Belajar menulis blog daripada keywords.

Iklan & Promosi» Komputer & Informasi
21/12/2009 | Tiada komen »

Salam ceria dan salam bahagia semua. Aku sebenarnya tidaklah mahir akan perkara ni. Sekiranya terdapat salah dan silap semasa penerangan, aku tiada sebarang masalah untuk menerima sebarang teguran dan kritikan membina. Harap dengan penerangan ini, kita dapat berkongsi pengalaman bersama. Tips ini aku dapat ketika bersembang-sembang dengan Kak Jie semalam. Terima kasih Kak Jie..

Penerangan pada kali ini aku menggunakan WordPress Self Hosting sebagai platform rujukan. Sekiranya kamu berada di Blogspot, kamu juga boleh menahirkan penulis blog berdasarkan refering link yang tersasar ke blog kamu melaui akaun pihak ketiga seperti Nuffnang, Google Analytic dan sebagainya. Daripada link-link refering ini, kamu boleh jadikan ianya sebagai kata-kunci untuk menulis aktikel di dalam blog kamu.

Sebagai contoh, aku telah menggunakan plugin WP-Start Press. Plugin ini menerangkan beberapa aspek statistik blog seperti jumlah pelawat, jumlah page view, target bulanan, pencapaian harian dan bulanan pengunjung dan juga jumlah bot dari search engine ataupon bot agensi pengiklanan. Apa yang nenariknya bagi aku untuk plugin jenis ini kerana ianya memudahkan aku untuk meneliti sebarang kemasukkan link ke dalam blog, dan dalam masa yang sama, aku tidak perlu membuka macam-macam website lain untuk sumber rujukan statistik. Ia juga memaparkan statistik dalam bentuk graf.

Perlu di ingat, plugin jenis ini juga adalah dalam kategori plugin yang berat. Sila abaikan plugin ini sekiranya kamu menitikberatkan kepantasan masa muat turun blog anda kepada pengguna.

Hari ini aku cuba mengintegrasi keywords yang datang untuk tajuk-tajuk yang bakal ditulis kelak. Mari kita tengok apakah yang datang menerjah ke blog aku dalam tempoh 24jam semalam.

azmanishak page viewed


Alamak… ada jugak orang kompius pasal domain aku ke? Aku rase ada orang yang nak domain ni *perasan*. Mentang-mentang la domain aku nak expired. Laju jer la orang nak reserved. Rase-rase la kan…. ade ke Dato’-dato’ yang sama dengan aku.. haha mane lah tau kot-kot depa pon nak buat blog jugak. Kalau nak blajar.. kat sini kita ade ramai cikgu blog. Mak blog pon ade.. hehehe~

hiasan ruang tamu page viewed


Owh.. yang ni ker? Kamu ade ingat tak satu ketika dulu aku pernah buat entri Cadangan Hiasan Ruang Tamu Selepas 7E2009? Ah… dari sebab tajuk tuh, berderu-deru orang bukak blog ni untk mencarik hiasan dalaman yang agak simple, terutamanya untuk rumah-rumah flat atau kos rendah. Jangan takut.. anda sendiri mampu untuk membuat hiasan tersebut sekiranya rajin menggunakan Google Sketch-Up.

blog orang dewasa page viewed


Ha’ah semenjak 7E2009 iaitu tarikh aku menamatkan zaman bujang aku, aku bercadang untuk mengubah TAG-Line blog ini. Ianya tidak terlampau terbuka dan tak terlampau umum. Sedang-sedang saja, tetapi terdapat juga info perkongsian ilmiah di sini. Sekiranya kamu adalah golongan pembaca dibawah umur, sila dapatkan bantuan mak dan abah sebagai rujukan. Penulis blog ini tidak bertanggung jawab sekiranya kamu kegersangan dan mencarik pasal untuk membuat aktiviti kurang sihat di luar sana.

google translator page viewed


Kamu berkerja di pejabat? Nak tulis email bahasa Inggeris tapi kadang-kala kurang mahir? Hahaha… aku pon mengalami masalah yang sama. Nak tanye orang, takut jatuh plak stended. Biasalah.. ego lebey.. untuk jalan penyelesaiannya, aku gunakan Google Translator. Bukan setakat menterjemahkan perkataan.. tetapi mampu juga menterjemahkan ayat-ayat yang ringkas. Masalah yang sering berlaku pulak adalah, ianya selalu terkeliru antara Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia.  Kalau terdesak boleh la. Memang tidak sesuai untuk kegunaan email formal. Sila berhati-hati ye~

gadis manis page viewed


Gadis Manis? Owh wth???.. takkan selepas GadisComel.Com akan timbul pulak GadisManis.Com. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian… sekali lagi aku menidakkan kenyataan bahawa GC.Com itu bukan hak milik aku ye. Mungkin juga kepunyaan @AnarmNetwork yang selalu tweet #AnarmTAKtahan. muahaha… tak bleh blah~

Ok.. cukup lah aku merapu pasal keyword pada hari Isnin ni. Perkara yang sebenarnya aku nak ucapkan jutaan terima kasih kat Kak Jie untuk pertemuan malam tadi. Keluarga Kak Jie memang ceria. Kalau ade masa nanti, bleh la aku dan isteri pergi bertandang rumah Kak Jie plak eh.. *muke tak malu*

P/S: Jangan tak caya aku semalam pergi fotoshoot P1-Wimax. Gersang giler tangkap gambar. Sama ada jadi maskot atau jadi model aku pon tak tau.. hahaha.. Sebenarnya saja nak tengok dengan mata kepala sendiri kerja-kerja di studio. Memang memenatkan.  Tapi aku puas hati dengan pengalaman yang aku dapat semalam.




Related posts

Tentang Penulis: Azman Ishak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

0 Maklumbalas kepada: Belajar menulis blog daripada keywords.

  • Shavonda Shelton berkata:

    Finally, got what I had been looking for!! I found it on google I’ve really enjoying every little bit of this. Happy I stumbled in to this content! and also I’ve bookmarked to see new stuff for your post.

  • KNizam berkata:

    aku biasa main belasah adjer berblog neh. hehe :)

    walawei gambar tu sungguh retro mcm ala group new kids on the blog dulu2 la. hehe :)

    • Azman Ishak berkata:

      ye bro… ini kire last choice
      kalau tadek tajuk sebenarnya.
      xceli aku memacam nak citer kat blog.
      tapi masalahnye nak carik tajuk adalah
      satu kelemahan aku.

      P/S: New Kids on the block? ke blog? hehehe
      lame tak layan kumpulan tuh. blog satu post bro.
      thanks~ :sengeh:

  • Adam berkata:

    Hahaha. Tumpang gembira tengok korang hepi. Tambah ilmu lagi disini :)

    • Azman Ishak berkata:

      alhamdulillah.. terima kasih atas doa anda.
      kire doa lah jugak ni. aku pon same.. mendoakan
      semoga hang dan keluarga sentiasa gembira dan ceria :sengeh:

  • Anarm berkata:

    ciss.. kate aku pnye plak.. mane de.. aku x main la bende2 camtu.. lagipon watpe nk sebar kt org lain.. baik aku layan sorang2.. :lawak-gile:

  • Kujie berkata:

    pertama2 nk minta maaf…anak2 kak jie mgkn buat org tak selesa – kami mcm adik beradik jer – share everythings :sengeh:

    rasanya gambar ni lebih cun dari gambar ikan siakap tergolek tu ..hehe :lawak-gile:

    p/s – kak jie tak suka tiap kali post entri, ada komen ckp utk dptkan trafik or SEO sbb kalau itulah tujuan utama, entri kita tak de jiwa…tak fun… ;-)

    • Azman Ishak berkata:

      owh kak jie. tadek masalah dengan situasi macam tuh.
      aku memang amat memahami keadaan keluarga ceria.
      series aku tak kesah pon. memang best.

      gambar cun eh? snap main nak cepat jer tuh.

      P/S: entri kene ada jiwa eh? hehehe. ok thanks
      tunjuk ajar akan diguna pakai kelak. thanks sebab
      sudi tunjuk ajar. :bangge:

  • deennasour berkata:

    haha.
    skang dah men keyword ek.

    :kompius:

  • chekguBH berkata:

    aku pon pnh jumpe kakjie..
    mmg nice…

    erm, entah laa…aku berbelog sesuke hati jea…

    • Azman Ishak berkata:

      oh ingat.. mase adik cikgu eksiden kan?
      kakjie ade datang melawat. hehehe aku ade
      bace kat blog chekgu hari tuh. tapi rasenya
      just jadi silence reader. hehehe
      jadi adik chekgu macam mane dah sekarang ni?
      dah ok ker?

      P/S: aku pon berblog suka hati gak.
      tapi dalam masa yang sama cuba belajar
      apa yang depa cakap pasal blog dan duit.
      cuba nak pahamkan perkara ni… :sengeh:

  • Dr House berkata:

    Plugins ni memang berat. Mcm blog aku saja database dia dah 11MB. Separuh dari database blog tu. Tapi memang bagus la plugins ni.

  • paeh berkata:

    ko photoshoot dgn khai sekali ke weh… yang anarm lak mmg jenis tak tahan. hahahaha… penulisan ko mmg sempoi la bro… hhuhu :bagus:

  • Akuro San berkata:

    wah, rambut~ dasyat arr~ :kelip:

  • loq berkata:

    aku pun ade blog list kan keywords keji2 haha
    siot je,anarm kene bahan dengan korang..haha

  • Roslan berkata:

    pergh muke pengganas dowh ko..haha anarm tak tahan..pastu anarm suke makan megi.. :lawak-gile:
    woi anarm..aku kutok ko ni.. :gile:

  • Piston Pecah berkata:

    memang ada keyword-keyword yg memang paling hits gila ikot blog aku lah…akan dicuba nnti…