Jaminan FIVIO untuk AzmanIshak.Com

Komputer & Informasi» Motivasi & Peribadi
28/12/2009 | Tiada komen »

Hari ni merupakah hari terakhir aku bersama FIVIO. Pada asalnya domain dan hosting ni adalah dari tajaan sahabat aku, Saudara Roszizul. Beliau adalah seorang yang agak expert dalam bidang Networking dan juga perkomputeran. Memang setinggi-tinggi penghargaan untuk beliau sebab membuka mata aku untuk belajar satu benda yang baru dalam dunia Hosting, Domain, Blog, Website dan sebagainya. Sebelum ni, aku hanya sempat menghafal kod-kod dari HTML 1.0 jer.. sedey kan? hahah…

Mungkin ada di antara kamu yang ada terbaca perbualan aku dan @Life4Hire di Twitter mengenai FIVIO. Biasa lah pengomplen tegar kalau tak puas hati…merata orang abis aku jaja.  Nanum begitu, siapa sangka apabila perkara tersebut telah diperhati oleh admin FIVIO haha kantoi~

Jadi apakah Jaminan Fivio untuk AzmanIshak.Com? Berikut adalah rentetan sesi berbalas email bersama admin[@]fivio.com, Encik Fadhlullah Abd. Rahman


Dan ini pula maklum balas daripada aku:-

terima kasih atas keprihatinan encik. lewat kebelakangan ni saya sering mengalami masalah berpunca daripada hosting. kadang kala hosting  gagal untuk diakses. saya tak tahu kenapa. mungkin sebab sebelum ni en fadhullah ada mengatakan yang ianya berkaitan dengan Anti DDOS scripting yang dipasang.  tetapi kekerapan gagal di akses oleh pembaca saya, menjadikan saya amat kurang senang dengan keadaan tersebut. walaupon saya juga tahu blog saya tidaklah mempunyai jumlah pembaca yang ramai, tapi ada beberapa perkara yang mementingkan saya supaya ianya sentiasa kekal di dalam talian.

jadi di sini saya juga nak tahu apa jaminan dari fivio supaya saya terus kekal bersama khidmad anda? kerana situasi sebegitu membuatkan saya rasa agak hampa dan hambar untuk terus menggunakan perhidmatan dari pihak encik.

satu perkara lagi yang en. perlu tahu, saya gagal mengakses email saya (fivio hosting) sejak dari bulan 10. email tersebut sebenarnya saya gunakan untuk tujuan tugasan saya dengan client. jadi amatlah bermasalah kerana terpaksa menggunakan email percuma sebagai email rasmi tugas-tugas sampingan.

saya cuba menghantar email kosong sebagai percubaan kepada akaun xxxx[@]azmanishak.com malangnya server (fivio) telah menghalang daripada email tersebut masuk dan notice sending mail failure diterima.

sebenarnya setahun langganan adalah tempoh dimana saya cuba untuk mencari keyakinan terhadap fivio sebelum mula menambah kepada akaun seterusnya. tapi nampak gayanya kepercayaan tersebut semakin pudar dan bercadang untuk berpindah kepada pembekal yang lain.

maafkan saya sekiranya saya ni jenis transparent dan jenis yang berterus terang. ini juga untuk kebaikan pihak encik. saya sebagai pengguna layak memilih dan pihak encik juga layak mempromosi. selebihnya adalah di tangan saya sama ada untuk memilih atau tidak.

terima kasih,
Muhamad Azman Ishak.

Aku memang akui yang aku adalah seorang pengomplen yang tegar. Aku akan terus bersuara sekiranya sesuatu perkara tuh aku tak berpuas hati. Tapi dalam pada meluahkan perasaan… kadang kala kita sendiri terlepas cakap. Meskipon mereka bersalah, atau berlaku kesilapan dalaman antara mereka.. bagi aku, tak elok lah kamu komplain sambil mencarut dalam blog. Ia menampakkan sikap kebudak-budakkan dan kurang matang kamu sebagai seorang penulis blog.

Cakap elok-elok bukan tak boleh.. Kalau cakap baik-baik, orang lain pon senang nak membantu kita. Tapi mesti kene pada caranya lah.

P/S: Nak komplen.. kene lah pandai-pandai.. jangan suka maki tak tentu arah. Kalau kita tak suka kena maki-hamun.. begitu juga orang lain. Kejap lagi nak pergi bayar hosting. Thanks @Life4Hire & #FIVIO

P/S2: Yam (Life4Hire) bile nak datang jumpe aku ni bro.. lame sangat aku pegang ni.. nanti aku terbelasah plak~

P/S3: Tak sempat nak check typo. Maafkan aku ye kawan-kawan.




Related posts

Tentang Penulis: Azman Ishak

0 Maklumbalas kepada: Jaminan FIVIO untuk AzmanIshak.Com

  • Pali berkata:

    yup! fivio is the BEST! takde masalah pon,mmg user-friendly.tak terlintas pon nak tukar hosting/domain.

  • pjan berkata:

    salam man..lama sungguh aku x online..ko pa kabar..
    emmm tertarik gak aku baca entri pasal fivio ni..ini cuma pendapat aku la..di ulang pendapat peribadi aku..aku rasa fivio ni boleh dibanggakan dari segi prestasi n user friendly admin diaorg especially fadhlullah..kalo ada masalah memang cepat respon..macam yang ko terangkan kalo nak complaint apa2 pun kena la ada cara jangan masa ok puji melangit tapi bila ada prob sikit je maki hamun tak hingat dunia..aku tetap akan teruskan dengan fivio selagi mana diaorg x menipu macam hosting yang tersangat famous tuh..aku dah kena 2 kali so cukup la harap nama je hebat tapi manjang prob..aku sokong fivio bukan sebab aku dapat apa2 tapi sekadar pendapat dan pandangan ikhlas dari aku.nanti ada pulak yang kata aku bodek fivio pulak..

  • Eldy berkata:

    Gua ingat Fivio smpai mati ! kak tu kate mau sponser gua hosting free utk falsh stuff gua.. (dah x de dah, sorry n terima mass kpd kak Fadh!)

  • Assalamualaikum,

    @Roslan Nazri – Kalau user nampak directadmin tuh bermakna computer masih tidak update the DNS baru.

    @Azman Ishak – Premium hosting ni, less congested, ada 10 backup dalam satu masa, menggunakan litespeed, clustered dns services, etc, etc. Kebanyakkan forum forum hosted under fivio.com menggunakan premium hosting.

    @megat – Itu dikatakan rezeki :)

    Salam,

  • megat berkata:

    nampaknya pihak fivio punyai customer support yang bagus kah? kadang-kadang kita memang nak bantu sesetengah pihak pengendali server tetapi atas masalah tertentu selalu menjadi ukuran kegagalan pihak terbabit.

    aku dari mula bersama serverfreak dan setakat ini yang terbaik!

    • Azman Ishak berkata:

      sebenarnya aku ni tak la suka lompat-lompat
      hosting. tapi kalau agak bermasalah.. rase tension
      jugak kekadang tuh.

      blog ni sekadar tempat melepas geram..
      bila tempat lepas geram down..
      abis nak lepas kan kat mane lagi? konpom kat
      twitter la plak.. oleh itu.. aku sentiasa pastikan
      tempat melepas geram ni sentiasa online. :lawak-gile:

  • azizan4444 berkata:

    aku pon fivio..nk premium hosting gak la..tp aku br lg..hahaha

  • Roszizul berkata:

    Good for you bro :-)

  • Roslan Nazri berkata:

    wahahaha kita kan peminat fivio..nice work..pagi tadi macam ade gangguna sekejap dalam direct admin server..tp dah ok da..
    :bagus: congratz la…tah mandai2 je ko tag ek?haha :gile:

    • Azman Ishak berkata:

      hehehe.. tag tuh memang rase macam best jer
      kalau tak aku nak tag lagi ganaz.. tunggu le
      next normal entri. nak tag yang merapu bukan
      bukan penye~ :sengeh:

  • Assalamualaikum,

    @Mrkay : Sila hantarkan detail masalah tersebut.
    @ejam : Oleh kerana ini adalah dedicated server, kami tidak memegang root password bagi server tersebut. Oleh itu, segala LOGS and ABNORMAL aktiviti tidak dapat dikesan MELAINANKAN server tenant report kepada kami.

    Terima kasih,

  • Luth Textile berkata:

    menang membeli, menang juga memakai..
    apa2 pun harap azmanishak.com terus maju.. aku tukang baca aja.. haha

  • mrkay berkata:

    ko ada masalah dengan email jugak ke? aku ada dedicated server under fivio. ada masalah dengan email gak. nnt aku nak contact dia balik utk check.

    • ejam berkata:

      hah yg nie mmg patut komplen coz dedicated server bukan nyer shared hosting…bukan sikit byrannyer, tiap2 bulan plak tu kena byr…

      • Azman Ishak berkata:

        itu lah pasal.. dedicated tu…
        agaknye dia isi apa lah dalam tuh eh?
        kaye betoi… mahai weh dedicated server.
        ni mesti ade projek baek kan? :sengeh:

    • Azman Ishak berkata:

      hari tuh ade.
      selepas buat komplain, maka masalah pon selesai.

      cube-cubelah contact depa pakai email.
      sekarang ni cepat gak depa reply. kasik test
      satu kali tengok :sengeh:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge