Rss Feed
Tweeter button
Facebook button
Technorati button
Feb 17

Mari berfikir cara NEGATIVE. Sesetengah daripada kita suka akan perkara ini. Ye lah, ke mana saja kita bergerak kalau boleh nak bagi tau kat satu dunia. Tapi pernahkah kamu terfikir pasal aspek keselamatan kamu sendiri? Beberapa hari kebelakangan ni saya sering bermain dengan aplikasi di dalam talian terutamanya yang berkaitan dengan LATITUDE dan juga NOTIFICATION. Ianya merangkumi, Facebook, Twitter, Google Buzz, Google Latitude, Locatic dan 4Square.

Dalam keghairahan mendalami kebolehan aplikasi tersedia ini, saya kerap kali berfikir cara NEGATIVE. Continue reading »

Tagged with:
Jan 12

Tiba-tiba macam  tersentap kejap bila bukak e-mail aku pagi ni. Astagfirullah Hal`azim…*telan air liur kejap.. terkejut punye pasal* Kiriman E-Mail yang aku terima semalam membuatkan aku rasa dah pon mendapat rehat yang cukup sebagai seorang penulis blog picisan. Pada asalnya aku bercadang untuk berehat dari menulis lebih kurang seminggu, tapi rehat sebagai seorang Live Blogger hanya cukup lah sekadar mengurangkan entri dalam masa satu hari.  Agak kelakar dengan statement yang dikeluarkan, namum apa yang dipaparkan pada kali ini harap dapat diperbincangkan bersama ya, Insyaallah… Continue reading »

Tagged with:
Jan 09

Live Update: 9 Jan ‘10, 9.33am MYT PST

Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Dikala saat kamu membaca catatan ini, aku dan keluarga mungkin sedang berkemas-kemas untuk keluar dari syurga idaman yang telah aku bina sejak sekian lama. Sedih meratapi nasib aku yang semakin hari semakin kelam. Dah banyak ikhtiar cuba aku lakukan. Namun kesemuanya gagal.

Tika mana kamu sedang enak dibuai mimpi, tika mana kamu asyik melayan karenah anak isteri, tika mana kamu kekenyangan sarapan pagi, aku dan keluarga sedang meratapi keperitan Continue reading »

Tagged with:
Dec 31

Kalau pergi mana-mana blog, kesemuanya dah pon menulis pasal rentetan peristiwa sepanjang pambabitan mereka sebagai penulis blog untuk sepanjang tahun. Jadi aku rasa agak rugi juga melepaskan peluang yang datang hanya setahun sekali. Untuk aku, pada tahun ni memang dah macam-macam berlaku mujur juga aku catatkan di sini sebagai kenang-kenangan.

Tahun ni merupakan tahun yang bersejarah untuk aku dimana perkara yang penting dalam hidup telah pon aku lalui. Genggaman tangan kanan bersama tok kadi di sambut dengan tugas dan bebanan yang dipikul adalah bukan satu perkara yang mudah sekiranya meteliti tidak disiap sedia dari awal. Kesah yang lepas pada blog ini ade aku catatkan mengenai pelbagai kesah suka duka dalam hidup. Terima kasih yang tak terhigga aku ucapkan kepada kamu yang tak putus-putus memberi semangat.

Setinggi ucapan terima kasih kepada Bro KNizam sebagai tutor aku yang telah memberi tunjuk ajar teknik-teknik live blogging. Bagi aku dia adalah seorang pelopor Live Blogging dalam Malaysia ni. “betoi ke nko yakin aku sorang jer yang mulakan live blogging ni?” hehehe… Dia seorang yang sangat merendah diri. “Aku rase,aku cume kenai hang sorang jer yang memulakan aktiviti live blogging kat Malaysia ni bro”

Terima kasih juga tak lupa kepada: Noktahhitam yang telah memberi Lite Themes – Live Blogger sebagai percuma kepada rakan-rakan yang ingin menjadi live blogger. Di kesempatan ini beberapa kredit khas sebagai tanda ucapan terima kasih dari aku untuk:-

