Wow… tak sabar giler nak tengok movie ni. Tayangan dijangka bermula pada awal bulan May. Makin banyak pulak Ironman yang di duplicate. Lepas tuh, Ironman ade pulak pembantu. Erk.. nampak macam pakai pedang samurai jer kat belakang badan partners dia. Nak bawak gak Cik Adik pergi tengok wayang kali ni. Tak kira
P/S: Sekejap lagi nak jemput dia. Sunyi betoi duduk sorang-sorang neh. Dah la cuti… Tapi dia pulak tak dapat. Sebab kekurangan staff kat tempat dia bertugas… nasib la badan~
Penting sangat tu tidak la.. eh tapi kiranya penting jugak la. Perkara ni saya kira pernah dibangkitkan oleh Kak Jie satu ketika dulu. Maaf, saya dah terlupa dimana artikelnya. Mungkin Kak Jie boleh meninggalkan jejak cacatan tersebut di sini. Owh.. satu lagi pada entri terbaru DenaiHati. Ada pula pendapat berkata, PR ni sekadar untuk blogger yang mengada-ngada. Eh eh eh… dengki la tu hahaha.. Bukan macam tu… dah bertahun kamu berblog, takkan le tak mahu tau di mana kedudukan kamu sekarang sebagai seorang penulis blog? Continue reading »
Dah dua tiga minggu saya memerhatikan gerak-geri dia. Ada perkara yang dirungsingkan barangkali. Ahh… tak boleh dibiarkan budak ni. Kalau tidak, perkara sebegini akan menjahanamkan karier dia satu hari nanti. Kalau dia ada masalah kenapa pulak tak mau nak bincang? Ada baiknya saya panggil dia masuk ke pejabat sekejap…. mana tahu kot kot boleh motivasi budak sorang ni. Tengok macam tak semenggah jerrrr… Continue reading »
Salam ceria semua. Sebenarnya berat rasa hati nak publish kucing kesayangan macam ni. Tapi aku terpaksa jugak berbuat demikian. Memang kalau ikut kira tak sanggup nak bagi kucing-kucing ni kat orang. Sayang giler ah… Keadaan memaksa dimana My Sweet Lover kadangkala mengalami alahan teruk terhadap kucing. Dia sememangnya juga seorang penggemar kucing. Tapi memandangkan dia sekarang berbadan dua, aku risau jugak boleh membawa kesan sampingan kepada kandungan kelak.
Salam bahagia semua. Seperti yang kamu sedia maklum, Perisian Flash sebenarnya telah didatangkan bersama pakage untuk membina execute file (*.exe) Tapi agak sedikit mengecewakan dimana sesetengah fungsi script yang ada pada flash telah disekat apabila formatnya menjadi EXE. Ini bertujuan supaya aplikasi yang dibina berasaskan flash tidak membahayakan kepada komputer anda. Itu mungkin sebagai salah satu sebab mengapa ianya terjadi. Continue reading »
Komen Terkini