga bila ada rakan yang tidak merokok. Sama juga dengan rakan yang sudahpun berhenti merokok.

"Rokok beb?" … cuba mempelawa
"eh tak pa lah… Aku dah lama berhenti" balas kawan aku.

Wow… Yup, ianya satu impression yang amat mengkagumkan aku. Macam nak tanye je: "how could you do that?" Jawapan sudah berhenti merokok atau tidak merokok tu, seolah-olah aku sedang menyaksikan David Blame buat silap mata secara live. Memang aku kagum kat kamu-kamu yang memang tidak merokok. Begitu juga yang telah berhenti merokok.

Aku akan teruskan perjuangan aku hari ni dengan gambar di atas sebagai bukti untuk diri aku bahawa itu adalah rokok terakhir. Mungkin juga aku hisap untuk hilangkan tekanan ketagihan. Tapi, tidak lagi rokok berjenama. Atau senang cakap, isap rokok daun je. Itu pun bila berada di rumah. Hanya nak hilangkan tekanan ketagihan nikotin okey~

Tahun baru yang bakal menerjah membawakan banyak perubahan dalam diri aku. Sekarang sudah berdua. Tak lama lagi akan bertiga, insyaallah… Doakan kejayaan aku kawan… dan sama-sama juga kita mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk rakan kita yang lain.

P/S: Rasanya nak buat entri penutup malam ni. Kalau berkesempatan, mungkin dapat aku catatkan di sini secara ringkas lengkap dengan gambar setiap entri. Kalau rajin la…

P/S2: Eh… Malam ni malam Jumaat la… Hehe… Baru teringat! Nak baca Yassin dengan Cik Adik. Kena balik awai la hari ni… Yehaaa~

Dec 30

Live Update: 30 Dec ‘09, 1.31pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Tahun depan aku dapat rasakan yang dugaan bakal ditempuhi makin mencabar. Kesan kejatuhan ekonomi tempoh hari masih lagi aku rasakan. Meskipun sekarang ni ada nampak lah jugak rakyat kita dah kembali mewah berbelanja. Tapi tahukah kita, ada juga rakan kita terus hilang pekerjaan?

Dari apa yang aku lihat sekarang ni, pekerjaan memang banyak. Tapi masalahnya adalah gaji. Kompeni besar-besar memang menyediakan peluang pekerjaan yang tetap. Lengkap dengan kemudahan pelbagai, termasuk rawatan percuma untuk kakitangan yang mempunyai masalah kesihatan. Malangnya… gaji yang ditawarkan pulak mungkin tidak cukup tinggi untuk menampung kos sara diri. Lebih-lebih lagi nak mengharungi kehidupan kat kota raya. Boleh jadi tertekan juga kalau tak bersedia dari sekarang. Tahun depan, insyaallah nak menimang cahaya mata. Jadi, usaha nak kena lipat ganda lah~

Kadang-kala hidup kita ni ada yang naik, dan ada yang turun. Peluang yang datang pun kadang-kala hanya sekali. Owh kawan-kawan… Aku sebenarnya mendapat tawaran kerja di tempat baru. Secara puratanya, tugas melibatkan website, server, advertising dan designing. Memang pekerjaan yang sebegini aku nak dari dulu lagi. Tapi, boleh ke? Memandangkan ianya merupakan kompeni yang baru ditubuhkan. Baru nak bertapak dan bersaing dalam bidang perniagaan. Kalau bungkus? Aku nak bagi makan apa kat anak bini aku? Adoi ai~

P/S: Risau jugak ne… Suka dengan tawaran. Tapi risau jangkamasa panjang. Apa pendapat kamu?

Dec 29

Live Update: 29 Dec ‘09, 9.49pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Apa yang membuatkan aku suka kat Setiawangsa ni, pasal banyak pilihan kedai makan. Aku tak mau nak susahkan Cik Adik untuk masak makan malam. Maklum la, dia pun tak berapa nak sihat. Kesian dia… Penat woo jadi ibu mengandung ne. Memang emosi kerap terganggu. Sama ada emosi si abah atau pun si mak. Hehe…

Pada mulanya, kita (orang lelaki) ni tak kan paham pasal perempuan yang berbadan dua. Termasuk lah aku. Masa-masa macam ni memang mudah tersentap. Sebenarnya kan… masa macam ni, kedua-dua nak saling bermanja. Tapi tengok keadaan la. Si isteri amat perlukan perhatian, kasih sayang dan bantuan dari suami. Manakala si suami pula inginkan isterinya manja seperti zaman bercinta.

Pendek kata, boleh bertegang urat secara spontan. Sekiranya anda (suami isteri) menghadapi perkara sebegini, aku cadangkan gunakan sms sebagai pengganti. Saling pujuk memujuk la. Bila salah sorang dah mengalah, jangan pulak sorang lagi nak ungkit perkara yang remeh tadi. Cuba-cuba bawak si dia keluar makan. Hehe…

Owh… Owh… Owh… Cik Adik cik adik sekalian, bila cik abang dah pujuk tu, jangan la kamu jual mahal pulak. Orang lelaki kalau dia dah reda dari marah… Dia akan pujuk sekali je. Bila kamu berdegil, aku yakin dia terbakar semula. Terus nkorang kena tinggal kat rumah sorang-sorang. Kan padan muka~

P/S: Apa dia? Gadoh? Hehe… Sikit-sikit tu adat lah… Bukan apa.. Nak manje lebey je. *muntah* hahaha… Janji bahagia. Pandai-pandailah mengorat isteri anda ye!

Dec 28

Live Update: 28 Dec ‘09, 11.45pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Sebenarnya, aku tak tau apa yang bot atau crawler streamyx ni datang merayap kat blog aku. Kalau nak bagi aku cuba pakage kombo kamu yang berbaloi-baloi tu, aku tiada sebarang masalah. Tapi sila jelaskan dulu apa matlamat kamu dengan "referreing link" kat atas. Agak mencurigakan jugak dengan aktiviti sedemikian yang berlaku dalam selang seminit dua.

P/S: Adakah mereka dah bersedia untuk melayan karenah live blogger seperti aku? Terlebih dahulu, aku nasihatkan agar mereka sentiasa aktif di Twitter.

Related Posts with Thumbnails


preload preload preload