Adakah anda mencari Plugin Azman Ishak?

Uncategorized
26/07/2010 | Tiada komen »

Rasanya saya belum mampu lagi untuk menghasilkan plugin sendiri dari platform WordPress ataupon platform yang lain. Tapi saya sedang berusaha ke arah itu. Saya mohon maaf sekiranya anda tersalah atau tersesat ke blog ini disebabkan kata carian tersebut. Tapi untuk tidak menghampakan anda yang mencari, saya akan kongsikan beberapa plugin penting yang saya gunakan untuk meneraju blog ini.

  1. DoFollow - Plugin ini adalah di khususkan sekiranya anda mahu menjadikan blog anda mesra ping. Dalam ertikata lain You Follow me… I’ll Follow you back.
  2. SEO Smart Link – Owh yang ini sering di tanya oleh rakan-rakan. “Macam mana En. Azman buat tag-tag boleh ada dalam entri secara automatik” Jadi plugin ini adalah jawapan dia.
  3. CommentLuv - Komen untuk para blogger yang mengalu-alukan komentarnya memaparkan entri terkini dalam ruangan komen secara automatik. Plugin ini tidak akan bermakna sekiranya blog anda adalah NoFollow.
  4. WordPress Mobile Edition – Plugin ini akan memaparkan blog anda dalam edisi mobile sekiranya pembaca anda melayari anda menggunakan telefon bimbit. Untuk maklumat lanjut anda boleh baca catatan saya di sini.
  5. StartPress - Kepada penggemar Google Analytic dan seangkatan dengannya, saya syorkan menggunakan plugin ini. Anda boleh melihat stats blog anda secara masa nyata (real time) tanpa perlu ke Google Analytic. Tapi diingatkan plugin ini memakan saiz database sehingga 2MB.
  6. Feed2Tweet - Plugin ini memudahkan anda menggunakan aplikasi Twitter untuk memaklumkan kepada pengikut twitter anda secara automatik setiap kali anda mempunyai catatan terbaru di blog. Tidak perlu secara manual lagi kerana plugin ini akan berintegrasi dengan akaun Twitter anda.
  7. Google Sitemap Generator – Plugin ini akan membantu memudahkan enjin carian seperti Google, Bing dan sebagainya mengindeks blog anda. Dalam ertikata lain, membantu mempercepatkan proses indeks. Tapi harus dilakukan secara berkala secara manual.

Ok.. rasanya cukup dulu buat kali ini. Sekiranya anda mempunyai masalah mengenai WordPress, sila gunakan borang aduan yang saya sediakan pada sidebar di sebelah kiri blog ini. Gunakan tanpa was-was dan jangan guna bahasa Alien bak kata Kak Jie. Anda juga boleh meninggalkan komen atau pertanyaan anda diruangan komen mana-mana catatan yang ada pada blog ini. Insyaallah saya akan cuba membantu.

Nota: Besok dah kerja. Konfem Monday Blues. Saya nak bertukar TELCO. Telco sekarang ni parak makan duit. Sebulan harus dibayar sebanyak 2 kali. Salah saya jugak sebab ade outstanding payment. Lepas ni, tanak lagi pening kepala pasal TELCO. Pakai telepon tin susu dengan benang je la… tak sakit kepala. hehe…

Nota2: Gambar di atas adalah daripada StartPress yang ada dalam panel WP-Admin saya. Kan mudah…. saya tak perlu ke sana ke sini nak mencarik performance blog. Semua tersedia ada.




Related posts

Tentang Penulis: Azman Ishak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

0 Maklumbalas kepada: Adakah anda mencari Plugin Azman Ishak?