Rss Feed
Tweeter button
Facebook button
Technorati button
Dec 31

Kalau pergi mana-mana blog, kesemuanya dah pon menulis pasal rentetan peristiwa sepanjang pambabitan mereka sebagai penulis blog untuk sepanjang tahun. Jadi aku rasa agak rugi juga melepaskan peluang yang datang hanya setahun sekali. Untuk aku, pada tahun ni memang dah macam-macam berlaku mujur juga aku catatkan di sini sebagai kenang-kenangan.

Tahun ni merupakan tahun yang bersejarah untuk aku dimana perkara yang penting dalam hidup telah pon aku lalui. Genggaman tangan kanan bersama tok kadi di sambut dengan tugas dan bebanan yang dipikul adalah bukan satu perkara yang mudah sekiranya meteliti tidak disiap sedia dari awal. Kesah yang lepas pada blog ini ade aku catatkan mengenai pelbagai kesah suka duka dalam hidup. Terima kasih yang tak terhigga aku ucapkan kepada kamu yang tak putus-putus memberi semangat.

Setinggi ucapan terima kasih kepada Bro KNizam sebagai tutor aku yang telah memberi tunjuk ajar teknik-teknik live blogging. Bagi aku dia adalah seorang pelopor Live Blogging dalam Malaysia ni. “betoi ke nko yakin aku sorang jer yang mulakan live blogging ni?” hehehe… Dia seorang yang sangat merendah diri. “Aku rase,aku cume kenai hang sorang jer yang memulakan aktiviti live blogging kat Malaysia ni bro”

Terima kasih juga tak lupa kepada: Noktahhitam yang telah memberi Lite Themes – Live Blogger sebagai percuma kepada rakan-rakan yang ingin menjadi live blogger. Di kesempatan ini beberapa kredit khas sebagai tanda ucapan terima kasih dari aku untuk:-

  1. Roszizul - Sponser AzmanIshak.Com selama setahun.
  2. Qiilans87 - Install GARMIN dalam N95 aku secara percuma.
  3. Bro KNizam - Sifu Live blogger dan juga Sponser FLICKR-Pro selama setahun
  4. Jerung Perkasa - beria-ria belanja Burger King + Hadiah kawin. Terharu beb~
  5. Kak Jie, Akak Azie, Akak Azah, Akak IdaLara - Ibu-ibu yang merangkap pangkat akak yang aku respek yang banyak bagi tunjuk ajar supaya aku boleh jadi seorang suami yang prihatin kepada isteri.
  6. En. Megat & En. Sukhairi - Otaimer yang paling di hormati.
  7. Amanz.My, Khairul, Bat, Anarm, Topotato, Ryehanna, Kruel74, Chokilala, IcedNyior, Tekong, MrKay2911, EjamOthman, Hurul_Aini, ShamHardy, menteil dan juga geng #sembangLebat yang yang lain… nkorang semua memang best.
  8. Noktahhitam, Aeropama & Life4Hire - Kawan yang aku paling rapat seterjebaknya aku menjadi seorang blogger dan menetap di Kuala Lumpur. Jasa baik kamu memang takkan aku lupakan SAHABAT!
  9. LuthTEXTILE - Satu-satunya blogger yang hadir masa Majlis Perkahwinan aku. Siap dengan berbaju-T bloger lagi. Terharu gilerrrr~
  10. Tak lupa juga kepada kamu yang berada di sini. Aku ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan kamu semua. Tampa kamu.. mungkin aku tidak sanggup untuk memperbaharui kos blog ini yang agak mahal pada zaman ekoNOmoney haha..

Ok ok… bila dah nama live blogger.. apa kata kita tengok sedutan-sedutan sepanjang pembabitan aku dalam Dunia Blog khususnya Live Blogger.

Pertama kali jumpa NoktaHitam ditemani Life4Hire dan Callister

Pertama kali jumpa NoktaHitam ditemani Life4Hire dan Callister

Gathering pertama aku sebagai blogger - Negaraku.Net
Gathering pertama aku sebagai blogger – Negaraku.Net

#RayaTWEETup - Kelolaan ShamHARDY dan & IcedNyior

#RayaTWEETup - Kelolaan ShamHARDY dan & IcedNyior

Detik debaran sebelum Majlis Akad Nikah 7/11/2009 (7E2009)
“Detik debaran sebelum Majlis Akad Nikah 7/11/2009 (7E2009)

Luth Textile - Hadir masa Majlis Makan Beradap masa 7E2009. Blogger paling sporting

Luth Textile - Hadir masa Majlis Makan Beradap masa 7E2009. Blogger paling sporting

Alhamdulillah rezeki. Aku sayangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. *series aku nanges~*

Alhamdulillah rezeki. Aku sayangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. *series aku nanges~*

Bertemu dengan Akak Kujie dan anak-anak. Terima kasih ye Kak Jie

Bertemu dengan Akak Kujie dan anak-anak. Terima kasih ye Kak Jie

Bertekad untuk berhenti merokok. Bermula pada hari esok dan seterusnya. Mampukah???

Bertekad untuk berhenti merokok. Bermula pada hari esok dan seterusnya. Mampukah???

Apa yang pastinya pada tahun 2009 telah banyak mengubah aku dari segi pemikiran dan penampilan. Sepanjang pembabitan dengan blog, ramai kenalan yang aku dah jumpa. Satu pencapaian yang boleh aku banggakan. Terpikir jugak aku bila nak jumpa KNizam dan En. Megat. Hehehe… nama sebenar pon aku tak pasti. Tapi aku menanam cita-cita agar dipanjangkan umur untuk bertemu dengan kalian pulak.

Secara keseluruhan banyak yang aku idamkan pada tahun lepas telahpon tertunai. Maka untuk cabaran pada tahun baru pula aku menetapkan matlamat:-

  1. Tahun berhenti merokok – bertekad
  2. Menimang cahaya mata – insyaallah~
  3. Mendapatkan pekerjaan lebih baik – amin
  4. Memiliki kenderaan yang cukup menampung keluarga – alhamdulillah
  5. Memiliki rumah sendiri – amin
  6. Membeli sebiji dSLR sebagai hobi baru – amin
  7. Selebihnya akan ditambah dari masa ke masa. Memandangkan tanggung jawab sekarang ni semakin bertambah.

Dengan ini AzmanIshak.Com (Muhamad Azman B. Ishak dan isteri) mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pembaca blog ini. Semoga apa yang diimpikan dan apa yang kita usahakan selama ini diberkati Allah. Kami berdua mendoakan kalian agar sentiasa berada di dalam peliharaan Ilahi. Sama-sama kita doakan kejayaan sahabat kita yang lain. Amin.

Tagged with:
Oct 10

Assalamualaikum semua. Aku rasa mungkin terlalu awal untuk aku umumkan mengenai perkara ini. Meskipon ade diantara kawan-kawan di dalam talian sudah pon mengetahuinya. Malu ade.. segan ade… gugup ade.. macam macam perkara sekarang ni tengah bermain dalam kepala aku. Sampaikan nak menulis entri ni pon aku dok pikir apa ayat yang aku nak buat. Continue reading »

Tagged with:
Aug 30

Ye.. aku ini lah yang dikatakan sebagai penganjur yang berkaliber. Sebagai usaha murni daripada NoktahHitam yang agak rase kecewa dengan tokey kedai ayam golek tuh.. maka N.H tak puas hati.. nak jugak buat Aktiviti Berbuka Puasa Bersama Blogger di tempat yang sama, pada hari Isnin ni.. ? WTH? Besok laa tuh.. hahaha… Aku amat mengalu-alukan

Tagged with:
May 14

Terlebih dahulu ingin aku jelaskan (tengok gambar pon bleh tahu) bahawa ini bukan dari idea aku. Sebenarnya aku amat teruja dengan projek yang dicadangkan oleh Mohd Ismail dalam blognya baru-baru ini berkaitan dengan Twitter dan Sambutan Hari Merdeka. Oleh yang demikian aku mencadangkan Projek ini diberi nama Twitter Merdeka sempena idea saudara Mael kita.

Berdasarkan konsep yang beliau cadangkan, aku rase amat tertarik untuk turut serta, kerana Twitter sekarang menjadi satu medium penyampaian maklumat terkini yang pantas terutama bab-bab

Tagged with:
Apr 17

Fuh… maka berakirlah sudah segala penantian kite semua untuk contest yang pertama kalinya aku adakan kat blog kali ni. Terlebih dulu aku ucapkan jutaan terima kasih untuk nkorang semua yang sudi mengikuti contest ni. Walaupon memang aku tahu hadiah yang ditawarkan langsung tak lumayan. hehehehe~

Tanpa membuang masa lagi aku mengumumkan pemenang untuk contest pada kali ini. Tapi sebelum tuh apa kate nkorang semua tengok macam mane aku mengadili setiap peserta menggukan Random Winner Generator yang aku telah tambah beberapa code keselamatan.

Maka dengan itu aku umumkan secara rasmi, pemenang Anniversary Contest aku ni ialah:-

1. En. Hydir – http://www.hydir.com/?p=81

2. Jerung Perkasa – http://jerungperkasa.com/contest/azman-ishak

3. Chempaka – http://chempaka85.blogspot.com/2009/04/azmanishakcom.html

3x Keychain – Untuk tempat keempat, kelima dan keenam.

4. Wan Di Sini – http://www.wandisini.net/2009/04/perpindahan-paling-lumayan.html
5. Anarm – http://anarm.net/blog/azman-macam-hulk/
6.HajarDK -

Tagged with:


preload preload preload