Info Kesihatan : Pendarahan ketika hamil

Motivasi & Peribadi
19/12/2009 | 33 komen »
Image from: www.pregnancycheck.com

Image from: www.pregnancycheck.com

Owh.. aku memang amat baru pasal perkara ni dan serba serbi merasakan perkara ini adalah satu kejutan budaya. Tapi terima kasih kepada internet dan sumber bahan bacaan yang lain yang boleh dipercayaai. Kekurangan pengalaman menjadi seorang abah memang aku akui. Tapi dalam masa yang sama, aku cuba untuk memperbaiki perkara ini. Mungkin ada diantara kamu yang malu untuk berkongsi tips sebegini, tapi untuk aku ianya merupakan info semasa dan panduan untuk dikongsi bersama.

Nota ini dipetik daripada:- Pendarahan Semasa Hamil

Banyak sebab kenapa wanita mengalami pendarahan faraj semasa hamil. Ia mungkin pendarahan ringan pada awal trimester pertama kemudian pendarahan tersebut berhenti dengan sendirinya, tetapi ada juga wanita yang mengalami pendarahan sekali sekala sahaja. Ada juga yang mengalami pendarahan teruk dan mengejut.

Sebab-sebab utama berlaku pendarahan:

  1. Pendarahan Implantasi

    Dianggarkan 25% daripada wanita mengalami pendarahan semasa trimester pertama. Salah satu sebab pendarahan ini ialah pendarahan implantasi.

    Apa itu pendarahan implantasi?
    Pendarahan implantasi selalunya tidak sebanyak darah haid dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu. Ia berlaku apabila telur yang sudahpun bersenyawa dengan sperma bergerak kerahim dan cuba membenamkan dirinya kedalam dinding rahim. Proses ini dinamakan implantasi.

    Pendarahan berlaku semasa proses implantasi ini. Yang membezakannya dengan darah haid ialah, jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja.

    Bilakan implantasi selalu terjadi?
    Ia selalunya berlaku 5-12 hari dari tarikh ovulasi, masa yang sama, anda sepatutnya datang haid.

  2. Keguguran

    Pendarahan semasa awal hamil tidak semestinya anda akan gugur kerana 50% daripada wanita hamil yang mengalami pendarahan tidak mengalami keguguran. Keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa pada 12 minggu pertama dan berlaku pada 15-20% kehamilan. Sekiranya anda merasa yang terdapat tisu seperti daging keluar dari faraj, bawa tisu tersebut ke klinik supaya doktor boleh memeriksanya. Kebanyakkan keguguran tidak dapat dielakkan. Ia adalah cara badan untuk mencegah daripada mengandung janin yang tidak normal. Keguguran tiada kaitan dengan cara hidup yang aktif dan tiada bukti yang senaman atau seks boleh menyebabkan keguguran.

  3. Hamil di luar rahim (Ectopic Pregnancy)

    Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan ialah kehamilan diluar rahim. Sekiranya ia berlaku pada salur fallopian, ia mungkin akan pecah dan boleh membahayakan nyawa. Ini berlaku pada 1 dalam 60 kehamilan

  4. Kandungan Anggur

    Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahaan ialah mengandung anggur. Ia disebabkan oleh ketumbuhan tisu tidak normal hasil dari persenyawan yang membesar dengan cepat didalam rahim. Tiada janin didalam kehamilan ini.

  5. Ketumbuhan pada pangkal Rahim

    Kanser pangkal rahim atau polip juga boleh menyebabkan pendarahan. Pemeriksaan faraj akan dapat memberikan diagnosa pada masalah ini.

  6. Placental Abruption

    Uri mungkin akan merekah dari dinding rahim sebelum atau semasa bersalin. Ia boleh akan menyebabkan pendarahan. Cuma 1% wanita hamil yang mengalami placenta abruption ini. Selalunya ia berlaku pada lewat kehamilan dan beserta dengan dengan kesakitan pada perut.

  7. Placenta Previa atau uri di kedudukan bawah

    Apabila uri berada pada kedudukan bawah, Ia mungkin akan menutupi sebahagian dari lubang pangkal rahim atau sepenuhnya dan ini dinamakan placenta preavia. PP adalah sangat serius dan memerlukan rawatan segera sekinya berlaku pendarahan

  8. Tanda Bersalin

    Pada lewat kehamilan, pendarahan dari faraj adalah salah satu tanda sudah sampai saat bersalin. Ia terjadi apabila mukus pluk yang menutupi pintu rahim terjatuh disebabkan oleh kontaksi rahim menyebabkan darah dan lendir keluar dari serviks. Ia dipanggil show. Ia adalah sangat kerap terjadi semasa kelahiran bermula.

P/S: Gambar di atas adalah hiasan semata-mata.




Related posts

Tentang Penulis: Azman Ishak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

33 Maklumbalas kepada: Info Kesihatan : Pendarahan ketika hamil

  • nurul berkata:

    Salam,,, firstly,,,sy suke sgt blog ni…veri informative!!
    tp,,,sy nk share sometg…sdey pn de,,,ntah,,bcmpur baur…
    buln 1 ari2,, sy mmg loya2 n pening. de 1 ptg 2,,kebetuln mak bidan yg merupakan jiran sy dtg melawat nenek yg de d umah…die pn picit2 la kpale sy…n die kte nk rse perut…die kte sy berisi lbh kurg 2 mggu…
    hepy wk2 2, tp conpius…sbb sy de kuar drh coklt sket,,,dlm secalit cm2 je…the g klinik,,doktor kte dinding rahim sy dh menebal..upt,,,2nd line samar,,,so kne recheck after 2 weeks…
    tp dlm ms tu,,,sy de tduduk wktu nk turun tgge…esk g kje tbe2 de pdrhn..cm period…amik EL,,balik la…
    mak kte g jmpe mak bidan dlu…mak bidan kte masih de kandungan tu….
    tp darah cm darah period…nk pengesahan, sy pon g klinik…doktor kte mmg xpregnt…tp mak bidang kte sy ngandung…die kte de org 3 bulan bru nmpk upt n scan…
    smpai skang sy conpius…
    smpai skang sy masih rse loya tp xmuntah…n skt pinggang…
    en. azman,,,pe pndangan u? huhu…

  • Izzah berkata:

    saya baru mengandung anak yang ke 3 setelah 8 tahun. Kandungan saya berusia 7 minggu. saya ada bersama suami. darah keluar dari faraj saya untuk seketika…. adakah ini dikatakan keguguran? selama saya mengandung anak yang pertama dan kedua perkara ini tidak pernah terjadi…

    terima kasih.

    • Muhamad Azman Ishak berkata:

      Puan izah, rasanya pada kandungan 7 minggu ianya lebih kurang situasi seperti apa yang berlaku pada isteri saya. saya juga agak risau tentang perkara ini, sebab kami mendapat khabar berita yang isteri telah hamil melalui pengesahan kit kehamilan. jadi selepas beberapa minggu, terdapat tanda-tanda pendarahan seperti yang dinyatakan. saya agak bingung kerana pada ketika itu merupakan anak sulung kami, jadi saya cepat-cepat bawa isteri berjumpa dengan doktor untuk kepastian…

      saya cadangkan kepada pihak puan.. sekiranya mengalami masalah pendarahan walaupon sedikit.. tak kira la selepas bersama ataupon sehari atau 2 hari selepas bersamaa… segera beritahu suami.. dan bersegera untuk berjumpa kepada doktor yang lebih arif, ini boleh menyelamatkan keadaan atau mengelak keadaan yang tidak di ingini.

      tapi.. kalau dah tadek rezeki.. kita kene redho la.. Tuhan simpan satu untuk penelamat kita kat akhirat besok, insyaallah… semoga puan dan keluarga sentiasa dilimpahi rahmat Illahi.. wassalam!

  • bella berkata:

    hello…mat pagi…ne arr bulan lalu sa dtg haid tp bkn mcm bulan2 sebelumnya yg lebat…tp masuk bulan november awal bulan 11,pagi itu ada drh tp tak sebyknya…2kli 2hari mcm tu,aq fikir aq period tp tak jg….aq binggung??? apa kah ini???

    • Muhamad Azman Ishak berkata:

      pada pendapat saya.. baik puan pergi buat pemeriksaan kesihatan. nanti ingat perkara biasa… dikhuatiri masalah lain pulak. kalau kita setakat bertanya di sini.. mungkin pendapat boleh diberi, tapi kepastiannye agak kurang saheh. buat pemeriksaan akan rasa lebih berkeyakinan pasal masalah tersebut berbanding mendiamkan diri.

      Salam ceria :D

  • Lieya berkata:

    Salam. Saya mengalami pendarahan seperti Pendarahan Implantasi. yang hairannya saya akan mengalami pendarahan mcm tu bila dah “bersama” suami. kali pertama kena masa kandungan berusia 5 bulan. terkejut jugak kena pendarahan mcm tu.risau sebab ni anak pertama dan 7 tahun menunggu baru ada rezeki. lepas 2 3 hari, dah pulih. lepas seminggu kena mcm tu,saya “bersama” suami balik. tak de pendarahan. ok je masa tu. selepas beberapa ketika, sya jumpa Dr. saya bagitau Dr yg saya bleeding. Dr advice tak suruh “bersama” untuk 1 minggu. lepas 1 minggu, sya “bersama” suami, kena bleeding lagi. Risau jugak. tapi so far, pergerakan baby ok. moving and quiet active. untuk pengetahuan encik, ni dah seminggu lepas bersama, saya masih bleeding tapi warnanya kecoklatan dan berbau seperti air ketuban(rasa2 nya lah kut). tapi, sampai sekarang, alhamdulillah, baby keep on moving and quiet active. baru2 ni pulak kena kekejangan dan rasa nak pitam. bagaimana yea encik? adakah saya harus berhenti seketika untuk bersama suami? di minta encik memberi pandangan dan terima kasih atas kesudian encik utk membaca email sya ni.

    • Muhamad Azman Ishak berkata:

      Salam kembali. untuk makluman saya ni bukanlah seorang pakar dalam bidang ni. kalau nak ikutkan puan dah suami lebih lama berkahwin berbanding saya.

      Pada pengamatan saya, pendarahan mungkin berlaku disebabkan mungkin kurang foreplay sebelum bersama. tergesa-gesa untuk menyudahkan permainan sampai timbul keradangan dan ketidak selesaan.

      jujur saya katakan saya agak segan membicarakan perkara ini kepada umum, tapi untuk perkongsian ilmu, saya ceritakan sedikit. foreplay sepatutnya biarlah berlaku dalam jangka masa yang agak lama. dibezakan antara kemuncak lelaki dan perempuan, seorang perempuan itu agak sukar mencapai “tahap” kalau forepaly dengan tergesa-gesa.

      dari hasil pembacaan dan kajian yang telah tertulis, kebanyakkan lelaki asia ni jangkamasa untuk sampai tahap sangat singkat. kadang-kadang tak sampai 5 minit untuk bertahan. oleh demikian, foreplay lah sebenarnya dapat menyelamat keadaan macam ni. punca kekeringan juga boleh menyebabkan bleeding.

      tak semua teknik kamasutra yang terdapat di dalam buku boleh dipraktikkan semuanya. had dan batasan terletak pada “bahagian” masing-masing. ada yang panjang.. ada yang kurang. ada yang dalam.. ada pula yang cetek. kalau berasa kurang selesa dengan satu-satu teknik, minta pasangan jangan meneruskan. pasangan tak sepatutnya hanya mementingkan diri sendiri. perlu ambil kira juga perasaan pasangan supaya kedua-dua dapat mencapai “tahap kekejangan” bersama.. hehehe..

      perbincangan seks perlu diamalkan sebelum pasangan memulakan aktiviti. berbincang mana yang akan rasa lenguh… macam mana yang akan rasa tak selesa.. macam mane yang akan sengal.. baru la kedua-dua selesa. Kalau mungkin dalam buku ada teknik kuda.. tak semestinya teknik itu sesuai untuk kita. bak kata orang.. kene sukat la kemampuan luar dan dalam kita.. mampu sampai kah… atau hanya mampu sentuh kat luar jer. kalau tak sampai.. cara biasa mungkin lebih berkesan.

      ok la.. nanti kalau ade masa.. lapang-lapangkan la membaca ya. banyak bahan bacaan sekarang ni. ape ape pon, better rujuk kepada pakar kesihatan terlebih dahulu. yang penting dalam keadaan sekarang, minta pasangan jangan terburu-buru. rileks… coolss… tak perlu terkejar pon.

      Salam ceria!

  • fadzillah berkata:

    salam…. sya d sah kn mgdung dlm 6 minggu.. tpi sya hran knpa da darah kuar dr faraj sya… dan darah 2 stiasa kluar dan darah yg kuar da bau sdikit bkn bau darah haid dan sya rsa skit dkt pingang n smpai la bkan sya… sya da jpa doktor tpi dktor pn x dpt uat pa2 sbb kdungan sya mci awal…. ada ka pkra ni mmg normal ketika mgdung…. atau pn bby yg dlm kdungan sya akan gugur????

  • ila berkata:

    slm,smlm sy bleeding..tiba2 je berlaku…ms tu sy tgh bt keje ngan laptop..umo kandungan 7bln,sy trs p klinik swasta tp dirujuk ke hospital umum segera..doc bt scan…cek plasenta,uri…ok dio kata…conpius gak..ap sbb bleeding tu berlaku?ni ank yg ke3.ms ank 1 dan ke2 xde pernah pun berlaku…adakah sbb batuk asma yg teruk?dlm minggu ni mmg teruk batuk..huhu..bleeding dlm kul 10.30mlm..bila p hospital,darah dh stop..doc pun heran drh pe..batuk memanjang berbahaya?tmbh lg sy x tido sgt 2 mlm tu coz jaga anak demam panas..stress pun ader…aduhai..Alhamdulillah baby xde pe..ok bye…

  • zana berkata:

    salam…bulan lepas saya dtg period yg lama dan banyak serta berketul2..bulan ni ada kuar darah merah tp x banyak mcm haid.sehari je kuar.saya kira itu haid dan hari kedua saya dah mandi wajib. :kompius: …x tau darah apa?sebab x de tanda2 nak period.

  • cikgu bee berkata:

    slm. sy hamil 8 mgu++ dan mengalami pendarahan since 2 mgu lepas. ada yg kata biasa dan ada pula yg kata itu tanda2 keguguran but doctor xkomen byk sbb fetus still in. can u share something?

    • Azman Ishak berkata:

      wsalam… dah lapan minggu dah.
      mengiput pengalaman saya dan isteri menang ade
      pendarahan dalam jangka waktu ni. darah keluar
      agak kepekatan . merah agak merah tua
      menghampiri coklat. dalam sehari dua macam tu jugak.
      saya ada ada berjumpa dengan doktor mengnai perkara ini.
      dijelaskan bahawa itu adalah pendaran implementasi.

      sekiranya kuantiti nya agak sikit seperti setompok air
      yang kecil.. ianya pendarahan implementasi.
      bergantung kepada keadaan dan beberapa faktor
      luar yang mempengaruhi, saya sarankan kepada puan
      agar berjumpa dengan doktor sekiranya telah buat temujanji
      pemeriksaan bulanan. dan ceritakan masalah ini kepada doktor tersebut.
      dia akan jalankan proses scanning awal untuk memeriksa
      keadaan bayi.

      Nota: mungkin belum terlambat untuk saya dan isteri mengucapkan
      tahniah kepada anda dan suami.

      • cikgu bee berkata:

        slm. tq atas balasan e-mail dr en.azman. sukacita sy nk bgtau yg sy tlh pun keguguran pd 22/7/10 yg lalu, iaitu 1hr selepas sy krm e-mail kpd en.azman. xde rezeki. tp mujrlah semuanya keluar hbs n sy xperlu mlalui proses d&c. yg sygnya bby tu kembar. skrg sy tgh bpantang dan doakan sy dikurniakan bby yg sht nti.

        • Azman Ishak berkata:

          Wsalam, owh macam tu.. saya dan isteri mengucapkan takziah. mungkin belum ade rezeki lagi. tiap satu aturan tuhan ada hikmahnya. kita pikir dari sudut positif. saya harap puan dan suami sentiasa ceria dan tabah menghadap ujian tuhan.

          P/S: Dia simpan keduanya pada hari ini untuk bekalan puan dan suami di akhirat kelak. Bukankah itu juga satu rezeki? Saya simpati dan berharap puan dan suami sentiasa dalam lindungan dan peliharaan Allah. Amin~

  • Marc Moberly berkata:

    Your blog is so informative ¡­ keep up the good work!!!!

  • yangbaik berkata:

    salam,
    hehehehe…. dua info dalam satu masa :mrgreen:
    .-= yangbaik entri terkini blog ..Aduyai…. Mengapa Sukar Difahami? =-.

  • puan L berkata:

    slm,
    good info. ;-)

  • Jutawan berkata:

    Isteri saya pernah kena kena “kandungan anggur” ketika kehamilan kali ke 2. Terpaksa buat D & C(Destroy & Clean) buat kali ke 2. Seksa woit jadi perempuan oitt bila kena D&C nih. Hanya tuhan sahaja yang tahu dan sayangilah isteri anda.

  • ma berkata:

    erk! :takut: cm2 ker…
    tktnye… :takut:
    pospon kawen la cenggini…
    hehehehe :segan:

  • deennasour berkata:

    woah. tetiba blog ni jadik pakar sakit puan.
    ngee~ :tention:

  • Ryehanna berkata:

    isy… takutnye berdarah2 ni….

    :takut:

  • x-po berkata:

    si dia dah pregnant ek bro? hehe

  • cidimidi berkata:

    tumpang blaja… :sengeh: tq..

    my mum ada experience mengandung anggur.. mmg bhy..

  • ejam berkata:

    menarik info nie, thx coz share, lepas ni jika diberikan rezeki kepada aku n wife plak utk mempunyai cahaya mata sendiri kena bg org umah baca info nie ler…
    rasanya tak yah bgtau dia kot coz dia akan ziarah blog nie tiap2 hari…

  • yash berkata:

    eh eh?? nak dapat beby dah ekk?? hu3
    tahniahhh!! :hehe: