Satu lagi Entiti di Anugerah Juara Lagu berjaya dirakamkan.

Salam ceria dan salam bahagia semua. Terlebih dahulu aku nak minta kamu semua cuba lupakan kisah kemarin pasal Boss Sengal – Part 1 yang menyakitkan hati tuh. Dah memang jenis-jenis manusia ni, kalau diikutkan sangat boleh pecah kepala dibuatnya. Berbalik kepada tajuk di atas, seperti yang kamu sedia maklum, baru-baru ni ada blogger yang mengeluarkan kenyataan secara tidak sengaja merakamkan gambar hantu masa Anugerah Juala Lagu. Memang HOT Story la…  Mula-mula bace entri dia, memang seram abes. Mungkin sebab karangan dia kot. Manusia punya perasaan takut ok~ Itu tidak dinafikan dan sememangnya TAKUT itu adalah satu anugerah tuhan.

Tapi untuk menghilangkan rasa takut dan gusar tu… pada kali ini aku nak cuba buka minda kamu semua dengan kecanggihan teknologi yang sedia ada. Apa lagi kalau bukan dengan bantuan Adobe Photoshop. Pada hari ini, mari kita membuat Entiti dengan berlatarbelakangkan Anugerah Juara Lagu tempoh hari.

Sebelum memulakan latihan kita pada hari ini. Ada lebih baiknya kamu muat turun sahaja gambar di atas. Aku memilih gambar tersebut sebab ianya bersuasanakan suram dan suam-suam cenggitu. Daripada gambar ini, kita akan cuba buat satu cerita HOT pasal hantu kat Anugerah Juara Lagu. Untuk mendapatkan skala yang lebih besar, kamu boleh muat turun gambar ini di sini. Credit to:- Amalina’ Fullstop

Langkah seterusnya adalah sudah tentu gambar entiti atau hantu. Jadi bagaimanakah untuk memuatkan gambar tersebut ke dalam latarbelakang kita di atas? Gambar ini aku perolehi daripada Google Image. Gambar di atas dalah gambar kegemaran aku untuk menepis semua entiti yang kononnya berjaya ditangkap oleh rakan-rakan sekerja aku.

Jalankan aplikasi Adobe Photoshop kamu. Untuk projek ini, aku gunakan Adobe Photoshop CS4. Daripada sini, masukkan gambar latar belakang yang kamu telah muat turun sebentar tadi.

Tak perlu pening kepala, untuk memasukkan imej hantu tersebut. Right-Click saja imej hantu tersebut pada Web Browser kamu dan pilih Copy Image. Kemudian, pergi ke Adobe Photoshop dan tekan CTRL+V untuk paste.

Apabila gambar tersebut bertindih dengan latar belakang tadi, sila gunakan Magic Wand Tool untuk melakukan CROP pada imej hantu. Sila abaikan kesan rabik dan koyak rabak akibat CROP. Ini kerana lebih carik pakaian ENTITI tersebut… ianya nampak lagi realistik. Setelah pilihan dibuat, kita akan CROP (pisahkan) latar belakang ENTITI tersebut dengan menekan butang DELETE pada papan kekunci.

Setelah selesai, gunakan pula Rectangular Selection Tool, kemudian buatkan satu kotak segi empat yang memilih imej Entiti tersebut. Daripada sini, Right-Click dan pilih Free Transform. Pilihan ini dibuat supaya kita dapat mengubahsuai saiz ENTITI mengikut latar belakang dan juga saiz manusia atau objek di dalam latar belakang agar ianya nampak logik.

Untuk menjadikan ENTITI tersebut samar-samar dengan latar belakang, Sedikit pengubahsuaian terhadap OPACITY perlu dilakukan. Double click pada layer ENTITI tersebut. Setelah Layer Style dikeluarkan, sila klik pada Blending Option –> General Blending. Pilih Lighter Color dan tetapkan OPACITY kepada 10%.

