Tajuk “Semalam pergi jalan-jalan” ni rasanya dah banyak kali aku ulang kat blog. Tak pe la.. dah memang aku tak tau dah nak tarok tajuk ape.. OK.. untuk sesi jalan-jalan kali ni… bukan sebab sesi ubah cara hidup. Gile ape.. diaorang jer ke yang boleh nak jalan-jalan… rakyat biasa macam kita… dia suruh ubah gaya hidup.. duduk kat rumah.. jadi katak bawah desktop. Demm.. (still tak puas hati entri yang ni)
Jadinya pada hari Sabtu kemarin.. dapat pelawaan dari akak ipaq.. dia bagi tau Cik Adik yang dia jemput aku dengan Cik Adik aku dan sekeluarga join dia dengan anak sedara lain pergi Lost World Tambun. Ibarat pendrive dicita… EXTERNAL HDD 10TB yang dapat. Akak ipaq kata.. toksah risau.. cuma mai jer.. Tiket masuk dia dah beli online.. PErghh.. Laju jer start keter.. terus terbang ke IPOH.
Nak cerita banyak memang tak dapat la.. apa yang penting.. pengalaman enjoi dengan keluarga kat Lost World Tambun ni boleh aku katakan.. kenangan terbest. Mau tak best.. naik Flying Ship (swing ship) cam harun…. rasa kene geletek satu badan. Orang lain rasa gayat.. aku pelik gak.. aku naik tu sampai krem mulut gelak sebab kene buai-buai cam nak terkinceng kene geletek… bhahaa.. Masa naik buai tu.. kita dengan Cik Adik jer.. masa ni baru best dating.. hehehe.. Cik Adik? Offkos gayat…
Perjalanan dalam taman tema ni ade keretapi. Jadi sapa yang sampai sini.. aku rasa baik nkorang layan dulu tengok panorama hutan dengan taman tema ni. Tunggu keretapi datang.. jadi boleh pusing satu taman. Dimulakan dengan pemandangan kandang Rimau… lepas lalu kat kawasan Rimau.. nanti keretapi ni berhenti plak kat kawasan itik angsa dengan Mini Zoo.
Dah puas cuci mata naik keretapi.. aku plak kene tinggal keretapi sebab ralit layan tangkap gambar dalam Mini Zoo kat situ. Last-last keluar tengok keretapi dah tinggal.. CRAP… habiskan perjalanan sampai ke taman air semula jalan kaki. Mujur la tak jauh.
Bercerita pasal kesah dalam mini ZOO ni.. rasa macam tak mau lepas. Memang syok abes la.. lagi lagi kat tangan segengam dSLR. Meskipon dSLR cap apek losi… pon tak kesah. Cam best jer layan tangkap gambar. Tu pasal kene tinggal keretapi.
Mula masuk ke zoo akan jumpa dulu dengan kandang Beaver… ade gak ah cam muke Justin tu.. tapi yang ni lagi kuit.. lepas tu.. masuk teruskan perjalanan akan jumpa kandang Reptilia plak. Nampak ular sawa berbagai duduk dalam kaca.
Bila dah setel tengok beberapa jenis ular.. lepas tu masuk dalam hutan hujan. Sangat layan sebab tempat tu pulak adalah kandang burung. Just watch out jer la.. kot kot kene berak. Tetiba rasa macam duduk dalam kandang Dinasour Jurasikporak.
Kat dalam kandang tu.. ada beberapa jenis burung kakak tua.. merpati.. merak.. alah.. kalau dengar mungkin rasa cam biasa jer.. tapi kalau hangpa pergi.. dengan bawak sebijik kamera.. konfem layan… (bagi yang minat amik gambar jer la)
Lepas dah abis layan tangkap gambar… sampai tercirir keterapi.. terus jer carik Amirul dengan anak saudara yang lain.. Rupanya.. Amirul lepas turun dari keretapi.. dah terjun dah kolam kanak-kanak. Pantang betoi dapat air. Daripada demam.. terus kebah baik demam sampai ke hari ni. Alhamdulillah.. tak sesia bawak main air.

Gambar: Kolam Pantai.. kat kolam ni ade ombak tiruan…
Gambar: Kolam Air Panas – aku tak sure buatan atau semula jadi.. cam buatan jer.
Gambar: Kolam Air Panas… Volcano kata dia.. aku pon tak paham apa yang Volcano..
Gambar: Foot Spa – Pijak batu dalam air panas.. alah.. batu refleksi tu. (lense berwap)
Kat dalam Taman Tema – The Lost World Tambun ni dibahagikan kepada beberapa kolam…
Selain dari tamain air.. kat Lost World Tambun ni ade jugak tempat kering. Permainan tak berapa nak banyak la. Ade tiga jer yang default pon.
Malangnya kat Lost World Tambun ni tak dibenarkan nak berpiknik dengan membawa makanan sendiri. Ape hell?? Tak tau.. mungin takut sampah sepah-sepah ke ape ke.. Tapi makanan kat situ cam HARUN la mahal.. Mahal-tak-mahal pon rasanya masih pada harga logik la jugak. Tadek la sampai tak munasabah sangat harga tu. Kira fair la… Kalau rasa banyak duit.. boleh jer kafeteria yang disediakan.
Nota: Kan best… kalau selalu dapat tajaan percutian macam ni.. hahaha. Kepada RESORT-RESORT di Malaysia.. kalau nak saya promosikan tempat anda.. boleh hubungi adminATazmanishak.com. Sila sponser.. ye :p
harga masuk untuk dewasa RM21 ya? tak kira la even weekend pon? RM21 tu termasuk permainan basah ke?
tinggi kosnya nak masuk dalam ni.
RM38 kalau tak salah untuk sorangg.
pernah sekali ke lost world tambun
tiket blh tahan jgk la
eh mahal sangat ke tiket? RM38 kot sorang???
tak pernah sampai lagi bro.. harap2 nanti boleh sampai..
hang selalu turun sana sini.. mesti ade chance punye!
sorry lewat reply. bz giler bah kalau kao~
Best nyer
kalau ada peluang nak pergi bercuti kat situ jugak
wazy´s last [type] ..Mumble less Monday 2- Koleksi Lama
wazi… lagi best kalau ade orang sponser. bhahaha
kolam air panas tu buatan tapi sumbernya semula jadi. dulu kt tapak lwot ni asalnya kolam mata air panas, Sunway beli buat lwot..
Bapak´s last [type] ..Bidan Terjun
owhhh… ye ke? terima kasih atas sumbangan pengetahuan am.. memang sumpah tak tau citer ni. NICE sharing BAPAK!
Pernah sampai Tambun ni, tapi ikut rombongan sekolah bukan dengan family. Dulu rasanya belum ada mini zoo tu (ke kami tak abes pusing, entah le dah terlupa).
muhammad fakhruddin´s last [type] ..Pendeknya Usia Untuk Sebuah Cita-Cita
aku rasa pon mini zoo tu macam baru buat.. sebab cage pon cantik lagi.
aku tak sempat habis pusing tempat ni sebab sibuk cari kunci locker yang hilang sebab tak jumpa kena ganti RM 50…shit
yusri´s last [type] ..Tempat Menarik di Selangor- Homestay Sungai Haji Dorani
aiseymen.. naya betoi. tapi sekarang ni untuk locker dah pakai sistem locker macam mesin ATM. ade kene masuk password plak.. hahaha.. lepas mandi air kalau lupe password macam mane.. kwang.. kwang.. kwang.. lagi haru!
Salam INCIK AI,
Aku sekali pun tak pernah pergi sana lagi. Tapi satu yang aku perasan, semua gambar gambar dalam entri ni nampak cun woo. Baguih baguih, nampaknya kemahiran semakin awesome tu.
Lost World of Bukit Tambun bunyi macam cherita indiana jones pulak.
Selamat Hari isnin.
Wsalam En. RNR.
Eh bro.. kalau tak pernah pergi.. aku sarankan pergi la.. tempat dia tak berapa luas.. tadek la plak kecik sangat.. kire kalau perjalanan satu hari amat berbaloi. tapi kalau nak pergi. aku cadang kene pergi awai.. sebab dia bukak kui 10-6.00pm. nanti rugi plak tak bleh jenjalan pusing satu taman tema.
wahhhh.. lawa sehh foto-foto ko.. anyway, baca blogpost ko nih, membuatkan aku rasa mcm nak pegi Tambun jugak la.. tp cemana eh nak pegi? leh bagi google map dia tak?
Bro.. kat sini bro…
View Larger Map
Kalau dari kolumpo… hang terus jer dari Tol Jalan Duta menghala ke ipoh. Sampai tol IPOH.. keluar dari susur tol ipoh.. then hang akan nampak sinage – “The Lost World Of Tambun” warna coklat. Senang sangat.. follow jer sinage tu. memang sampai.
P/S: ni link map.. kot kot la map interaktif kat atas tu tak jadi plak dalam komen field.. bhahahaha
http://maps.google.com/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=Lost+World+Of+Tambun+Malaysia&aq=0&sll=4.634375,101.127296&sspn=0.02481,0.052314&g=Tambun&ie=UTF8&hq=Lost+World+Of+Tambun+Malaysia&ll=4.631051,101.168118&spn=0.02481,0.052314&z=15&iwloc=A
ah cantik la.. senang rupanya nak kesana. thanks bro!
uh best nya dapat jenjalan ngan family..
Entry Terbaru: Basic Tips on Personal Finance
memang best kalau ditaja.. kalau duit sendiri.. rasa berat jer bhahaha
miahahaa.. kena belanja kan benda paling best kan.. hehee