Rss Feed
Tweeter button
Facebook button
Technorati button
Flickr button

Good News For Cat Lover

Salam ceria semua. Sebenarnya berat rasa hati nak publish kucing kesayangan macam ni. Tapi aku terpaksa jugak berbuat demikian. Memang kalau ikut kira tak sanggup nak bagi kucing-kucing ni kat orang. Sayang giler ah… Keadaan memaksa dimana  My Sweet Lover kadangkala mengalami alahan teruk terhadap kucing. Dia sememangnya juga seorang penggemar kucing. Tapi memandangkan dia sekarang berbadan dua, aku risau jugak boleh membawa kesan sampingan kepada kandungan kelak.

Fakta Mengenai Kucing-Kucing Aku.

1. Dua ekor kucing betina yang tak boleh dipisahkan. Kalau nak… aku terpaksa bagi dua-dua sekali.
2. Makan Wiskas biskut jenis Chicken atau Smart Heart – Chicken + Tuna
3. Pandai berak dan kencing kat tandas sekiranya tahu petua (nanti aku bagi tau kalau berminat)
4. Sangat nakal dan manja. Tapi segala perhiasan rumah tak pernah dia bagi jatuh pecah.
5. Suka tuan dia bawak jenjalan.. masalah aku tadek kereta.
6.  Dimandikan 2 kali seminggu.
7. Tak pandai makan nasi atau ikan mentah atau yang telah dimasak (sangat bandar).
8. Suka menyebok time orang makan. Dinasihatkan supaya kurung dulu.
9. Sebagai kucing normal… dia perlukan pasangan hidup.
10. Sila jangan anaya kucing ini kalau anda sudi membela.

P/S: Macam nak nanges dowh bile buat entri macam ni. Series tak sampai hati… *nanges* Kepada sesapa yang berminat, boleh hubungi aku pada ruangan komen yang disediakan atau di email admin[@]azmanishak.com.  Aku tidak berniat untuk menjual. Sebaliknya aku berniat untuk bagi secara percuma… *series nak nanges*

Nota: Gambar jadi penyek sebab template blog ini dan bukan kucing tu yang penyek. Harap maklum!




Anda mungkin meminati:

Tags: , , , , , , , , , ,

Cerita bertajuk: Good News For Cat Lover
Ditulis dibawah kategori: Iklan & Promosi

31 Responses to “Good News For Cat Lover”

  1. Jaws 10. Feb, 2010 at 1:22 am #

    kalau aku, aku pos hantar balik kg..
    pastu pas isteri bersalin baru amik balik kucing tu..
    aku tak sanggup bg kucing kat orang lain..
    kucing sebahagian dari keluarga kita juga..
    tetiba aku pun nak nangis teringat kucing aku kat umah..
    :nanges: :nanges: :nanges: :nanges: :nanges: :nanges:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    erk.. memang aku cadang macam tuh. tapi kalau nak pos.. pakai fedex ke pakai pos laju? hehehehe :sengeh:

    [Reply]

  2. ery farieha 10. Feb, 2010 at 1:43 am #

    alaaa.
    ciannye..
    mcm nak..tp kang nanges lak kmu
    bg free ke?:P

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hehehe.. dah jumpe sapa yang nak jaga.. hoyeah… tapi rindunye… aku bagi kat adik ipaq aku jer :sengeh:

    [Reply]

  3. menteil 10. Feb, 2010 at 4:47 am #

    huhu… kalau aku amek nie tak tau dia boleh hidup senang ke tak.. tau2 kebuluran jer.. huhu.. tapi memang comel lorh…

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    nko jangan menteil… anaya kucing aku. hehehe

    [Reply]

  4. fahmi ibrahim 10. Feb, 2010 at 5:10 am #

    kucing… kucing… bagus bela kucing nih.. binatang kesayangan nabi.. nak tolong bela pun tak mampu… jauh la nak pegi amik.. lagi pun aku blaja lagi.. kang tak terjaga lak kucing tu.. hohooho…

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    kekeke.. just offer kepada sesapa yang berminat jer. tapi dah ade orang yang dah booking dah. lepas ni mesti aku rindukan kucing aku… owh…

    [Reply]

  5. Akuro San 10. Feb, 2010 at 7:10 am #

    alalalalaaaa~ cian nyer kucing2 nih! ish~ish~ :nanges:
    apa pun, setuju dengan cadangan Jaws. mungkin boleh bawak balik kampung atau minta tolong saudara2 terdekat yang juga minat/pandai bela kucing, minta tolong mereka jagakan buat sementara waktu.

    saya sendiri pun dah ada 5 ekor kucing kat rumah saya nih. nak ambil/tambah lagi kucing, takut bergaduh dengan kucing yang ada + kena marah dengan mak nanti~ huhu~ :sembang:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    5 ekok? haha.. kalau umah teres memang senang nak bela kucing, ni umah flat. susah sikit kalau kucing ngiaw. nanti jiran plak yang bising. mengganggu kenteteraman :wek:

    [Reply]

  6. Piston Pecah 10. Feb, 2010 at 8:54 am #

    kira kucing terbiar tuh sangat bandar la ek…biasa lau datang uma aku kasi makan nasi dengan ikan cam tak sudi jek nak makan…petua nak kasi pandai berak kat tandas macam maner?

