Kehabisan subjek atau kekeringan idea?

Anak» Motivasi & Peribadi
16/10/2011 | 12 komen »

Sepetang di taska PPUM.

Dah dekat dua minggu dah aku rasa agak sebok dengan tugas harian. Jadi aku lebih fokuskan pada kerjaya berbanding hobi masa lapang. Sebab sekarang ni pon… kerjaya aku ni aku anggap sebagai hobi yang aku paling minat. Membahagikan antara hobi paling aku minat dengan hobi masa lapang… dah tentu fokus kat hobi yang paling diminati tu agak lebih sikit. Sikit-tak-sikit… blog aku jugak dah bersawang sejak dua minggu ni.

Gambar ni aku ade touch-up skit. Scene waktu malam. Tanpa flash.

Mungkin minggu ni dan seterusnya jugak aku akan sebok. Aku tak tau bila masa aku akan stabil macam dulu lagi. Tugas dan tanggungjawab yang dibagi oleh majikan… perlu dipikul untuk masa depan kerjaya aku jugak. Sebelum aku kelaut merepek bukan-bukan… hari ni aku sekali lagi berkampung kat Taska PPUM. Temankan mama Amirul kerja. Sambil menunggu waktu 9.00pm… macam biasa… capai kamera kesayangan. Mulakan tembakan!

Tersalah fokus. Terpilih pada urat akar yang terjurai...

Macam rasa nak beralih pada dunia macro... tapi lense nak beli tak mampu

Pokok yang kerap aku belek.... setiap kali aku singgah ke PPUM ni.

Berlatar belakangkan bangunan Chanseloria kat PPUM.

Effect ditambah: Bloom dan Old Film Effect menggunakan Photoscape.

Hanya menggunakan effect Bloom untuk kelihatan macam Taman Bunian.

Cuba memperbaiki komposisi.. tapi masih juga banyak yang perli diperbaiki

Sekali lagi menggunakan Bloom + Vignetting

Gambar penutup sebelum balik. ISO 400 pada f4.5 1/2sec

Nota: Selepas ni… tak tau mane lagi subjek aku nak carik kat Taska PPUM ni. But apa yang meriangkan hati, sifu aku @Aeropama dah ade kat KL. Yeayyy~

 

Tentang Penulis: Muhamad Azman Ishak

Sudah berumah tangga dan baru mempunyai seorang cahaya mata. Muhammad Amirul Amin di beri nama. Dulu seorang, lepas tu berdua. Sekarang... kami dah bertiga. Salam perkenalan untuk semua. Nota: Nak anak pompuan lak lepas ni... cadangnya.. rezeki anak lelaki atau perempuan... terima dengan REDO.. Amin~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

12 Maklumbalas kepada: Kehabisan subjek atau kekeringan idea?

  • wazy berkata:

    Semua gambar yang bro ambik ni cantik,boleh hilangkan tension bekerja
    wazy´s last [type] ..Spontaneous Thursday #7

  • Shahran Sam berkata:

    kenapalah camera dslr ni mahal2 yerk. sakit pale tgk harga mcm tu..teringin nak blaja sbb berminat, tapi brg belum mampu nak beli. asik dok tgk gambar org je lah. dulu dpt snap gambar semut mayat yg terlalu halus tu. rasa kagum! aku suka tgk benda kecik2 ni. sbb mata sendiri x bole nampak. bykkan gambar macro bro

    • Muhamad Azman Ishak berkata:

      Bajed berapa bro? Kamera aku Sony A290. Harga dalam RM1500.00± termasuk kit lens. tak pe bro… kumpui duit pelan pelan.. aku pon pelan-pelan kumpui dulu semata-mata nak hobi ni.

      Nak main macro… lense plak tadek bro. hahaha… so rilek dulu. kene kumpui duit baru bleh beli. ini hobi mahai bro. kita tak bleh sangat nak ikut orang lain.

  • adamfaiz berkata:

    Orang makan gaji cam kita ni kena la utamakan kerjaya.. tapi memang bagus ada hobi masa lapang cam fotografi ni.. aku? Minat gak fotografi…. minat tengok hasil orang hehehe… :)
    adamfaiz´s last [type] ..Wordless Wednesday 11 – Usaha Tangga Kejayaan

    • Muhamad Azman Ishak berkata:

      kene kumpui duit la bro kalau minat. aku pon bayar duit kamera pon tak abes lagi. mane nak mampu beli harga ribu-ribu selepuk. tapi demi hobi la kan… henjut jer.. hahaha

  • Wan Perlis berkata:

    pinjam camera blh x
    hahaha

  • Rosley berkata:

    Hello admin,

    Rupanya bidang fotografi ni keja dia mampu menenagkan fikiran selalu kan,adoi silap saya g ambil bidang automotif,tiap tiap hari repair kereta je hihi

    Cheers,
    Apple iPhone 5

    • Muhamad Azman Ishak berkata:

      Hi Rosley,
      Bidang automotif pon bagus ape! aku bukan kerja dalam lapangan fotografi. tapi aku jadikan fotografi sebagai hobi. xceli aku kerja sebagai System Administrator.

      Salam ceria dan salam kenal!

  • mijie berkata:

    aku jeles sebab lense ko tu kalau main bokeh memang cantik, semua gambar kat atas aku dah suka…tambah2 yg last tu gambar waktu mlm, tp sbb hang dah guna shutter speed 1/2 sec for sure nampak bhlurrr skit…

    kalau aku naikkan iso skit, apperture sebesar mungkin ( f number paling kecil) pastu shutter speed naik skit utk elak gegar…

    ok sekian sahaja dan aku tengok hang sekarang mcm dah nak ke makro je..
    mijie´s last [type] ..Selamat Hari Lahir yang ke 2 Muhammad Fahim anak daddy

    • Muhamad Azman Ishak berkata:

      Bro… sham cakap dengan aku… pasal bokeh ni… perletakan subjek dengan latar belakang… mesti jaraknye 3x ganda antara jarak hang dengan subjek. maka latar belakang automatik jadi bokeh. itu kalau pakai kit lense ar. sham ade prove kat aku masa aku 1st-1st pakai camera ni.. dia yang ajar aku pasal DOF utk kit lense.

      (gambar last) – aku rasa agak fail kalau gambar aku ade noise. sangat mengganggu emosi duh… compare to blur. bila ade noise ni… aku rasa gambar aku macam kene pasir jer…

      kalau aku naikkan iso = noise >. Kamera aku bukan macam kamera hang… sebab hang punye Noise Reducing pawer… so bley la main ISO tinggi. kamera aku murah kot. hahaha…

      F-Number untuk lense 70-210mm aku hanya f4.5. So tak bleh bukak lebih macam kit lense bley pergi sampai f3.5. kan?

      Macro? nak beli lense… tapi tak mampu. aku bukanlah seorang penyabar utk main macro. haha!