Aduh.. lama sungguh aku tak menulis panjang-panjang kat blog ni. Bukan masalah apa kawan, internet aku masih lagi mengalami gangguan pemancar. Agak rindu juga untuk menulis cerita ala-ala cerpen di sini. Dalam masa yang sama, ade juga rungutan daripada pembaca setia blog ini yang agak kecewa disebabkan tiada entri berunsur ilmiah.
Dalam pada aku mengejar entri berbentuk “Live Blogging” semakin banyak pula keyword berkesahkan CINTA dan KEPERIBADIAN LELAKI BERCINTA. Continue reading »
Alahai… Waktu prima macam ni memang syok layan drama bersiri kat tv bak kata megat.net. Kekeke saje la tu kasi perangat same aku. Jadinye malam ni, aku pon teman la si Dia makan sambil layan drama bersiri tah ape tah kat TV3 nih…
Orang pompuan ni, kalau korang semua ajak “menggoreng” cerita drama bersiri, memang depa boleh buat penerangan lengkap. Dari macam tu.. Macam tu… Sampai la kebarangkalian episod akhir, depa ni memang cukup pakar. Jangan la korang semua nak “chellenge” Komfem takkan menang punye.
P/S: Rasenya malam ni nak layan ngeteh selepas selesai agenda aku ni. Jadi mane-mane yang nak join… Jangan lupa ikuti perkembangan secara “live” bloggerlepak.com di twitter.com/azmanishak hahaha… *macam nak buat blog niche tetibe…
Hehehe… rase pelik pulak bila aku cuba Melayu-kan Bahasa Inggeris. Tapi macam gempak pon ade. Banggakan pakai tajuk utama bahasa ibunda. Ada la sikit hemahnya, dari bercampur tajuk Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Entri pada kali ni memang agak santai. Aku sememangnya kurang pakar untuk berbahasa Melayu dengan betul kalau menulis. Jadi segala kesulitan amat dikesali. Continue reading »
Sambil sambil kamu semua layan blog ni, sekali lagi satu entri datang dengan penghayatan bermuzik. Hayati jer lagu dari OTAI kita iaitu Bro Love a.k.a Razzi Rahman – Penulis dan Penyanyi. Untuk pengetahuan semua, beliau sekarang ni dah menubuhkan Band yang diberi nama Razzi.Muz.Ik. Kombinasi nama daripada:- Razzi Rahman + Muzamil Shaikh Osman + Irfan Khairi.
Mencari Cinta & Memahami Rindu
Sekarang baru nak paham apa erti rindu eh…? Sebelum ni? Mungkin sebelum ni tak paham, dan dengan alasan yang sama agaknya untuk kerap putus cinta. Yelah.. malas nak gossip hal orang lain. Aku rase elok kita kongsi bersama perkara ni. Tak terlalu sulit untuk diceritakan menganai soal hati dan perasaan kepada orang lain melalui penulisan. Kiranya ade sedikit sikap keterbukaan pada penulisan aku untuk entri pada kali ni.
Kalau dulu??? Erm.. tak pernah plak nak mengkaji pasal perkara ni. Jadi ape beza dulu dengan sekarang ni? Ah.. aku tak tahu pulak kamu semua macam mana. Bercinta dulu baru berkenalan??? haha.. susah beb.. Sememangnya agak kusut untuk dihuraikan perasaan sekarang ni. Oh lupa pulak… entri pada kali ni pon sememangnya susunan tatabahasa agak tak berapa normal dari biasa. Aku rasa lebih santai sekiranya menggunakan bahasa yang agak pasar.
Masih ade agaknya yang tercari-cari cinta. Pada aku la:-
“Cinta sememangnya perlu dicari sebab ianya adalah naluri manusia itu sendiri”
Itupon kalau kena pada gayanya. Kesederhanaan amatlah penting dalam berkawan ni… jangan terover, jangan terpesong, jangan mengongkong. (Banyak pulak jangannye)
Okeh… untuk entri kali ni, aku nak kasik masyuk skit dengan lagu dari Teacher’s Pet – Warisan Wanita Terakhir. Hehehe.. alang-alang tajuk pon pon dah macam tuh.. Aku dedikasi lagu ni khas untuk Si Dia Tersayang… Sebenarnya die nak pergi makan angin. Jauh plak tuh. Jadi… ape-ape aje la nkorang ni nak kutuk aku kejap lagi tu kan.. Ok lah, kasik layan jer ok… sila tekan butang play pada ikon muzik player di atas. (sorry la entri pada kali ni agak lari dari susunan tatabahasanya)
Jiwang…
Antara perkataan baru yang dilabelkan pada diri aku baru-baru ni. Hehe.. pada mulanya aku tadek la ambik pusing pasal perkara ni. Sebabnya aku rasakan aku masih seperti dulu. Tapi lama-kelamaan mungkin ade yang memerhati perubahan tingkah laku aku. Mungkin dari segenap aspek mereka yang berada dipejabat memerhatikan segalanya, baik dari segi peruturan mahupon perwatakan…
Waa.. kamu semua perhatikan la.. bahase kat perenggan atas ni pon ade sikit bunga-bunga… kan? Kompom ada yang tak bleh blah la tuh~
Kirenye agak terkujat jugak la bila perkataan JIWANG dilabelkan untuk beberapa ketika pada diri aku yang seorang Mat ROCK. Rase macam… “eh.. ape ke melantak depa ni sampai cakap aku JIWANG” kompius beb~ Mungkin aku sendiri tak sedar perubahan tingkah laku aku. Tapi biasa la, mulut kepoh tak reti duduk diam cepat aja menyampai segala berita sensasi.. ah biar lah.. tak habis pon duit gaji aku.
Statement yang agak tak bleh nak blah bile ade sorang minah kat pejabat aku ni cakap:-
“Orang yang garang macam Abg Man ni, selalunye romentik…”
muahahahaha… lu bukin gue pecah perot sial…dan pastinya, dia salah sorang silence reader blog ni. Ah, lantak ar… lu jangan buat peleceh dengan gua sudeh… lu nak kate ape ke gua tak kesah.. itu hidup aku. Lagipon rasenye kalau aku romentik-romentik pon cume dengan Si Dia. Abis… takkan nak dengan orang lain plak kot???
Lagi bertambah terkejut bila Si Dia sendiri pon melabelkan aku sedemikian.. muahaha.. parah sungguh kalau macam ni. Weiiii… aku biaser jer laaa.. ape sal plak cakap aku JIWANG ni??? Kalau ade pon, sikit-sikit jer ar
Komen Terkini