
Owh… ini cerite amatlah sengal. Nasib malang menimpa diri. Haha.. apa nak buat. Kesahnya macam ni. Semalam cik Adik ajak keluar pergi dinner kat MekD Setiawangsa. Biasalah kan makin nak dekat dengan gaji, kalau boleh duit balen yang ade nak diperaniskan cepat-cepat. Lagipun dah lama sangat tak keluar dating bersama. Asyik sebok je dengan kerja. Kalau keluar mesti banyak perkara nak dibuat. Berkudakan Belalang Tempur (Lagenda Z 110 yang Khai ajak race dengan LC.. ade ke patut?? hahaha…) kami merempit je la pergi MekD Setiawangsa.
Kedatangan disambut dengan agak mesra oleh pekerja kat sana. Rasa macam pergi The Golden of Horses Palace Hotel plak. *Padahal jejakkan kaki kat pintu masuk pon tak pernah. Tetibe teringat kembali hari sebelum saya melangsungkan pernikahan. Kat MekD ni lah saya bersama Qiilans87, Fiona, Eddie mengadakan barchelor party. Sungguh tak bleh blah. Kenangan semua tuh. Tersengeh jugak sorang-sorang masa duduk kat sini.
MekD di Setiawangsa sememangnya menyediakan rangkaian internet secara percuma. Boleh tahan jugak la laju dia. Tapi sebelum boleh menggunakan internet di sini, pengguna perlu log masuk (authenticate) kepada server pelayan. Kemudian boleh la bermain internet sampai lebam.

Setel jer makan malam yang agak romektik tuh, Cik Adik ajak le pergi ke Maybank. Dekat jer.. tak tauh mane pon. Cume pusing belakang.. berdepan dengan Giant jer. Ok lah.. bukan ade kerja sekolah pun kalau duduk kat rumah. Ikut je la. Maklumla.. orang badan berkanun dah gaji. Jadi dia nak kirimkan duit kepada bondanya di kampung. Lain-lain… erm.. dia kate urusan orang perempuan… hehehe.. tak berani nak campur.
Saya tengok dia jolok kat… jadi saya pon saja lah nak menggatal jolok jugak kad Maybank saya. Padahal dah memang tau gaji saya belum masuk lagi. Kalau masuk pun bukannya pada akaun Maybank. Macam orang yang konfiden, saya cucuk kad saya dalam mulut mesin ATM tuh.. EEHHHhhhh…. cop… ZZZaazzz.. kad dah masuk. Baru perasan kad tuh rupanya berdouble (telekat sama kad Maybank dengan RHB Bank) Owh My GOD…
Gambar dari: cutecida.blogspot.com
Tunggu punya tunggu kad haram tak keluar. Wahh.. kaget terus. Saya cuba talifon Maybank Customer Care, tapi gagal dihubungi. Mula lah rasa macam tak best dah. ERm.. besok jer la telefon kat pejabat. Mintak sekatan pelbagai. Lepas tuh nak tukar Debit Kad untuk Maybank.
Malangnya pada hari ni, saya talifon Maybank Customer Care… dia cakap Maybank Setiawangsa tutup. Wahhhaaa… Besok gaji dowhh.. Kad RHB saya pun dia dah telan sekali gus tuh. Dah la Besok hari Ahad. Cadangnya nak pergi shopping. Kecewanya. Tapi dia kata kad Maybank saya boleh buat terus di cawangan KLCC. Apa lagi, terus jer buat debit kad. Harap-harap lepas ni boleh verrified akaun Paypal.

Gambar dari: Laud.No
Cerita pasal RHB Customer Care pulak… Lepas dah setel masalah Maybank, saya cuba pulak untuk usahakan buat kad baru RBH Bank. BBBAaammm… padan muka, saya dulu buat kad tak pakai buku. Masa daftarkan akaun ni di RHB Tun HS Lee. Jauh la plak. Kalau pergi naik motor, takut hilang. Pekerja di RHB Bank KLCC ni kata tak boleh nak buat kad baru sebab pegawai yang mengesahkan tanda tangan sedang bercuti. “Kalau nak, hari Isnin boleh daa~”
AAhhhhh… *nanges* Nak shopping besok hampa jugak la ceritanya. Sekali lagi saya balik ke pejabat. Kali ni cuba lagi telefon RHB Customer Cares. Tanya dia kot kot-kot ada cawangan RHB yang berdekatan bukak pada hari Sabtu. Tujuan? Memang nak buat kad baru jer la. Malas nak pergi ambik kad yang tersangkut tu pada hari Isnin.. Motif utama masih lagi SHOPPING Hujung Minggu. Kemudian panggilan disambungkan pada RHB Cawangan KL Central *itu je paling dekat*.
Lagi sekali nanges! Dia kata tak boleh jugak buat. Sebab simpanan contoh tanda tangan saya berada di RHB Tun HS Lee. Meskipun cawangan KL Central tuh ada pegawai pengesahan untuk pengesahan. Tapi macam mana dia nak dapatkan pengesahan, sedangkan tempat saya mendaftar akaun (RHB Tun HS LEE) tu tak bukak. Owh… inilah kekecewaan pada hari ni.
P/S: Panjang gile saya membebel kali ni. Lepaskan tension. Tadi boss bagi surat bonus. Tak proud mane la… bonus telah dimanipulasikan oleh Boss terdahulu. Pekerja kuat bodek.. memang puas hati, untuk yang lurus bendul macam saya dan kuat melawan… macam tu je la.. Apa pon.. masih jugak bersyukur sebab dapat jugak. Alhamdulillah.
ades leh masuk dabel lak kad tuh… sian ko… buat maybank card yg ada debit tu kene tambah cas bape eh?
.-= syahirul entri terkini blog ..Entri pertama yang menyedihkan =-.
kesian kad terlekat…boleh pulak masuk ye…ingatkan tak masuk….besar betul lobang slot ATM tu ye….hehe :lawak-gile:
.-= Lover Mr Fathi entri terkini blog ..[DaLaM DiLEmMa] nak cashout Nuffnang,tapi… =-.
chis… aku hengat kalau sumbat
mekdi pon mesin ATM tuh telan kot :lawak-gile:
Lor macam mana ko tak leh perasan ada 2 kad melekat.. Ish… Polik bonar dah ni….. :kompius:
memang series tak perasan. kad tu bertindih baek punye.
tak cacat cela.. nampak macam sekeping. :wek:
Masalah yang jarang2 terjadi.. Sian dia.. takpe bro.. dugaan tu.. Anyway wa ajak lu race dgn 125zr ok.. tak main la LC… hakhak.. LC (Low Class)
Khai,nak race pun pakai la GT128…Adnan Sempit pakai tu…hehe :sengeh:
.-= Lover Mr Fathi entri terkini blog ..[DaLaM DiLEmMa] nak cashout Nuffnang,tapi… =-.
agak-agak la… aku 110 jer pon.. kalau max boleh pergi 120.
memang makan asap je la jawapnye :lawak-gile:
uihcheh.. bukan motor nko motor LC ker? hari tuh tayang?
erm.. din kate motor dia yang hilang tu pon 125 kan?
kesian deennasour.
:kelip: alahai..kesiannya adik akak ni…jenuh gak tu dah usaha mcm2 tp tkde rezeki gak..nsb bek ada cik adik tu…boleh gak dulu2kan apa yg patut..sabar je lah….
itu lah akak. mujur la cik adik bleh dulukan mane patut.
tapi dia claim balik.. hahaha… hadoi ai~ tak pe la.
bukan pergi mane pon. pusing-pusing kat tuh jugak :hehe:
pasni gaji masuk paypal ek? :lawak:
.-= Anarm entri terkini blog ..Edit theme WordPress di localhost =-.
banyak ah nko punye paypall. nanti kene hack akaun paypal aku..
langsung tadek gaji. haha
:wtf: power ahh dapat hack paypal.. berape caj wat debit kad tu der? aku ingat nak buat gak la.. kad maybank aku dah nak barai dah..
.-= Anarm entri terkini blog ..Buang Widgeo.. Elakkan benda tak perlu di blog =-.
buat baru jer. yang kat atas tuh debit kat aku.
hehehe…akaun maybank untuk blog jer.
mudahkan urusan bayaran innity. boleh
la untuk menampung hosting ni.
ermm sabar je la bro,nanti dapat balik la kad tu
.-= wazy entri terkini blog ..Streamyx Oh Streamyx Part 2 =-.
memang dapat.. tapi lebam jugak la kesana kemari. :lawak-gile:
Kak Jie boleh bagi pinjaman berlesen dengan kadar bayaran bunga 25% – ha ha ha
sangat risau kalau beg duti hilang..dlm tu ada kad bank cik abang yg kak jie guna ( gaji dia masuk dalam tu ) huhu………seksa tuan kad tak de utk buat baru..mati kebulurlah kami kalau hilang..huhu
.-= Kujie entri terkini blog ..Earth Hour 2010 : Jangan pasang lilin =-.
Salam Man,
Kalau Kak Jie, bagi pinjaman dengan bunga 25% ni peluang aku tawarkan bunga rendah promosi hari minggu 15% dengan 5 kali bayar
woot woot
Aha buat ajer debit kad maybank, aku pun dah buat verifikasi paypal guna kad debit maybank tu. No problem je.
Orait Selamat Hari Minggu dan Selamat Bershopping
.-= Incik RestNrilekS entri terkini blog ..Blogging is No Longer Fun =-.
wsalam…
ah haa… mahai gile semua nak jadi ceti.
ps: aku verified tak jadi la bro. hadoi ai.
ps2: bro.. lame tak update? per cer?
Ehhh boleh la, aku dah buat verifikasi okay je. Kang aku letak link kat sini jadi spam.. so check link kat twitter yer.. aku hantar kat dm, tutorial camne nak “verify” secara betul.
P/s: ahaks, aku terkena sindrom “Bebas dari bebanan dunia Blogging” terasa umpama burung helang bebas berterbangan.. hahaha.. syiok sungguh

.-= Incik RestNrilekS entri terkini blog ..Blogging is No Longer Fun =-.
owh ye ke? ok ok.. terima kasih. aku periksa. kalau letak kat sini pon aku approved ja kalau komentor tuh orang melayu. tapi jangan link
klik duit ke… konfem aku malas nak layan.. hehehe
note: mane ada cara mudah nak buat duit. buat blog pon
sampai nak pecah kepala untuk update… :hehe:
reply to note : “buat blog pon

sampai nak pecah kepala untuk update…” tuu dia hang perli ka? LOL
.-= Incik RestNrilekS entri terkini blog ..Blogging is No Longer Fun =-.
hahaha… idak le perli. tapi kenyataan.
betoi tak? kadang kala aku pon kehabisan
idea.. itu la keluar entri merepek-repek tu.
tapi nama pon dah blog peribadi. just goreng je la.
jangan citer hal orang lain sudeh~ :lawak:
wahh… kak jie mirip along bukit beruntung.
jadi ceti ni ade permit tak? haha :hehe:
wooo… kalau aku nangis dh ni.. huhu
penat nak berkejar ke sana ke sini waduhhhh
kalau duit ada lagi dlm poket takpe gak la. kalau tak huhuuu
apsal x transfer maybank2u ke akaun cik adek manisss? :kompius:
.-= zaryl entri terkini blog ..404 Error Pages, Make It Useful =-.
maunye tak nanges… malam tuh terus tadek mood nak
pergi jenjalan.
p/s; masalahnye duit dalam akaun RHB. hahaha,, hamik ubat kan
lain kali kena tengok dulu sebelum jolok. kalau konfiden je terus jolok jadi mcmtula lagaknya. adoi..
.-= Luth Textile entri terkini blog ..Sertai Kontes : Releven ke tidak hadiah berbanding syaratnya? =-.
memang selama ni tak pernah silap jolok pon :lawak-gile:
adoh bro..camne bleh terdouble lak masuk kad atm tuh..adoi… :tention:
.-= zikr entri terkini blog ..Cara menjadi presenter yang berkesan! =-.
ade sticky note la dalam wallet.
tak perasan. abis melekat semua
kad aku. chissss :lawak-gile:
yang penting dah settle kan.. huhu
.-= zikr entri terkini blog ..Sambut Program Earth hour di kampung baru. =-.
dulu pernah hilang wallet n handfone..
lagi la kacau dowh.. :tention:
tula kau,..asyik berdating sgt..wakakkaak
.-= PutraMalaya entri terkini blog ..Download Lagu Sean Kingston – Eenie Meenie =-.