
Salam ceria dan salam bahagia. Sejak lewat kebelakangan ni, saya sering bertanyakan pendapat kepada kawan-kawan untuk memajukan blog Aggregator #KakiKomplen ni. Satu blog untuk sumber bacaan yang dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri yang agak cool dan menarik minat untuk anda terokai berbanding sebelumnya. Buat masa ini, saya masih lagi menguji fungsi AUTOPING iaitu fungsi dimana anda akan menerima pingback secara automatik, sebaik sahaja Aggregator #KakiKomplen mendapat artikel anda.
Di sini saya akan kongsikan bersama apa yang terbaru untuk Laman Blog Bacaan Bersama – Sumber Pusat Komplen Malaya. Motif utamanya adalah bukan sekadar komplen, tapi mengumpulkan dan bersama-sama membantu blog rakan-rakan lain untuk berjaya.

Header - Header yang tidak terlampau besar. Dalam masa yang sama, kedudukan iklan penaja (Adverlet dan sebagainya) telah dipindahkan ke bahagian footer. Seterusnya kotak carian diperluaskan untuk memudahkan pengunjung mencari artikel.

POS Terkini – Pos ini terletak dibawah header. Ruangan ini akan sentiasa bersilih ganti dengan blog yang terkini kemaskininya. Jadi, siapa yang rajin update… maka blog dia juga lah yang akan bertakhta di sini. Namun… anda dibahagikan kepada kategori-kategori tertentu supaya konsep aggregator ini dapat dikekalkan.

POS Penaja - Dalam ruangan ini pula dimana letaknya pos penaja. Apa sahaja yang ditulis oleh pihak penaja, akan dipaparkan pada ruangan ini. Rakan blogger yang biasa tidak akan punyai ruangan ini, melainkan anda berminat untuk menjadi penaja KakiKomplen. Ruangan ini tidak dikongsi oleh sesiapa kecuali pihak penaja.

Pos Harian/Pos Biasa – Pos ini juga akan bersilih ganti. Tiada spesifik kategori siapa yang akan berada dalam 8 petak dibawah ini. Ianya diambil dari pelbagai kategori secara rawak yang telah ditetapkan mengikut tarikh kemas kini. Kebiasaannya, pos yang terbaru akan duduk di atas dan begitu jugalah sebaliknya.
Beberapa permasalahan yang umum
Ok cukup lah dulu penerangan apa yang terbaru buat masa ni. Eh.. jangan lupa ye.. anda juga sebagai sebahagian komuniti #KakiKomplen. Saya mengalukan pendapat dan cadangan anda. Tak kira la dari segi layout ke… ape ke.. yang anda rasa pikirkan terbaik untuk membantu rakan-rakan blogger yang lain… sila la berbuat demikian kat ruangan komen dibawah ok.

Sebelum saya terlupa… untuk menguji keberkesanan fungsi AUTOPING di #KakiKomplen.Com, saya sarankan anda memasang plugin RSS Footer. Plugin ini berfungsi untuk menulis kembali permalink anda dalam RSS Feed. Laman #KakiKomplen akan mengambil entri anda daripada RSS Feed blog anda dan dalam masa yang sama akan menyalin permalink yang telah di tambah oleh plugin tadi. Dengan cara ini maka terjadilah TEORI AUTOPING.
Nota: Kalau anda ingin membantu rakan blogger anda yang lain.. apa kata bagi saya cadangan penambahbaikan. Bayangkan sumber Aggregator #KakiKomplen ini adalah hak milik kita bersama. Macam duduk dalam rumah… mesti kita ada keinginan… apa lagi.. kasik antam la kat ruang komen kat bawah ye~
Pingback: Salam Aidilfitri Kawan-Kawan @ Kaki Komplen Malaya
Pingback: Hot Ticket daripada Hotlink – Memang mantap. @ Kaki Komplen Malaya
Pingback: HIDUP SEORANG BLOGGER – Berakhirnya sebuah contest. @ Kaki Komplen Malaya
Pingback: Akhirnya saya berjaya mencipta template sendiri. @ Kaki Komplen Malaya
maju terus kaki komplen…!!
.-= lowongan kerja entri terkini blog ..Sari Pan Pacific Jakarta Jobs as Pastry Chef & Restaurant Manager =-.
Memang terbaik web kakikomplen ni sebagai mediaum blogger di Malaysia pada masa akan datang,
sambil komplen boleh kenal-kenal dengan rakan-rakan blogger yang lain ye tak :hehe:
.-= wazy entri terkini blog ..1 Malaysia – Lagu Tema Sambutan Kemerdekaan Ke 53 =-.
menarik je nak jadi penaja la hehe
.-= Syafrizal entri terkini blog ..Sijil Halal- Jakim ibarat ‘harimau tanpa taring’ =-.
nak jadi penaja? waa.. sangat di alukan.. :gersang:
berapa harganya?
.-= Syafrizal entri terkini blog ..Panel baru CommentLuv yang lawa =-.
ini suara rakyat atau suara blogger? :pelik:
.-= DonHa entri terkini blog ..Untuk menjadi terkenal =-.
kedua-dua pon boleh bro.. hehe
serius aku cakap, aku memang berpuas hati dengan kakikomplen, autoping yang diberi amat bermakna bagi aku. aku baru je install RSS Footer ni, tapi nak study dlu pasal plugin ni dlu. hehe, maklumlah…aku sedang mengurangkan penggunaan plugin…:)
.-= mohdisa entri terkini blog ..Sepuluh Perkara Penting Dalam SEO =-.
erm.. dalam entri terbaru aku ade citer lebih pasal RSS Footer dengan Related post. thanks isa.. nanti blanje ngeteh ye.. ajar aku plak pasal SEO. hehehe :sengeh:
wah, aku nantikan kemunculan entri tersebut. hehe, boleh jerk. nak pasal SEO ni…aku bukannya hebat sgt. setakat ngeteh tu tak jadi masalah.
.-= mohdisa entri terkini blog ..HIDUP SEORANG BLOGGER =-.
Pingback: Tweets that mention Perkembangan terkini #KakiKomplen.Com | AzmanIshak.Com -- Topsy.com
wah dah bpleh register kan bro ? mau gak join ni
.-= ishak entri terkini blog ..Perkhidmatan membuat banner gif dibuka sekarang =-.
hem bagus ni…dah boleh register kan bro ?
.-= ishak entri terkini blog ..Perkhidmatan membuat banner gif dibuka sekarang =-.
boleh boleh sila kan…
Pingback: Perkembangan terkini #KakiKomplen.Com | BlogFeed
makin mantap…bagus bro! :bagus:
.-= adamfaiz entri terkini blog ..Melayu Murtad Kutuk Ibadah Puasa =-.
terima kasih. kalau ade idea boleh la submit ye.
RSS aku masalah boleh ke autoping?
.-= Luth Textile entri terkini blog ..Ini bukan kes “cepat melatah” =-.
RSS hang pakai Feedburner ke? kalau macam tu permalink title akan jadi error. so aku pon dah tak pakai feedburner. hehehe… aku pakai direct wordpress. so dapat dh kurangkan satu plugin. :sengeh:
kaki komplen semakin busy…. :hehe:
.-= zik entri terkini blog ..Zikrihusainicom tukar header baru =-.
busy body ke? :lawak-gile:
Man…nice la man…aku baru daftar tadik kat kakikomplen.
hang memang terbaik. aku nak belajar la dgn hang. bolehhhhhhh??
.-= Lee entri terkini blog ..Tadarus Al-Quran =-.
aku pon baru je blajar bro.. noobis lagi cenggitu.
bile hang dah register… nanti aku masukkan ye. aku buat manual
register.. sebab nak tengok saya yang register tu.. kenal ke idak.
kire ade pro dan contra la kat situ. :sengeh:
pada aku dah makin maju dan menarik
top 10 trafik blog aku pun datang dari kakikomplen juga,
terima kasih azman
.-= mijie entri terkini blog ..Kepentingan membaca ruangan komen dalam artikel blog =-.
ye ke? waa… terharunye :sengeh:
betul bro….
.-= mijie entri terkini blog ..Petua parking kereta di shopping complex =-.
datang jalan2 dulu… kejap lagi baca lagi
tapi………nak ckp
terimakasih…………dapat backlink
terkejut juga…sebelum ni tak de
.-= Kujie entri terkini blog ..Tips Mudah Blogger – Komen Salleh Groger Samsa =-.
erm… fungsi tu saya sedang sedaya upaya jayakan jugak. itu agenda utama blog kakikomplen tu :sengeh:
terbaik tu bro. simple dan nampak pro. dari segi function dan application pun dah ok. dah boleh start wat marketing tu
baru belajar la boy. kalau salah tolong tegur ye :sengeh:
Akan ku pasang RSS footer tersebut dengan kadar segera…
.-= Piratz entri terkini blog ..Muat Turun Advanced SystemCare Pro Serial Key =-.
pasang beb jangan tak pasang ye :sengeh:
baguslah Encik Azman ni
.-= Nizam6281 entri terkini blog ..PENGALAMAN MENYEDIAKAN IFTAR =-.
:kompius:
Bagus siap buat penerangan..Hehhe
Admin kat situ?
.-= Nizam6281 entri terkini blog ..KENAPA KELUAR IKLAN INNITY PADAHAL PASANG MANGGAAD =-.
setakat ni dah superb dah bagi aku. cuma tema agak kurang menarik skit. walaupun aku suka tema yg minimalis tapi nmpak mcm kurang ‘ceria’
aku tau banyak hang habiskn masa ejas coding. mungkin utk plan yg akan datang
.-= zaryl entri terkini blog ..Saman Ekor- Kenapa Patut Dikaji =-.
aku dah ubah layout lagi. memang saja tanak tambah grafik. semua memberatkan. aku nak senang di akses jer
untuk masa akan datang.. aku nak godek themes lain plak bro. hehehe aku tak terer macam hang. hang dah taiko ma~ :sengeh:
Pingback: Kaki Komplen Malaya » Perkembangan terkini #KakiKomplen.Com
makin maju da kaki komple skang ni.. agak-agaknya tak lama lagi bole kot jadi medium kita nak mengadu pasnih..
.-= mrnamie entri terkini blog ..Sepetang di Baazar Ramadhan Telok Mas =-.
media pengadu? ahahaha lepas tu sapa plak nak handle komplen beb. mati la macam tu :lawak-gile:
ramai yang tengah cari kerja kosong… :p hahaha :lawak-gile: :lawak-gile: :lawak-gile:
.-= mrnamie entri terkini blog ..Tolong jangan menunggang macam ni =-.
komplen jgn x komplen :lawak:
.-= PutraMalaya entri terkini blog ..PANAS Pelajar UITM Buang Bayi =-.