Apa perlu buat apabila dipaksa untuk kerja lebih masa.

Hambik… tajuk sepanjang-panjang ni.. Biasa la kan… kalau hari-hari cuti tapi… kene kerja, memang moody. Isu pertikaian waktu kerja, jadual bekerja, kerja lebih masa memang sering menjadi topik perbincangan yang amat sensitif untuk pekerja yang jenis makan gaji. Aku sekarang ni cuma bercakap dalam sektor swasta. Kepada yang bekerja dengan kerajaan… aku tak nak komplen apa-apa.

Kita sering ditekankan dengan etika bekerja “Masuk kerja awal, dan balik selewat mungkin”. Erm.. salah satu langkah dalam membodek boss mungkin. Atau… mungkin juga kerana majikan menganggap gaji yang diberikan kepada kita teramat tinggi dan tidak setimpal dengan bebanan kerja yang diperuntukan. Masalahnya sekarang ni, perkara tersebut dah menjadi satu macam habit bagi majikan dengan memaksa perkerja mereka untuk bekerja lebih masa. Tapi amat malangnya, pekerja dilarang untuk membuat sebarang tuntutan gaji untuk kerja lebih masa atau tuntutan cuti bagi jumlah jam bekerja. Jangan terkejut ye… bukan tak ada. Banyak dah berlaku…

“Suruh orang kerja lebih masa, tapi kau tak bagi aku clain pulakkk… demm~”

Any personnel (basic salary is below RM1,500) are ALLOWED to claim overtime if worked 1 hour or more with the instruction of your superior/PIC/MOD. We will honour as per Employment Act 1955 to pay overtime if you are required to work overtime.

Bagi pekerja yang bergaji dibawah RM1500.00, mereka sebenarnya layak untuk membuat tuntutan gaji kerja lebih masa sekiranya diarahkan berbuat demikian. Ini dah sememangnya termaktub dalam Akta Pekerja 1955. Meskipun boleh bekerja lebih masa dan mendapat tuntutan tersebut, majikan tidak sepatutnya memaksa pekerja untuk berbuat demikian. Banyak terjadi di mana majikan-majikan kurang mengambil endah mengenai perkara tersebut.

“You executive ma… it’s your responsible to spend more time with company. That’s why we put you in executive level”

Executives (Operation) are salaried above RM1,500 ARE NOT ENTITLED to claim Overtime. However, as the culture of the company, you work 2 Full Shift per week which is 12 hours each. I believe this is communicated to you before we offer you the position for those who are hired IN as an executive. We WILL NOT ADD 1 additional working hour each day to your working schedule. - Labour Law -

Yeah.. yeah.. yeah… WTF? Kau hengat apa besar sangat ker kederat aku nak stay lama-lama kat opis ni? Agak-agak la nak keluarkan statement. Dari lapan jam mencecah ke 12 jam… dari 12jam nak tambah lagi ke satu jam? Majikan memang suka main tarik tali….

“Kalau nkorang tak mau nak keja.. berhenti la.. ramai lagi yang menunggu..”

Notwithstanding the above hours, [Company  Name] Sdn Bhd relies on its employees to complete their assignments by using their own initiative and skills in the management of time. Hence, employees are expected to work beyond the normal working hours, or to come in before or after the normal working hours, or to work on Rest Days and Public Holidays to complete any business assignments or attend to duties as required by the business of [Company  Name] Sdn Bhd. It is also understood and agreed that the above working hours may be varied from time to time, at the discretion of [Company  Name] Sdn Bhd.

Selalunya ugutan demikian kedengaran dari mulut majikan. Kebiasaannya majikan jenis ini adalah kaki kipas kepada boss. Demi menjaga buntut sendiri, kebajikan pekerja diabaikan. Majikan seperti ini sebenarnya sengal…. sekiranya laporan dibuat, majikan tersebut boleh disabitkan dengan akta yang dinyatakan di atas. Dalam masa yang sama, pihak atasan mereka (majikan) tidak akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Pendek kata, boss yang sengal mengeluarkan arahan sedemikian akan menerima padah ekoran kebodohannya sendiri.