Ok, dah siap pon tutorial kita pada kali ini. Seterusnya untuk menghangatkan suasana Anugerah Juara Lagu… maka berduyun-duyun la pulak yang buat entri: “Kisah Seram Anugerah Juara Lagu…” atau… “Entiti dijumpai sewaktu perlancaran Anugerah Juara Lagu 2009 hehehe… jangan marah ye~

P/S: Hantu ataupun Syaitan ataupun Jin adalah makhluk halus yang  sangat “berseni”. Ianya bukan satu kerja mudah untuk dizahirkan pada mata kasar lebih-lebih lagi dirakam menggunakan kamera. Sungguhpun begitu kewujudan makhluk tersebut tidak boleh dinafikan sama sekali kerana ianya telahpon tercatat di dalam Al-Quran Nur Qarim.

P/S2: Diharap apa yang disampaikan pada kali ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat secara ilmiah untuk perkongsian bersama. Wassalam~




Anda mungkin meminati:

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Cerita bertajuk: Satu lagi Entiti di Anugerah Juara Lagu berjaya dirakamkan.
Ditulis dibawah kategori: Komputer & Informasi, Tutorial

52 Responses to “Satu lagi Entiti di Anugerah Juara Lagu berjaya dirakamkan.”

  1. ejam 06. Feb, 2010 at 11:53 am #

    lain kali letak ler hantu yg lebih seksi skit, baru ler tak seram sgt…tv3 kan banyak hantu yg cantik2….hehe

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    haha.. nak carik tuh macam tak cukup mase je untuk siapkan tutorial dan buat blog post.

    [Reply]

  2. Piston Pecah 06. Feb, 2010 at 2:23 pm #

    teknologi…mampu untuk melakukan apa yang disangkakan mustahil…kalau betul apalah motifnya kan…taknak bagi orang pergi anugerah yang dibuat TV3 ker???…sabotaj ke ini?

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    tak sure la.. aku rase depa nka havoc kat blog jer. nak kasik rating tinggi dengan back link dan berbagai.. biaser la.. :sembang:

    [Reply]

  3. ariff 06. Feb, 2010 at 2:58 pm #

    haha. hebat2.

    boleh try ni

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    try jangan tak try. bile dah berjaya boleh ah publish kat blog. cakap hang pon bleh tangkap hantu.. hehehe

    [Reply]

  4. zackzukhairi 06. Feb, 2010 at 3:02 pm #

    nice tutorial.
    thanks. :|

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    haha… timer kasih kembali :sengeh:

    [Reply]

  5. ayong_qiela 06. Feb, 2010 at 3:04 pm #

    haha. mule2 igt betul2 la tadi. rupenye prank semata. hehehe.~

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    tajuk mesti hot cik ayong :hehe:

    [Reply]

  6. shuko 06. Feb, 2010 at 3:13 pm #

    haha..turorial rupe nye..ingt kn betul2.. :wek:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    ahaks~ more will coming soon :bangge:

    [Reply]

  7. diden 06. Feb, 2010 at 3:20 pm #

    well done..
    lg best kalo rambut dia lagi pjg :sengeh:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    carik gak yang rambut panjang. tapi terlampau serabut plak. pasal background dia payah nak crop :tention:

    [Reply]

  8. Faiz 06. Feb, 2010 at 3:31 pm #

    hehehhe.. igtkan betul2 tadi.. ruper2nyer photoshop jer..

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    itu la pasal… so lepas ni rase-rase ade lagi ke blogger yang akan mengaku kate depa tertangkap pic hantu? huh… never belived. macam aku cakap… makhluk halus memang ade.. tapi dah halus sangat.. macam mane nak tangkap gambar.. hadoi ai :tention:

    [Reply]

  9. kujie 06. Feb, 2010 at 5:04 pm #

    apasal kalau hantu je mesti pompuan?

    ha! :wtf:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    kalau hantu lelaki ni tak seram ah kak jie.. biasenye hantu lelaki ni sesuai untuk tema mayat hidup atau zombie jer. :sengeh:

    [Reply]