  1. Roszizul - Sponser AzmanIshak.Com selama setahun.
  2. Qiilans87 - Install GARMIN dalam N95 aku secara percuma.
  3. Bro KNizam - Sifu Live blogger dan juga Sponser FLICKR-Pro selama setahun
  4. Jerung Perkasa - beria-ria belanja Burger King + Hadiah kawin. Terharu beb~
  5. Kak Jie, Akak Azie, Akak Azah, Akak IdaLara - Ibu-ibu yang merangkap pangkat akak yang aku respek yang banyak bagi tunjuk ajar supaya aku boleh jadi seorang suami yang prihatin kepada isteri.
  6. En. Megat & En. Sukhairi - Otaimer yang paling di hormati.
  7. Amanz.My, Khairul, Bat, Anarm, Topotato, Ryehanna, Kruel74, Chokilala, IcedNyior, Tekong, MrKay2911, EjamOthman, Hurul_Aini, ShamHardy, menteil dan juga geng #sembangLebat yang yang lain… nkorang semua memang best.
  8. Noktahhitam, Aeropama & Life4Hire - Kawan yang aku paling rapat seterjebaknya aku menjadi seorang blogger dan menetap di Kuala Lumpur. Jasa baik kamu memang takkan aku lupakan SAHABAT!
  9. LuthTEXTILE - Satu-satunya blogger yang hadir masa Majlis Perkahwinan aku. Siap dengan berbaju-T bloger lagi. Terharu gilerrrr~
  10. Tak lupa juga kepada kamu yang berada di sini. Aku ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan kamu semua. Tampa kamu.. mungkin aku tidak sanggup untuk memperbaharui kos blog ini yang agak mahal pada zaman ekoNOmoney haha..

Ok ok… bila dah nama live blogger.. apa kata kita tengok sedutan-sedutan sepanjang pembabitan aku dalam Dunia Blog khususnya Live Blogger.

Pertama kali jumpa NoktaHitam ditemani Life4Hire dan Callister

Pertama kali jumpa NoktaHitam ditemani Life4Hire dan Callister

Gathering pertama aku sebagai blogger - Negaraku.Net
Gathering pertama aku sebagai blogger – Negaraku.Net

#RayaTWEETup - Kelolaan ShamHARDY dan & IcedNyior

#RayaTWEETup - Kelolaan ShamHARDY dan & IcedNyior

Detik debaran sebelum Majlis Akad Nikah 7/11/2009 (7E2009)
“Detik debaran sebelum Majlis Akad Nikah 7/11/2009 (7E2009)

Luth Textile - Hadir masa Majlis Makan Beradap masa 7E2009. Blogger paling sporting

Luth Textile - Hadir masa Majlis Makan Beradap masa 7E2009. Blogger paling sporting

Alhamdulillah rezeki. Aku sayangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. *series aku nanges~*

Alhamdulillah rezeki. Aku sayangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. *series aku nanges~*

Bertemu dengan Akak Kujie dan anak-anak. Terima kasih ye Kak Jie

Bertemu dengan Akak Kujie dan anak-anak. Terima kasih ye Kak Jie

Bertekad untuk berhenti merokok. Bermula pada hari esok dan seterusnya. Mampukah???

Bertekad untuk berhenti merokok. Bermula pada hari esok dan seterusnya. Mampukah???

Apa yang pastinya pada tahun 2009 telah banyak mengubah aku dari segi pemikiran dan penampilan. Sepanjang pembabitan dengan blog, ramai kenalan yang aku dah jumpa. Satu pencapaian yang boleh aku banggakan. Terpikir jugak aku bila nak jumpa KNizam dan En. Megat. Hehehe… nama sebenar pon aku tak pasti. Tapi aku menanam cita-cita agar dipanjangkan umur untuk bertemu dengan kalian pulak.

Secara keseluruhan banyak yang aku idamkan pada tahun lepas telahpon tertunai. Maka untuk cabaran pada tahun baru pula aku menetapkan matlamat:-

  1. Tahun berhenti merokok – bertekad
  2. Menimang cahaya mata – insyaallah~
  3. Mendapatkan pekerjaan lebih baik – amin
  4. Memiliki kenderaan yang cukup menampung keluarga – alhamdulillah
  5. Memiliki rumah sendiri – amin
  6. Membeli sebiji dSLR sebagai hobi baru – amin
  7. Selebihnya akan ditambah dari masa ke masa. Memandangkan tanggung jawab sekarang ni semakin bertambah.

Dengan ini AzmanIshak.Com (Muhamad Azman B. Ishak dan isteri) mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pembaca blog ini. Semoga apa yang diimpikan dan apa yang kita usahakan selama ini diberkati Allah. Kami berdua mendoakan kalian agar sentiasa berada di dalam peliharaan Ilahi. Sama-sama kita doakan kejayaan sahabat kita yang lain. Amin.

