Aku rindukan suasana ini

Memang tersangat-sangat rindu untuk mengikuti setiap aktiviti yang diadakan oleh kawan-kawan blogger dan Twitter. Insyaallah… jika berkelapangan dan diberi sihat tubuh badan aku dan isteri.. kami akan hadir sekiranya ada jemputan. Bagi aku, inilah perhimpunan haram geng GEEKS yang paling besar pernah aku sertai (NegaraKu.Net). Sangat seronok bila bersua muka. Sampai sekarang pun, Continue reading »
Mari hilangkan tekanan kerja bersama Azman Ishak
Adusss.. banyak betoi menda nak kene follow-up ni. HQ ni pon satu jugak ar, dah la depa cuti hari Sabtu… aku dengan dengan yang lain kene kerja plak. Mane aci macam ni (*aci kat India ok~) memang tak adil la kan. Lepas tuh bertimbun-timbun plak kerja depa bagi kat aku.. wohoo… Erk.. serabut gak eh?
Jom main Free Cell dulu ah… pedulikkan kerja. Macam lah tadek hari Isnin kan? Hari Sabtu cuti-cuti Malaysia macam ni sepatutnye kerja pon lite-lite jer lah… Jom jom.. sape nak BET dengan aku main free cell ni?
Dikala saat kamu membaca catatan ini, aku dan keluarga mungkin sedang berkemas-kemas untuk keluar dari syurga idaman yang telah aku bina sejak sekian lama. Sedih meratapi nasib aku yang semakin hari semakin kelam. Dah banyak ikhtiar cuba aku lakukan. Namun kesemuanya gagal.
Tika mana kamu sedang enak dibuai mimpi, tika mana kamu asyik melayan karenah anak isteri, tika mana kamu kekenyangan sarapan pagi, aku dan keluarga sedang meratapi keperitan Continue reading »
Walimatul Urus – 7/11/2009

Assalamualaikum semua. Aku rasa mungkin terlalu awal untuk aku umumkan mengenai perkara ini. Meskipon ade diantara kawan-kawan di dalam talian sudah pon mengetahuinya. Malu ade.. segan ade… gugup ade.. macam macam perkara sekarang ni tengah bermain dalam kepala aku. Sampaikan nak menulis entri ni pon aku dok pikir apa ayat yang aku nak buat. Continue reading »







Komen Terkini