Seharian di Kujie’s Water Theme Park bersama @Heymijie

Anak» Blogger» Motivasi & Peribadi
26/09/2011 | 39 komen »

Seperti yang dirancang bom-bang-bom-bang oleh geng-geng kat twitter, akhirnya yang berjaya sampai ke Rumah Kak Jie.. cume aku dan Bro Tarmizi. Kebanyakkan bebudak lain ade kerja. Biasalah… kalau dulu bujang boleh la depa henjut jer datang… sekarang ni, masing-masing dah berumahtangga kan… “Saya free.. tapi isteri plak sebok…” Ok well then, fine… aku pon dah bekeluarga. Dah paham masalah macam ni. So no heart feeling about it.

Tapi yang aku tak puas hati tu… si anak bujang – Aman Firdaus pon mengelat tak tau mane tak datang… DAYUMMM!

Pendek kata… yang best Kak Kujie cakap tanak masak. Ok… aku tak expect pon Kak Jie akan masak beria. At least masa datang sana, tujuan aku nak suruh si Amirul berendam dalam kolam. Hahaha… umah Amirul mane ade kolam. Umah flat la katekan.. nanti bocor tembus rumah bawah, *pengsan*. Sesampai kat pintu rumah Kak Jie, aku tengok banyak giler sakneka-mak-nenek terhidang kat atas meja. Wachaaaa…. Kak Jie ooo suprise apekah?

“Adik beradik Kak Jie kat umah depan sana tu buat umah terbuka… jadi tak sedap la kalau tak buat makan-makan sikit. Nanti depa datang.. tadak ape plak nak jamu..”

Rileks… coolll… and steady. Orang senior la katakan.. aku blom tanye lagi.. Kak Jie dah paham bacaan anak mata aku.. haaha… kantoi ok!! So Nkorang yang mude-mudi tu.. kalau bercakap dengan orang lagi tua… tak payah nak temberang tak hengat dunia. Semua dalam kepala nkorang tu… kami yang senior ni.. dah khatam 18kali dah *tetibe bebel*.

Elok lepas Aku dengan Cik Adik siap makan.. Amirul yang dah menggeledik dari tadi nak terjun kolam.. owh tadak tahan. Mama dia ambik pelampung dalam kereta.. aku yang jadi mangsa nak kene tiup pelampung Ben10 tu. Lenguh pipi aku sampai macam nak gelap mata duh… Masa ni.. baru Bro Mijie sampai… “Deymmnn… ape kelaut mu bawok keter wehhh” hahaha…

Jom layan gambar!

Apabila mem-mem besar jumpe geng bergossip... hahaha - (muke sonsored ok)

Macam biasa... Amirul kalau jumpe air... Mama dengan Abah dia pon dia lupe!

Fahim tak lalu makan sebab nak berendam jugak.

Amirul jadi tak ketahuan bila kene kerumun dengan akak-akak (Intan dan kawan-kawan dia)

So touch.... without a word. Boleh paham kan?

Masa aku sampai... bunga ni elok kembang... masa nak balik.. dia kuncup. Mijie is frusted!

Kolam dan taman tasik Kujie's Lake Garden... comei gile.. aku suke landskap kat umah dia.

Kawasan perumahan yang sangat tenang dan sunyi. Mijie cakap.. nanti pencen.. bleh duduk sini.

Tentang Penulis: Muhamad Azman Ishak

Sudah berumah tangga dan baru mempunyai seorang cahaya mata. Muhammad Amirul Amin di beri nama. Dulu seorang, lepas tu berdua. Sekarang... kami dah bertiga. Salam perkenalan untuk semua. Nota: Nak anak pompuan lak lepas ni... cadangnya.. rezeki anak lelaki atau perempuan... terima dengan REDO.. Amin~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

39 Maklumbalas kepada: Seharian di Kujie’s Water Theme Park bersama @Heymijie

  • kak ina kl berkata:

    wah rumah kujie ada swimming pool..bestnya

    • Muhamad Azman Ishak berkata:

      kekeke.. kalau nak datang.. kene bawak pelampung sendiri ye kak ina. pelampung tidak disediakan oleh penyedia perkhidmatan kolam renang. haha!

  • Denaihati berkata:

    Man bila pulak ko nak datang rumah aku ni?
    Denaihati´s last [type] ..Budget Malaysia 2012 cadangan Blogger @Najibrazak

  • Mish berkata:

    Kelihatan seperti menyeronokkan
    Mish´s last [type] ..Mac External Hard Drive

  • Pingback: Mereka Bukan Sekadar Blogger | Hidup Biar Sedap

  • ann berkata:

    Ha ha ha….Man…ko terlupa ke tak beri pujian pada tuan besar yang kat luar sana….he he he

  • suke tengok bunga tu. macam ada cahaya plak bila sekali imbas tengok.

    • Muhamad Azman Ishak berkata:

      cahaya tu hasil BOKEH pantulan cahaya langit kene ke air tempat lili tu bertakung.

  • Pingback: Dari dunia online turun ke dunia realiti bersama @kujie dan @azmanishak dirumah kakjie

  • arena84 berkata:

    Wah..macam mini reunion bloggera je..
    arena84´s last [type] ..Maha Suci Allah. Pelangi Cantik di Puncak Gunung Everest

    • Muhamad Azman Ishak berkata:

      reunion tu tak jugak kot.. pasal kitaorang bleh katakan pernah berjumpe jugak.. tadek terpisah mane pon… cume masing-masing berkenalan atas talian :D

  • Fazreen berkata:

    ok fine kak jie tak jemput een..hahahaa
    Fazreen´s last [type] ..Sketchetik – Free Font by Ossi Gustafsson

  • Kujie berkata:

    ehhh… nak komen lagi

    gambar mak2 tu betul2 comel lah…sebab meriah je dengan warna² ceria – pink, oren dgn biru dalam kebun pisang! hehe

    • Muhamad Azman Ishak berkata:

      tak berani nak publish muke masing-masing. nanti mengganggu privacy. maklum la.. semua mem mem comey-comey belaka.. kekeke..

      p/s: tetibe ingat cam citer industan tengah nanyi lagu dalam taman bunga kan..

  • mijie berkata:

    1. aman kakjie sms pun tak berjawab…remaja memang suka bgn lewat muahaha

    2. memang terkejut sebab tersedia nasi ayam madu yg best, sampai je rumah kakjie terus mmengadap nasi ayam lepas tu makan pasta sup yg best

    3. memang orang2 dewasa tahu apa yg kita rasa atau nak ckp, tak perlu ckp pun dah tahu

    4. seronok kan tiup pelampung ben 10 tu pakai mulut je haha lain kali beli pam belon tu, mau semput nak tiup

    5. bukan kelaut pun aku bawak keter, pagi tu bersih rumah, cuci toilet basuh baju selesai dalam 11 lebih pukul 12.30 baru gerak…dah tu 1.30 sampai ok la tu…tapi mmg smlm aku bawa keter slow, 80-100km/h je haha bini aku bebel, time keter tak banyak bawak slow bila dah keter banyak bawak laju lak

    6. fahim sampai2 je tak nak makan bila tengok amirul dah berendam dlm kolam, fahim pun mmg cukup exicited kalau dapat mandi kolam…bila dah mula main kolam tak nak naik dibuatnya

    7. aku dan bini aku ckp sgt sweet apa yg intan buat mural kat dinding rumah tu…nyesal aku tak snap

    8. mak2 ni memang cepat peramah kan, boleh berborak walaupun hanya kenal sblm ni melalui online…

    9. aku jeles sbb tak capture moment masa bunga tu kembang, bila nak balik baru nak ambil bunga tu dah kuncup, yer yer kamera aku cikai je tak mcm sony hang

    10. tapi memang betul kan rumah kakjie kalau lepas pencen memang seronok duk situ

    apa2 pun memang best bila berkunjung rumah kakjie, siap sediakan bilik utk kami lagi nak solat and sebagainya, dah mcm rumah sendiri haha boleh masuk bilik, dapur n etc…maaf yer kakjie kalau perlakuan kami kurang menyenangkan

    lain kali rasa nak dtg lagi la rumah kakjie, best

    p/s : ok azman aci tak kalau komen aku ni ko anggap sebagai entri aku di blog so tak payah aku update blog aku hahaha
    mijie´s last [type] ..Selamat hari lahir sayang

    • Muhamad Azman Ishak berkata:

      1. Aman dengan aku pon senyap terus.. dah la no tepon dia aku tadek.. aku #tuit.. tak reply.. hangin betoi. haha.. padahal sekangkang periuk kera je pon dengan umah kak jie!

      2. Nko tau tak pe.. aku speechless.. kak jie kata tak buat masak-masak. so now bleh tengok.. sapa semata-mata nak datang makan.. maka dia tak datang.. bhahha… You’ll kantoi ok!

      3. Mijie.. nko bukan tua dari aku ke? Wachaaaaa!!!!

      4. Lepas pelampung kembung.. aku nak bangun rasa cam nak pitam.. demm~

      5. Bhahaha… ooo reasen datang lambat sebab kene dera atau redo dengan tugas harian? haha… but alleast.. ade gak geng wife aku nyembang..

      6. Fahim mula-mula takut-takut… lepas tu… dia la orang yang dok kocakkan air dalam kolam tu. haha!

      7. Banyak sentimental value kat umah kak jie.

      8. Mula mula masa jumpe kat negaraku.. masing-masing cam nak sembang.. but cam wife aku cakap.. scenes too crowded. so mood nak sembang jadi terbantut. pas tu masing-masing dok kelek anak.. lagi tadek harapan nak bergosip kan. haha!

      9. Ye la.. kamera aku tak mahai cam kamera hang.. wihite balance bleh adjust sesuka hati.. kamera aku tak mampu…

      10. ok.. segan gak.. dapat bilik sorang satu.. ahahaha… cam balik rumah mak mertua tetiba ok.. terasa cam keluarga sendiri *series tak tipu*

      p/s: aku tak kire ape alasan.. kau update gak blog kau hari ni.

  • Kujie berkata:

    pokok pegaga yang penuh rumput tu nampak cantik dlm gambar ni..hehehe..nak kena jaga lek lok tu…nampak seni lah pula. kalau hari2 tengok macam tak de apa2 dah.

    lily kat luar rumah tu pun…eeee……….kesian pula tengok macam diabaikan kurang kasih sayang. rasa bersalah pula…..walai lilly purpleku!

    gambar last tu..hahaha..lampu pagar yg bergerutu…abaikan sebab tuan rumah buat sendiri bukan upah tukang pun.

    gambar mak2 kat atas tu comel²lah….

    Terimakasih korang sudi datang…serius sangat hepi sebab meriah…lain kali kalau bosan kt rumah tatau nak g jalan mana, singgah je rumah kak jie..kita lepak2 sembang2 bergossip

    • mijie berkata:

      walaupun yg kenal ialah kakjie, azman dan saya tapi si isteri2 boleh mesra dan berborak mcm masing2 dah kenal lama, hehe

      wife sy ckp memang best dtg rumah kakjie

    • Muhamad Azman Ishak berkata:

      suke tengok pokok pegaga tu.. lain sudutnya… memang cantik.. dengan seri-seri lalang yang menyibuk dalam pasu tu.. bertambah lak serinya… terjuntai sampai air.

      water lili kat luar memang cantik giler. sayang tadek macro lense. ni pon pakai lense 210. duduk jauh gile nak snap dapat result cam tu.

      pagar tu nak menggambarkan suasana yang cool and silence.. tapi sepatutnya ambik dari atas.. sebabkan kameraman dah penuh perut.. jadi dia bantai jer tangkap. haha.. #tadekmotif

  • Sham Hardy berkata:

    lawa gambar bunga lily tuh

  • syafiq_lomotech berkata:

    maap puan kujie sebab gagal menghadirkan diri walaupun dah dijemput acap kali.
    minggu lepas sebab nak ke pahang.
    minggu ni nak ke sabah pula T__T
    dan terus ke terengganu kerana konvo.

    mungkin satu hari nanti dapat jumpa :D

    apa pun saya suka gambar bunga itu wahai enche’ gaban :D chantek nian sekali.
    syafiq_lomotech´s last [type] ..Rotan 36 Kali

    • Kujie berkata:

      Kak Jie tau..sebab minggu lepas kot ada baca shedule awak tu yang sibuk ke sana sini dalam twitter.

      BIla -bila masa datanglah…tak ada perayaan apa2 pun tak pe
      ajak je dua tiga – bukan jauh sangat pun dari KL

    • Muhamad Azman Ishak berkata:

      bhahaha… jawab la hang dengan kak jie. lololololol…