
Imej dari:- Lifehacker.Com
Salam ceria dan salam mesra semua. Dah berapa hari dah blog ni tak dapat nak kemas-kini. Buat masa ni cuma dapat aktif ditalian dengan bantuan Nokia N95 je sebagai modem. Dah sampai kong sebiji bateri gara-gara “online” sambil charge. Mujur dah memang standby bateri baru. Menunggu streamyx nak masuk line… seperti yang dikhabarkan, dalam hari Isnin minggu depan. Oiihhh… tak sabar weh. Susah betoi nak online pakai talian mudah alih ni.

Ok sekarang ni kembali semula kepada tajuk perbincangan kita di atas. Membuat Virtual Domain pada PC anda. Mungkin ramai diantara kita yang mempunyai local webserver untuk dihostkan WordPress kedalamnya. Salah satu tujuan adalah untuk mencuba template yang dimuat turun. Bagi pengguna yang baru nak berjinak dalam local web server, saya cadangkan anda menggunakan Wamp Server. Untuk konfigurasi server anda, anda boleh rujuk ebook yang saya dah tulis secara ringkas di sini.

Setelah selesai memasang local webserver, kebanyakkan daripada kita akan menaip http://localhost ataupun http://127.0.0.1 atau mungkin juga http://192.168.0.2 (bergantung kepada DHCP Server yang ditetapkan oleh router). Untuk menaip ip address local web server anda, kadang kala melecehkan dan melambatkan.

Jadi, daripada sini, sila pergi ke:- [X]:WindowsSystem32driversetc dari sini sila cari file hosts. Buka file ini dengan menggunakan notepad. [X] adalah direktori dimana anda memasang Windows ke dalamnya. Mungkin anda memasang pada C: dan mungkin ada juga TERPASANG pada D:
Seterusnya, katakan anda mahu menjadikan local webserver anda sebagai http://pcserver.man maka tambah saja
127.0.0.1 Localhost
127.0.0.1 pcserver.man
192.168.0.2 pcserver.man

Kemudian simpan file ini. Seterusnya, Lancarkan pelayar web anda (browser) dan taip http://pcserver.man sebagai contoh tadi. Wallaa… local web server anda dipaparkan tanpa perlu menulis kembali ip komputer anda. Harus di ingat, sekiranya anda menggantikan 127.0.0.1 kepada www.google.com maka browser anda akan melancarkan local webserver anda dan bukan laman Google. Ingat tu…

Ok, masih tertinggal satu lagi langkah untuk menetapkan tetapan di wordpress local webserver anda. Login ke dashboard local server anda. Seterusnya ke bahagian Setting –> General. Sila ubah WordPress address dan Blog address daripada http://localhost kepada http://pcserver.man (atau sebarang nama yang anda tetapkan tadi)
Naahhh… dah siap. Sekarang ni anda boleh membuat sebarang perubahan dengan senang hati pada WordPress Local Webserver anda.
Nota: Saya masih lagit tercari-cari cara bagaimanakah Virtual domain ini dalam diakses dari komputer lain. Saya dah macam-macam cara mencuba, tapi masih jugak tak berjaya. Kalau ada sesapa yang tahu, harap dapat dikongsikan bersama. Terima kasih Malaysia.
Nota2: Sila betulkan saya sekiranya anda mendapati tutorial di atas tersalah fahaman atau tafsiran. Sebarang komen amat dialu-alukan.
Nota3: Cepatla STREAMYX masuk umah aku… tak sabar nak tunggu hari Isnin ni.. banyak mende aku terbengkalai…
– Catatan ini adalah “Cabaran satu perenggan satu gambar” Lebam nak upload kalau line tak boleh blah~
thanks…baru je semalam tanya lecturer pasal benda ni…lepas baca tips kat atas, makin lebih tahu…thanks ya…
SyafzMagz´s last [type] ..Obesiti- Satu Masalah Besar Mungkin Dihadapi Para Blogger
aku just wonder..tiap2 kali kite restart server abis laa down website kite kan..haha..xde cara ke mcm mirrror temp kat tmpat lain ke….best gak hosting tmpt sendirik tp long time byk kos..lagi murah berbayar..haha
salam singgah..baru ak tau bleh buat camni..sblum ni guna wamp tu untuk uji website@blog sblum btul2 buat di webserver je..tq bro untuk info ni..
.-= Mohd Alimie entri terkini blog ..Kepada Si Dia.. =-.
wsalam Alimie. sebenarnya banyak mende boleh buat dengan Wamp server tu. dia dah lengkap dengan bebagai tools untuk jadikan pc kita sebagai server. tapi internet connection upload mesti nak pawe la kalau kita nak host server sendiri kat pc. :sengeh:
Salam…
Guna WAMP bleh point trus ke local web server ke utk org luar?
Aku guna opendns utk set router dan dyndns utk free domain name.
tp masalahnye bile aku taip domain name aku, di trus keluar page DSL Router yg Streamix punya bukannya local web server.
Pening2. :kompius:
wsalam. boleh… orang luar boleh masuh. masalahnye hang sekarng ni dalam lan. sebab tu bila hang pakai open dns dia akan point ke router hang. sebab itu jalan paling cepat utk sampai. berbanding dengan orang lain.. dia perlu lalui internet.
untuk buat test sepatutnya hang boleh gunakan proxy browsing. contoh pakai web hidemyass.com atau sebagainya. web ni akan encript kepada proxy connection untuk browse url dyndns tu.
aku pernah dulu hadapi kes macam hang ni. aku ingatkan tak jadi. rupenya aku dudk dalam lan.. memang dia akan jumpe router la. sebab itu jalan paling singkat. cube plak test pakai proxy surfing ok.
hehehe.. mmg senang kalo dh tau step upkan webserver ni.. dlm LAN bleh tgk.. dlm WAN pon leh tgk.. org luar pun leh tgk.. xde mslh jika ade router yg disetkan.. ape yg penting open port 80 dlm router.. set webserver dlm router.. cth http://*.man td IPnye berapa.. cth 192.168.1.2.. n perlu setkan dlm router.. dlm dyndns tu std.. kalo nk bg org luar tgk same.. dlm LAN.. xleh guna domain yg telah di setkan dlm file host td.. hanya IP saje.. melainkan kalo dh di bindkan IP td tu utk host yg telah di setkan supaya LAN pon leh tgk same..
Erm.. pening nak menerangkan.. tp pernah wat utk server ircd yg gunakan CR.. mende yg lebih kurang same.. penting utk open port 80 di router jika mahu client luar tgk same.. hehehehe… penin.. penin.. aku sendiri baca pon penin.. kekekekeke…
hahaha… tak pe.. aku paham maksud nko.
tapi ni untuk LAN ke LAN memang tadek cara
melainkan kita install DNS server dalam PC.
then DNS server tu akan forward semua TCP
request ke pada Local DNS yang kita set tadi.
Tapi Local DNS Server ni berbayar plak software dia. hamjadah sungguh.
nak mencarik yang crack. kalau hang jumpe nanti bleh share ok!
thanks~ :sengeh:
wa tarak pahamm..haha..nanti2 bila dah berkenaan bole la check balik
.-= Azizuan entri terkini blog ..Beautiful Blogger Award From Yatie =-.
bro, aku masih tidak berjaya nak buat domain ni. waaa
.-= mohdisa entri terkini blog ..Hidup Untuk Memberi : Jom Menang Acer Aspire One =-.
aku pun sama..
.-= Mus entri terkini blog ..Hai Uncle! Yang Ni ORI ke PALSU? =-.
hang kene ade local webserver dulu.
install dalam pc hang. baru boleh
domain ni kat local host.
hang kene ade local webserver dulu.
dah install web server… kene install plak
wordpress… baru boleh buat mende atas ni. :sengeh:
dulu aku jadi slient rader jer kat sini..hihi,wah pakar betol saudara azman nie…….domain dot man tu kalau ada,boleh beli tu hehehehe :sengeh:
waaa…. name hang macam nama abah aku :sengeh:
Nak gak try wat ni,tapi kene tunggu streamyx kat rumah settle
.-= wazy entri terkini blog ..Comment on Convert Genius v3.0 Release by wazy =-.
streamyx? pasai per? baru apply ke? :kompius:
aku ade terbaca gak dulu cara nk akses webserver dr komputer lain.. kene ade statik IP.. pastu portforward apejadah ntah.. pastu kene assign domain name dengan statik IP tu pakai servis dyndns.com.. aku penah buat dulu.. jadi gak la bodo2.. pastu laptop aku kene virus > aku reformat > tak buat dah sampai sekarang > sekarang dah lupa cara.. :tunggu:
.-= Anarm entri terkini blog ..Kesatria Poyos: Game Facebook buatan Malaysia =-.
tak silap aku, statik or dinamik ip tu kita kena beli. rasanyalah.
.-= mohdisa entri terkini blog ..Selamat Hari Lahir Yang Ke-25 =-.
statik IP bergantung kepada pakej. kekadang dia bg free..kekadang kena tambah duit sket..dynamic IP mmg tak yah beli…dia akan auto assign kat kita.
.-= life4hire entri terkini blog ..Ajai derma darah =-.
oic, thanks for sharing. tapi kalau untuk mudah. better pakai statik ip. senang nak akses kat mana-mana sahaja. betul tak?
.-= mohdisa entri terkini blog ..Hidup Untuk Memberi : Jom Menang Acer Aspire One =-.
yup..memang btol..statik ip lg mudah sbb ko leh ingat camtuh jer..tp kalau pakai dyndns ni pon mudah jgk dan jimat duit..asalkan internet tak down.
.-= life4hire entri terkini blog ..Ajai derma darah =-.
kalau guna dyndns tak yah ada statik IP, pakai dynamic jer..sbb tuh la guna nyer app dr dyndns tuh..app tuh akan update server dyndns dgn IP kita mengikut time kita set, cth nyer 30 minit. stp 30 minit dia akan check sama ada ip kita berubah atau tidak n report kt server dia. so server dia akan ada latest IP kita hampir stp masa.
.-= life4hire entri terkini blog ..Ajai derma darah =-.
haaa.. lebih kurang camtu laa.. lama sangat tinggal sampai dah lupa.. :sengeh:
.-= Anarm entri terkini blog ..Jom menang Laptop Acer Aspire One Percuma =-.
kalau untuk access dalam LAN, dia kene pakai local punye DNS server. so dalam network tu je bleh access domain tu. kalau luar memang kene pakai DYNDNS. salah satunye laa… masalah aku adalah untuk local jer.
thanks anarm.
thanks
anarm ada jugak kasi tips macam ni
ade ade… memacam tips akan keluar lepas ni
setelah internet stabil. :sengeh:
wahh.. mantap nie bro..erm yang nie untuk domain yang sedia ada ke .yang baru??? :tention:
.-= zikr entri terkini blog ..Cara Menghadapi Persaingan dalam business (perniagaan), Tanpa Menurunkan Harga =-.
ni bukan domain paper…just cam alias utk menggantikan IP. tak boleh diguna pakai di internet pon…try edit local host file tuh..nanti akan tahu apa selok belok nyer
.-= life4hire entri terkini blog ..Ajai derma darah =-.
yam.. thanks. tak sempat nak reply comment.
mujur hang pantas. hehehe..
yup betoi macam yam cakap tu. ni alias jer. gantikan IP. so tak perlu lagi taip ip address local server. :sengeh: