Tiba-tiba macam tersentap kejap bila bukak e-mail aku pagi ni. Astagfirullah Hal`azim…*telan air liur kejap.. terkejut punye pasal* Kiriman E-Mail yang aku terima semalam membuatkan aku rasa dah pon mendapat rehat yang cukup sebagai seorang penulis blog picisan. Pada asalnya aku bercadang untuk berehat dari menulis lebih kurang seminggu, tapi rehat sebagai seorang Live Blogger hanya cukup lah sekadar mengurangkan entri dalam masa satu hari. Agak kelakar dengan statement yang dikeluarkan, namum apa yang dipaparkan pada kali ini harap dapat diperbincangkan bersama ya, Insyaallah… Continue reading »
Bangangnye…

Live entry: Bangangnye…
upload by: azmanishak
Erm dah gian agaknya setelah dah sekian lama aku tak keluar entri marah. Pening kepala kalau nak dipikirkan pasal masalah politik pejabat ni. Lama-kelamaan, rambut aku ni yang hitam, terus jadi putih. Tention macam mana pun, terpaksa juga telan. Ye la kan, ikut kira pun, aku masih lagi beruntung sebab ada kerja. Kerja pada zaman ekonomi gawat ni memang memeningkan kepala.
Jangan terkejut kalau satu hari nanti, member baik kamu pun boleh tikam belakang demi menjaga periuk nasi mereka. Dan perkara yang semacam ni la yang aku dok telan setelah sekian lama. Apabila kawan menjadi bangsat. Hadoi ai..
Nak bising2 pun, pada mereka jugak ada sebab mereka terpaksa berbuat demikian. "Ditelan mati mak, diluahkan mati bapak". Kita yang tak telan tak luah ni la yang selalu menanggung sakit kepala. Kerja sikit, wayang lebih, boss cakap: "Well done, good job". Hakikat sebenar, yang macam nak mampus adalah kita.
"Dunia… Dunia… Banyak betul la sandiwara nkorang kan?" Tak pe beb, tunggu dan lihat jauh mane nkorang nak tergolek lepas ni.
P/S: Memanjang bila ada krisis politik office, aku jugak yang jadi mangsa. Ermm default target agaknye!
Broadband Oh Broadband

Serabut sungguh kepala aku bile pikir pasal Celcom Broadband aku. Tak tahan dengan keadaan ni, aku nekad ambik peputusan untuk medaftar perkhidmatan baru yang aku sendiri tak tahu dari mane asal usul mende alah ni. Entri ni diwujudkan sebagai panduan untuk pengguna broadband malang yang lain. Aku harap dengan penerangan yang seba ringkas, dapat menghindarkan tabiat melempar modem BlueCube ke dinding sehingga berkecai. Continue reading »
Terlebih dahulu aku ingin berpesan kepada kamu semua… Adengan yang dirakam bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak. Paparan pada kali ini menunjukkan sikap, nilai dan moral masyarakat kita yang semakin hari semakin meruncing. Jadi, kamu juga mampu menilai mengikut perspektif kamu. Cuma apa yang aku minta, jangan membuat sebarang spekulasi melulu tanpa usul periksa.
28/04/2009 – 06.30pm – Lokasi Dataran Kolam Air Pancut KLCC
Pada waktu itu aku terasa teramat bosan kerana menunggu masa untuk berjumpa dengan si dia. Entah kenapa aku tidak pula bercadang untuk pulang ke rumah terlebih dahulu sementara menantikan waktu yang dijanjikan. Akibat kebosanan sememangnya sudahpon menguasai diri aku, lantas mengambil keputusan untuk keluar merendek-rendek sambil isap rokok mengambil angin dan cuba untuk menenangkan fikiran setelah seharian penat bekerja. Lagipun pada waktu macam ni, aku sememangnya dah “Punch Out” terlebih awal.
Dataran Kolam Air Pancut Suria KLCC sememangnya menjadi pilihan aku sekiranya aku
Persidangan UMNO & Earth Hour
Keh keh keh… nkorang semua mesti dah tau pasal perkara nih semua bukan? Aku ni bukannye dari golongan pemikiran politik. Memang dari dulu…. sampai la sekarang ni aku kurang mengambil tahu pasal hal ehwal politik dalaman negara. Tengok TV, citer politik… tengok surat khabar, citer politik… pergi kedai makan pon… ade jugak orang sembang pasal politik… *pantang betoi la~
Ade sesetengah orang menyifatkan, tindakan yang seperti aku ni seolah-olah tadek semangat Nationality. Aku memang menafikan sekeras-kerasnya. Nationaliti dan patriotik jangan sesekali kau campor adukkan dengan dengan hal politik. Ianya adalah dua perkara yang duduk dalam dunia yang berasingan. Statement yang sedemikian boleh mendatangkan marah beb~
Dah le, malas nak citer pasal politik. Sekarang ni pasal EARTH HOUR plak.
Tepat jam pukui 8.00mlm, aku bersama keluarga akak aku keluar makan. Order punye order bebagai… tiba-tiba perhatian aku tertumpu pada Count Down yang dilakukan oleh penyampai berita NTV7 ke… TV3 kalau tak silap aku,







Komen Terkini