Tagged with:
Dec 28

Hari ni merupakah hari terakhir aku bersama FIVIO. Pada asalnya domain dan hosting ni adalah dari tajaan sahabat aku, Saudara Roszizul. Beliau adalah seorang yang agak expert dalam bidang Networking dan juga perkomputeran. Memang setinggi-tinggi penghargaan untuk beliau sebab membuka mata aku untuk belajar satu benda yang baru dalam dunia Hosting, Domain, Blog, Website dan sebagainya. Sebelum ni, aku hanya sempat menghafal kod-kod dari HTML 1.0 jer.. sedey kan? hahah…

Mungkin ada di antara kamu yang ada terbaca perbualan aku dan @Life4Hire di Twitter mengenai FIVIO. Biasa lah pengomplen tegar kalau tak puas hati…merata orang abis aku jaja.  Nanum begitu, siapa sangka apabila perkara tersebut telah diperhati oleh admin FIVIO haha kantoi~

Jadi apakah Jaminan Fivio untuk AzmanIshak.Com? Berikut adalah rentetan sesi berbalas email bersama admin[@]fivio.com, Encik Fadhlullah Abd. Rahman


Dan ini pula maklum balas daripada aku:-

terima kasih atas keprihatinan encik. lewat kebelakangan ni saya sering mengalami masalah berpunca daripada hosting. kadang kala hosting  gagal untuk diakses. saya tak tahu kenapa. mungkin sebab sebelum ni en fadhullah ada mengatakan yang ianya berkaitan dengan Anti DDOS scripting yang dipasang.  tetapi kekerapan gagal di akses oleh pembaca saya, menjadikan saya amat kurang senang dengan keadaan tersebut. walaupon saya juga tahu blog saya tidaklah mempunyai jumlah pembaca yang ramai, tapi ada beberapa perkara yang mementingkan saya supaya ianya sentiasa kekal di dalam talian.

jadi di sini saya juga nak tahu apa jaminan dari fivio supaya saya terus kekal bersama khidmad anda? kerana situasi sebegitu membuatkan saya rasa agak hampa dan hambar untuk terus menggunakan perhidmatan dari pihak encik.

satu perkara lagi yang en. perlu tahu, saya gagal mengakses email saya (fivio hosting) sejak dari bulan 10. email tersebut sebenarnya saya gunakan untuk tujuan tugasan saya dengan client. jadi amatlah bermasalah kerana terpaksa menggunakan email percuma sebagai email rasmi tugas-tugas sampingan.

saya cuba menghantar email kosong sebagai percubaan kepada akaun xxxx[@]azmanishak.com malangnya server (fivio) telah menghalang daripada email tersebut masuk dan notice sending mail failure diterima.

sebenarnya setahun langganan adalah tempoh dimana saya cuba untuk mencari keyakinan terhadap fivio sebelum mula menambah kepada akaun seterusnya. tapi nampak gayanya kepercayaan tersebut semakin pudar dan bercadang untuk berpindah kepada pembekal yang lain.

maafkan saya sekiranya saya ni jenis transparent dan jenis yang berterus terang. ini juga untuk kebaikan pihak encik. saya sebagai pengguna layak memilih dan pihak encik juga layak mempromosi. selebihnya adalah di tangan saya sama ada untuk memilih atau tidak.

terima kasih,
Muhamad Azman Ishak.

Aku memang akui yang aku adalah seorang pengomplen yang tegar. Aku akan terus bersuara sekiranya sesuatu perkara tuh aku tak berpuas hati. Tapi dalam pada meluahkan perasaan… kadang kala kita sendiri terlepas cakap. Meskipon mereka bersalah, atau berlaku kesilapan dalaman antara mereka.. bagi aku, tak elok lah kamu komplain sambil mencarut dalam blog. Ia menampakkan sikap kebudak-budakkan dan kurang matang kamu sebagai seorang penulis blog.

Cakap elok-elok bukan tak boleh.. Kalau cakap baik-baik, orang lain pon senang nak membantu kita. Tapi mesti kene pada caranya lah.

P/S: Nak komplen.. kene lah pandai-pandai.. jangan suka maki tak tentu arah. Kalau kita tak suka kena maki-hamun.. begitu juga orang lain. Kejap lagi nak pergi bayar hosting. Thanks @Life4Hire & #FIVIO

P/S2: Yam (Life4Hire) bile nak datang jumpe aku ni bro.. lame sangat aku pegang ni.. nanti aku terbelasah plak~

P/S3: Tak sempat nak check typo. Maafkan aku ye kawan-kawan.

Tagged with:


preload preload preload