Rss Feed
Tweeter button
Facebook button
Technorati button
Mar 10

Bukan saya nak berbangga. Tapi itulah sebenarnya kuasa yang ada ditangan pengguna. Lebih-lebih lagi seorang blogger. Hasil carian di Google.Com mendapati, kata kunci untuk perkataan P1W1max dan Azman berada pada carta teratas dan ianya adalah merujuk kepada blog ini. Saya tidaklah nak berbangga sangat dengan keadaan tersebut. Cuma apa yang saya nak sampaikan di sini adalah pengguna berhak menentukan pihak mana yang dia suka ataupon tidak. Continue reading »

Tagged with:
Mar 07

Penting sangat tu tidak la.. eh tapi kiranya penting jugak la. Perkara ni saya kira pernah dibangkitkan oleh Kak Jie satu ketika dulu. Maaf, saya dah terlupa dimana artikelnya. Mungkin Kak Jie boleh meninggalkan jejak cacatan tersebut di sini. Owh.. satu lagi pada entri terbaru DenaiHati. Ada pula pendapat berkata, PR ni sekadar untuk blogger yang mengada-ngada. Eh eh eh… dengki la tu hahaha.. Bukan macam tu… dah bertahun kamu berblog, takkan le tak mahu tau di mana kedudukan kamu sekarang sebagai seorang penulis blog? Continue reading »

Tagged with:
Mar 05

Dah dua tiga minggu saya memerhatikan gerak-geri dia. Ada perkara yang dirungsingkan barangkali. Ahh… tak boleh dibiarkan budak ni. Kalau tidak, perkara sebegini akan menjahanamkan karier dia satu hari nanti. Kalau dia ada masalah kenapa pulak tak mau nak bincang? Ada baiknya saya panggil dia masuk ke pejabat sekejap…. mana tahu kot kot boleh motivasi budak sorang ni. Tengok macam tak semenggah jerrrr… Continue reading »

Tagged with:
Dec 23

Aku mendapat tahu pasal Google Sketch-Up ni asalnya dari blog Noktahhitam. Masa tu, kalau tak silap aku, dia ade membebel apa tah pasal nak buat sketch bilik tidur dia. Siap ade gambar katil ngan jamban bergagai. Aku jadi tertarik pulak dengan perisian ni. Jadi aku Google la… dah komfem lah dapat… Entah kenapa tiba tiba pulak hari ni aku rajin untuk sketch semula ruang pejabat yang aku duduk sekarang ni. Mungkin agak bosan barangkali.

Secara keseluruhannya gambar tersebut menepati susunan atur perabut pejabat aku. Nanti kalau rajin, aku nak buat Storage Compartment plak.  Senang sikit kalau nak buat Safety Meeting nanti. Oh ye.. terlupa plak… aku gunakan Google Sketch-Up Pro. Kalau sesapa yang nak Pro Version, boleh carik kat @AnarmNetwork atau KillVern (@Pge46)

P/S: Shah a.k.a KillVern a.k.a PGE46 dah pon selamat bertunang baru-baru ni. Dengan cincin bergaya berbagai dalam pesbook. Jadi #AnarmTAKtahan bile lagi? erk… Qiilans87 plak? Semoga Allah mempertemukan jodoh kalian dengan wanita idaman yang baik-baik.. amin..

P/S2: Yang ni plak special Quote untuk Noktahhitam a.k.a Eddie… hahaha “psstt.. Eddie.. dah dapat ker email doktor or refering link dari blog Kak Jie?” – jangan marah ye~

P/S3 : Malas nak tarok gambar komputer atas meja. Sebenarnya banyak komputer.. tapi malasnye nak design keyboard. Kat Google boleh download tak perabot-perabot?

Tagged with:
Dec 21

Salam ceria dan salam bahagia semua. Aku sebenarnya tidaklah mahir akan perkara ni. Sekiranya terdapat salah dan silap semasa penerangan, aku tiada sebarang masalah untuk menerima sebarang teguran dan kritikan membina. Harap dengan penerangan ini, kita dapat berkongsi pengalaman bersama. Tips ini aku dapat ketika bersembang-sembang dengan Kak Jie semalam. Terima kasih Kak Jie..

Penerangan pada kali ini aku menggunakan Wordpress Self Hosting sebagai platform rujukan. Sekiranya kamu berada di Blogspot, kamu juga boleh menahirkan penulis blog berdasarkan refering link yang tersasar ke blog kamu melaui akaun pihak ketiga seperti Nuffnang, Google Analytic dan sebagainya. Daripada link-link refering ini, kamu boleh jadikan ianya sebagai kata-kunci untuk menulis aktikel di dalam blog kamu.

Sebagai contoh, aku telah menggunakan plugin WP-Start Press. Plugin ini menerangkan beberapa aspek statistik blog seperti jumlah pelawat, jumlah page view, target bulanan, pencapaian harian dan bulanan pengunjung dan juga jumlah bot dari search engine ataupon bot agensi pengiklanan. Apa yang nenariknya bagi aku untuk plugin jenis ini kerana ianya memudahkan aku untuk meneliti sebarang kemasukkan link ke dalam blog, dan dalam masa yang sama, aku tidak perlu membuka macam-macam website lain untuk sumber rujukan statistik. Ia juga memaparkan statistik dalam bentuk graf.

Perlu di ingat, plugin jenis ini juga adalah dalam kategori plugin yang berat. Sila abaikan plugin ini sekiranya kamu menitikberatkan kepantasan masa muat turun blog anda kepada pengguna.

Hari ini aku cuba mengintegrasi keywords yang datang untuk tajuk-tajuk yang bakal ditulis kelak. Mari kita tengok apakah yang datang menerjah ke blog aku dalam tempoh 24jam semalam.

azmanishak page viewed


Alamak… ada jugak orang kompius pasal domain aku ke? Aku rase ada orang yang nak domain ni *perasan*. Mentang-mentang la domain aku nak expired. Laju jer la orang nak reserved. Rase-rase la kan…. ade ke Dato’-dato’ yang sama dengan aku.. haha mane lah tau kot-kot depa pon nak buat blog jugak. Kalau nak blajar.. kat sini kita ade ramai cikgu blog. Mak blog pon ade.. hehehe~

hiasan ruang tamu page viewed


Owh.. yang ni ker? Kamu ade ingat tak satu ketika dulu aku pernah buat entri Cadangan Hiasan Ruang Tamu Selepas 7E2009? Ah… dari sebab tajuk tuh, berderu-deru orang bukak blog ni untk mencarik hiasan dalaman yang agak simple, terutamanya untuk rumah-rumah flat atau kos rendah. Jangan takut.. anda sendiri mampu untuk membuat hiasan tersebut sekiranya rajin menggunakan Google Sketch-Up.

blog orang dewasa page viewed


Ha’ah semenjak 7E2009 iaitu tarikh aku menamatkan zaman bujang aku, aku bercadang untuk mengubah TAG-Line blog ini. Ianya tidak terlampau terbuka dan tak terlampau umum. Sedang-sedang saja, tetapi terdapat juga info perkongsian ilmiah di sini. Sekiranya kamu adalah golongan pembaca dibawah umur, sila dapatkan bantuan mak dan abah sebagai rujukan. Penulis blog ini tidak bertanggung jawab sekiranya kamu kegersangan dan mencarik pasal untuk membuat aktiviti kurang sihat di luar sana.

google translator page viewed


Kamu berkerja di pejabat? Nak tulis email bahasa Inggeris tapi kadang-kala kurang mahir? Hahaha… aku pon mengalami masalah yang sama. Nak tanye orang, takut jatuh plak stended. Biasalah.. ego lebey.. untuk jalan penyelesaiannya, aku gunakan Google Translator. Bukan setakat menterjemahkan perkataan.. tetapi mampu juga menterjemahkan ayat-ayat yang ringkas. Masalah yang sering berlaku pulak adalah, ianya selalu terkeliru antara Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia.  Kalau terdesak boleh la. Memang tidak sesuai untuk kegunaan email formal. Sila berhati-hati ye~

gadis manis page viewed


Gadis Manis? Owh wth???.. takkan selepas GadisComel.Com akan timbul pulak GadisManis.Com. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian… sekali lagi aku menidakkan kenyataan bahawa GC.Com itu bukan hak milik aku ye. Mungkin juga kepunyaan @AnarmNetwork yang selalu tweet #AnarmTAKtahan. muahaha… tak bleh blah~

Ok.. cukup lah aku merapu pasal keyword pada hari Isnin ni. Perkara yang sebenarnya aku nak ucapkan jutaan terima kasih kat Kak Jie untuk pertemuan malam tadi. Keluarga Kak Jie memang ceria. Kalau ade masa nanti, bleh la aku dan isteri pergi bertandang rumah Kak Jie plak eh.. *muke tak malu*

P/S: Jangan tak caya aku semalam pergi fotoshoot P1-Wimax. Gersang giler tangkap gambar. Sama ada jadi maskot atau jadi model aku pon tak tau.. hahaha.. Sebenarnya saja nak tengok dengan mata kepala sendiri kerja-kerja di studio. Memang memenatkan.  Tapi aku puas hati dengan pengalaman yang aku dapat semalam.

Related Posts with Thumbnails
Tagged with:


preload preload preload