Rss Feed
Tweeter button
Facebook button
Technorati button
Flickr button

Berkongsi LATITUDE dalam talian, apa pendapat anda?

Mari berfikir cara NEGATIVE. Sesetengah daripada kita suka akan perkara ini. Ye lah, ke mana saja kita bergerak kalau boleh nak bagi tau kat satu dunia. Tapi pernahkah kamu terfikir pasal aspek keselamatan kamu sendiri? Beberapa hari kebelakangan ni saya sering bermain dengan aplikasi di dalam talian terutamanya yang berkaitan dengan LATITUDE dan juga NOTIFICATION. Ianya merangkumi, Facebook, Twitter, Google Buzz, Google Latitude, Locatic dan 4Square.

Dalam keghairahan mendalami kebolehan aplikasi tersedia ini, saya kerap kali berfikir cara NEGATIVE.“Mungkinkah aku sedang diekori?”, “Tak takut ke kalau ada orang berniat jahat?”, “Apa jadi kalau orang mark satu tempat.. dan…bammm!” Owh macam-macam sekali… Meskipun kebolehan aplikasi dalam talian ini kamu boleh khususkan kepada siapa ianya boleh dipertontonkan dan dibaca, tapi setakat manakah kejujuran dari sipembaca pula? Saya bukan berniat untuk melaga-lagakan sesiapa. Jauh sekali meletakkan rasa curiga antara kamu. Tapi saya cuma kesahkan soal keselamatan kita bersama.

Katakanlah… satu ketika nanti kita terlupa untuk memprivasikan sesuatu kemas kini, secara tidak langsung kita pula diekori dari belakang oleh mereka yang kita tidak ketahui asal-usulnya… Kebaaabooomm… tau tau saja kamu sekarang telah beralih LATITUDE dan dalam pada itu kamu kini berada diĀ Naratiwat dan sedang terkurung dalam sebuah bilik yang amat daif keadaannya. What daaa fff???

Jadi inilah cara saya berfikir. Bagi saya… tak salah berfikiran NEGATIVE asalkan tujuan dan matlamatnya adalah untuk kebaikan jangka masa panjang. Seronok eh jadik MAYOR dalam 4Square? Kamu tau ke penjenayah sekarang pon pandai pakai Google Maps? hahaha.. hati-hati ok… Mayor la orang yang paling dicari-cari oleh penjenayah kalau zaman cerita koboi dulu-dulu…

Jika berkaitan dengan aspek keselamatan, ada baiknya kamu mengkaji kembali faktor-faktor untuk jangka masa panjang. Tidakkah kamu terfikir akan perkara ini merupakan agenda utama atau propaganda siber untuk mencuri maklumat lokasi kamu? Secara tidak langsungnya saya boleh katakan ianya merupakan Teknologi Perisikan (Intelligence) yang bakal digunakan pada masa akan datang.

Buat masa ini mungkin kamu cakap ianya adalah kata-kata tidak berguna dari seorang penulis picisan. Tak mengapa, apa yang saya banyangkan adalah, teknologi seperti ini sebenarnya melumpuhkan sedikit sebanyak sistem keselamatan kita. Tanpa kita sedari, kita sebenarnya mendedahkan diri untuk diperhati. Data-data kita telahpun dikumpul oleh “MEREKA” secara automatik. Caranya amat lah mudah:- Kemaskini daripada kamu dan mereka cuma perlu membuat sedikit tesis tentang operasi menjejak dan mencari.

Nota: FIKIRAN yang amat NEGATIVE bukan? Tapi, fikirkanlah kembali akan kebenarannya untuk sepuluh tahun akan datang. Sedar la kawan… ini soal keselamatan. Jangan terlampau transparent.

Nota2: Saya memang suka tengok cerita Science Fiction.




Anda mungkin meminati:

Tags: , , , , , , , , , , ,

Cerita bertajuk: Berkongsi LATITUDE dalam talian, apa pendapat anda?
Ditulis dibawah kategori: Motivasi & Peribadi

42 Responses to “Berkongsi LATITUDE dalam talian, apa pendapat anda?”

  1. Roslan Nazri 17. Feb, 2010 at 8:23 pm #

    yup betui2..huhu..email ko nak bg kat aku pasal pompuan tu pn ko tak bg2..mmg best! :lawak-gile:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    weh email tuh member aku dah delete la. aku mintak maap la. kang kalau dia masuk kijer aku cube korek send item dia kot kot ade lagi. :wek:

    [Reply]

  2. Fazreen 17. Feb, 2010 at 8:43 pm #

    kalau macam ni dah tak boleh main sorok-sorok la..

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    abis macam mane nak main sorok-sorok.. kalau setiap tempat kita menyorok.. kita dok gebang kat orang.. lepas tuh nak salahkan kita ni tadek privacy.. salahkan diri sendiri la :wek:

    [Reply]

  3. azwan 17. Feb, 2010 at 9:37 pm #

    sungguh negativenya pemikiran kamu. tapi bila difikirkan kembali memang ada betulnya. kita terlampau mendedahkan diri kita untuk satu dunia tahu dimana kita berada.

    tapi itulah budaya sekarang. semua ingin dikongsi bersama satu dunia. biar 1 malaysia tahu.

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hehe.. saya memang kekampungan dan kuno cara berfikir. maafkan saya :lawak-gile: nak kongsi tak salah.. tapi ade masa dan ketika. :sengeh:

    [Reply]

  4. amerwafiy 17. Feb, 2010 at 10:23 pm #

    huh..ak da tanda umah ak kat dalam google map.. :takut:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    cepat-cepat la remove.. itu adalah satu perkara yang tidak digalakkan. erk.. hang dah check ke term n condition kat google maps? kalau sebarang yang tidak diingini pihak goolge tidak akan bertanggung jawab meskipon dia berkemampuan. :lawak-gile:

    [Reply]

  5. Luth Textile 17. Feb, 2010 at 11:33 pm #

    :lawak-gile: :lawak-gile: :lawak-gile: penjenayah tau ke guna teknologi? tp kna pk -ve gak.. btoi2

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    huih… hang hengat apa? la ni kita dah masuk era penjenayah swordfish la tak pon italian job.. tau tau dah kene ROB. :sengeh:

    [Reply]

  6. Anarm 18. Feb, 2010 at 12:28 am #

    tetiba rasa blog ni jadi mcm blog secret agent..
    my name is kreuger.. azman kreuger.. :lawak:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    :lawak-gile: kelapa otak hang la anarm.. :lawak-gile:

    [Reply]

  7. Akuro San 18. Feb, 2010 at 12:59 am #

    pernah gak terfikir mcm tu~ itu sebab cuba habis clean’kan gambar2 yang boleh dicari di google image. persediaan dari awal~ tapi tak tahu la klu org masih boleh jumpa gak~ huhu~ :kompius:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    orang nak berniat jahat bermacam macam cara. tak salah rasanya kalau kita berfikir cara ni demi keselamatan kita kan? :wek:

    [Reply]

  8. Jaws 18. Feb, 2010 at 1:46 am #

    man, ada satu soalan.
    camne ko letak RSS feed dari blog main ko ke live blog ko kat side bar tu? ajar aku boleh? hehe..

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    rasanya dah bagi tau kat twitter tadi kan? selamat mencuba ye :wek:

    [Reply]

  9. Piston Pecah 18. Feb, 2010 at 4:19 am #

    lau nak promote sesuatu macam tempat perniagaan memang cara yang terbaik…senang orang nak cari..kalau saje-saje lebih baik tak payah… bukan orang tuh nak cari pon lain ar artis ke…atau saja nak tunjuk berada di sesuatu tempat yang unik atau ekslusif….menunjuk je keje..cis

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    sangat setuju.. tapi tak risau ke nanti kalau bisness kedai kita baru jer nak mula.. security pon tak lengkap lagi insfrastructurnya… lepas tuh gatai mark dalam google map.. kene rompak… kebaaaboomm… hehehe… itu kalau kita pikir negative la.

    xceli tengok la pro dan kontranya kan.. tak semua kita berfikiran sempit dan negative. :sengeh:

    [Reply]

  10. zaryl 18. Feb, 2010 at 10:58 am #

    yup. dlm skop keja aku sbg agen rahsia mmg apa yg hang pikirkn tu ada benarnya.. :lawak: mentang2 dah 3 mlm berturut-turut layan citer james bond kat tv2 :gile:

    seriusly, secara zahirnya org kebanyakkn susah nk nmpak menda2 mcm ni. bg yg celik mata skit mmg nmpak tp bila nk bgtau kat org akn dikatakn gila dan dianggap teori konspirasi je.

    bg yg mmg dlm bidang perisikan, nk ckp susah sbb rahsia negara nk diam rakyat sendiri sedang dikaburi mata… serba salah woo

    bestnye komen panjang berjela2 nih. :lawak-gile:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    xcli tak tengok pon citer bond kat tv2 tuh. bab map ni sebenarnya series shit ada agenda. ploting memplot.. alah bro pon tau pasal bab ploting kan? lagi kalau bro ni bahagian electronic warfare. dah tentu faham apa yang aku nak terangkan. mungkin depa tak tau.. kita sekarang dalam era perang elektronik… ni la sebahagian strategi. kita seronok menggunakan.. last-last perkara ni menjerat diri sendiri. :sengeh:

    P/S: sila lah berkomen pasal electronic warfare kalau bran… hehe

    [Reply]

    zaryl Reply:

    wohoo.. elecktronic warfare aku x mahir. nnt salah fakta buat malu je.. :lawak:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hehehe.. aku pon tak pandai.. kalau sembang merapu boleh la.. si eddie noktahhitam terer la. :sengeh:

    [Reply]

  11. mr.eims @ perfume 18. Feb, 2010 at 11:01 am #

    hm..ntahler.. dh kalo sorok2, cmne nak biz. camner buyer nk percaya.

    nway.. yg penting, keep low. kalau takda tujuan utk anda diekori, takpe ler. huhu.. :|

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    bila bercakap pasal peta dan lokasi.. apa yang kita pikir cuma bidang perniagaan dan penternakan atau sebahagian daripada perkara tersebut. aspek diri sendiri yang memplot lokasi?

    cth: orang tau si A adalah ahli perniagaan, dan selalu 4square kat hotel for business something… tapi sedarkah dia kalau dia diekori? hehe… jahatnye cara berpikir..

    dalam CSI kata: You should think like a criminal if you wanna catch a criminal.

    [Reply]

    mr.eims @ perfume Reply:

    tapi.. aku taknak catch criminal.. :| heheh. ntah r.. well.. bisnes bisnes juga. tapi perlu berhati2 juga lah.

    ayat tu.. maybe patut tuka sikit

    “you should think like a criminal if you want to be a criminal” :twisted:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hahaha… tak mo la jadi criminal.. jadi blogger sudah. tapi jangan la terlajak macam aduka taruna tuh.. itu dah masuk dalam kategori criminal jugak. :hehe:

    [Reply]

    mr.eims @ perfume Reply:

    kalau nk jadi blogger lantang kontroversi macam tu, kene la letak diri tu di LATITUDE yang paling susah org nk trace. huhu..

    kalau btul hebat.usahkan criminal nak trace, govt nak trace pun tak dapat. lantaklah apa org tak puas ati kat talian, “catch me if u can.” :lawak: hahaha

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    pasal tuh ade kawan blogger kita sorang tuh mane pernah nak jumpe atau gath dengan blogger lain.. semua solo jer.. nak dating pon takut.. maklomlah.. .blog hot dowh.. hahaha.. kan dah susahkan diri sendiri..

    dia kata.. – “Janji Masyuk~” iye lah tu.. asalkan kau bahagia la kan? :sengeh:

    [Reply]

  12. mohdisa 18. Feb, 2010 at 3:02 pm #

    tak penah la plak guna suma ni. better duk dalam bilik diam2. :)

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    woowww…. baiknye… mujur la aku tadek calon wanita.. kalau tak dah boleh dah ni. :lawak-gile:

    [Reply]

    mohdisa Reply:

    haha…siut jerk…aku bukan suka bejalan pun…klu kuar pun just jmp mbr2…:P

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    :wek: amboih… series… baguihnye la hang ni. :bagus:

    [Reply]

    mohdisa Reply:

    tahu takpa, buang masa je kalau kuar…buang duit…hehe…baik lepak umah jerk. :P

    [Reply]

  13. Hanafi Abdullah 19. Feb, 2010 at 10:09 pm #

    Hebat juga fikir2 yang bukan mcm nie.Namun pemerhatian Allah SWT lebih detail lagi.Siap dengan catatan 2 orng malaikat. Kalau setakat teknologi mcm tu…tiada bandingan rasanya. :sengeh:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    Diperhatikan oleh-Nya itu sudah satu perkara yang pasti. tadak sapa boleh nafikan. erk.. saya cume citer ala-ala science fiction jer. :sengeh: maafkan saya kalau tersalah cerita.

    [Reply]

  14. nuwa 20. Feb, 2010 at 2:18 pm #

    Memang menakutkan jugak.

    Hari tu aku try google maps kat HP Dopod.
    mmg dalam tu, google tunjuk exactly lacation
    aku.

    Yang peliknya, aku tak on sim card, hanya guna WIFI ofis. je, camne diorang bleh detect ye ? mesti ada skandal ngan telekom (streamyx)

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    yup… same la. macam aku main google map dalam handpone. tah macam mane la depa detect. ini pakai Cell Track tuh. setiap pencawang ade mende ni.

    P/S: aku cube masuk blog saudara.. tapi tadek apa lagi kat situ. bile nak buat blog ni? :sengeh:

    [Reply]

    nuwa Reply:

    Baru pagi tadi daftar hosting dan domain. Memang langkah kanan sebab tengah ada promosi hosting murah.

    Tunggu punya tunggu.. malam jam 8 lebih baru boleh live. So, masih banyak lagi nak belajar bab blogging ni.

    [Reply]

    mr.eims @ perfume Reply:

    selamat datang ke dunia blogging :bye: sebelum memulakan blog, fikir2kanlah mengenai latitude yg sesuai utk anda :wek: (just nak kaitkan dengan topic asal entry) hehe :lol:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hehehe…. mari terokai dunia blog bersama-sama. 8jam tuh kire ok la lagi kan… ade orang masuk 24jam baru dns up untuk domain tu :sengeh:

    [Reply]

  15. ikhwan_x3magic 22. Feb, 2010 at 1:28 pm #

    oh. bila baca entry ni tingah panglima hamas yang kena bunuh kat dubai…. dengar cita dia langgar protokol, guna telefon satelit, booking hotel guna internet.. rupa-rupanya mossad dah teropong awal lagi..dasyat2…. :tention:

    [Reply]

  16. safar 23. Feb, 2010 at 11:06 am #

    Kantiolah macam.orang boleh dimana aku berada.lari………….

    [Reply]

Leave a Reply

Nota: Ini adalah IP-Address anda: 38.107.191.102

CommentLuv Diaktifkan