Kalau pergi mana-mana blog, kesemuanya dah pon menulis pasal rentetan peristiwa sepanjang pambabitan mereka sebagai penulis blog untuk sepanjang tahun. Jadi aku rasa agak rugi juga melepaskan peluang yang datang hanya setahun sekali. Untuk aku, pada tahun ni memang dah macam-macam berlaku mujur juga aku catatkan di sini sebagai kenang-kenangan.

Tahun ni merupakan tahun yang bersejarah untuk aku dimana perkara yang penting dalam hidup telah pon aku lalui. Genggaman tangan kanan bersama tok kadi di sambut dengan tugas dan bebanan yang dipikul adalah bukan satu perkara yang mudah sekiranya meteliti tidak disiap sedia dari awal. Kesah yang lepas pada blog ini ade aku catatkan mengenai pelbagai kesah suka duka dalam hidup. Terima kasih yang tak terhigga aku ucapkan kepada kamu yang tak putus-putus memberi semangat.
Setinggi ucapan terima kasih kepada Bro KNizam sebagai tutor aku yang telah memberi tunjuk ajar teknik-teknik live blogging. Bagi aku dia adalah seorang pelopor Live Blogging dalam Malaysia ni. “betoi ke nko yakin aku sorang jer yang mulakan live blogging ni?” hehehe… Dia seorang yang sangat merendah diri. “Aku rase,aku cume kenai hang sorang jer yang memulakan aktiviti live blogging kat Malaysia ni bro”
Terima kasih juga tak lupa kepada: Noktahhitam yang telah memberi Lite Themes – Live Blogger sebagai percuma kepada rakan-rakan yang ingin menjadi live blogger. Di kesempatan ini beberapa kredit khas sebagai tanda ucapan terima kasih dari aku untuk:-
Ok ok… bila dah nama live blogger.. apa kata kita tengok sedutan-sedutan sepanjang pembabitan aku dalam Dunia Blog khususnya Live Blogger.

Pertama kali jumpa NoktaHitam ditemani Life4Hire dan Callister


#RayaTWEETup - Kelolaan ShamHARDY dan & IcedNyior


Luth Textile - Hadir masa Majlis Makan Beradap masa 7E2009. Blogger paling sporting

Alhamdulillah rezeki. Aku sayangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. *series aku nanges~*

Bertemu dengan Akak Kujie dan anak-anak. Terima kasih ye Kak Jie

Bertekad untuk berhenti merokok. Bermula pada hari esok dan seterusnya. Mampukah???
Apa yang pastinya pada tahun 2009 telah banyak mengubah aku dari segi pemikiran dan penampilan. Sepanjang pembabitan dengan blog, ramai kenalan yang aku dah jumpa. Satu pencapaian yang boleh aku banggakan. Terpikir jugak aku bila nak jumpa KNizam dan En. Megat. Hehehe… nama sebenar pon aku tak pasti. Tapi aku menanam cita-cita agar dipanjangkan umur untuk bertemu dengan kalian pulak.
Secara keseluruhan banyak yang aku idamkan pada tahun lepas telahpon tertunai. Maka untuk cabaran pada tahun baru pula aku menetapkan matlamat:-
Dengan ini AzmanIshak.Com (Muhamad Azman B. Ishak dan isteri) mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pembaca blog ini. Semoga apa yang diimpikan dan apa yang kita usahakan selama ini diberkati Allah. Kami berdua mendoakan kalian agar sentiasa berada di dalam peliharaan Ilahi. Sama-sama kita doakan kejayaan sahabat kita yang lain. Amin.
selamat hari ahad
singgah sini jap….hehe….
selamat berblogging….
____________________________________
dapatkan panduan bina otot badan lelaki secara percuma disini….
hooo… thanks~
seronok baca entri suami mithali merangkap jejaka kacak ni (ha3). penuh dengan penghormatan dan kenangan manis.
bila agaknya boleh jumpa ko eh? sesilap dah dapat anak pun belum dapat jumpa (he3). jeles betul tengok gambar masa gathering negaraku.net tu (hu3)
aku juga sedang kuatkan semangat untuk berhenti merokok. sekarang ni hisap rokok rasa tak sedap, payau. tapi bila nikotin dalam darah berkurangan tercari-cari. paling tak tahan lepas makan, mungin dah jadi kebiasaan (hu3)
keh keh keh… hadoi ai.. bila aku baca balik
kesah kesah aku kat blog ni.. macam seolah
digital diari yang dapat aku kongsi satu dunia
yang memahami.
pasal tuh cik adik aku sponser suruh renew
hosting dengan domain ni. walaupon mahai
tapi agak berbaloi kenangan yang tersimpan.
P/S: Aku pon dah tak beli rokok berjenama.
sekarang ni kat tempat kija memang tak merokok
dah. cume merokok balik umah. itupon rokok daun jer.
just untuk hilangkan ketagihan nikotin. :sengeh:
Note: Lepas makan rase macam nak jilat dinding jer
sebab tak dapat isap rokok :lawak-gile:
berbaloi lah macam tu. teruskan kemaskini blog ko ni, mungkin ada sinar dikemudian hari. pastikan terselit keyword-keyword yang membantu (he3).
lagi seronoklah ada sokongan dari isteri dan keluarga. semangatnya akan lebih lain macam.
aku ingat nak kena sapu daun lidah buaya kat lidah lah (ha3)
arhh.. keyword.. hehehe ni aku agak kurang mahir.
mungkin nanti en. megat bleh membantu blog jual
ubat neh. hhaaha maklumla blog ni cume banyak
search engine jer yang lawat. hehehe
P/S: sapu daun lidah boye? hahaha.. chis~
Selamat Tahun Baru… Semoga betambah bilangan keluarga anda.. Amin~~
selamat tahun baru jugak beb.
thanks ye~
panjang lebar huraian kli ni…big clap tuk bro azman yang macho…ngeh3
rokok pnguat semangat nk update blog bro..hahaha
hahaha… rokok tak mo dah lepas ni.
nak stop dah. tekad gegiler ne :gile:
selamat tahun baru 2010 kpd kau dan isteri, semoga apa yg diimpikan menjadi kenyataan, kejayaan dan kesenangan turut datang berdamping.
*eh..nama aku ada dlm ini drama ler…hoyeh2…
amin… erk.. en. ejam bile lagi agaknye?
dengar citer dah ade tanda-tanda ek? :kompius:
aku pun tgh manunggu lagi tanda2 yg akan datang membawa berita gembira…semoga berita itu segera hadir…
huhu berjele gak tuh..nice entri..aku nak tido dah ni time komen..epi new year..sori la ko tak dpt join kiteorang..huhu :hehe:
amacam malam tadi? seronok tak?
aku pon sori le tak dapek nak
join nkorang. bila dah kawin ni
pepaham jer kan.. :hehe:
amin~ semoga apa yang ko wish dapat. selamat tahun baru bro…
amin jugak.. thanks. so per wish?
banyak sangat aku merepek malam tadi :hehe: