Rss Feed
Tweeter button
Facebook button
Technorati button
Mar 10

Bukan saya nak berbangga. Tapi itulah sebenarnya kuasa yang ada ditangan pengguna. Lebih-lebih lagi seorang blogger. Hasil carian di Google.Com mendapati, kata kunci untuk perkataan P1W1max dan Azman berada pada carta teratas dan ianya adalah merujuk kepada blog ini. Saya tidaklah nak berbangga sangat dengan keadaan tersebut. Cuma apa yang saya nak sampaikan di sini adalah pengguna berhak menentukan pihak mana yang dia suka ataupon tidak. Continue reading »

Tagged with:
Mar 09

Alhamdulillah… syukur sesangat dapat tengok baby dalam perut mumy dia.. hehe… Memang la jakun hokeyy… Selama ni saya cuma berpeluang dengar dari cerita-cerita kakak-kakak jer. Jadi sekarang ni dapat tengok dengan mata kepala sendiri. Proses temujanji pada peringkat pertama amat merumitkan. Saya nasihatkan kepada bakal-bakal bapa/ayah/daddy/abi/abah tuh.. sila lah ambil cuti untuk menemani isteri anda buat pemeriksaan. Continue reading »

Tagged with:
Mar 08

Erk… sejak kejadian yang berlaku dua tiga hari ni, baru hari ni P1W1max mengeluarkan email atau kenyataan rasmi sebagai notis pemberitahuan mereka tentang apa yang terjadi. Email ini diterima tepat pada pukul 12.10am – 08/03/2010. Dalam email ini, pihak terbabit memohon maaf kepada semua pengguna mereka. Untuk makluman lanjut anda boleh baca email di bawah ni. Continue reading »

Tagged with:
Mar 04

Hari ni rasa tiba-tiba saya rasa macam nak jadi pengacara radio plak. Tapi masalahnya saya ni amat penyegan. Suara pon harap layan karaoke jamban boleh lah. Tapi kalau sape yang berani nak mencabar lagu-lagu rock kapak, sila nyatakan tempat dan waktu ye. Hehehe… pantang betul kalau ade yang mencabar lagu-lagu rock kapak neh. Continue reading »

Tagged with:
Dec 21

Ramai yang tertanya-tanya macam mana dengan perkembangan P1-Wimax yang aku gunakan sekarang. Adakah memuaskan hati? Adakah kelajuannya sudah bertambah? Bagaimana pula dalam keadaan hujan? Owh.. macam-macam lagi. Soalan yang sama datangnya juga dari rakan pejabat aku sendiri. Terlebih dahulu aku jelaskan ini bukan entri untuk membodek. Sebaliknya aku menerangkan apa yang perlu kamu tahu sebelum bertukar kepada ISP ini.

P1-Wimax didatangkan dalam dua jenis sambungan. Untuk yang pertamanya adalah dari jenis P1-Wimax Desktop Modem + Wifi dan yang kedua pula adalah P1-Wiggy. Aku masih belum berpeluang untuk menggunakan P1-Wiggy. Mungkin sikit masa lagi aku akan buat REVIEW di sini sekiranya diberi kesempatan untuk mencubanya.

Untuk pengetahuan semua, tajuk di atas datangnya daripada search engine (keyword) yang telahpun menyelinap masuk ke blog ini. Sekiranya kamu ingin mengikuti perkembangan liputan kawasan P1-Wimax, kamu boleh ikut perkembangan tersebut melalui akaun Twitter mereka di:- @P1Media, @P1Cares dan @P1W1max. Kalau kamu mahukan laman peta liputan, kamu juga boleh terus ke capaian yang telah disediakan oleh pihak P1-Wimax di sini.

Dalam kes aku di sini, aku mempunyai dua stesyen pemancar yang membolehkan aku bertukar-tukar signal penerimaan sekiranya terjadi gangguan. Untuk pengguna di tempat yang lain, aku tidak arif mengenai masalah ini. Seperti juga dengan pengguna lain, kekerapan terputus dari capaian internet adalah amat memeritkan. Aku juga sering membuat aduan kepada khidmat pelanggan P1-Wimax, sama ada menggunakan twitter ataupun melalui telefon. Apa yang pentingnya, pihak P1-Wimax ini akan menghantar teknisyen mereka untuk sites-survey sekiranya masalah yang dialami berlanjutan.

Kekerapan terputus dari capaian internet kadangkala terjadi apabila waktu hujan. Oleh itu, kena pandai-pandailah sendiri membuat talaan modem tersebut kepada pemancar lain yang berdekatan. Bukan sahaja P1-Wimax, malah sebelum ini juga aku menggunakan Celcom, U-Mobile dan Izzi. Keadaan yang sama juga terjadi sekiranya hujan lebat. Apa yang kamu perlu tahu, aku juga terpaksa membuat talaan modem sama seperti mencari siaran radio pada zaman Perang  Jepun.

Jadi apakah yang membezakan antara mereka semua? Bagi aku adalah kerana khidmad pelanggan mereka yang patut diberi pujian. Masalah sekarang ni yang aku nampak… pihak P1-Wimax sudah mula kurang melayan karenah pengguna mereka menggunakan Twitter. Mungkin ada sesuatu alasan yang kita di sini patut tahu. Harap ianya dapat penerangan ringkas dari mereka di sini.

Secara ringkasnya apa yang aku boleh rumuskan mengenai perkhidmatan ini, ianya amatlah baru. Tetapi mempunyai tahap perkembangan yang amat pesat jika dibandingkan dengan pembekal yang lain. Buat masa ini, P1-Wimax sedang menaik-taraf tahap capaian pengguna mereka berperingkat-peringkat keseluruh Malaysia.

Nota Ringkas Admin Panel P1-Wimax Desktop Modem + Wifi Router.

1. Untuk penerimaan yang signal yang jelas, sila halakan modem kamu dengan mukanya menghala ke tempat terbuka sebagai contohnya keluar tingkap. Pastikan kamu mengikuti panduan talaan modem seperti yang tertera pada laman peta pemancar mereka.

2. Meskipun kamu menerima signal penuh yang berwarna hijau, ini tidak bermakna tahap kelajuan yang kamu terima adalah sama seperti di dalam perjanjian yang telah ditandatangani. Kerana apa? Adakah kamu nampak TX-Power dalam rajah di atas? Sekiranya signal TX adalah melebihi 10dBm, ini amatlah tidak bersesuaian. Sepatutnya ianya kurang daripada 10dBm untuk mecapai tahap kapasiti kelajuan yang dilanggani. (berdasarkan pengalaman aku)

3. Untuk kes seperti di atas, kamu perlu buat talaan mikro atau “Fine Tuning” dengan memusing kekiri atau kekanan sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kualiti yang memuaskan hati. Meskipon Frekuensi diukur dalam bentuk Hertz (Hz), tapi aku tak paham kenapa P1-Wimax mengukurnya dalam Desibel (dB).

Image from: www.sciencescope.co.ukImage from: www.sciencescope.co.uk

4. TX-Power adalah Transmit Power. Semakin besar POWER yang  Transmit, semakin jauh sebenarnya kamu berhubung dengan sesuatu pemancar itu. Berbalik kepada asas DESIBEL atau denyutan atau Frekuensi atau Hertz, untuk menghubungkan sesuatu pemancar kepada pengguna yang jauh maka semakin tinggi antena pemancar akan digunakan dan semakin tinggi juga kuasa pemancar turut terlibat. (sila betulkan aku kalau aku silap ye)

5. Sama seperti kamu menjerit. Untuk bercakap dengan orang yang berada di hadapan kamu, kamu tidak perlu menjerit (kecuali orang itu pekak atau kurang pendengaran) untuk menyampaikan sesuatu maklumat tetapi untuk mereka yang jauh, kamu memerlukan tenaga yang kuat untuk menjerit supaya suara dan maklumat yang hendak disampaikan diterima dengan jelas.

6. Dalam proses perjalanan menyampaikan maklumat yang jauh melalui jeritan itu, maklumat atau suara itu tadi akan diganggu oleh bunyi-bunyi asing yang dikenali sebagai NOISE. Sila buat rujukan kembali nota Electronic Communiacation yang telah kamu pelajari pada Semester 3. Hehehe…

Harap sekarang kamu faham kenapa tahap penerimaan berbeza antara Modem P1-Wimax dan juga modem broadband yang lain dipasaran. TX dan RX adalah signal pemancar dan signal penerimaan. Ditengah-tengahnya terdapat NOISE atau gangguan. Sekiranya pihak pembekal meningkatkan Power Transmit, ianya juga akan menaikkan frekuensi tersebut supaya boleh dicapai dalam kadar yang jauh. Tetapi dalam masa yang sama, kos yang berhubung kait dengan POWER Transmit (antena pemancar dan kuasa pemancar) itu tadi terpaksa juga dinaikkan. Inilah yang menyebabkan kamu di charge dalam pelbagai pakej bayaran.

P/S: Jangan nak gebang cakap aku dibayar loyalty untuk entri ni ye.. hehehe… Aku sekadar ingin berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat dengan kawan-yang sering bertanyakan mengenai P1-Wimax. Bagus atau tidak, kamu yang menentukan kerana yang membayarnya adalah kamu. Segala salah dan silap harap dapat tunjuk ajar dari kamu yang pandai. Terima kasih Malaysia~ :sengeh:

P/S2: Dah lama tak taip entri panjang macam ni. Ambik masa dalam 4 jam sambil layan tv dan mencarik maklumat terperinci. *kononnya

Tagged with:


preload preload preload