
Fuh kalau tengok kat Google Map kat bawah ni, macam tak sanggup jer. Tapi, macam tuh lah setiap hari kecuali hari Cik adik aku cuti. Sebelum ni ada juga dia suarakan untuk membeli motor sendiri. Tapi aku memang tak setuju dari. Tambah pulak Lebuhraya Perseketuan dan Jalan Bangsar adalah kawasan yang sangat sebok dengan kenderaan berat. Paling buat sakit hati kalau ada kenderaan yang sengal tak pandai bagi lampu isyarat untuk bertukar lorong. Jadi, MOTOR adalah kenderaan yang tidak digalakkan untuk melalui jalan tersebut terutama bagi pemandu wanita.
Memang pada dasarnya amat penat. Tapi demi keselamatan dan tanggungjawab, aku lebih rela korbankan masa untuk menghantar pergi dan balik. Tak sanggup aku bagi Cik Adik meredah jalan-jalan yang sebok tuh. Lagipun dia tak berapa cekap bawak motor… motor pon ade satu… Kereta? Coming soon.. Secara amnya apabila Cik Adik bertugas pada waktu pagi maka:-
- 06.00am – Bermula dari rumah, Kuala Lumpur.
- 06.30am – Tiba di PPUM, turunkan dia untuk masuk bekerja pukul 07.00am
- 06.35am – Patah balik ke KLCC sebab aku pun nak masuk kerja pukul 07.00am
- 07.05am – Tiba di KLCC. Selalunya terlewat sikit.
- 01.30pm – Dari KLCC menuju ke PPUM. (Cik Adik Balik kerja)
- 02.00pm – Tiba di PPUM. Waktu tengah hari lambat. Jalan jem.
- 02.25pm – Tiba di Rumah dan bergegas ke KLCC (waktu rehat Lunch abis di tengah jalan)
- 02.40pm – Kan dah lambat. Jalan jem ok! Tiba di KLCC
- 05.30pm – Pulang ke rumah.
Itu kalau dia bertugas waktu pagi. Kalau waktu petang pulak? Macam ni:-
- 07.40am – Dari rumah menuju ke KLCC. (aku masuk kerja jam 08.00am)
- 12.50pm – Keluar lunch (punch out) menuju ke rumah. Ambik dia pulak.
- 01.00pm – Tiba di rumah.
- 01.05pm – Dari rumah menuju ke PPUM. Hantar Cik Adik.
- 01.35pm – Tiba di PPUM.
- 01.40pm – Bergegas masuk kerja untuk punch in pada 02.00pm
- 02.05pm – Sekali lagi lambat sebab jalan jem. (abis burn masa rehat)
- 05.30pm – Balik rumah.
- 08.30pm – Dari rumah ke PPUM.
- 08.55pm – Tiba di PPUM.
- 09.00pm – Pulang ke rumah. Selalunya singgah dulu untuk makan malam.
Hambik…. penat kan? Tapi dah tanggung jawab. Kena lah pikul. Demi keselamatan dua nyawa. Tambah aku.. dah jadi tiga nyawa yang beharga. Mungkin lepas bila aku dah konfiden yang Cik Adik dah cekap memandu kereta, aku akan belikan sebiji. Insyaallah…. moga dipermudahkan rezeki kami. Amin~
Nota: Skala masa dan jarak serta laluan mungkin berubah mengukut peredaran masa. Jangan percaya sangat. Itu cuma anggaran jer. Kalau jumlah semua sekali, mungkin perjalanan mencecah hampir 100km sehari. Huhu…
Nota2: Tak pe sayang… kita sabar dulu lah eh… ada rezeki nanti, insyaallah.. kita perbaiki apa yang kurang. I love you… muah!









Teringat aku keja dulu. Hari-hari dari Serdang ke Setapak/Wangsa Maju. Setapak tu nama je setapak. Tapi jauh bertapak2.
[Reply]
Azman Ishak Reply:
February 15th, 2010 at 7:44 pm
salam bro.. setapak dengan serdang? memang la jauh giler… phewww~ memang tak tertapak la kalau merempit macam aku ni. kene pikir 2 3 kali baru boleh ade mood nak pergi kijer woo
[Reply]
pewwwit! I rasa terharu dgn pengorbanan you tau
tak sangka abg Man seorang yg penyayang
insyaAllah rezeki akn melimpah ruah utk family bro.
nasib baik azie keja dkt je dgn umah. jalan pun xde jem.
aku je yg jauh sampai ke dengkil kejanya. sebulan minyak + tol mau abih dekat RM500 huhu nk buat cmna cari rejki
[Reply]
Azman Ishak Reply:
February 15th, 2010 at 7:45 pm
tuuuuu dia… dengkil… ce ce ce… aku check google latitude dok kat kas*** area PJ tuh jer bro.. hehe.
note: same la kita… gaji abis atas jalan jer.. pergi balik minyak, expences kenderaan dan bebagai…
[Reply]
zaryl Reply:
February 15th, 2010 at 8:07 pm
umah aku mmg kat klana jaya. tp keja kat dengkil
sayupppp je klau tgk kat google maps haha
[Reply]
Azman Ishak Reply:
February 18th, 2010 at 7:37 am
macam pernah dengar pasal dengkil. dengkil ni area mane eh? macam pemes jer
[Reply]
zaryl Reply:
February 18th, 2010 at 10:48 am
ala dengkil selangor bro. dekat dengan sepang nun.. hehe
36km sehala lebih kurang pegi balik kelana jaya 72km melalui 2 tol iaitu tol sunway dan tol apa nama ntah kat seri kembangan tu. satu tol bayar RM1.60 sehala jadi pegi balik keja bayar RM6.40 je.
Minyak purata sehari pegi balik keja RM10.00 je. nk naik moto klau kapcai jenuh pi urut plak lpas tu sbb sakit pinggang. nk beli Kawasaki ER6f belum mampu lg hahaha kalau tak mmg jimat abis la tol x kena bayar minyak x smpai RM10.00 sehari kira ok aa..
sori. opis xde org sbb semua cuti. aku ngabiskn masa dgn komen panjang berjela kat blog kwn2 hehe
[Reply]
Aha, salam bro, memang penat tu..
ramai juga ofis mate aku camtu, rawang kl dan patah balik ke rawang.
Untung nya aku sebab lawan arah traffik, pergi keja orang masuk kl aku keluar kl, balik kerja aku masuk kl orang keluar kl.
Selamat bercuti : )
[Reply]
Azman Ishak Reply:
February 15th, 2010 at 7:47 pm
wsalam…
ade mase kat tempat lama dulu lagi la… member tuh duduk kat seremban… then naik tren pergi kijer ke KL… wow… terharu giler nak carik rezeki…
selamat bercuti gak. besok still cuti.. lusa baru kijer.
[Reply]
eh eh! bangga kejap aku pun termasuk dalam senarai pengomen NGETOP..
Okay, selamat bercuti..
[Reply]
Azman Ishak Reply:
February 15th, 2010 at 7:47 pm
komen ngetop? hahaha terima kasih atas sumbangan tak ternilai anda. dan ianya amat dihargai.
[Reply]
inilah dinamakan pengorbanan bro..
pasti si dia akan lebih menyayangi bro!
biar penat asalkan si dia selamat.
[Reply]
Azman Ishak Reply:
February 15th, 2010 at 7:48 pm
balik umah mintak tolong urut la nampaknye..
jauh tuh.. macam naik kuda.. hehehe
[Reply]
kalau naik public transport kat senang…
huhu…
[Reply]
Azman Ishak Reply:
February 15th, 2010 at 7:48 pm
xceli public transport tadek gerak pada pukui 5am. so susah dia kene tukar transportation sebanyak 2kali kalau nak sampai ke tempat kijer dia.
[Reply]
ayah saya sentiasa cekap dijalan raya.mak pula sekarang dah pandai
dan saya pula takut bawa motosikal
merempit.
dan kereta lagi lah takut.
lebih baik abang azman hantar Cik Adik kesayangan tu.daripada beli
motosikal untuk si dia.tak baik membazir.membazir amalan syaitan.
[Reply]