
Alhamdulillah, segala penantian dah pon terjawab. Memang dari sejak zaman berhijrah kat Kuala Lumpur ni bercadang nak pakai internet talian tetap. Masalahnya adalah satu jer… rumah sewa dah kene blacklist oleh telekom. Sebelum mula merepek lebih panjang, kat sini nak ucapkan terima kasih kat sorang sahabat yang banyak bagi tunjuk ajar dari dulu sampai sekarang. Beliau adalah @Mx510 abang kepada @Qiilans87.

Kiranya ni entri penghargaan untuk beliau la. Beliau adalah seorang guru, tokey Torrents Fluxs, Tokey Wireless Solution... dan macam macam lagi. Untuk saya, dia adalah seorang yang paling geeks dan mengikut peredaraan zaman. Tanya jer apa pon pasal komputer, insyaallah dia boleh bantu.

Perkenalan saya dan beliau bermula dari zaman mIRC tahun 1999. Masa tu dia adalah seorang IRCop (IRC Operator atau admin kepada Webchat.Org Server) dan saya pulak adalah seorang Revenge Coder dan Flooder.. hahaha.. Bila terkenang kan kesah tu, tetiba rasa macam Police Sentri plak. Masalahnya kalau kene KLine (network BAN), saya mesti mintak tolong dengan beliau untuk unban balik network. Masa tu pakai internet kat Cyber Cafe je. Kalau sorang kene Kline.. habis la satu Cyber Cafe tak boleh nak chat.. hehehe… lepas tu buat macam tak bersalah jer la.. sampai si Aman ni unban semula network saya dari KLine kat Webchat.Org.

Owh lupe nak habaq, @MX510 atau zaman IRC dulu dikenali sebagai AnakinSkywalker atau Aman adalah seorang yang sangat membantu dalam network.Ketika itu saya pula menggunakan nickname KREUGER. Semua command IRC Coding kira dalam kepala otak dia jer. Teringat lagi masa tu, admnistrator atau IRCop paling tak disukai oleh Kaki War Revenge dan Kaki Flooder adalah Miku dan jugak Acacia. Acacia disifatkan oleh kami (kaki War Revenge) sebagai kaki bodek Network. Well… ofkos kami memang tau dia pawer masa tu. Itu pon sebab dia IRCop. Kalau tak, dia pon sama level jer dengan Chatters biasa.
Zaman IRC adalah dimana pada zaman tersebut zaman sembang berasaskan text semata-mata. Pilih jer server mana yang nak masuk. Kemudian pilih la Channel. Waktu tu Channel #Kampung dan Chanel #Mamak adalah chanel (room chat) yang paling popular. Saban hari ada ja pengguna IRC baru yang bertandang untuk bersembang kosong dan berkenalan.
Dalam pada tu terdapat beberapa kumpulan yang agak Fanatic dengan mIRC Scripting. mIRC Scripting berupaya membuat sebarang malapetaka kepada pengguna mIRC yang lain. ERm… masa tu saya tak terkecuali dalam kumpulan ini. Kemampuan dan kecanggihan script mIRC ini memang saya akui mampu menguasai pengguna yang lain dimana dianya lengkap dengan semua command backdoor yang boleh disalurkan kepada pengguna secara terus. Dalam tak sedar, anda sebenarnya boleh dikawal oleh pakar mIRC Script.

Dari mIRC Script untuk buat asciitext yang berbunga-bunga untuk mat jiwang.. sampailah ke script yang boleh melambatkan proses server semua saya dah belajar. Perkara atau proses melambatkan ini dinamakan LAG. Zaman dial-up (termasuk sekarang pun kadang-kadang…), setiap pengguna ada LAG dia sendiri. Sekiranya pengguna mIRC di FLOOD (Text Banjir), maka jangka masa LAG akan bertambah. Ini boleh menyebabkan mereka XSFlood (Excess Flood) dan dan seterusnya capaian mereka ke server akan diputuskan secara automatik sama ada oleh IRCop ataupon script khas yang dipasang pada server.
Perkara kekerapan XS Flooding sebeginilah yang kurang disenangi oleh IRCop. Sekiranya IRCop gagal atau lambat bertindak untuk memutuskan pengguna yang LAGGING (kaedah KLINE), maka operasi server tersebut juga akan menjadi LAG. Dalam masa yang sama perkara ini akan mengganggu Chatters yang lain. Semua text akan menjadi tersangkut-sangkut, screen pengguna lain menjadi seolah-olah HANG… dan komputer mereka yang terlibat akan gagal melakukan operasi lain… melainkan Flooding itu dihentikan secara serta-merta.

Berbeza dengan War Revenge. Ianya bermula apabila 2 orang chanel OPERATOR (mempunyai tanda @ pada nickname-nya) mula tendang menendang (kick-revenge) antara satu sama lain. Ianya hanya melibatkan Chanel Operator je. Sebab normal chatters tak da abiliti untuk berbuat demikian. Apabila dua operator chanel atau lebih ini berlawan antara satu sama lain, selalunya mereka akan menggunakan Script khas yang dinamakan War Script. Script ini sebagai perlindungan mereka apabila ditendang oleh operator yang lain. seterusnya join semula chanel yang ditendang tadi, dan carik balik nickname yang tendang… seterusnya REVENGE iatu tengang semula operator tadi sebagai pembalasan (REVENGE). Ahahaha… begitulah pegaduhan atau perang Coding tercetus.

Sama seperti Flooding… mass-join and kick adalah perkara yang menyebabkan LAGGING kepada server. Jadi dengan itu, Orang yang selalu kene kick masa War Revenge… akan kerap kali terputus dari talian (XS Flood). Script beliau akan automatik menyambungkan semula kedalam network. Kejadian putus dan sambung ini dikenali pula sebagai Abusing Network. Signal Notice dari server akan dihantar kepada IRCop tentang perkara ini, Itu terpulang kepada IRCop sama ada untuk BAN terus Kaki war ini dari server atau tidak. Selalunya memang kene BAN lebih kurang 2minit.
BAN Mask adalah level dimana address anda akan dihalang masuk dari server. Setiap pengguna mIRC akan beri dengan unique user address mask. dan setiap address mask terdapat level address sehingga empat yang sering digunakan. Sebagai contohnya saya dan Qiilans dalam network yang sama (LAN) join Webchat.org. Kami akan diberi address mask seperti:-
Qiilans87 – Qiilans!RoslanNazri@=server.name.orhost
Kreuger - Kreuger!AzmanIshak@=server.name.orhostLevel ban 1 - *!*RoslanNazri@=server.name.orhost
Level ban 2 - *!*@=server.name.orhost
Level ban 3 - *!*RoslanNazri@=*.name.orhost
Level ban 4 - *!*@*.name.orhost
Sekiranya ban mask satu (1) digunakan pada saya, maka ban mask akan menjadi *!*AzmanIshak@=server.name.orhost. Kalau macam ni… saya sorang je yang kene ban dari network.. orang lain dalam rangkaian (LAN) yang sama masih selamat. Tapi kebiasannya ban mask yang digunakan adalah 2 dimana ban mask telah menjadi *!*@=server.name.orhost. Terus la gelap masa depan kalau sapa-sapa yang sama Cyber Cafe dengan saya dan Qiilans pada masa tu.. haha..
Fuh… kalau nak ikut kira, panjang lagi citer ni.. tengok la besok-lusa kalau rajin, saya sambung lagi. Saya bercadang untuk buat blog subdomain baru iaitu:- http://azmanishak.com/IRCoding. Insyallah.. Dalam blog ni, saya akan bercerita dan berkongsi pengalaman code-code IRC yang banyak berguna dari buruk dan baiknya. Malsalah sekarang ni… yang sayangnya orang kita tinggalkan mIRC coding sebab dah tak sealiran teknologi sembang seperti twitter dan facebook mahupun Yahoo Messanger. Kepada yang berminat, sila tinggalkan komen di sini supaya saya boleh tau berapa ramai nak ikut kelas online saya nanti.
Nota: Rules and Regulation when coding with me:-
- No antivirus while coding. Sebabnya semua antivirus menyifatkan mIRC sebagai harmfull misc code. Itu dia cakap… Sekarang siapa yang nak buat? Kita kan? Jadi kita lah punya kuasa untuk mengawal sama ada ia akan jadi harmfull atau tidak.
- Boleh makan dan minum + smoke. (sakit tanggung sendiri)
- Boleh tanya soalan memacam. Kita akan cipta aplikasi mengikut sapa yang request. Tapi jangan la mintak buat aplikasi photosop bebagai yang pelik-pelik plak.. mati la nak coding. Mau muntah nanti~
- Aplikasi yang kita fokuskan adalah kepada kombinasi database dari hasil mIRC Projek dan seterusnya muatnaik secara automatik dari database mIRC ke LOCAL Wordpress Server. Seterusnya dijadikan seperti widget. Kepada pakar WordPress amat digalakkan untuk menyertai kommuniti ini bagi membantu saya yang lemah dalam WordPress.
- Terima kasih 1Malaysia.
Nota 2: Bajed nak pasang 4Mb, masalahnye kawasan rumah saya tak support. Jadi mampu 1Mb jer. Ok la dari tadek langsung. Dah gersang giler dengan Broadband.
irc masih popular.
.-= Q entri terkini blog ..episod 60 – oh! sampoerna =-.
lama tak layan mIRC. dulu bantai buat flood kat channel #webnet dan #dalnet. Boring-boring, buat bot kuiz.
.-= RozaniGhani entri terkini blog ..Selamat Tinggal Swift Themes =-.
nak kasi tak ader xs flood masa main kick revenge tak ader ker coding dia
Erm.. teringat mase dulu2.. kekekekeke.. open jer.. aku mmg kenal sgt dgn nick krueger ni.. eheks..
argk.. kenai? kantoi la ni.. hahaha~
Ahaks macam tuu rupanya. Dulu tau guna jer.. patut laa ada KLine , kena ban semua.
Hehehe.. Baru aku tau.
Ahaks, jadik lepas ni nak mintak coding “Supaya blog lebih cepat naik page rank buleh?”
.-= Incik RestNrilekS entri terkini blog ..No Rafiqin, No Kesatria Poyos, No Piala FA 2010 : Just Another Rojak : ) =-.
Kline tu pasal line dah kene Kill IP pengguna.
sorang kene kline. habis ar satu CC. :lawak-gile:
Hehehe.. memang aku dulu selalu gak perang2 ngan SOP ngan AOP dulu.. best gila…
M|ku mmg suka ban.. tapi yang aku buat bila kene ban aku reset balik dial up tu.. ade jugak masuk2 scripting mirc gak dulu.. tapi dah xingat dah.. lame gile kot.. ingat dulu script ren2kill power jugak dulu.. ade banyak script jugak laa… hehehe.. ku2bio banyak lagi la… dah xingat…
.-= Fakhri entri terkini blog ..#32-Beware of Feedjit and MyBlogLog widget =-.
keh keh keh… aku buat script sendiri beb..
dari mIRC kosong… aku taip sendiri je.
best buat script sendiri. :sengeh:
warrghh bro dah mula melebarkan sayapnya…hiarrhh… :bye:
.-= zikr entri terkini blog ..Petua awet muda bagi lelaki =-.
inilah bila geeks menerangkan technical technique.. hehe
.-= syahirul entri terkini blog ..Cara mencipta Windows 7 [AIO] DVD =-.
hayoo.. aku ni tak pandai bab teknikel lebeh lebeh beb.
ni pon sebab dah memang aku paham sangat.
kalau tak, kompom aku tak citer punye.. kang tersalah fakta :lawak-gile:
Power2. Kat ofis aku ada gak budak yang main mirc ni lagi. Main flood.
.-= Dr House entri terkini blog ..Selepas perkenalkan iPhone, Digi perkenalkan Smart Plan =-.
waa… gile lemau la bandwidth kat
opis kalau dok main flood weh..
huhuh memang mencetuskan nostalgia la….teringat time kn kick dari channel…
pastu guna mirc pun masa tu untuk dowload movie dan lagu pirate, hahahaha
memang berminat ni nak menjoin
p/s: syok betul baca artikel ni
kene kick je mesti bengang kan.
kalau ade OPs.. sure la orang yang kick
tu kene tendang semula.. haha
P/S: thanks~
itu la pasal, pastu punya la susah nak masuk balik…
.-= mijie entri terkini blog ..Jadikan Hosting berbayar anda percuma =-.
haram 1 ape pon aku tak paham.. :tention:
.-= Anarm entri terkini blog ..Doktor cakap sakit gigi bahaya =-.
nanti aku buatkan kelas online ye.
nak ikut tak? :sengeh:
bila sebut je psl MIRC, otak ni dah disetkan yg benda tu memang memeningkan kepala dgn coding2nya..hukhuk menatang apa pun aku tak tahu la
.-= x-po entri terkini blog ..SUNGGUH MERINDUI SAAT-SAAT DAHULU =-.
wallawei… mende tuh best dowh.. lagi best dari
segala mende yang ada dalam dunia blogsphere
ni kalau hang pandai. :kenyit:
huh tu bukan zaman aku tu. masa tu aku tak guna net sangat
.-= TMUkmkd entri terkini blog ..Contengan: Kreativiti Dan Seni =-.
hahaha… tahun 1999 is heavy with mIRC
hehe betul memang heavy with dat. semua dalam CC mesti on mirc pelik aku
hahahahaha, aku reti chat je kat MIRC
.-= blowie entri terkini blog ..Budak mati didera bayi mati dibuang =-.
banyak mende boleh buat dengan mirc neh.
wahh penerangan yang sungguh complete,ehehe selalu lepak kat webchat eh bro :kenyit:
.-= wazy entri terkini blog ..Slot Akasia Adamaya di TV3 =-.
selalu. tapi sekarang ni dah lame dah tak lepak.
semoga enjoy bersama streamyx…
dah pasang pon. hoyeahh.. :sengeh:
Pergh.. gempak gak ko man… aku dulu men gak mirc….
just edit script orang jerk… tak retila nak create sendirik… :cinta:
aku lebih suke buat script sendiri dari RIP
script orang. sebab buat script adalah
satu hobi dari dulu sampai la sekarang ni. :sengeh:
sila masuk /server zildjan.mine.nu 7000 #Flood untuk kaki Flooder
dan sila masuk /server birc.mine.nu 6667 6668 untuk kaki revenge don’t set mode.. just kick only.. peace..
Siut tu tul Man…baru daddy tahu kalau tetiba satu CC tak leh nak chat…korang punya kerja la yer!
.-= Daddy Cool entri terkini blog ..BILA MURID KU TERLEBIH PANDAI… =-.
hehehehe… itu zaman jadiliah bak kata kak jie :lawak-gile:
baca penuh dari atas
tak melompat2 satu baris pun :sengeh:
zaman2 jahiliah kak jie juga tu..heheh
.-= Kujie entri terkini blog ..Durian Runtuh Orang Asli Hulu Selangor =-.
hahaha… kak jie pon chatters gak dulu eh?
konfem ramai peminat tegar neh :hehe:
fuhh aku kalu bab technical ni mmg khusyuk je baca…hahaha
hahaa… macam berminat je nampak?
kini abg man tidak gersang lagi setelah streamyx yg diimpikan telah tiba…
jgn terlampau tergoda dgn pujuk rayunya yg berlebihan sudah…hehe
.-= ejam entri terkini blog ..Akhirnya kami bertemu semula setelah terpisah sekian lama =-.
kekadang dia ok. kekadang dia kelongkang jugak. macam si Knizam cakap ah pasal steamyx neh. tak bleh diberi kepercayaan sesangat. :sengeh: