Rss Feed
Tweeter button
Facebook button
Technorati button
Flickr button

Boss, saya ada masalah!

Dah dua tiga minggu saya memerhatikan gerak-geri dia. Ada perkara yang dirungsingkan barangkali. Ahh… tak boleh dibiarkan budak ni. Kalau tidak, perkara sebegini akan menjahanamkan karier dia satu hari nanti. Kalau dia ada masalah kenapa pulak tak mau nak bincang? Ada baiknya saya panggil dia masuk ke pejabat sekejap…. mana tahu kot kot boleh motivasi budak sorang ni. Tengok macam tak semenggah jerrrr…

Boss: Saya tengok kamu sejak kebelakngan ni macam ada masalah jer…
Pekerja: Entah la boss, semenjak dua menjak ni rase macam tadek mood je nak kerja. Macam boss tak tau dengan politik kat pejabat ni kan?
Boss: Sabar la… tak lama lagi kan nak bonus… kamu tak mau bonus ke?
Pekerja: Bonus itu duit boss… sapa yang tak nak duit?
Boss: Lain macam jer bunyiknye… apa sebenarnya yang kamu pikirkan?
Pekerja: Macam ni boss… sebenarnya saya sendiri pon tak tau apa masalah saya…
Boss: Aduhai… ini lah masalah kamu ye…? Kamu kat rumah ade internet?
Pekerja: Uiihh… itu satu kemestiannnn… tapi sejak dua menjak *lagi sekali* ni dah macam bosan la.
Boss: Itu lah kamu… macam ni citer dia… Dari melayan REDTUBE kat internet tu, ada bagusnya kamu ikut cadangan saya. Kamu tau apa itu BLOG? Haaa….kat blog ni macam-macam cerita ada, dari kesah pengalaman peribadi, ilmu buat duit, ilmu agama, berita politik semasa sampailah ke GOSSIP ARTIS pon ade…
Pekerja: Bunyi macam best… apa URL dia? *ambik hati… padahal dah tau lame dah*
Boss: Amboih… tak sabar nampak? Ok.. salin.. salin cepat..

SaifulIslam.Com

Owh… ini adalah untuk santapan rohani. Blog ini  ditulis sepenuhnya oleh Ustaz Hazrizal. Eh takkan kamu tak kenal? ni penulis buku “Aku terima nikahnya la” dengan yang terbaru “Bercinta sampai ke Syurga”. Jangan buat-buat terkejut pulak ye… buku tu kan saya hadiahkan kat kamu sebelum kamu menikah hari tuh? Buat-buat lupa la pulak…

Kujie2.Com

Ini adalah blog kegemaran saya. Blog seorang ibu yang anggun. Cukup  sempoi. Ada je idea untuk dicoretkan sepanjang hari sambil membesarkan anak-anak. Kujie adalah nama samaran beliau. Dia ni bukan sebarang ibu ok. Tapi boleh dikategorikan sebagai Mama Blogger. Kamu tanya apa saja yang kamu tak faham pasal berblog ni. Insyaallah dia akan membantu. Apa yang saya suka, banyak tips kekeluargaan boleh dihayati. Terutama untuk pasangan yang baru mendirikan rumahtannga macam kamu ni. Lupe nak pesan… kalau nak baca tuh, semak la dulu kategori ye. Karang kamu tersebok plak baca kategori yang dilabel “PERIBADI” hehehe…

Kak IdaLARA

Woowww… nama blog memang cukup HOT. Blog ini juga ditulis oleh seorang ibu. Berpelantarkan BLOGGER sebagai enjin blog. Beliau adalah seorang ibu yang amat gigih. Sama seperti Kak Jie. Cume beberapa aspek sahaja berbeza. Banyak nasihat berguna boleh digunapakai. Saya ni…. kalau rasa macam tak berapa nak best.. saya suka cari kata-kata peransang di sini.

Noktahhitam.Com

Kamu suka suka membaca artikel berbahasa Inggeris? Atau suka cerita-cerita berkonsepkan pemikiran open minded, jiwa kacau, jiwa gersang, kronik nak kawin? Haha.. ini lah blog yang dicari. Ada kalanya kita berkata itu salah, tapi macam mana pula kesalahan tersebut ditegakkan. Sesetengah orang berpendapat penulis blog ni SOMBONG. Tapi, bagi saya, kata-katanya ada betul juga. Itu pon kalau kamu paham Bahasa Inggeris la. Blog ini ditulis oleh anak tempatan. Jadi tak perlu la kamu takut untuk menyuarakan pendapat kamu dalam bahasa pasar kat sana.

Menteil.Net

Kalau NoktahHitam minda berelaru versi Orang Puteh… ini pulak real punya Minda Bercelaru dari orang kita untuk versi Bahasa Melayu. Saya memang cukup suka blog-blog yang melahirkan pemikiran yang kreatif. Laju jer jari jemari nak berkomen. Kadang-kadang… sampai komen terpanjang dari artikel pon ade. Terlampau “Passion” (ghairah) bak kate Omputeh. Memang cukup seronok baca blog si Menteil neh.

Megat.Net

Nak kata blog minda bercelaru versi senoir pon tak boleh jugak. Sebenarnya, kalau kamu nak tahu, saya banyak belajar erti keperitan orang lain di sini. Catatan demi catatan beluau sangat tulus dan halus untuk dikupas. Kalau kamu kata kamu ni terlampau banyak masalah, orang lain lagi bermasalah dari kamu. Blog ini juga merupakan sumber inspirasi saya dalam meneruskan perjuangan membina keluarga. Maklumlah… catatan pun dari orang yang berpengalaman. Jadi amat kurang perkara boleh saya pertikaikan tentang pendapat beliau. Kiranya pada saya, blog ni sebagai blog movasi untuk bahan bacaan saya. Cukup best… kamu baca lah kalau tak percaya. Sila baca kesah beliau dari mula ye. Owh.. jangan lupa komen sekali.

Amanz.My

Okeh… ini adalah blog yang pada saya cukup GEEK. Salute habis dengan konten dia. Jangan kamu tak tahu ye. Blog Amanz.My ni adalah blog wajib saya baca bersama blog Kak Jie (Kujie2) masa sarapan pagi-pagi. Pelbagai berita terkini tentang IT kamu boleh perolehi di sini. Tak perlu susah-susah mencari-cari kat Google… lepas tuh nak tranlate kalau tak paham… Jadi kalau saya nak tau perkara baru pasal Dunia IT, bukak jer Amanz.My

SembangKomputer.Com

Kalau tadi, saya katakan… untuk sumber informasi berkaitan dengan IT di blog Amanz.My. Kali ni adalah blog SembangKomputer. Blog ini mempunyai ramai penulis. Tuan empunya blog ini adalah Saudara Khairul. Kecik… comel dan sangat peramah. Kalau kamu kurang arif perkara-perkara yang berkaitan dengan komputer, saya cadangkan kamu singgah ke blog ni. Kalau boleh… terus jer langgan RSS Feed supaya artikel mereka yang terbaru cepat sampai kepada kamu.

KNizam.Com

Blogger ini cukup hebat. Memang kalau nak cakap apa info pon semua ada dalam blog ini. Penulis ini juga merupakan orang yang mengajar saya cara-cara untuk buat live blog. Kamu tau ke LIVE Blog ni ape mende? Live blog ni lebih kurang catatan peribadi la… yang dikemaskini secara terus dari telepon bimbit. Dia tangkap gambar, lepas tuh terus jer siarkan kat blog. Reporter surat khabar pon tak boleh keluarkan artikel dalam tempoh sesingkat macam ni. Tapi blogger boleh ok~

KBSoccerNet.Com

Ahaaaa…. mungkin yang ini kamu carik dari tadi? Minat bola kan? Orang kalau dah minat bola ni… walau dalam Bahasa Inggeris pon dia sanggup baca. Kalau tak paham nak baca… dapat tengok gambar pon jadi lah. Blog ini ditulis oleh En. IR Hydir sebagai penulis utamanya. Penulis lain… saya kurang pasti. Rasanya dia sorang kot yang taip semua artikel kat sini. Kalau dah minat tu… apa pon dia boleh cerita. Saya memang tak tau langsung pasal bola. Jangankan nama pemain… nama pasukan pon saya tak kenal. Tapi kalau ajak turun padang… insyaallah, tadek masalah kot. (mungkin 5 minit je la.. yang lain dah semput)

Boss: Haahhh… macam mane puas hati? Dah hilang segala masalah kamu?
Pekerja: Okeh boss… saya sekarang semakin bersemangat… erkk… hari ni saya nak balik awal?
Boss: Eh??? Pasai apa pulak? Malam Jumaat???
Pekerja: Memang laa… nak bace Yassin… lepas tu nak blog hop. Boss tak baca blog terbaru saya ke? http://live.azmanishak.com dan satu lagi saya baru nak belajar Bahasa Omputehhttp://artwork.azmanishak.com
Boss: Owh… aku bagi nko buat subdomain… nko lebey-lebey la plak… (http://azmanishak.com)

Nota: Alhamdulillah… malam ni kekenyangan perkena SIAKAP STIM. Masak sendiri kat rumah. Meskipun rasanya kureng menarik… tapi lahap jugak ar saya makan. Sangat berselera.. ditemani Cik Adik tersayang kat sebelah yang tak berapa nak sihat gara-gara baby dah besar agaknye.




Anda mungkin meminati:

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Cerita bertajuk: Boss, saya ada masalah!
Ditulis dibawah kategori: Blog & Tutorial, Iklan & Promosi

37 Responses to “Boss, saya ada masalah!”

  1. KNizam 05. Mar, 2010 at 1:52 am #

    hahaha siot je. hehe :)

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    betoi la tuh.. hang macam wartawan la… kekeke best kuasa berblog di tangan anda kan. itu le kelebihan live blog ni

    [Reply]

  2. blowie 05. Mar, 2010 at 1:52 am #

    redtube :lawak-gile:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    lah gelak plak.. itu mesti nak google le tuh. chis.. macam tak pernah tengok. membohong betoi laa :lawak-gile:

    [Reply]

  3. Roslan 05. Mar, 2010 at 1:54 am #

    1st ko tipu bos ko bagi blog2 ni..2nd tipu ah bos ko pdi blog…3rd…ahh jgn kene tipu ahhh…4th tipu3…kah3…

    5th dan seterusnya..sume blog di atas bagus2..dan ade yg aku tak penah baca…majoriti aku dah penah baca:lol:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    bila mase plak aku tipu boss aku. boss aku memang sengal ok. tapi dialog kat atas adalah rekaan. boss aku series sux. mencik.. mencik :tention:

    [Reply]

  4. Kujie 05. Mar, 2010 at 2:13 am #

    kak jie tau dia screenshot blog kak jie sebab ada gambar baby tu..mesti kena paksa rela dgn cik adik dia..hahaha :lawak-gile:

    bangun kul 1am…nengok apa budak2 tu bergossip kat twitter….. tu yg sampai awal pagi ni

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    kak jie… dia kate baby tu kiut macam sinchan.. :sengeh:

    [Reply]

  5. Anarm 05. Mar, 2010 at 2:18 am #

    bleh dikatakan sume blog dlm list tu aku suke masuk.. :sengeh:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    owh hohoho… kadang kadang perkara yang buat aku malas nk pergi ke blog spot ni sebab system komen dengan text depa yang agak striking. terpaksa copy paste dalam notepad entry dia. baru tak sakit mate :lawak-gile:

    [Reply]

    Anarm Reply:

    ok gak ko siap copy paste nk baca.. aku terus tutup.. tambah2 yg background kaler itam.. :shock:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    pstttt… kalau kaler over funky.. aku just scribe kat RSS Feed jer.
    tapi tak mampu la nak komen jawabnye.. hehehe

    [Reply]

  6. zaryl 05. Mar, 2010 at 9:13 am #

    blog round up rupanya.. haha mmg siot je ko bro :lawak:

    blog2 ni mmg fav aku. tp selalunya aku silent reader je sbb aku slalu
    terlewat jengah jadi komen dh beratus2 jadi malas nk komen kalau
    tak penting sgt.

    ps: kalau la bos aku mcm dialog ko tu kn best :kompius:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    aku pon selalu jadik silence reader jer bro. sekarang ni dah tua kot. tak mampu nak berkomen macam dulu-dulu lagi. tapi kalau teransang… konfem jadi komen berjela jugak.. :lawak-gile:

    P/S: jangan le mimpi dapat boss macam tuh kecuali kita kerja kat Google mungkin.. :wek:

    [Reply]

  7. PutraMalaya 05. Mar, 2010 at 9:22 am #

    bos bila nak kawen lagi bos..hahaah :lawak:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    boss dah penuh kouta la :wek:

    [Reply]

  8. JHafiz 05. Mar, 2010 at 10:26 am #

    8 dari blog di atas biasa merupakan tempat kunjungan tetap saya :sengeh:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    8? huhuhu… lagi dua? jeng.. jeng.. jeng… :wek:

    [Reply]

  9. Zala Wajik 05. Mar, 2010 at 1:03 pm #

    Redtube? wakaka punya boss….

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    ape ingat boss tuh baek sangat ke? :lawak-gile:

    [Reply]

  10. Daddy Cool 05. Mar, 2010 at 4:50 pm #

    Hahahaha…promote blog tuh! :lawak:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    daddy nak pinjam kamera… :sengeh:

    [Reply]

  11. hanc 06. Mar, 2010 at 12:32 am #

    Assallammualaikum bro….
    pertma kali tuk bulan nie hanc dapat on9 :cool: . baca entry nie tringat semula blogger2. hanc nak aktf balik ar~~

    *bro kem salam kat akak na… :sengeh:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    wsalam… iuh iuh iuh.. lamenye hang menghilang kan.
    sekarang ni dah aktif kembali ke blom ni?

    P/S: dia jawab wsalam.

    [Reply]

    hanc Reply:

    blm aktif sepenuhnyer la bro.. nie pun tumpang umah makcik kat cheras. doakan hanc dapt beli brokben pas gaji bulan ke empat eh.. heheheheheee.. ;-)

    *sis ape khbar bro. :smile:
    *uiss bile la nak rasa nasi goreng sotong nie?? :cinta:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    insyaallah… moga dapat beli nanti hokey…

    P/S: kalau nak merasa.. datang le rumah time hari ahad. tapi jangan lupa inform dulu hokey.. hehe pastikan datang masa dah gaji. kalau tak aku hidang biskut kering jer. :lawak-gile:

    [Reply]

  12. Incik RestNrilekS 07. Mar, 2010 at 6:09 pm #

    :bagus: :bagus: :bagus:

    ahaha.. syabas. lain dari yang lain. Hampir semua yang disenraikan ada juga aku selalu skodeng cuma satu jer.. kak idalara. tu yang kali pertama aku tahu dari sini.

    Hehehe. sempat lagi promosi diri sendiri ya :mrgreen:

    Salam Hari Ahad :bye: :bye:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hehehe… thanks beb. hari minggu kadang-kadang bosan ah :sengeh:

    [Reply]

  13. menteil 07. Mar, 2010 at 10:12 pm #

    bila ko bagitau baru aku teringat dah lama tak masuk blog saifulislam.. huhu.. teruknya aku…

    thanks.. akan dimasukkan di testimoni..

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    blog ustaz hasrizal tuh mesti nak bace. best bace wooo…
    by the way.. aku harap menteil menulis macam menteil yang dulu.
    sila semak entri sebelumnye ye.. hehe

    [Reply]

  14. TMUkmkd 08. Mar, 2010 at 6:23 am #

    hahaha style seh cara penulisan ni :lawak:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    kalau idea bertimbun boleh la buat karangan merepek neh.
    kalau kekeringan.. tempek gambar jer.. lepas tu tulis la
    skit skit. janji ade update. hehee :lawak-gile:

    [Reply]

  15. chempaka 08. Mar, 2010 at 5:36 pm #

    Waaahhhhhhh lamanya aku tak komen kat blog ko ni… Lama sungguh tak datang ziarah… Rindunya zaman berblog dolu2 kala (padahal tak famous amous pun)…. Eh jap dah lama tapi kenapa aku xdapat banner yang aku request masa zaman blog warirc ko tu eck.. hehehehe… Anyway selamat maju jaya…. Semoga blog ko ni kekal selama2nya… ;-)

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hohohoh… aku mintak ampon le chempaka. series memang
    aku dah kesuntukan masa sekarang ni. tak lame lagi dah nak
    dapat baby le plak. jadi sebok buat preparation. itu le pasal.
    aktiviti buat logo macam terkubur jer. aku mintak maap sekali
    lagi eh? :wek:

    [Reply]

  16. luth textile 09. Mar, 2010 at 1:34 pm #

    lama tak mai blog hang.. haha
    kompilasi blog2 kegemaran eh..
    baguih2.. aku jarang nak blog hop sbb tenet slow. kalau dlu pakai strimik kencang je berbanding celcom berukband ni.

    ermmm.. tipu boss…

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    mane pegi streamx hang? celcom boleh bawak merata.
    kire fair n square la kan. tapi tengok tempat gak.
    kadang-kadang sure macam haram

    [Reply]

  17. dr.aku.la 10. Mar, 2010 at 5:04 pm #

    nicely done! :bagus:
    walaupun merapu tapi cara penyampaian yang sangat efektif.
    syabas inspector sahab! syabbas! :mrgreen:
    dr.aku.la entri terkini blog ..Apa Nak Jadi? My ComLuv Profile

    [Reply]

Leave a Reply

Nota: Ini adalah IP-Address anda: 38.107.191.100

CommentLuv Diaktifkan