
Lopak yang hanya sekadar pandangan biasa.
Baru-baru ni aku ade terbaca pasal teknik fotografi ni dalam sebuah blog jurugambar profesional. Agak tertarik dengan teknik pantulan dan putaran, jadi petang tadi aku cuba sendiri… Kebetulan hari ni hari cuti am sempena perayaan Deepavali. Tapi Mama Amirul pulak kerja. Maka sekali lagi seperti biasa temakan dia di tempat kerja. Dengan berbelakkan apa yang aku masih ingat pasal teknik pantulan dan putaran ni… aku cube pada lopak air di PPUM ni dan hasilnya… aku tersenyum sorang-sorang.
Rasa puas bila boleh aplikasi teknik ni dengan menggunakan kamera sendiri… meskipon kamera murah :p Imej-imej kat bawah adalah pantulan subjek yang aku tangkap dari lopak air. Ye dari lopak air… kemudian pakai software Photoscape untuk menterbalikkan imej tersebut pada putaran 180°. Maka terhasillah pantulan ilusi pada permukaan seolah-olah aku sedang tangkap dari bawah lopak air menghala ke atas.

Lopak2- Cubaan pertama kedua dan ketiga selalunya hasil masih kurang memuaskan...

Lopak3 - Ini bukan teknik Photoshop. Gambar seolah-olah dalam dimensi yang berlainan.

Lopak4 - Seolah-olah di alam mimpi kan?

Lopak5 - Gunakan photoscape untuk: Rotate 180°, color enhanced + sharpness.

Lopak6 - Ok.. sekarang percaya tak? Gambar bukan dari teknik photoshop kan? kan???

Lopak7 - Ada sedikit touch-up pada Contra dan juga Sharpness. Harap maklum.

Other1 - Artwork tidak berkaitan. Sementara nak tunggu time 09.00pm di Kolam PPUM

Other2 - Gambar telah di edit.. dibuang noise dan juga di naikkan Sharpness.

Other3 - Landskap ini diterangi sportlight. Jadi kene set White Balance yang betul. ISO agak tinggi.
Nota: Cemuih gile sementara nak tunggu Mama Amirul balik kerja. Laptop tak bawak… bateri hanpon habis… charger henpon tertinggal kat opis. Owh Bagus!!!
haha…cun..tak pernah try cara ni…kena try skali nih…
Menarik gambar lopak air tu
wazy´s last [type] ..1-11-11
aku terbaca satu blog pasal teknik ni. kebetulan hari tu hari hujan.. terus buat teknik ni
Pingback: Berkursus boleh hilangkan stress di tempat kerja
suka tengok dan baca , langsung tak tahu apa bab ni ..
puanbee´s last [type] ..Giveaway Herba Maharani Puanbee & Ayujamal
salam kak bee. panggil kak bee boleh kot kan?
hahaha… tak paham apa yang saya bebel tu? tak pe..
kita layan jer gambar kaik release tension eh.
terima kasih sebab sudi datang singgah kat blog yang tak semenggah ni
walaupon gambar air, tetapi tetap menarik
Juan´s last [type] ..Death of Gaddafi | Kematian Gaddafi
aktiviti seminggu sekali bro!
Teknik mcm ni aku pun tak pernah bljr lg, nak komen pun aku tak mampu sbb semuanya nampak cantik dr segi kompo, reflection pun cantik cuma kalau nak amik gmbr mcm ni lg syok kalau guna tripod, slow shutter br boom hasilnya
Apapun lense hang mahal, detail gmbr tu jadi menarik…
mijie´s last [type] ..Dari puteri resort melaka ke klinik bukit changgang
mesti nak kaitkan lense mahal. lense aku second hand kot. tadek makna lense mahal bro.
p/s: sebenarnya aku malas nak keluarkan tripod kaki payung aku. tiup dek angin… konfem terbalik dengan kamera. nangis dowh kamera masuk lopak air.