Zoo Negara – tetap meriah meskipun dalam hujan.

Live Posting
26/12/2009 | 12 komen »

Live Update: 26 Dec ’09, 4.00pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Ramai la pulak orang hari ni. Ingatkan hujan-hujan orang tak reti nak berjalan ke sini. Haha… Biasa lah kan, musim cuti sekolah. Tambah pulak minggu ni cuti hujung minggu agak panjang.

Sedikit info pasal tiket Zoo Negara. Untuk harga tiket termasuk Zoo Serangga dan Taman Rama-Rama,
Dewasa + Mykad : RM25
Dewasa tanpa Mykad : RM35
Kanak + MyKID : RM9
Kanak tanpa MyKID : RM18

Itu untuk lawatan kesemua zoo… Kalau tak termasuk Zoo Serangga dan Taman Rama-Rama pulak,
Dewasa + Mykad : RM20
Dewasa tanpa Mykad : RM30
Kanak + MyKID : RM6
Kanak tanpa MyKID : RM15

Warga Senior pula dikenakan tiket sebanya RM9 sekiranya membawa Mykad dan RM35 sekiranya tiada (warga asing) untuk lawatan kesemua zoo. Sekiranya tanpa lawatan ke Zoo Serangga dan Taman Rama-Rama, tiket sebanyak RM6 dikenakan kepada warga senior yang membawa MyKAD. Sebaliknya RM30 untuk yang tiada.

P/S: Cerita bagai nak rak. Tapi aku tak bleh nak masuk. "My mother-in-law" cakap tak elok bawak bini mengandung tempat-tempat menatang. Ahhaaa… *nanges* duk luar je la kami berdua…

P/S2: *tersentap* – tak bleh nak live blogging dalam zoo. Demi kebaikkan, aku istiqamah je la kat ruang legar ni. Sementara menunggu anak sedara aku habis sesi lawatan dia kat dalam tu…

Tentang Penulis: Azman Ishak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

12 Maklumbalas kepada: Zoo Negara – tetap meriah meskipun dalam hujan.