    Incik RestNrilekS Reply:

    Diskriminasi dunia hantu tuu jawabnya Kak Jie. Aha : )

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    bukan ah.. ni publisiti untuk menaikkan blog menggunakan teknik hantu. haha :wek:

    [Reply]

  10. Anarm 06. Feb, 2010 at 5:39 pm #

    tak baik ko mengajar org menggunakan teknologi utk tujuan menipu.. kehkeh.. syabas di atas tutorial sempoi nih.. ade lg kisah2 gmbr antu? tak yah percaye.. dengan photoshop, anda mampu mengubahnya.. :hehe:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hehehe ilmu untuk dikongsi bersama dan bukan untuk menipu konon cakap depa tangkap gambar hantu. nonsense dowh… agak-agak la kalau nak kasik blog depa tuh hot kan..

    [Reply]

  11. dhiyafaris.com 06. Feb, 2010 at 7:59 pm #

    hahahah :lawak-gile:
    tutorial rupanyaa..

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    :sengeh: jangan marah ye… aku just jelak dengan citer gambar hantu kat sesetengah blogger yang buat tuh. :hehe:

    [Reply]

  12. muhammad fakhruddin 07. Feb, 2010 at 7:15 am #

    Ingatkan isu hot AJL yang baru tadi…tutorial rupanya ;-)

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hehehe… lepas ni jangan tertipu lagi dengan citer hantu kat blog-blog sekarang :wek:

    [Reply]

  13. Draraz 07. Feb, 2010 at 10:16 am #

    hebat bro…. congrate… :bagus:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    kekeke.. thanks beb :sengeh:

    [Reply]

  14. Fazreen 07. Feb, 2010 at 2:20 pm #

    Masa mula-mula cerita entiti ni kuar memang dalam kepala aku terfikir photoshop je. Aku tak rasa betul pun.

    tiba-tiba ko pula buat entri macam ni memang lagi la aku tak percaya yang pasal AJL dulu tu..hehehe

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hehehe jangan percaya semua tuh. ini bukan zaman 1970-an. :kenyit:

    [Reply]

  15. hydir 07. Feb, 2010 at 2:42 pm #

    bertambah lagi ilmu photoshop aku
    hohoho

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    untuk perkongsian bersama. so why i like it longer? hehehe :sengeh:

    [Reply]

  16. myadlan 07. Feb, 2010 at 4:15 pm #

    pembetulan..

    sebetulnya al-quran nul-karim

    bukan al-quran nur karim

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    oh iye ke.. thanks berbetulkan. tapi malas dah nak edit. :wek:

    [Reply]

  17. nono 08. Feb, 2010 at 2:27 am #

    sangat scary jugak bila tengok gambar first tu.. tapi tu la, kehebatan ps mmg takleh dinafikan..

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hehehe… rasenye ade lagi tak havoc tak lepas ni pasal hantu mase ade event-event lain? hahaha… tipu betoi depa neh

    [Reply]

  18. deennasour 08. Feb, 2010 at 4:42 am #

    bijak-bijak

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    lame tak dengar berita deen? per khabo? :sengeh:

    [Reply]

  19. Akuro San 08. Feb, 2010 at 8:12 am #

    wah, kita pun boleh buat hantu kat gambar yerk~ huhu~ :sengeh:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    boleh..boleh.. tapi jangan la pasal mende macam ni kita konon jadi hebat sebab nak naikkan rating blog. hehehe.. nonsense la kan. carik la idea lain :lawak-gile:

    [Reply]

  20. Incik RestNrilekS 08. Feb, 2010 at 10:00 pm #

    Aha ingat hantu betul2. Suspen je nak klik.

    Sebab “I can see dead people!” aha LoL!! cakap tang hantu, ada member yang boleh dengar.

    Aku tak leh dengar tapi deria mata tu diangkat sedikit. Aha. : ) Ada kata rahmat, tapi tetap tak suka wooooooo.. Sebab kalau dah nampak, cuak-cuak terkejut den dibuatnya.

