
Live Update: 29 Jul ’10, 2.23pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95
Masalah ni memang masalah negara. Dia tak kenal awak tu anak tokoh korporat ke, awak artis ke, awak banyak duit ke… Apa yang menjadi kebimbangan saya adalah cara kita mendidik diri sendiri dan generasi kita tentang bahaya dadah.
Saya bukanlah agen anti narkotik atau golongan pemikiran sekunder. Saya sendiri masih merokok. Puas jugak nak hilangkan perasaan cinta kat rokok tu. Tapi semalam tengok iklan kat tv ada produk terbaru untuk perokok.
Iklan dan testimoni dua dalam satu mengenai produk NiQUITin. Saya belum mencubanya lagi. Tapi terasa nak dapatkan jugak. Mana tau kot-kot mujarab. Pokok pangkal bermula dari hati. Rasanya dah beribu kali mulut dan jari kata nak berhenti merokok, tapi…. itulah… HATI…. Seperti yang diperkatakan tadi~
Nota: Tak lama lagi nak dapat baby…. "bila hang nak berhenti merokok ni?" – saya tak jumpa lagi jawapannya.






eheh.

aku baru lepas baik skit dr demam..
kepala lutut dah berlaga2 ketaq sbb lapaq rokok..
camna tu?
zaryl entri terkini blog ..Memang Tak Makan Saman
[Reply]
Azman Ishak Reply:
August 4th, 2010 at 7:26 pm
hehehe tahu tak pe bro… eventhough aku batuk
pon selamber badak aku smoke.. hadoi ai…
[Reply]
hahahhaa man! azam tahun baru. azam baru lepas dapat anak!
Luth Textile entri terkini blog ..AWAS Peniaga Kedai Online! Dah daftar perniagaan ke belum
[Reply]
Azman Ishak Reply:
August 4th, 2010 at 7:26 pm
tah le bro.. azam tah kemane hala dah ni…
tapi target mesti ade
[Reply]
syair si paru paru.. =)
menteil entri terkini blog ..Pemasangan Garmin Mobile XT SE Satio
[Reply]
Azman Ishak Reply:
August 4th, 2010 at 7:27 pm
mujur paru-paru… tapi aku tak suke
makan paru.. tak kire la paru ape pon..
series organ dalaman haiwan bukan menjadi
pilihan ku..
[Reply]
dulu time org rumah pregnat janji bila anak dah lahir nak berhenti, semalam pun berjanji lagi dalam bulan puasa nak berhenti, huhuhhuhu
berhenti ni boleh cuma lama mana tu yg tak tahu, pernah berhento sebulan, 3 bulan, ada yg 1 tahun berhenti…tp aku isap balik, hoho
mijie entri terkini blog ..Cara Nak Upload Gambar Kat Hosting Sendiri
[Reply]
Azman Ishak Reply:
August 4th, 2010 at 7:27 pm
hehehe jawapnye janji tinggal janji la ni bro?
hadoi…
[Reply]
mijie Reply:
August 4th, 2010 at 9:18 pm
heheeh skrg ni dah kurang skit, dunhill 20 dah boleh bertahan 3 hari, hehehe
mijie entri terkini blog ..Tutorial cara memasukkan video youtube di blog
[Reply]
Kita cuba rokok elektronik pulak nak?
adamfaiz entri terkini blog ..Bila Melayu Bukan Islam…
[Reply]
mijie Reply:
July 29th, 2010 at 9:07 pm
rokok elektronik, member aku beli tak sampai sebulan je guna, pastu tak leh tahan then hisap rokok biasa balik
mijie entri terkini blog ..Cara Nak Upload Gambar Kat Hosting Sendiri
[Reply]
Azman Ishak Reply:
August 4th, 2010 at 7:28 pm
erk.. isap rokok tu tak kene karen ke
[Reply]
mijie Reply:
August 4th, 2010 at 9:19 pm
mana de bro, memang ada, isap mcm biasa je, bila sedut then hembus kuar asap gak, cuma yang tak best nyer bara takder nak letakkan dalam ash tray, hahahah
mijie entri terkini blog ..Tutorial cara memasukkan video youtube di blog
[Reply]
Azman Ishak Reply:
August 4th, 2010 at 7:28 pm
ade ke? aku baru ni dengar ade rokok elektronik bro.
[Reply]
mijie Reply:
August 4th, 2010 at 9:20 pm
memang ada bro rokok elektronik, harga pun boleh tahan 300 satu set
mijie entri terkini blog ..Tutorial cara memasukkan video youtube di blog
[Reply]
bulan puasa nanti, ambillah kesempatan
Kujie entri terkini blog ..Lecehlah Ada Blogger Macam Ni
[Reply]
Azman Ishak Reply:
August 4th, 2010 at 7:28 pm
insyaallah.. tapi siang je dia menjadi kak jie..
bile malam same jugak.. dia topup balik
yang siang punye demanding.. hehe
[Reply]
Bro berhenti je merokok tu sekarang kerana takut pada Allah pasti jadi bukan kerana manusia….insyallah.
denaihati entri terkini blog ..Kod Etika penulis blog perlukah
[Reply]
Azman Ishak Reply:
August 4th, 2010 at 7:29 pm
sesungguhnye bro… kalau mudah bagai dibibir…
dah lame aku berhenti…
[Reply]
sekarang ni pun dah banyak produk berhenti merokok.. boleh try tengok camana kan.. mana tahu boleh berhenti nanti..
Mr.Z entri terkini blog ..Penulis Blog Perlu Patuhi Etika- Apa Pandangan Anda
[Reply]
Azman Ishak Reply:
August 4th, 2010 at 7:29 pm
nanti nak kene beligak NiQuitin
[Reply]
yeye, nak dapat anak buah. kena benti merokok…hehe
mohdisa entri terkini blog ..Sindrom Malas Sudah Kembali
[Reply]
Azman Ishak Reply:
August 4th, 2010 at 7:29 pm
anak buah? anak sendiri la bro..
[Reply]
Aik, igtkan bro dah lama brenti mrokok pas kahwin dulu… rupanya masih tertangguh lagi ye? hehe

mrnamie entri terkini blog ..Limbang-daerah yang kecil tapi aman…Part 2
[Reply]
Azman Ishak Reply:
August 4th, 2010 at 7:30 pm
azam berazam… dah berzaman dah azam tak terlaksana.
[Reply]
nak berhenti merokok ? tak susah..cuba pergi kat tempat orang buat bedah siasat..cuba lihat doktor bedah siasat mayat yang mati akibat kanser paru-paru akibat merokol..confirm bro dapat hilangkan tabiat merokok..heheheh..gurau jer…
ishak entri terkini blog ..Selaraskan wordpress plug in wp125
[Reply]
Azman Ishak Reply:
August 4th, 2010 at 7:30 pm
sehari dua jer insaf.. pas tu jadi la balik.
same la macam iklan ngeri kat kotak rokok tu.
memula jer… pas tu dah kembali normal..
[Reply]