Masalah MP3 mempengaruhi kitaran Ovulasi?

Tajuk kat atas ni adalah kombinasi dari dua soalan yang di ajukan kepada saya menerusi email yang tertera di sidebar sebelah ni. Ada di antara rakan kita nak tahu pasal Pemain MP3 dan juga nak tahu adakah masalah kemurungan akan mempengaruhi kitaran ovulasi, kesuburan dan kehamilan. Terlebih dahulu saya katakan kat sini, saya bukan doktor ye. Namun saya cuba juga buat sedikit kajian bahan bacaan daripada Pakcik Google.

Soalan yang pertama berbunyi begini:-

Cukup ringkas dan padat, tapi boleh pecah peluh nak merangkannya. Untuk pengetahuan Saudara/Saudari yang bertanya dan rakan-rakan yang belum tahu, MP3 yang ada dipasaran sekarang ni sememangnya berfungsi dalam dua cara. Iaitu sebagai pemain MP3 dan juga sebagai medium penyimpanan data. Ini bermakna, ketika anda memainkan MP3, alat ini akan hanya mencarik fail-fail dari jenis *.mp3 sahaja untuk dimainkan pada ketika itu. Dia tak akan ganggu fail anda yang lain. Sekiranya anda menggunakan mp3 tersebut di komputer pula, dia akan bertindak menjadi media penyimpanan data atau lebih dikenali sebagai Portable Storage Device. Maksudnya, anda boleh gunakan pemain mp3 tersebut sebagai media penyimpanan data sama seperti fungsi pendrive.

Bergantung kepada kapasiti dan jenis MP3, harga tertakluk kepada kriteria storan, jenama dan juga reka bentuk. Ada yang murah dan ada yang mahal. Antara pemain MP3 yang popular adalah Apple iPod Touch 64Gb ($330 – $399), Archos5 Internet Tablet Android 32Gb ($399), Zune HD 32Gb ($228-$269) dan banyak lagi anda boleh semak di sini atau di sini.

Kalau di Malaysia??? Anda juga boleh dapatkan maklumat di www.lowyat.ne dan taip saja kata kunci MP3 Player

Soalan ke dua pula mengenai masalah kitaran Ovulasi dan masalah kehamilan. (18 tahun ke atas sahaja. Jangan degil):

Terlebih dahulu saya nak bagi tau rakan-rakan pembaca yang saya ni bukanlah seorang doktor, jauh sekali bidan terjun. Cuma saya ni kalau ada perkara yang tak faham, saya suka mencari bahan bacaan dari sumber yang sah. Macam mana nak tau sumber tersebut sah atau tidak? Sila tapis bahan carian anda dan fokus kepada laman web yang disahkan oleh badan kerajaan atau badan organisasi yang sememangnya dikenali umum. Jangan main serkap jarang kalau mencari info berkaitan dengan kesihatan ye.

Petikan ini saya perolehi daripada: AlamHamil.Com yang bertajuk 10 tanda-tanda awal kehamilan.

Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

  1. Rasa lapar yang berpanjangan – Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
  2. Perubahan pada warna di sekliling payudara - Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
  3. Kerap membuang air kecil – Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.
  4. Merasa tidak bermaya - Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.
  5. Sakit dan tegang pada buah dada - Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.
  6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari - Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.
  7. Rasa loya dan muntah – Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.
  8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan – Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.
  9. Missed period - Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
  10. Ujian air kencing yang positif - Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan…

Daripada tanda-tanda di atas, saya sudah melihatnya sendiri. Sebagai seorang yang bakal menjadi bapa atau ibu harus tahu akan perkara tanda-tanda awal kehamilan seperti ini. Kena banyakkan bahan bacaan. Saya pun kurang ilmunya. Sentiasa tercari-cari info. Terima kasih kepada Puan yang bertanyakan soalan tersebut.

Nota: Saya dalam mood yang amat tidak ceria sama sekali. Apa pula perlu saya buat?? Salam Satu Malaysia kawan-kawan. Mungkin lepas ni saya akan kurangkan aktiviti dalam talian bagi memfokus kepada permasalahan yang berlaku. Dugaan nak jadi seorang bapa kian terasa beratnya dibahu.




Anda mungkin meminati:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Cerita bertajuk: Masalah MP3 mempengaruhi kitaran Ovulasi?
Ditulis dibawah kategori: Info Kesihatan

29 Responses to “Masalah MP3 mempengaruhi kitaran Ovulasi?”

  1. zaryl 09. Jul, 2010 at 9:10 am #

    tambah 1 lg soalan. apsal ttiba ada org tanya ko pasal ovulasi? :kompius:

    mood kita lebih kurang sama. aku simpati dgr khabar kurang baik ko tu. harap dpt selesai cara baik dan dgn segera ;-)
    zaryl entri terkini blog ..Facebook Bocorkan Maklumat Pengguna My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    Jawapan kepada soalan tambahan: aku pon tak tau bro :lawak-gile:

    P/S: aku kene kuat semangat bro. sekarang ni giat belajar PHP. Banyak kerja yang aku mintak… semua tanye pasal PHP. Rugi kalau tak belajar :sengeh:

    [Reply]

  2. Piston Pecah 09. Jul, 2010 at 10:31 am #

    informasi berguna untuk kaum wanita nih…
    Piston Pecah entri terkini blog ..Saya memang sukar mengerti maksud kaum wanita bila My ComLuv Profile

    [Reply]

    lowongan kerja Reply:

    betul ni.. benar2x berguna buat wanita..
    lowongan kerja entri terkini blog ..Business Development Vacancy IT -amp Telcom My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    untuk bakal bapa jugak bro!

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    sape nak jadi bapak atau bakal berkahwin pon kene ambik tau jugak :wek:

    [Reply]

  3. adamfaiz 09. Jul, 2010 at 11:06 am #

    Wah..best la sini..macam-macam ada… :smile: :smile:
    adamfaiz entri terkini blog ..Jaga Ko Sotong- My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    haipppp… dah cukup umur blom :lawak-gile:

    [Reply]

  4. Kujie 09. Jul, 2010 at 12:20 pm #

    :nanges: :nanges: :nanges: Kak Jie dah kena pencen!
    Kujie entri terkini blog ..Memanglah marah- tak kan nak buat party potong kek pula My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hehehe… lawak ah.. kalau kak jie pencen…
    saya nak blajar dengan sapa plak lepas ni? :wek:

    [Reply]

  5. mijie 09. Jul, 2010 at 2:04 pm #

    sabar bro, tabahkan hati. mungkin boleh melupakan sekejap dunia online, fokuskan yg offline penting tu
    mijie entri terkini blog ..Jangan tinggalkan anak anda tidur dalam kereta bersendirian My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    semakin jauh nak lari dari bunia online
    tapi rasa macam rezeki mencurah ke arah ni jugak.
    jadi lebh baik aku fokus kat sini :sengeh:

    [Reply]

  6. Roslan 09. Jul, 2010 at 6:23 pm #

    info bapak tentang itu sangat mendalam..tetapi bab pendrive mp3 itu aku :hehe: rasa nak panggil pual azmanishak the octopus jawab jer..haahaha :lawak-gile:
    Roslan entri terkini blog ..Paul The Octopus Terima Ancaman Bunuh My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    bongek ah nko oktepes roslan :lawak-gile:

    [Reply]

  7. mohdisa 09. Jul, 2010 at 9:48 pm #

    fuh abg man, memang hebat. serba boleh. jadi doktor sakit puan pun boleh ni. hehe
    mohdisa entri terkini blog ..Blogger Yang Berjaya My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    wak lu… :lawak-gile:

    [Reply]

  8. Syafrizal 09. Jul, 2010 at 10:43 pm #

    untuk mengelak gangguan kitaran tersebut… perlu jaga kesihatan usus, jangan bagi stress, kene buang toksik dan angin.. insya Allah sihat le tu… aku jumpa ada gak wanita tak kawin tapi dah macam2 masalah.. jadi kena jaga la sebagai seorang suami.. kena faham semau tu
    Syafrizal entri terkini blog ..Tema WordPress terbaru dari Elegant Themes My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    kalau bab ni en syafrizal mesti hebat… hahaha
    ape kata hang tulis buku beb pasal mende macam ni.
    masyuk…. ke hang memang tulis buku bro??? :sengeh:

    [Reply]

  9. zik 10. Jul, 2010 at 12:19 am #

    erm lepas nie panggil dr azman ishak sakit puan… ;-)
    zik entri terkini blog ..Kelebihan berzikir My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hahaha banyak ah hang pakar sakit puan :gersang: :lawak-gile:

    [Reply]

  10. wazy 10. Jul, 2010 at 12:23 am #

    Bgaus gak info ni,boleh tolong bakal isteri nanti :smile:
    wazy entri terkini blog ..percubaan pertama My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    bakal… jeng jeng jeng… bile tu :kompius:

    [Reply]

    wazy Reply:

    Hehehe tunggu :bongkak:
    wazy entri terkini blog ..Cerpen Qaradawi Dan Misyar My ComLuv Profile

    [Reply]

  11. blowie 10. Jul, 2010 at 12:45 am #

    bro, yang point ‘B’ tu kadang kadang kurang tepat. Mana tau si suami perokok tegar ke kan? AHAHAHAHAHAHA. Mesti bro tak paham kan? Cuba baca dengan slow dan teliti :P

    yang point ‘H’ tu plak
    “…anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.”
    Macam mana nak ukur paras SUSU badan? Menarik nih, ahahahahahaha :segan: :lawak-gile: :lawak-gile:
    blowie entri terkini blog ..Berhati hati ketika kutuk yahudi di Facebook My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    point B: Sila gosok gigi dan berkumur pakai Listerine ye.. :lawak-gile: – Bongek ah nko. :lawak-gile:

    point H: nak tau? kawin le dulu… weh.. hang bawah umur la… sunat pon blom baik. chis berani masuk blog orang dewasa :wek:

    [Reply]

  12. ishak 10. Jul, 2010 at 2:28 pm #

    banyak-banyak kan berdoa bro…………….allah maha mengetahui
    ishak entri terkini blog ..Tutorial – Jenamakan feedburner google anda dengan subdomain domain sendiri My ComLuv Profile

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    insyaallah… semoga aku tabah! amin~ :sengeh:

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tweets that mention Masalah MP3 mempengaruhi kitaran Ovulasi? | AzmanIshak.Com -- Topsy.com - 09. Jul, 2010

    [...] This post was mentioned on Twitter by Mohd Isa Ahmad Azan, Acb. Acb said: Erk? Kena baca nih RT @azmanishak: Masalah MP3 mempengaruhi kitaran Ovulasi? http://tinyurl.com/2bhmerv [...]

  2. Kronologi kelahiran Muhammad Amirul Amin B. Muhamad Azman | AzmanIshak.Com - 10. Aug, 2010

    [...] kelahiran Muhammad Amirul Amin, jasa baik kalian tiadak akan saya lupakan. Anda mungkin meminati:Masalah MP3 mempengaruhi kitaran Ovulasi?Macam mana nak bagi minat tengok pertandingan bola sepakThat's it… we break off!Movie [...]

Leave a Reply

Nota: Ini adalah IP-Address anda: 38.107.191.100

CommentLuv Diaktifkan