Sesi berbuka puasa Negaraku.My 2011 di Ayam golek Nara – Alhamdulillah… Semuanya berjalan lancar.

Blogger
14/08/2011 | 22 komen »

Ya.. syukur Alhamdulillah… sekali lagi kami berjumpa untuk tahun 2011. Rancangan yang macam ADD-HOC, terpaksa ditukar tarikh. Sepatutnya berjalan pada minggu sudah, oleh sebab ramai yang tak berkesempatan nak join, pihak pengelola bercadang menukar tarikh. Tetibe aku rasa macam nak buat catatan yang agak skema di sini. Tapi cam dah kekok untuk skema kat blog peribadi.

Dalam sedar tak sedar, aktiviti Buka Puasa Blogger yang pada satu ketika dulu dibawah naungan Negaraku.MY, dah pon mencecah tahun yang ke-EMPAT dan masih jugak mengekalkan di tempat yang sama kat Ayam Golek Nara. Barisan yang datang pon bukan calang calang…. ini termasuk di hadiri sendiri oleh tokey AYAM-AYAM Nara iaitu Abang NARA aka Beautiful NARA.. bhahaha… maafkan saya kerana TROLL.

Pendek kata… perjumpaan yang singkat pada tahun ni, dari awal perkenalan aktiviti Berbuka Puasa anjuran Blogger-Blogger cam RETIS sekitar KL, Pantai Dalam tak lupe juga Blogger RAWANG (Amanz.MY) yang kerap kali tutup muka bila nak ambik gambar *benci betullll*. Secara keseluruhan jumlah yang datang pada malam semalam dalam 20 orang kot… Senarai nama adalah seperti:-

Dari bujang… sampai yang dah berumah-tangga.. dari sorang.. sampai yang dah bertunang. Masing masing.. kalau datang.. Bak kata Kak Nani.. “mesti nak sembang dalam bahasa alien” Lol.. Jom layan caption!

Kak Nani tersenyum tengok ayam tergolek depan meja.

Amirul puas hari ni kene gomoi... semua pakat dokong dia.

Eddie: Hisshh... awek kat meja depan tu bleh tahan.. mujur ah tunang ade kat sebelah.

Khairul MK: Saya ni kan kak... sebenarnya tersesat lagi nak datang sini hari ni.

Abang Nara: Bro.. betoi ke kalau dah lekat.. tak bleh buat cenggini.. cenggini??

En. Khairul: Bhahaha... tu la orang tua-tua pesan... JANGAN GELOJOH!

Abang Nara: (sms... Yang.. brother-brother ni cakap.. tak bleh la nak buat cenggitu. kene releks dulu kot)

Odin Hassan: Yo peace... nanti datang la kenduri kami 18 Sept 2011

 Nota: Ok… abes dah TROLL orang.. bhahaha.. sebenarnya seronok jumpe nkorang semua ni. Kalau ada rezeki… umur panjang… rasa nak buat TRIP KE IPOH – LIFE4HIRE KAWEN!!!!

Tentang Penulis: Muhamad Azman Ishak

Sudah berumah tangga dan baru mempunyai seorang cahaya mata. Muhammad Amirul Amin di beri nama. Dulu seorang, lepas tu berdua. Sekarang... kami dah bertiga. Salam perkenalan untuk semua. Nota: Nak anak pompuan lak lepas ni... cadangnya.. rezeki anak lelaki atau perempuan... terima dengan REDO.. Amin~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

22 Maklumbalas kepada: Sesi berbuka puasa Negaraku.My 2011 di Ayam golek Nara – Alhamdulillah… Semuanya berjalan lancar.