Lompatan Pra Serjarah Taman Layang-Layang Orang Kene Hurung Semut

Motivasi & Peribadi
16/01/2011 | 11 komen »

Sepetang kami bersama semalam di taman layang-layang. Saje la keluar buang masa dari dok terperap je depan komputer. Ambik angin pulak la kan. Plan yang addhoc terpaksa di aturkan sebab nak agihkan kad jemputan KNIZAM.Com.  Pada perkiraan saya… takut lepas ni masing-masing sebok. Jadi cuba-cuba la hubungi mereka semua, mana tau kot-kot boleh datang.

Cadangnya saya dengan isteri dan anak nak datang sekali. Tapi Cik Adik tak berapa sihat semalam. Jadi tak dapat la nak ikut. Berat hati jugak nak tinggalkan mereka berdua kat rumah. Maklum la, saya kalau nak pergi tempat-tempat macam ni kalau boleh nak la mereka ada bersama. Tapi apa boleh buat, Cik Adik tak sihat. Jadi saya datang sorang ditemani dengan Roslan Nazri. Pasal dah janji dengan kawan-kawan semua.. datang jugak la. Takkan nak batalkan pulak. Orang semua dah gerak dari rumah masing-masing.

Antara yang hadir semalam adalah:- saya sendiri, Roslan Nazri, Edwin aka Eddie & Aishah Rozi, Muhammad Tarmizi serta keluarga. Waktu aktiviti foto shoot, walaupon seronok… tapi kepala otak masih jugak teringat kat anak dan isteri kat rumah. Dah berkali ajak Cik Adik datang.. tapi itu la.. kalau datang pon… mood tak best pon tak bleh blah jugak la. Dia berehat kat rumah je.

Terima kasih kepada ZamFOTO yang mengagihkan kad Jemputan KNIZAM.Com kepada kami semua. Jauh-jauh mai… Tapi ok la.. walaupon sekejap je jumpa.. tapi dia sempat jugak jamah bihun goreng yang saya masak. Hahah.. Amacam bro, ok ke bihun semalam? Awan semalam tak berapa garang la kan??

Banyak perkara nak kene perbaiki dalam outing semalam. Teknik memang hampes berterabur. Lightning semua out… Jadi apa yang ade ni.. cuma sekadar “BOLEH LAHHH…” atau paling tidak... “BOLEH BLAHH…” Tak lawa. Dah la lense kotor rupanya. Kotor pasal ade anak orang lari-lari masa saya tengah meniarap nak SHOOTING Eddie dengan Aishah Rozi. Habis terperecik basah-basah air kat rumput padang tu. Jom layan gambaq!!!

Alah… kite main lompat-lompat la.. nanti I blanjer eskrem eh~

Camera ready??? Model Ready….?? anddd… Actionnn!!!

Aduh… ape setting aku tekan tadi ni??

Posing sangat cantik, tapi kameraman fail… sorry bro!

Kami nak kawin…. yeayyy~

Without a word… or a thousand words!

Tentang Penulis: Muhamad Azman Ishak

Sudah berumah tangga dan baru mempunyai seorang cahaya mata. Muhammad Amirul Amin di beri nama. Dulu seorang, lepas tu berdua. Sekarang... kami dah bertiga. Salam perkenalan untuk semua. Nota: Nak anak pompuan lak lepas ni... cadangnya.. rezeki anak lelaki atau perempuan... terima dengan REDO.. Amin~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

11 Maklumbalas kepada: Lompatan Pra Serjarah Taman Layang-Layang Orang Kene Hurung Semut