P/S: Terlebih sengal, sekiranya arahan untuk kerja lebih masa dari 12 jam dibuat menggunakan E-Mail… Majikan tersebut memang menjerut tengkuk sendiri. Kau jawab la lepas ni kalau ade staff nkorang yang buat report kat Jabatan Tenaga Kerja.

P/S2: Terdengar jugak suara-suara sumbang kat belakang… ah lantak la nkorang. Janji aku dah buat kerja aku (blogging waktu kerja pada hari cuti). Nkorang tuh pergi la buat kijer sendiri. Bila dah cukup time.. balik la… jangan nak bodek kerja lebih plak… KEYCHOOOHH~

P/S3: Hari ni memang aku tak entitle untuk cuti. Owh.. tensionnye weh… “sabor Man… Cool…”




Anda mungkin meminati:

Tags: , , , , , ,

Cerita bertajuk: Apa perlu buat apabila dipaksa untuk kerja lebih masa.
Ditulis dibawah kategori: Live Posting

48 Responses to “Apa perlu buat apabila dipaksa untuk kerja lebih masa.”

  1. eyriqazz 30. Jan, 2010 at 1:49 pm #

    dulu masa kije bank commercial pernah kena paksa..stay back 2 minggu terakhir…mmg aku tentang habis-habisan namun coz pekerja2 lain penakut,aku terpaksa ikut juga…nasib baik dah pindah kerja skang…

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hadoi ai.. dua minggu beb, robot pon boleh jahanam tuh~ :tention:

    [Reply]

  2. topo 30. Jan, 2010 at 1:52 pm #

    aku kalau boleh claim tuntutan lebih masa aku on je.. balik rumah on bukan ada org rumah yg tunggu.. :D

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    masalahnye aku mane bleh claim. demm… :tention:

    [Reply]

  3. Anarm 30. Jan, 2010 at 1:54 pm #

    majikan sekarang ni mmg suke tindas pekerja.. diorang ingat die boss, die dh pandai dr semua segi.. die x tau yg pekerja bawahan ni lg power bende2 cmni.. kalo dh berlebih2 sgt, report je kt jbtn tenaga kerja.. bior padan ngn muka boss..

    aku dh 2 kali kene cmni.. kali kedua, mmg aku dh report.. gth! :twisted:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    aku nasib selalu malang. memanjang je kalau tukar boss, then dapat boss sengal.. owh… kejung betoi ar :tention:

    [Reply]

    Anarm Reply:

    alaa.. bukan ko sorang je.. aku pn sama.. masuk ni dh 7 company aku keje.. 7 company boss sengal2.. aku nak kene bukak bisnes sendiri kot baru puas hati.. wish me luck! :kelip:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hahaha.. ini lagi gilak. kije berhenti… pergh.. sampai 7 tempat plak tuh. nanti kite buat bisness franchais eh? :sengeh:

    [Reply]

    Anarm Reply:

    7 company tu semua boss melayu.. pada fikiran aku, boss melayu memang bongok.. politik berleluasa dlm opis sampai effect kt pekerja.. gaji lambat bayar, keje byk sampai nak kene stay kt opis dr pagi sampai pagi esoknye, tapi gaji lambat.. sapa bleh tahan man.. huhuu

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hahaha… aku setuju beb. memang boss melayu jenis sengal kan? kenapa tah… sombong n protokol tak tentu pasal dowh.

    [Reply]

    Anarm Reply:

    tahu takpe.. boss melayu ni mudah gile kuasa.. aku kalau ada banyak duit, aku pon bleh jadi boss.. tapi nak mengSENGAL tu tak kot.. wat pekerja benci kat kite je..

    kalo aku jadi boss, aku nak jadi boss yg tegas.. tp sempoi.. :kenyit:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    aku tak expect nak jadi boss. sebab aku pon mungkin lupe diri. kalau nak pon mungkin aku nak bukak bisness sendiri. much better rather than hired to be a bosses but still preassure with order. fak dem! :tention:

  4. Mr.Bintang 30. Jan, 2010 at 2:21 pm #

    nasib baik aku dah x keje ngan majikan.. :P

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    so sekarang ni kijer sendiri ker? :kompius:

    [Reply]

  5. Piston Pecah 30. Jan, 2010 at 3:23 pm #

    “hidup harus kerja-kerja”………….. :sengeh:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    kerja sendiri pon tension.. kerja dengan orang pon lagi la tension. hahaha abis macam mana? :wek:

    [Reply]

  6. Kujie 30. Jan, 2010 at 4:56 pm #

    kak jie baca ni lompat2…je
    sebab bab keje..

    weiii………hari ni sabtu le..cuti!

    Bangla tu pun tau cuti hujung minggu…hahahah

    kena sedas!

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    chis ampes :lawak-gile: kite bukan bangla or nepal hokey :sengeh:

    [Reply]

  7. idalara 30. Jan, 2010 at 6:21 pm #

    kak ida mng dah biasa keja 7 hari seminggu..dua hari tu pastinya keja lebih masa atau OT..sebab2nya

    1. mng keja sgt banyak..tak larat nk siapkan wktu hari keja
    2. mang nak cari wang tambahan..nak sara anak2..
    3. boring dok umah sorg2 nnti asik tiduk je..

    so tkde masalah kalau suh kak ida keja lebih masa..
    ko tu kak ida faham le..semenjak dua menjak ni mana nak balik lewat kan..sidia dah menanti…

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    7 hari kak? wow… aduih.. penatnya. sungguh gigih akak ni. memang SUSPECTED…. kite paham, akak kerja kuat utk anak-anak. bangga betul anak-anak akak dapat mama yang penyayang.

    P/S: abis bile mase akak rehatnye? owh tak penat ke? :kompius:

    [Reply]

  8. denaihati 30. Jan, 2010 at 9:57 pm #

    Aku dulu masa mula kerja dah azam bahawa aku akan kerja paling lama 10 tahun untuk cari sebanyak mungkin pengalaman untuk persediaan berkerjaya sendiri. Alhamdulillah rancangan aku berjalan lancar. Jadi aku syorkan pada teman-teman janganlah kerja dengan orang sampai pencen. Azam untuk bisnis sendiri tapi sebelum tu mesti cari pengalaman…mesti belajar daripada orang lain….mesti berani untuk gagal sebelum berjaya.

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    adus beb.. macam mane nak sampai tahap macam hang agaknye? hehhe… aku pon target macam tuh jugak. dalam 10tahun jer nak kijer dengan orang.

    [Reply]

  9. menteil 30. Jan, 2010 at 11:09 pm #

    haha.. marah kena kerja time cuti nampak…
    ko kira ok lagi.. aku nie lagi parah.. kerja dan cuti tak kira hari..
    kerja aku 4 hari kerja 2 hari cuti.. so bersambung je la.. so cuti aku tak tentu.. bengang jugak la sebab susah nak dating.. aku cuti awek aku kerja.. waa….. :tention:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    maunye tak marah. tension dowh. kat HQ bleh plak dapat cuti. tak aci sungguh ar

    weh nko kijer 4 hari? then 2 hari cuti? mane pergi satu hari lagi?

    [Reply]

    menteil Reply:

    takde pegi mana2.. dia bersambungan terus…
    contoh; isnin – khamis keje, jumaat sabtu cuti, sambung la ahad – rabu keje, khamis jumaat cuti…
    camtu la jadual keje aku.. huhu..

    [Reply]

    menteil Reply:

    er.. sori.. bukan nak spam..
    bila ko wat blog ko kaler ijau kan.. ads innity tu tenggelam la.. dia kan selalu kuar yg ijau tu jer…

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    eh ye ke? hahaha kalau macam tuh, kene tukar balik ke weh? pendapat nko macam mane? patut la macam kureng jer. chis :tention:

    [Reply]

    menteil Reply:

    ikut selera masing2.. hehe… ikut ko la macam mane.. takde masalah.. hehe…

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    :kompius: :kompius: :kompius:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    wah gilew weh macam tuh ke? tapi dapat 2 hari cuti kire ok la. masalahnye nko punya cuti rotate la. tak pernah tetap kan? masalah jugak tuh :wek:

    [Reply]

  10. Ayah Aiman 31. Jan, 2010 at 1:36 am #

    susah2, cari ajer majikan baru yg lebih prihatin ttg kebajikan pekerja..

    cuti hari nie aku sempat pergi swimming. best wei..dpt rengangkan apa yang patut..blk swiming pegi singgah raya kejap..

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    adus.. kalau lah semudah macam tuh mencarik majikan baru kan senang.

    amboi.. lagi buat aku jeles.. sempat pergi swimming eh?

    [Reply]

    Ayah Aiman Reply:

    jaman skrg mmg susah nak cari kerja. graduan kat luar sana berlambak2 tak dpt kerja. syukurlah, kita semua dah ada kerja tetap..

    tp klu kena kerja time cuti ok what!!..masyuk jugak time dpt gaji..silap2 dpt gelaran “staff of the year” :bagus:

    p/s: moga berbahagia dgn org rumah baru, cik INN..

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    series bro. susah nak dapat kije.. kijer yang ade pon kalau boleh depa tak mau kita dah.. lagi plak kite gatai nak berhenti then mula mencarik kerja yang baru.. owh men.. satu tindakan yang kurang tepat ar.

    kije time cuti ni yang best nye uniform casual. hoohohoh… tapi kalau nak dapatkan title staff of the year.. memang tak layak ar kan. sebab qualification tuh cume untuk staff dan bukan exact level. dengki betoi.

    P/S: p/s tuh ditujukan kat sapa eh? orang rumah baru? :wek: :wek:

    [Reply]

    Ayah Aiman Reply:

    Cik Innity lah. kans ramai blogger2 yg power dah berjaya dipinang & terus menceraikan Cik Nuffnang dgn talak 1,2@3..

    bak kata megat; hapuskan monopoli
    bak kata kak G; mencuba nasib

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hehehe… aku pon cube nasib gak beb. tak taw la lagi. blog aku cume pames pada google dan bukan pada orang-perseorangan :wek:

    [Reply]

  11. Ryehanna 31. Jan, 2010 at 9:12 am #

    Aku pun same cam ko. keje time thaipusam. ahad pun keje lagi… esok je baru cuti (hari wilayah) cos aku dah keje 1 public holiday.

    tp nasibaik la leh claim OT. OT triple lagi tu kalo keje time public holiday… tp tula… basic aku sikit je pun. baru keje… huhuhu

    takpela… keje jelah…. dari adik aku yg dh grad setahun tp xkeje2 lg… ssh nau nk dpt keje skrg ni…

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    aku kijer direct… argh lagi tension weh. dah la tadek ot. tapi aku nak claim la balik. satu hari public holiday… kalau kene kijer bleh dapat dua hari cuti ganti.

    kesian kat adik hang eh? so die lepak perak jer ke? hang nak nikah bulan 6 kan? so buat kat mane?

    [Reply]

  12. ejam 01. Feb, 2010 at 12:25 am #

    Alhamdulillah, aku syukur sgt2 dapat bos cina yg mana aku satu2nya staf melayu di dlm itu kompeni…
    byk kelebihan aku dpt, walaupun gaji lebih RM1500 masih lagi boleh claim OT jika ada out-station, kalau out-station ada lagi elaun tambahan…
    aku suka sgt kalau dpt peluang keje luar, harap2 tahun nie aku terpilih utk byk keje luar, aku suka dan mencabar bila berdepan dgn pegawai kerajaan….

    setakat hampir 5 tahun keje dgn mereka, aku belajar byk benda, dr bidang yg dlm opis sampailah bidang farmasi yg kebetulan salah satu bisnes mereka…
    dari seorg yg pemalu aku jd seorg yg peramah dan tidak segan silu…

    semoga kita semua dapat kebahagiaan di tempat kerja pada tahun 2010 ini…

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    fuh best betoi bila baca cerita hang bro.. rase macam aman jer… tadek serabut kepala nak buat report berbagai.

    dah gaji over then RM1.5k pon still boleh clain? wat da? best giler…

    Note: semoga kite sesama gembira bersama keluarga tercinta. amin~ :bagus:

    [Reply]

  13. norsaritanaini 01. Feb, 2010 at 7:57 am #

    sabor la en azman…bukan selalu pun kan kena keja lebih masa…macam ai ni, hampir dikatakan dlm sebulan tu, setiap ari bekerja, balik kul 6 ptg ke atas, kdg sabtu n ahad pun kena dtg keja, sbb memang tak cukup kalo nak harapkan ari bekerja jer tuk siapkan sumer keja2 yang ada…kalo bertangguh makanya akan jd lg bertimbun….nk cuti ke apa ke, kena plan awal2..even nk amik MC, bleh plak pikir sapa nak hendel kalo ai takde…

    tp setakat ni, cuba sedaya upaya utk mengikhlaskan diri…dah namanya itu keja yg kita kena buat…tp ada gak sekali sekala akan rasa mcm nk benti je sbb dh penat sgt2….

    dan ikutkan pengalaman, memang tak boleh sepanjang minggu keja…pastu kalo hari keja biasa, balik lambat lagi…sampai satu ketika rasa otak jem..dah takleh nk pikir…so better berehat puas2…

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    kite ni kan bile dah terlampau rilek… tibe time kene kerja keras dalam sehari dua… konfem la merungut. tapi kalau kite tengok orang yang dah biasa kerja susah… bila dapat kerja senang… depa bersyukur.. apa nak jadi ngan kita kan? :hehe:

    [Reply]

  14. mnoordin 02. Feb, 2010 at 3:18 pm #

    kerja nih kalau tak happy susah gak..bawa balik sampai ke rumah kesannya. kena janji kat diri sendiri jangan buat macam tu…atau jika masih tak happy tunggu, jangan balik rumah lagi.

    Aku dah mula rasa happy nih, boleh le balik sekarang tengok anak bini.

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    erk… selalunya aku akan tinggalkan semua bebanan kerja pada punchkad. maksudnya lepas pada waktu kerja.. sila jangan hubungi aku. kalau nak.. send jer la email. besok aku followup.. hahaha :sengeh:

    [Reply]

  15. mr.eims @ perfume 08. Feb, 2010 at 10:19 am #

    “Apa perlu buat apabila dipaksa untuk kerja lebih masa.”

    kalau aku la.. jawapannya “buat bodo” :wek: hm..hmpt aku pun tahape gak. dipaksa buat sumbangan masa minimum 100jam setahun. kalau tak cukop, bonus takde. rekod prestasi kira hancus. ok la tu..
    bdk2 opes aku pun banyak jgak kje.. lepas opes hour kitorang meeting kat mamak :roll:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    mak oi… lagi la kejamnye… ape tak laporkan jer eh? sumbangan free demi mengharapkan bones. kire sapa yang kaki ampu tuh dah konfem la dalam tangan kan.

    P/S: mencik ah kaki bodeh ni :tention:

    [Reply]

  16. Tyra 24. Feb, 2010 at 6:28 pm #

    saya silent reader kat sini.
    hari ini nak tinggal komen. :sengeh:

    saya penjawat kerajaan.
    bukanlah nak menunjuk tapi cuma saya nk berkongsi sikit.
    saya pun macam kamu jugak.

    hari-hari saya balik lambat, kadang-kadang sampai jam 9 malam.
    hari cuti saya kena pergi office macam tak cuti.
    bos kata kalau saya balik awal, “saya TAK BENARKAN officer saya balik tepat pada masanya”

    OT? haram jadah mana boleh claim. huhu.

    so jangan la ingat gomen pun tak ditindas macam kamu. :wek:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    tu dia bile silence reader sekali berkata-kata…
    sebelum tuh nak ucapkan terima kasih kepada anda
    kerana menjadi pembaca di blog ni.

    saya jugak paham dengan situasi kerja kerajaan.
    tapi tak mampu nak dimentionkan kat sini atas sebab-sebab
    tertentu. apa yang anda pamerkan adalah sekadar luahan hati.
    memang tidak dinafikan.. mana-mana kerja pon ade buruk
    dan ada baiknya. (positive n negative) itu bergantun pada
    penerimaan dan minat kita dalam bidang tersebut.

    perkara ni membuatkan saya sering terfikir… kalau orang tadek
    kijer tuh macam mana lah situasinye pulak agaknye?
    apa dia bagi makan keluarga dia… zaman sekarang ni memang
    susah nak dapat pekerjaan yang mengikut kesesuaian diri.
    jadi apa yang ada, seharunya kita bersyukur.

    terima kasih sekali lagi kepada Tyra kerana sudi berkomen.
    salam ceria dan salam hormat. :bye:

    [Reply]

Leave a Reply

Nota: Ini adalah IP-Address anda: 38.107.191.104

CommentLuv Diaktifkan