Rss Feed
Tweeter button
Facebook button
Technorati button
Apr 29

Terlebih dahulu aku ingin berpesan kepada kamu semua… Adengan yang dirakam bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak. Paparan pada kali ini menunjukkan sikap, nilai dan moral masyarakat kita yang semakin hari semakin meruncing. Jadi, kamu juga mampu menilai mengikut perspektif kamu. Cuma apa yang aku minta, jangan membuat sebarang spekulasi melulu tanpa usul periksa.

28/04/2009 – 06.30pm – Lokasi Dataran Kolam Air Pancut KLCC

Pada waktu itu aku terasa teramat bosan kerana menunggu masa untuk berjumpa dengan si dia. Entah kenapa aku tidak pula bercadang untuk pulang ke rumah terlebih dahulu sementara menantikan waktu yang dijanjikan. Akibat kebosanan sememangnya sudahpon menguasai diri aku, lantas mengambil keputusan untuk keluar merendek-rendek sambil isap rokok mengambil angin dan cuba untuk menenangkan fikiran setelah seharian penat bekerja. Lagipun pada waktu macam ni, aku sememangnya dah “Punch Out” terlebih awal.

Dataran Kolam Air Pancut Suria KLCC sememangnya menjadi pilihan aku sekiranya aku

Tagged with:
Apr 05

Mungkin aku ni agak terlambat untuk review pasal citer ni kat sini. Tapi tak pe la.. aku sekadar nak berkongsi kepada mereka yang masih lagi sangsi tentang plot cerita pada kali ni. Semalam aku rase enjoi ya-amat. Maunye tak.. biaser le lepas gaji.. kaki tangan tuh mule la gatai nak kesana kemari. Cube ujung bulan.. keke~ kompom duk melepak jer kat umah. Jadi planing aku dengan kengkawan macam biaser la… secara spontan sorang dari kami bukak mulut nak ajak pergi tengok wayang. Kasik layan citer aksi Van Diesel yang terbaru nih, Fast and Furious 4.

http://www.imdb.com/media/

Kat sini aku tadek la nak buat review panjang lebar… just sedikit sinopsis cerite saje la. Kesah ni macam biase dimulakan dengan babak mencemaskan di mana Toretto (Van Diesel) masih lagi melakukan jenayah merompak di lebuh raya bersama rakan-rakannye *uik apesal skema nih~

http://www.imdb.com/media/

Satu aksi yang amat kebaabaaaabooommm pada babak awal cerite memberikan satu impak untuk penonton supaya tak bagun dari kerusi walaupon rase sejuk nak terkinceng~ Babak pada kali ni lebih menjerumus kepada plot cerita mengenai kehidupan Toretto yang semakin diburu oleh pihak berkuasa. Dalam mase yang sama, dia ingin membalas dendam atas kematian kekasihnya Letty (Michelle Rodriguez) yang terbunuh akibat perbuatan satu sendikit antarabangsa yang paling dikehendaki. Untuk menjayakan cita-cita tersebut, dia terpaksa la menyamar untuk berbaik dengan sendikit tersebut dan dalam mase yang same terpaksa bekerja sama dengan Detektif Brian O’ Cornner (Paul Walker).

http://www.imdb.com/media/

Pada babak akhir jalan cerita ni, bagi aku memang mengkagumkan. Cara kematian orang kanan kepada Campos (John Ortiz) iaitu Fenix (Laz Alonso) memang mendapat tepukan gemuruh penonton-penonton yang ade dalam panggung. Cukup puas hati bile orang yang nkorang rase patut mati, dan mati dalam keadaan yang tragik. Kematian yang sadis apabila Fenix dilanggar secara tepat kat dada oleh Toretto yang memang nak balas dendam sebab Fenix sudah kasik bunuh same die punye awek laa…. Melekat tepat kat depan bonet keter Toretto… giler~ kagum aku kalau ade penjahat mati cara macam ni.

Jadi apa keputusan yang aku dapat simpulkan pada plot jalan cerita pada kali ni? Daripada 5/5 tepukan… aku kasik 5/5 tepukan jugak untuk satu cerite yang aku rase tak membazir aku habiskan duit tengok wayang semalam.

Oh penatnya kalau nak buat review pasal citer ni.. mesti nak Google dulu untuk mencarik semua fact… terutama sekali nama pelakon dan watak.. hahaha.. Rugi kalau sape belum menonton filem ni.

Semalam jugak aku ade beli Cubic kat Toy “R” Us hahaha.. best gak main mende alah ni. Tapi kalau nak sukat IQ aku.. masih blom sampai tahap cubical pon…. Sebab formula aku tak hapal lagi. Untuk mendapat formula Cubic.. nkorang boleh usha kat sini:- http://www.rubiks.com/

Oh ye… contest aku masih lagi berlansung. Untuk check contest tuh ade kat sini. buat mase ni hanya baru ade sorang peserta yang tentunya rase macam die je bolot semua hadiah.. hahaha… Tarikh tutup:- 17/04/2009. Terima Kasih~

Tagged with:


preload preload preload