Blog TIPS: Cara untuk munculkan Pingback di ruangan komen blog anda.

Uncategorized
01/04/2010 | Tiada komen »

Salam ceria dan salam bahagia semua. Mula-mula sekali nak ucapkan terima kasih kepada Saudara Anarm dan Kak Jie yang bertanya soalan ni dalam entri semalam. Seperti yang anda tahu, ada sesetengah dari template yang kita guna di WordPress menyebabkan Pingback hilang tanpa dapat diketahui punca kejadiannya.. (hehe). Perkara ini kadangkalanya menyulitkan penulis blog terutamanya untuk mengesan sebarang PING yang masuk.

Template dah cantik… tapi PINGBACK pulak tak muncul… macam kecewa jer kan?

Jadi sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, apa kata kita lakukan sedikit pengubahsuaian pada template kegemaran anda. Seperti biasa, log-masuk (login) ke dashboard WordPress anda kan kemudian pergi ke Menu Appreance –> Editor. Halaman yang dipaparkan sebagai permulaan (default) adalah Editor untuk Style.css.

Daripada sini, anda perlu klik ke Comments.php. Kita akan lakukan penambahan kod PHP dalam dokumen ini. Setelah anda berada pada Editor Comments.php, carik perkataan:-

<ol class="commentlist">
<?php wp_list_comments(); ?>
</ol>

Seterusnya masukkan kod dibawah ini di atas kod Commentlist itu tadi.

<h3 id="pingbacks">Pingbacks</h3>
<ol class="pingbacklist">
<?php wp_list_comments('type=pingback'); ?>
</ol>

Secara keseluruhannya, kod anda akan menjadi seperti contoh dibawah ini:-

<h3 id="pingbacks">Pingbacks</h3>
<ol class="pingbacklist">
<?php wp_list_comments('type=pingback'); ?>
</ol>

<ol class="commentlist">
<?php wp_list_comments(); ?>
</ol>

Ok.. dah selesai. Jangan lupa kemas-kini template anda dengan menekan butang [UPDATE]. Seterusnya cuba kaedah pingback yang saya kongsikan semalam. Anda akan dapati dalam ruangan komen ada terdapat Pingback. Selamat mencuba.

Nota: Lapaqnye… malam ni nak dinner kat luar la. Cik Adik kata baby nak makan Siakap STIM. Wallaaweii… pengsan la daddy dia kalau hari-hari macam ni.. heheheĀ :hehe:

Nota 2: Saya dah berpatah arang, berkerat rotan dengan ISP saya sekarang. Nak muat-naik gambar kedalam tutorial ni pon makan masa sampai satu jam lebih. Dah tiba masa untuk saya bertukar kepada yang lebih dipercayai. Terima kasih atas sokongan anda semua.




Related posts

Tentang Penulis: Azman Ishak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

0 Maklumbalas kepada: Blog TIPS: Cara untuk munculkan Pingback di ruangan komen blog anda.