
Tak mungkin anda semua tak kenal dengan saudara KNizam. Blogger tegar yang setiap hari mesti ade paling koman satu kemaskini yang dibuat. Tapi kebiasaannya, tak mungkin hanya satu dalam sehari. Paling koman ada 4 kemas kini. Jadi kalau nak tau KNizam sihat ke idak ataupon sebok… tengok je kemas kini dia. Keh keh keh… Kalau dalam RSS Feed tu… rasanya pada nama dia saja dah beratus-ratus kemaskini yang tak sempat nak kejar.
Sedikit la cerita pasal KNizam ni… Dia seorang yang sangat peramah. Tapi dia sangat menjaga privasinya. Oleh yang demikian, demi menghormati beliau, saya tidak akan mempamerkan wajah beliau di sini. Owh kecewa bukan. Sangat lah rugi kepada awek-awek di luar sana yang tak datang ke Mini Gath yang kami anjurkan malam tadi (02 Julai 2010 08.30pm).
View Sala Cafe – Tomyam & Western in a larger map
Bertempat di Sala Cafe, Restoran zaman saya bercintan cinton dengan Cik Adik saya tahun lepas. Aih… kenangan betoi. Memang restoran ni sentimental value la… Alahai.. dah merepek le lain pulak kekekek… Kembali kepada cerita KNizam muahaha… Selain dari peramah, brader kita sorang ni adalah seorang EXPAT. Apa itu expat? Itu adalah istilah untuk orang yang selalu merantau. Demi tugas dan tanggung jawab serta kerjayanya (betoi ke???)

Kalau nak diikutkan… memang saya teruja nak jumpa dia. Blogger yang sangat cool dan low profile. Sebab tu kalau kat dalam blog dia, kamu takkan jumpa muka dia kecuali avatar yang isap batang aiskrim katanya tu.. haha. Dengan bercerita pengalaman dia semasa berada di Lahore buatkan @Tekong terlopong macam tengah layan citer Black Hawk Down di layar perak. Banyak betul idea dia nak menyembang.

Jadi antara yang hadir tu adalah:- Saya dan Isteri, Mr. Kay2911 dan Isteri, Roszizul (@MX510), Roslan (@Qiilans87 aka @Ceslan aka @Sabranullazi) <– mamat ni kerap tukar nick Twitter. Pening betul la.. haha. Owh dan lagi adalah Nazri (@Tekong) serta Fiona (IcedNyoir). *edited 04/07/2010* Dannn…. owh sorang lagi tertinggal, Tengku Aizat (@Blowie). Memang betul-betul havoc meja kami malam tadi. Dah la kedai tu bak veranda Rumah Tok Penghulu. Sekali @Tekong gelak… saya rasa anai-anai semua punggah kain baju nak pindah rumah. haha~

Perjumpaan yang tak berapa nak dirancang sebenarnya. Saya tweet secara rambang bermula dari malam kemarin. Kemudian dapat sambutan dari @Knizam sendiri. Kemudian disahuti dengan rakan-rakan yang lain. Maafkan saya sebab jadi organizer yang sangat adhoc. Tapi ini mungkin bertepatan dengan tema @KNizam yang EXPAT. haha… Saya tak dapat merancang dalam jangkamasa panjang disebabkan isteri saya bertugas dan terikat dengan jadual. Tapi alhamdulillah… Mini Gath Blogger KL berjalan lancar. Jutaan terima kasih kepada KNizam kerana hadir dan segalanya semalam.
Sekali lagi, saya memohon maaf sekiranya terdapat kecacatan dalam pengurusan pada kali ni. Nanti ada rezeki kita boleh bergabung pulak dengan Negaraku.Net. Tak lama lagi bulan puasa… jadi apa lagi TEAM Negaraku.Net? Tak nak buat sesi berbuka puasa ke? Baby ku dah teringin nak makan ayam golek neh… haha
Nota: Tekong cakap, kalau ade rezeki dia nak kerja bahagian keselamatan Syarikat Penerbangan Malaysia. Sebab nanti dia boleh buat body search…. dia kata BEST boleh tengok orang kene Naked X-Ray… muahahaha. *sumpah @Tekong… aku tak bleh blah dengan statement hang neh*
Nota2: Fuh… dalam terkesima dapat peluang berjumpa dengan KNizam, berjela pulak catatan kali ni. Dengan tunggang langgang ayatnya…. Berbangga dapat jumpa seorang blogger yang sangat misteri kat Malaysia ni. Hahah… Rugi.. series rugi kamu yang tak dapat hadir.






restoran tu juga dia angkut kak jie pusing2 dari transnational tu
nasih baik dia tatau..kak jie pernah dok ampang…tak sesat lor
respect dgn knizam…somebody yg down to earth

Kujie entri terkini blog ..Blogger Built-In Stats Google Analytics
[Reply]
Azman Ishak Reply:
July 4th, 2010 at 11:17 am
kak jie tak citer awai-awai… hahaha kalau tak konfem saya
just bagi google map je. *tak bleh blah*
Knizam… erm… so sporting!!! n banyak cakap haha
[Reply]
penah duduk semeja minum dgn beliau di bawah rimbunan pepohon…

norsaritanaini entri terkini blog ..BATIK SUTERA KELANTAN
[Reply]
ejam Reply:
July 3rd, 2010 at 11:26 am
yup, lokasi nyer di jasin kan…sampai awal pagi tu sembang…hehe
ejam entri terkini blog ..Alasan Sistem Tak Pick-Up Lagi- LEMBAB Juga Sistem TM
[Reply]
norsaritanaini Reply:
July 3rd, 2010 at 9:06 pm
penat toksah citer…dr temerloh terus ke seremban ke jasin…sanggup tu…

norsaritanaini entri terkini blog ..Ovulasi dan Kesuburan
[Reply]
Azman Ishak Reply:
July 4th, 2010 at 11:18 am
semate-mate jumpa KNizam atau jumpe cik abang… hehehe…
salah sokalah plak.. semata-mata gath bersama Knizam ah kan.
bangga sapa bleh gath dengan KNizam
[Reply]
Azman Ishak Reply:
July 4th, 2010 at 11:17 am
KNizam ade cakap… betoi statement tuuu
[Reply]
benarlah kata azman tentang knizam, 1st time jumpa dia dulu pun memang peramah dia…
banyak cerita dia kongsikan…
pengalaman yg bukan semua org dapat rasai…
*ruginya tak dapat nak join…
ejam entri terkini blog ..Alasan Sistem Tak Pick-Up Lagi- LEMBAB Juga Sistem TM
[Reply]
Azman Ishak Reply:
July 4th, 2010 at 11:26 am
dia kate nanti nak jumpe hang wehhhh…
[Reply]
ruginya tak dapat join,huhuhu
wazy entri terkini blog ..Adobe Photoshop CS5 Extended 120 Portable
[Reply]
Azman Ishak Reply:
July 4th, 2010 at 11:31 am
nanti ade rezeki insyaallah kita bleh jumpe plak ye.
[Reply]
haha terharu kejap aku tadi. thanks for the invitation for gathering. lepas ni kalau ada kesempatan bolehlah buat Mini Gathering lagi mcm malam tadi. teringin nak nak join negaraku.net nyer gath hehe
glad to see bloggers malaya mlm tadi!

KNizam entri terkini blog ..4 Four Chord Song with song titles – Axis of Awesome
[Reply]
Azman Ishak Reply:
July 4th, 2010 at 11:35 am
same la bro… seronok betoi… memula masa tweet
aku tak jangka seramai tu nak datang… aku ingat dalam
kita 2 3 orang je… sekali kau… penuh tak cukup kerusi.
hehehe… bila la hang nak balik Malaysia lagi lepas ni.
So bleh la join negaraku. Rasanya bulan puasa ni Negaraku.Net
tak tau la nak buat lagi ke tak Jamuan Berbuka Puasa.
[Reply]
luth textile Reply:
July 5th, 2010 at 9:00 pm
jeles dengan hampa. huh! nak jadi blogger KL sat. lari dari penang mai gath dengan hampa. jadi ke makan ayam golek lagi tahun ni? baby tak boleh makan ayam golek, kang cirit


luth textile entri terkini blog ..5 Fakta Tentang Doraemon
[Reply]
teringin nak kije ngan tekong..ahahaha..cite2 yg xley blaaa…hahahaha,..nmpk cam best.tp apekan daya,..jauh..uhuhu
apiih entri terkini blog ..Budak 12 tahun ditahan kerana “Melepaskan Angin”
[Reply]
Azman Ishak Reply:
July 4th, 2010 at 11:35 am
tekong seorang tokey yang bergerak. hang jangan tak taw plak.
dia ade banyak office
[Reply]
tekong Reply:
July 4th, 2010 at 3:04 pm
woh. aku tokey biasa je
apiih – kalo nak keje, tak banyak sembang la hehe. leh je nak co-working

tekong entri terkini blog ..Help Google to help Malaysia
[Reply]
Azman Ishak Reply:
July 4th, 2010 at 7:54 pm
huhuhu… belum kjier dah bagi taw law… so prepare la… hahaha
tekong.. ade kijer kosong??? Tukang usung lappy nko pon jadi ah.
RM2.5k per month ok?
[Reply]
balik balik ke kl malam tadi…huhu…


zik entri terkini blog ..Kelebihan menjadi MuazzinBilal
[Reply]
Azman Ishak Reply:
July 4th, 2010 at 11:35 am
itu la… hang merayap jer
[Reply]
woiii dah la cakap aku gelak runtuh kedai, cakap aku minat black hawk down lak tu.
PASTU CAKAP AKU MINAT NAKED BODY SEARCH..
aku cakap ‘damn’ la bukan best. mcm mana la ko salah dengar ni hahah. SEE YOU IN COURT!!!!!!!
tp aku agree knizam bes
tekong entri terkini blog ..Help Google to help Malaysia
[Reply]
Azman Ishak Reply:
July 4th, 2010 at 7:55 pm
“Best giler kan kijer airport….” hahaha… haku tak bleh blah dowh.. series…
[Reply]
uwaaaa. jeles jumpe KNizam. dah la siap 2 org lak tu buat review jumpe dia. takde sape2 nk buat review jumpe saya ke? -___-”
juLia d buBbles entri terkini blog ..A house is not a home
[Reply]
adik jambu aku tu manjang buat comel. hahahhaa


luth textile entri terkini blog ..5 Fakta Tentang Doraemon
[Reply]
dalam dunia blogging ni sangat bagus privasi….sediakan payung sebelum hujan,kalau dedah sangat nanti sysah
ishak entri terkini blog ..Cara untuk jadi blogger popular yang mana pilihan anda
[Reply]