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hehee… die memang kebandaran sangat. lepas tuh agressive tapi manje :wek:

    [Reply]

  7. kruel74 10. Feb, 2010 at 12:03 pm #

    Kalau tak kerana aku ada 3 + 4 kucing dah (yg 4 tu bela belakang rumah) dah lama aku ambik.

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    wallawei… nanti nak beli umah teres ah.. bleh bela kucing bebanyak. kucing ni suke lepas. tak boleh nak kurung sangat. dia pon bosan gak kan.

    [Reply]

  8. Anarm 11. Feb, 2010 at 3:21 am #

    aku suke sgt2 dgn kucing.. tp tadek masa nak menjaga.. :cry:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    orang bujang susah weh nak jaga kucing. kalau dah married tak pe la. :sengeh:

    [Reply]

  9. hanc 16. Feb, 2010 at 1:36 pm #

    salam bro.. esh nasib wa hanc jauh dari umah bro, tau pun tak.. law tak hanc dah ambik da kucing tu… sad sad~~ :sad:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hanc bile nak datang makan nasi goreng sotong? :hehe:

    [Reply]

    hanc Reply:

    nnti hanc dtg gak bro.. seblm jadi pindah johor la… :) skrg trlalu byk plan.. tgh buat satu2 ar nie
    hanc entri terkini blog ..Hari ini. 12.12.2009 Bye Bye My ComLuv Profile

    [Reply]

  10. safar 25. Feb, 2010 at 8:42 pm #

    4. Sangat nakal dan manja. Tapi segala perhiasan rumah tak pernah dia bagi jatuh pecah.

    kucing macam ni saya suka.dulu kecil ada bela kucing.masalah ada adik
    kecil.tak tahan alahan.pernah ada kucing beranak 2 kali.pertama tak pasti
    berapa mungkin 6 ekor bukan enam orang.hehehe…..
    kali kedua 4 ekor.

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    sekarang cik adik dah pregnant. aku takut nanti ade side effect pada
    baby nanti. jadi terpaksa bagi kat orang jugak. dah ade pon orang menjaganye.
    tapi series rindu kadang-kadang tuh. dah macam ahli keluarga ma

    [Reply]

  11. kiela 08. Mar, 2010 at 2:36 pm #

    Salam..kiut ar…sy volunteer nak jaga si gebu ngan si comel..pe2 leh contact sy nti…

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    haduih… kucing tuh dah ade pada adik ipaq saya.
    mintak maaf ye.

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    berminat lagi ke? sekarang ni kucing tuh ade kat saya. adik ipaq pon sekarang ni dia bz dengan kerja. suami isteri pon kije. minat lagi ke? :kenyit:

    [Reply]

    kiela Reply:

    yup boleh…bile leh ambil..he3 area mane erk? contact no sy 012-218 5047

    [Reply]

  12. azzurra 08. Mar, 2010 at 5:15 pm #

    kucing ni ade lagi ker?sy bminat nk bela

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    iseymen… adik ipar saya dah datang ambik la.
    mintak maaf ye

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    berminat lagi ke? sekarang ni kucing tuh ade kat saya. adik ipaq pon sekarang ni dia bz dengan kerja. suami isteri pon kije. minat lagi ke? :sengeh:

    [Reply]

  13. roziah 22. Apr, 2010 at 8:59 am #

    kucing saya baru mati sbb sakit tua pd 20 apr lalu.me n my son dlm kesedihan so tgh cari peganti.available lagi ke kucing2 ni sbb dah sebulan fr last post???oh ya saya kat jb.

    [Reply]

  14. man 01. Jun, 2010 at 12:35 am #

    nak pinjam yg betina leh, kira mcm pawah ar…kucing jantan nie tngah cari partner..heheheh, kaler dia putih satu badan, sgt gebu,sgt aktif..juz nak penuhi tuntutan batin kucing tu,kalau nak bg terus pon ok jer..sangup jer..mmg sy ni peminat kucing tahap dewa nyer..nama kita pun sama..mmg nama azman ni suka kat kucing neh…heheheh..peace!

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    salam bro… mintak maaf… kucing ni dah lame dah orang ambik.
    sedih betoi la… memang sayang kat kucing ni. kalau tak kerana
    wife pregnant… memang tak mau nak bagi sesapa. :nanges:

    [Reply]

Leave a Reply

Nota: Ini adalah IP-Address anda: 38.107.191.102

CommentLuv Diaktifkan