    Tapi tu la, masa tgk je, perasan wah chantik betul itu entiti.

    Terima kasih berkongsi tutorial dengan kami semua : )

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hehehe… ini hantu photoshop.
    erk xceli kelebihan untuk tengok benda gharib ni macam ni beb:
    1. Dalam keadaan separa sedar
    2. Ilmu penuh didada
    3. Keadaan terlampau takut.
    4. Dah kena rasuk
    5. 6th sense atau semula jadi (bukan semua orang)
    6. Tidak sioman.

    jadi kita pilih la mane satu kategori kita. hehehe… atau ade yang aku tertinggal? sile la tambah. haha~

    P/S: hantu cantik? haha… lupe nak tarok glarisson blur < – betoi ke ejaan ni. tak pon taruk film filter sket kat hantu tu.. ahaks~

    Note: thanks beb! :sengeh:

    [Reply]

    Incik RestNrilekS Reply:

    Aku punya kategori 5. :takut: :takut: :takut: :nanges: :nanges: Aku kunci kategori aku. :mrgreen: :mrgreen:

    Garisson blur, ntah aku pun tak ingat. Lama dah aku perap photoshop, sebab la ni bila dah ada Arc Photo Studio, aku cuma guna software ni je. Sebab ringan dan aku cuma buat photo editing je, tu yang malas nak buka Photoshop.

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    baru perasan komen ni. waa ade 6th sense… paweh ah.. boleh jadi pawang le cenggini.. hehehe

    Arc Photo ok tak? mane aku boleh carik? mane senang antara ARC dengan PS?

    [Reply]

    Incik RestNrilekS Reply:

    haha, aku pun lupa yang aku ada komen kat sini, nampak makluman kat emel baru aku perasan.

    Pawang? Tak mo tak mo.. tak chantek oooo depa tuu..

    Arc Photo Studio aku dapat percuma masa beli digicamera.

    Kalau nak buat photo manipulation, still PS de best, aku cuma guna APstudio untuk betulkan gambar macam saturate, brigtness, color tone dll.

    Tapi still boleh buat cropping, magic wand, filter, sharpen dan macam PS jugak, Cuma lagi ringan dan kalau sekali tekan, terus terbukak program tu.

    Kalau PS tuu dia running dulu dan scratch disk memang la kena larikan ke drive lain, takot kalau kerja berat keluar aje “insufficient memory..”

    Mungkin boleh dapat percuma kot kat Uncle Google

    check twitter ya aku bagi link, tak pasti trial atau percuma.. atau ada limitation yang percuma.. tinggal link sini kang kata spam..

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    ok thanks for the link. aku dah check. tapi tak sempat nak download malam tadi. lagipon link tuh ade suruh bayar.. hahah.. aku ni suke yang versi lanun jer. nanti aku try google. kalau best.. aku cube buat review kat sini.. thanks for the info! :sengeh:

    [Reply]

  21. syin 10. Feb, 2010 at 12:34 am #

    hahaha…. :lawak-gile: :lawak-gile:
    power la photoshop dia ni…haha..

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    just untuk perkongsian bersama jer.. :wek:

    [Reply]

  22. DaHLia 17. Feb, 2010 at 11:02 pm #

    igtkan betul2 ader tdi :)

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    betul ade la… tapi setelah di-SUPERIMPOSE-ter :sengeh:

    [Reply]

  23. safar 25. Feb, 2010 at 8:29 pm #

    gambar boleh dibuat-buat.

    [Reply]

  24. TMUkmkd 14. Mar, 2010 at 11:37 am #

    har har har.. wa tengok gambar 1st tu wa dah suspel. apahal hantu tu jelas bebena :lawak-gile:
    TMUkmkd entri terkini blog ..Firefox Mengakui, Chrome Terlalu Hebat My ComLuv Profile

    [Reply]

Leave a Reply

Nota: Ini adalah IP-Address anda: 38.107.191.102

CommentLuv Diaktifkan