Salah masuk lubang…

Live Posting
30/03/2010 | Tiada komen »

Salah masuk lubang? Saya pon heran. Selama ni tak pernah salah pon. Biasanya masuk lubang bawah tadak pulak tersangkut sangkut. Macam orang ekspert.. main masuk jer… Tiba pagi tadi, rasa pelik la pulak. Apasal lain macam jer ni. Eh eh eh… mengalahkan orang baru le pulak… Hamboihhh~ Nak kata pakar tuh, tadek la sangat kan. Errrkk… kalau Mr. Kay atau Ejam Othman tu mungkin lah kot… hahaha.. Mungkin sebab masa bagun pon kepala agak mamai-mamai. Lepas mandi pon rasa macam sikit blur-blur. Lepas cuba tenangkan fikiran kejap, baru lah berjaya… fuh panik la sekejap… Ceritanye macam ni…

Pagi tadi saya nak masuk kunci motor la~ (pikir bukan-bukan betoi.) Sila fokus pada mekanisma membuka kunci motor agar anda tidak terpesong ye. Bahagian (A) yang bewarna merah adalah lapisan besi yang menutup lubang kunci. Lubang ini perlu dibuka di (B) menggunakan kekunci khas (C) yang yang terdapat pada belakang kunci utama (kunci motor). Pagi tadi saya nak bukak safty lock (B), tapi saya masuk kat lubang (A). Patut lah sampai senak tak boleh masuk jugak. Nak kata kalut sangat pon tak jugak. Sebab hari ni memang dah bangun awal pagi. Jadi, dah sememangnya banyak masa nak panaskan enjin motor.

Sampai Cik Adik pon tanye… apa dok buat kat motor dari tadi tak start-start.. haha.. macam mane nak start, kalau kunci pon tak masukkan lagi. Hadoi ai. Semenjak dua menjak ni, rasa macam kuat pulak berangan-angan la. Mujur tadi tak terlambat hantar Cik Adik pergi kerja. Cuaca agak sejuk jugak pagi tadi. Jalan pon nampak licin semacam. Jadi tadak la memecut. Risau jugak kalau-kalau terhentak masuk lubang. Boleh membayakan kandungan tu.

Perkara yang saya cukup tak suka masa berulang-alik bawak Cik Adik pergi kerja adalah jalan yang berlopak. Dari KL Central ke Bangsar, berapa banyak dah lopak. Tak usah kata motor, kalau kereta tengah laju pon boleh terbabas. Sementara nak tunggu construction kat Jalan KL Central – Bangsar tuh siap, lebam jugak la. Memang kene bawak berhati-hati kalau lalu kawasan situ.

Nota 1: MERAH tanda berhenti. Kalau tadek tu, boleh jalan la… :lawak-gile:

Nota 2: Rasanya mane ade jalan kat Kuala Lumpur ni yang tak berlopak. Berani kerat kuku la kalau nak chellange. Ini yang menggusarkan saya selama berulang-alik tiap hari untuk hantar Cik Adik pergi dan balik dari kerja. Bahaya betul. Kita elak lopak… kereta dari belakang pulak yang datang himpit.

Nota 3:  Semalam pergi carik barang baby serba sikit. Nak beli banyak-banyak sangat, saya pon tak tau apa yang patut pergi beli dulu. Mintak akak jer belikan. Nanti claim balik ah. Hehehe~

Tentang Penulis: Azman Ishak

0 Maklumbalas kepada: Salah masuk lubang…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge