
Hambik, kali ni panjang giler tajuk. Tak pernah nak buat tajuk sepanjang macam ni. Kalau KNizam tuh, dah biasa lah.. hehe.. dia kata nak bagi Google Bot pening. Berbalik pada tajuk, mungkin ada yang dah tau dan mungkin ada yang belum. Seperti biasa, catatan saya kepada sesiapa yang masih baru pasal perkara ni. Menyuruh atau memaksa orang berkomen ke blog kita adalah disifatkan sesuatu yang kebudak-budakkan. Perkara sebegini memang saya yakin menimbulkan rasa ketidakselesaan kepada rakan penulis yang lain.
PingBack adalah salah satu teknik yang sopan untuk menjemput rakan-rakan penulis untuk berkomen sepatah dua ke blog anda. Siapalah diri kita ni kan kalau nak dibandingkan dengan Kak Jie mahupun Qiilans87 yang mempunyai beratus-ratus komen pada sekali entri..??? Tapi, sekurang-kuranya juga kaedah sebegini dapat mengelakkan rakan penulis kita berasa janggal dengan tabiaat memaksa mereka berkomen. Disamping itu juga, kaedah ini sebenarnya salah satu cara untuk kita menghargai sumbangan dan artikel mereka.

Caranya amat mudah, taiplah sesuatu artikel yang memberi manfaat kepada pembaca anda. Jika hendak dijadikan tauladan yang baik, ambil link blog kawan-kawan yang baru saja dikemas-kini. Ingat… link entri terbaru taw. Macam contoh ni…. anda amat tertarik pada artikel di Blog Amanz.My ataupun di blog Noktahhitam dan ingin mengucapkan terima kasih atas artikel terbarunya. Tapi malu.. (sapalah kita kan *sekali lagi* ??). Cara ini juga adalah salah satu cara menunjukkan anda seorang yang berhemah dan berterima kasih sebagai rakan penulis.

Ini adalah salah satu kelebihan pada WordPress, (Blogger platform saya dah lupe *series*), setiap entri yang di pingback, akan dipaparkan pada ruangan komen tuan empunya blog. Tapi kadangkala pingback akan ditapis oleh Askimet. Selalunya tuan empunya blog akan meluluskan jugak PingBack tersebut, sebab terharu mungkin 
Nota: Alang-alang dah bukak blog kawan-kawan untuk proses link-back/PingBack, jangan la berat jari plak nak berkomen. Apa salahnya kalau baca entri terbaru dia dulu.. seterusnya berkomen untuk tinggalkan jejak. Barulah buat link-back/PingBack tuh~
Nota 2: Kaedah ini juga dinamakan TAG tapi dengan cara yang lebih berhemah dan sopan.
Nota 3: Saya akan masuk ke fasa teknologi berwayar (Wired) tidak lama lagi. Harap perkara ini menyelesaikan masalah internet saya sepanjang menggunakan kaedah tanpa wayar (wireless) hampir 4 tahun.
time kasih banyak2..entry ni sngat membantu saye yg bru belajar ttang blogger ni..he..he.
hehe..nak cuba jugaklah wat cani..yela, blog i baru wat, mesti susah nk dptkan komen..huhu..mybe guna cara ni akan dpt lah banyak komen kat blog tu..maceh for the info.. :sengeh:
.-= luna entri terkini blog ..Ayat “terindah” selepas berkahwin =-.
bagi yg lambat macam abgreds ni, rasa banyak pulak ‘prosedur’ blogging ni. tak pe la. musti mau belajar juga…
.-= abgreds entri terkini blog ..Kosong itu bukan kosong =-.
kat mana nal letak benda tu bro ? kat ruangan pingback ke…?
.-= ishak entri terkini blog ..TOTURIAL PHOTOSHOP : ADIK KU MR BEAN =-.
copy link orang tu je kan..nanti dia automatik pingback kat blog orang tu?
ke kena tambah /trackback kat link entry?
sebab kekadang aku buat tak muncul kat blog diorang..mungkin diorang tapis kot..hoho :matila:
.-= aizuddin entri terkini blog ..Tulis & Menang ariffshah.com =-.
banyak perkara yang menyebabkan pingback tak muncul.
salah satudarinya adalah permalink. dan ada jugak
disebabkan punction.php dalam template dah menyekat
ping dari keluar dalam template. sila baca arahan template
terlebih dulu sebelum digunakan.
P/S: sorry lambat reply :sengeh:
hehehe.. yg ni punye kenyataan aku setuju benar.. cume name file tu je aku pelik sket sbb fail sebenar funtion.php.. bkn punction.php.. hehehe.. saje je betulkan walaupun org faham.. ade sesetengah blog mmg auto accept.. n ade sesetengah blog jugak.. di setkan auto reject.. tu pasallah pingback ade kalanye jadi.. ade kalanye x menjadi.. jd jgn pelik knp pingback x jd.. mane yg x set auto leh lah owner tgk.. mcm web aku.. mmg di setkan auto reject mane2 anasir (takot spammer).. sbb konsep portal (masih dlm pembikinan n perlu registered).. bkn blog (lebih user friendly)..
.-= nemesis a.k.a HandsomeBoy a.k.a Jejaka^Misteri entri terkini undefined ..Response cached until Tue 27 @ 6:09 GMT (Refreshes in 22.98 Hours) =-.
oooo macam tu ke pingback? sebelum ni tak tau pun apa benda tu. banyak kali pingback punya link tu ditapis akismet. ingatkan spam ke apa..
.-= Amir entri terkini blog ..ABPBH 2009: Siti Nurhaliza Bintang Paling Popular =-.
bukan… ping back ni bagus untuk blog. ade jugak spam pingback.
sila berhati hati. sebelum approved ping, sila semak dulu
web yang ping tuh. kalau web/blog kengkawan.. just approved je la.
P/S: sorry lambat reply :sengeh:
Memang baguslah tips ni mesti aku nak cuba amalkan.
.-= denaihati entri terkini blog ..Google Page Rank Update : Denaihati.com PR4 =-.
hehe.. thanks bro.
tapi kalau live posting via flickR takleh letak tajuk panjang2 la kan. hehe
.-= KNizam entri terkini blog ..Nightmare On Elm Street (2010) – Freddy Kreuger Is Back This Summer ! =-.
eh memang tak bleh pepanjang ke?
tak pernah try la plak bro.. :sengeh:
man satu tutorial yang aku sgt suka n sgt bagus…tapi aku rasa ada sikit cacat sebab tutorial ko macam agak tergantung..buat user baru lagi sengal cam aku ni kurang faham la man..:P
jgn marah arr aku tegur tutorial hang man
.-= Pjan entri terkini blog ..Din Beramboi =-.
owh ye ke bro.. mungkin sebab tertinggal satu gambar cara-cara nak linking kot? pasal tuh nampak macam cacat. ok ok… akan diteliti untuk kemas kini akan datang ye.
P/S: teguran untuk memperbaiki. tak salah menegur bila. :bangge:
segan jugak kadang-kadang nak komen…gua sorang jek guna blogspot kat sini…nanti gua cuba tanyer otai2 blogspot mana taw diorang boleh tolong pasal pingback nih..
.-= Piston Pecah entri terkini blog ..12 Laman Web Rangkaian Sosial Paling Popular =-.
tak kira WP or blogger. semua tuh kategori blogger.
berkomen adalah salah satu cara sosial.
tapi aku cadangkan blogger pakai plugin comment
kalau untuk blogspot. itu lagi cantek,
dan jangan captcha ataupon comments moderate.
hmmm..mmg bagus kaedah ini..tp aku blm berkesempatan utk mempraktikannya…thanks 4D info…
.-= Nadri aka Daddy Aiman entri terkini blog ..Teknik Penipuan 3 Dalam 1 =-.
same same bro. just link jer entri kawan-kawan yang mana
related dengna artkel kita. senang je. :sengeh:
selalu buat, even imej dan berita aku ambil pun aku tulis sumbernya.. :sengeh:
.-= Sham Hardy entri terkini blog ..#EarthHour Di Seremban #Malaysia =-.
yup.. tapi itu dari sources luar.. ni kita ping blog
kengkawan.. mane la tau.. kot kot citer kita
ade related dengan depa, so kita ping la.. pas tu
mungkin dia wonder,.. apakah ping neh? so dia klik
ping link tuh.. jadi nampak lah apa kita citer kat blog tuh.
P/S: macam inviter la jugak teknik nie :sengeh:
erm bagus jugak ping-back nie.. nak cuba la.. tungguewwww.. :sembang:
.-= zikr entri terkini blog ..Sambut Program Earth hour di kampung baru. =-.
cuba beb.. jangan tak cube.
dia macam teknik memancing
dan dapat ikan besarrrr punyeeee~ :sengeh:
tu etika orang2 ‘berumur’ penuh sopan santun..hehehe
encik azman – knp selalu pingback tak muncul kat ruangan komen blog saya?
dah pasang plugin pingback template pun…
kadang2 ada…kadang2 tak de… :kompius:
.-= Kujie entri terkini blog ..Kenapa Dia Curang? =-.
orang berumur…??? wahhh umur? (tua sangat ke?)
hehehe…
pasal ping ni, macam saya bagi tau tu, nanti kita
usahakan balik selepas internet pulih ok. thanks kak :sengeh:
pakcik tu pun saya byk reply la komen org..adeh…aku ni tak rajin update blog cam hang tuh,…idea hang mencurah2..haha..thanx kasi idea…aku pun terpikir nak wat camni..nice info… :bagus:
.-= Roslan entri terkini blog ..Apabila Malang Tidak Berbau =-.
idea mencurah ape kemendenya.. aku amik pendekatan kak jie.
menulis dengan ikhlas meskipun 2 rangkap ayat tapi bermakna.
hehehe.. tak caya? usha la blog kak jie. simple jer. tapi… nahhhh.
P/S: waktu zaman komen beratus dulu lebam jugak nak reply komen.
hahaha… tapi terima kasih kepada yang masih menghargai penulisan aku
yang picisan neh~ :nanges:
pingback kat blog aku kadang2 tak keluar.. pelik btol.. takkan pakcik akismet tapis kot.. :tunggu:
.-= Anarm entri terkini blog ..Buang Widgeo.. Elakkan benda tak perlu di blog =-.
kita senasiblah anarm..meh kita nangis sama2…kot2 encik azman nak tolong… :nanges:
.-= Kujie entri terkini blog ..Kenapa Dia Curang? =-.
malu lah nak nangis.. kih3.. man.. tolong kitorang.. huk3.. kot2 ade plugin ke ape2 ke yg bleh munculkan pingback tu.. :nanges:
.-= Anarm entri terkini blog ..Buang Widgeo.. Elakkan benda tak perlu di blog =-.
plugin tu tak perlu kot.
sebab dia just alter php jer.
macam aku cakap kt kak jie ade beberapa faktor.
nanti bila tenet dah ok, aku cita pasal mende alah ni.
aku pon tak ekspert sangat. kite tengok lah mane patut :sengeh:
kak jie.. saya dah semak pasal ni.
ade beberapa faktor. nanti saya cuba tulis ye.
P/S: saya pon menghadapi nasib yang sama :tention:
anarm aku sedang mengkaji masalah ni. aku pon
hadapi masalah yang sama. baru perasan dowh.
owh.. selaluye aku guna main page jek.. silap la ni
.-= TMUkmkd entri terkini blog ..Laporan Suku Tahun Ketiga 2009 MyCERT =-.
yup.. kalau main page dia akan keluar kat dashboard jer.
itupon kalau orang yang kita ping main blog tuh aktifkan
mende alah linkback kat dashboard dia. :sengeh:
Banyak etika nak menjemput ye…. :takut:
.-= Daddy Cool entri terkini blog ..BOSAN DENGAN HDR…DADDY TRY YANG INI PULAK.. =-.
biaser le.. hidup mesti ade peraturan.
hehehe kalau tak abis la semua devider kene sodok :lawak-gile:
boleh ke buat kat blogger ?
tak sure. rasanya boleh kot. just linking jer entri kawan tuh.
nanti ping akan muncul. tapi blogspot saya tak berapa
nak pasti sangat sebab dah lama tinggal dan tak aktif :wek:
tak paham sgt la…
camane ea..
.-= nf entri terkini blog ..Malaysian actor is now a WANTED criminal =-.
owh senang je. cube tengok yang saya terangkan kat admin kat atas tuh. :sengeh:
aku tak paham la cemana nak buat pingback nih? cemana nak buatnyer?
.-= admin entri terkini blog ..Akademi Fantasia 8 (AF8): Lagu Tugasan Minggu Ketiga =-.
nko amik link tajuk entri kawan tuh, lepas tu tarok la kat blog.
nanti ade pingback muncul kat blog kawan tu… kalau dia berminat
nak tau kenapa hang ping, nanti dia mai la usha link blog yang
yang ada dalam ping kat blog dia tuh. alah macam main tag la jugak
tapi dengan cara yang lebih terhormat. :sengeh:
potong potong potong!
.-= blowie entri terkini blog ..Ada apa dengan suara perempuan? =-.
memang nak potong pon. hang pakai per weh? :wek:
ohm betul la. lbih kurang mcm tag. kiranya nanti tuan punya artikel akan datang komen balik kat blog kite eh? thanks bro for the nice tips.
.-= JHafiz entri terkini blog ..Lomography. Apa itu lomo? =-.
akan datang tu tak kenfem la. tapi insyaallah dia akan terbaca
ping ni. kalau dia berminat dengan artikel kita, mesti dia
nak tau pasal apa kita link dengan blog dia. :sengeh: